time to shake it off

>> Dec 31, 2011


Assalamualaikum.. :)

Time goes by so fast. 2011 is coming to an end in a couple of hours and everybody starts counting. And new year will come with a new resolutions. I'm looking back for past many months, thinking and trying to make sense of things I've achieved. Alhamdulillah. For me it's not too bad. Things went well. Even though I haven't achieved all of my reso, I would say it's ok. Still ok. For what I've done and I leave the rest to Allah.

Honestly, I'm so grateful for having such supportive family and friends. They make my day bright, indeed. Even I have met new people and learnt so many things in 2011. We shared the best moments together. Life has been much meaningful. I thank Allah for the beautiful moments He has given me.

hoping for the never ending friendship and hope will never end, sista!

Everyone wants to be better. So do I. This time, yes I do have something in my mind. Actually a few things, which I list down in my personal journal. Let me keep it to myself. Well, there are a few things which I'm going to give a big effort for that. For sure I will. Hopefully I can achieve it all by end of 2012. InsyaAllah. Will keep myself on track of course. Do pray for me dear friends.



Just turned 26 last Tuesday. Age is just a number. Do you think so?

I feel calm. Bye 2011 and Happy new year.


♥,
yours truly
myaada

Read more...

the dinner

>> Dec 28, 2011


Last 2 years, kenduri makan-makan dihalaman rumah. Last year, family day kat Cherating. But ramai tak boleh pergi termasuk saya. So this year for our annual family programme, pakcik2 and makcik2 kami organize a dinner to celebrate the whole family. Yeah thanks to them. Anak-anak buah tolong makan je. Kesian kat depa =).


'Majlis Tautan Ukhuwwah' took place at KTC. Dedicated to our beloved Maaji, Hajah Meriam.

Maaji in orange, dengan besan-besannya. Jemputan dari kalangan keluarga terdekat dan orang kampung.

Cucu-cucu perempuan Maaji

Kebanyakan sepupu-sepupu sebelah abah ramai perempuan. Depa makin membesar. Bila dah jarang-jarang ketemu harus lah tiap-tiap tahun buat aktiviti tahunan. Kalau tak semua malu-malu pokok semalu. I suggest tahun depan buat kat pantai lagi. Outdoor. Depa kata penat jauh-jauh. Buat dekat-dekat je. Fine.

Oh gambar seluruh keluarga kembangan takde dalam kamera ni. Harus update jugak lah sebagai nota masa hadapan. Sekian.


myaada

Read more...

The road not taken

>> Dec 23, 2011




Look for your choices, pick the best one, then go with it - Pat Riley

How I wish to have both. Have it all.


myaada

Read more...

rupanya ada pelangi

>> Dec 2, 2011


Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. RahsiaNya, perancanganNya terbaik buat buat kita.

Syukur Alhamdulillah.


...إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا.فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ....

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


Yakinlah. Allah ada untukku, untukmu, untuk kita semua.
Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.- Al-Hujurat


Syukran ya Rabb.


,

myaada

Read more...

welcome december

>> Dec 1, 2011


Finally, here comes December. Eleven months have passed. Yet, life still in progress. Continuously, days by days. Improvement is important. Even though have to face too many obstacles there, just keep in track. FOCUS. Remember that we have a power of mind.

Responsibility, honesty, happiness , tears, negativity, frustration, manipulation, loyalty,pain, depression, ext. ; all these ups and downs, are to be expected in life, unpredictable. Conflicts will occur as well. Too many reasons and causes to be considered, not to be abandoned. Sometimes, when the downs get really down, its enough to reveal inner spiritual and push ourselves to become stronger. They're not killing.

It's a new moon but soon it's a new year. Its at the end but a new month to start over again. And its all about time. December, means a lot. Lots of happiness to come, hopefully.  Its about December, cold and silent - my interpretation, meant to be meaningful.



::... and I go back to december all the time ...::


♥,

myaada

Read more...

Salam مع الهجرة

>> Nov 26, 2011


Setahun berlalu. 

myaada

Read more...

mood beraya

>> Nov 8, 2011


Assalamualaikum. Masih dalam mood raya. Oh cuti panjang boleh la kan lepak kat kampung lama-lama. Eh tak lama. Seminggu je. Mungkin sebab cuti pendek raya haji kali ni, semua orang rushing. Balik kampung sekejap sangat. Tambah musim hujan sekarang ni kat pantai timur. Ziarah yang mana sempat aje.

