Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Jun 24, 2011

muka parut, tambah lagi...macam mana nak hilang?