Malam semalam heaven. Gerak ke kl hantar adik masuk asrama. Petang dah sampai kampung balik. In 20 hours, kb-kl-nilai-kl-kb. Gilir drive dengan abah. Pening tak hilang lagi. Syabasss beti  =).

Tak semua pulang beraya haji tahun ni. So juadah raya simple-simple. Nasi kerabu untuk jemaah yang dtg solat kat Masjid Ikhwan. Plus mee goreng, mihun goreng, puding karamel, ketupat pulut, tapai etc.*yg org kg bawakkan* Since limau bali, jambu merah dan buah pauh ringan a.k.a mangga muda dah ada, petik je la utk dijadikan penyuci mulut, rojak buah. Membazir dibiarkan jatuh berderai ke tanah. Cuma tambah lagi jambu batu dan nenas. Sengkuang tak jumpa. Tak ada rezeki kome nak makan sengkuang. Open house tak ada. Makan-makan of course ada. Haha. Petang buat spaghetti dan mihun sup utk siapa-siapa yg dtg. Raya haji tak sah kalau tak ada gearbox dan air asam perut. Meleleh.

lepas jual beli lembu.jubah dibeli setengah dozen.

Walau di mana menyambutnya, apa jua hidangan nya, ikhlaskan hati padaNya.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.


Salam Aidiladha,

myaada

Read more...

Selamat Berkorban!

>> Nov 5, 2011


Arrived home safely this morning after long hours journey. As usual lah bila balik naik kereta jalan ke pantai timur mesti penuh dengan kenderaan. Penat, park kereta tidur dulu sekejap kat stesen minyak ke. Its okay biar sampai lambat asal tak terlelap masa bawak kereta tu. Bahaya. So, selamat berpuasa Arafah dan selamat menyambut hari raya korban. Maaf zahir batin. Esok korban lembu.



salam Aidiladha,
myaada

Read more...

happy graduation sista!

>> Oct 27, 2011


Lately, update blog ikut mood datang. Yang ini dah 2 minggu. Tapi takpe lah. Kita wish jugak dekat sini. Selamat berkonvo Chik.


For a new start,
new beginning,
new life,
all the best for a wonderful future,
always aim for the star, no others,
make it success.
Again, happy graduation. Well done.


"An investment in knowledge always pays the best interest" - Benjamin Franklin

 myaada

Read more...

it's a wolf

>> Oct 17, 2011


Semalam adalah hari terakhir jualan buku Big Bad Wolf (BBW) dan memandangkan saya adalah last-minute punya orang, so baru lah terhegeh-hegeh nak pergi. 12.30 hari baru nak gerak sana padahal pukul 1 setengah dah janji nak gerak ke PD. So, rushing laa a little bit. Panas pun panas laa janji boleh sampai dewan tu haa. Thanks to chik jah and abe sebab teman.


Perasaannya adalah sangat-sangat teruja eksaited bila tengok mak aiii banyak nye bukuuu!!Sungguh! Tapi harganya yang murah-murah tu membuatkan rasa keterujaan lagi membuak-buak..SUNGGUH! Oh tolong laa baru nak menyesal sebab tak datang on the first day lagi. Mula la nak selit-selit capai-capai tak muat nak selit. Ramai orang duuhh. Buku yang nak pun dah habis. Menyesal.


bertimbun lagi yang ada, bukan ni je

Tengok diorang siap bawak kotak troli bagai. Aku tak ado T__T.


Menyesal. Ya tak sampai sejam pun berada di sana. Sambar la apa yang patut. Yang tak patut pun aku sambar.

Admit it. Beli buku ni sebab cover nya 'cun'.haha. Gila tak beli. 8 ringgit je kau..! Hard cover lagi. Taruk lam lemari tak jadi hal.

Iya menyesal. Tak dapat pusing satu dewan. Tak dapat duduk bersila lama-lama  kat situ macam orang lain tu. Tak dapat pilih-pilih buku secara perlahan-lahan. Tak dapat beli buku banyak-banyak.*saiko* 

6 books for RM45?

Good enough. Thanks to organizer. Moralnya next year pergi awal baru tak MENYESAL.

 myaada

Read more...

Another sharing

>> Oct 5, 2011


Tengok ulangan berita ni kat you tube. What can be said..

"Tanpa pengorbanan kita takkan dapat berada dimana kita mahu berada" - Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti



myaada

Read more...

Selamat Hari Malaysia

>> Sep 16, 2011

Assalamualaikum...

Bukan den nak koba apo cumo nyo nak ucap selamat hari Malaysia. Syukur Alhamdulilah masih laie bulih idup dibumi bertuoh ni. Bersatu ummat bercorai borai jangan. Den tak do nak tulis apo laie ekau donga la lagu ni. Sonang ati yo cuti panjang bulih poie rumoh tebuko lah..=)



myaada

Read more...

simpulnya rapi

>> Sep 6, 2011

Hari raya hari penyatuan, hari kemaafan, mengeratkan silaturrahim, muhibbah dipupuk. Masa berganti, tahun berlalu moga ikatan kekeluargaan, ukhuwwah ini berkekalan dibawah naunganNYA. Amin Ya Rabbal A'lamin...

sebelah Abah - Aidilfitri 2009
sebelah Ma - Aidilifitri 2011












































Ramai lagi yang tak ada dalam gambar. Bilangan ahli makin bertambah. Dari keluarga asas ke kembangan. Dari mak ayah ke cucu cicit. Begitu seterusnya. Moga tersimpul rapi. =)


♥,


myaada

Read more...

Salam Hari Raya

>> Aug 31, 2011



Selamat beraya...maaf atas segala.


تقبل الله منا ومنكم
تقبل ياكريم
كل عام وانتم بخير

  

Dari saya,
myaada

Read more...

Hujan Ramadhan

>> Aug 26, 2011


Assalamualaikum...

Hujan lebat kat luar tu. Tengahari dah. Langit gelap dari tadi. Jumaat hari ni.Umpama menangisi pemergian Ramadhan Karim. Semoga hujan yang turun pada Jumaat terakhir Ramadhan ini membawa seribu rahmat dariNYA untuk kita para hambaNYA. Dalam kesibukan, kegembiraan menyambut lebaran yang bakal tiba, masih ada baki lagi dibulan yang mulia ini. Moga ianya tak disia-siakan, dibiar pergi begitu sahaja. Belum tentu Ramadhan yang mendatang dapat dinikmati.



Salam Jumaat,
myaada

Read more...

kesal

>> Aug 16, 2011


kesal dengan manusia yang angkuh
kesal dengan manusia yang berlagak
kesal dengan manusia yang sombong
kesal dengan manusia yang bongkak
kesal dengan manusia yang hidung tinggi
tak perlu nak dibanggakan sangat apa yang kau ada
kau tahu resmi padi
makin berisi makin runduk
makin tunduk makin berisi








ps:tak semua manusia.minta dijauhkan sebegitu.amiin.

myaada

Read more...

ampun maaf

>> Jul 29, 2011


Assalamualaikum...



Salam jumaat diakhir Sya'ban. 2 hari lagi InsyaAllah Ramadhan. Alhamdulillah.
 الحمد لله,  الحمد لله, الحمد لله . الحمد لله رب العالمين.

Kesempatan yang ada mohon maaf pada semua lahir dan batin. Moga mendapat keberkatan RamadhanNYA serta Maghfirah. Harapan Ramadhan itu besar.



Currently listening to Harapan Ramadhan.



Salam Ramadhan ampun maaf,

myaada

Read more...

Tanah Tumpahnya Darahku

>> Jul 28, 2011




BEAT IT!!


mood::teruja

myaada

Read more...

wordless (الدعاء)

>> Jul 27, 2011


يا الله يا كريم انت المجيب يارب استجب دعائي

myaada

Read more...

another 25

>> Jul 25, 2011



The date is 25
The cuppies are 25
The number is 25
Is there any other 25?







getting older huh...
Happy best-25-day dear man


♥,
unofficial manu fans
h.a.h.a
myaada

Read more...

Untitled #1

>> Jul 20, 2011



bagai lelagu
awan langit di atas
tunjuki
rumput pepasir di bawah
tunduki

masa takkan diam
entah apa tak tahu
ke mana rentak
kata dewasa hala tuju
tak tahu
ke mana lagi?
tahu itu dia

jangka tidak tersangka
jangan main-main
rukun tertib biar ada
artinya masih umpama kristal
ditimbang segumpal kapas
dikit demi dikit
biar garisannya lut
tak nampak kabus....


pssstt::aku bukan main teka teki




♥,
myaada

Read more...

wordless

>> Jul 13, 2011



myaada

Read more...

muka parut, tambah lagi...macam mana nak hilang?

>> Jun 24, 2011


Assalamualaikum :) .

Semua tengah tengok Final Maharaja Lawak ke? Ok fine. Mahu update blog. Eh korang pernah kena minyak panas? I mean 'ter' la kann takkan saja-saja pegi tadah nak suruh kena. wat der. Pedih menusuk bila terkena minyak masa tengah rajin duduk dapur konon-konon rajin masuk dapur la tue. Uuuuh. Tapi yang pedih lagi nah amek minyak tu tersinggah kat muka macam tak ada tempat lain nak menyinggah. Ooh tak patot nak marahkan minyak tak pasal-pasal. Yang patot adalah marahkan si Afi sebab boleh dia cakap muka along ada dot-dot cam kena 'chicken-chop'. erkkk. chop la saangatt. :D



Ok. PASRAH. Pasrah sebab dah kena. Terkena. Pergi goreng keropok losong yang baru keluar refgi siapa suruh? Pop pop pop malatop. Yang silapnya tindakan refleks adalah terus pergi sinki basuh muka dan lengan dengan air. Petuanya suruh sapu minyak gamat dulu kan. Alahai mana nye sempat sebab nak bagi sejuk adalah dengan air. Hahaha. Sekarang baru nyesal. Dah sebulan lebih dah kot tapi parut dia tamau tanggal lagi cane. Still ada dot-dot atas dahi, atas hidung, pipi. Uuuhh. Sayu hati arr cani. :(

Lepas tu mula la google 'macam mana nak hilangkan parut', 'petua hilangkan parut kena minyak panas', 'hilangkan parut' semua  la yang berkaitan perut parut. Standard la petua. Sapu lendir lidah buaya, hirisan timun, kulit kayu manis, air asam jawa etc. Google je pun apply nya tak. Okey lidah buaya apply sekali sekala, kulit kayu manis macam pedih.


Pergi watson beli benda tu. Hiruscar. Gel yang boleh hilangkan parut. Sapu sapu sapu gel ni. Sejuk. Bau menyenangkan boleh diterima. Selang seli dengan Bio-Oil. Lepas tu gatal pi tukar pencuci muka, beli scrub jenama doooooottt konon-konon harapan parut hilang cepat. Sekali jerawat pi naik merata tempat. Gooood. PASRAH lagi. Sekian.

fm




ps: jangan nak lekas!
myaada

Read more...

ini kah dia 'updates'?

>> Jun 21, 2011


No blog updates..
because the feeling of...
Laziness...
What to do?


Nite peeps!


p/s : jangan malasmalaskemalasan itu masam.sungguh tak!

me,
myaada

Read more...

lirik lagu Stanza Cinta

>> Jun 11, 2011


One more entry. Semangat je nak paste lirik lagu Stanza Cinta ni. =) Sebab dah tengok iklan dia semangat la nak tunggu tengok dramanya. What?? Aaron Aziz lagi..YESSS!! Happy smiley haha. Bakal ditayangkan kat TV3 nanti. Drama yang based on novel Stanza Cinta. Boleh baca kupasan novel dari penulisnya, Puan Nurull Halawati Haron  kat sini.






Stanza Cinta - Dodi Hidayatullah Mp3
Mp3-Codes.com


lirik lagu Stanza Cinta
Berderai Mata Hatiku
Mendera Semua Harapan
Selaksa Cintaku Padanya
Ikatan Suci Romantika NaunganMU

Meski Sejuta Cinta Menyapa
Masih Cenderung Ku Padanya
Tuhan satukan hati kami
Dibawah Cintamu Alirkan Bahgia Di Redho-Mu

Kutidurkan Mimpi Indah Ini
Pada-Mu Yang Menggenggam Takdir
Kusandarkan Harapanku Ini
Pada-Mu Ya Ilahi, Kan Ku Simpan Dalam Rongga Hati
Stanza Cinta....


Puitis kan...

♥,
myaada

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP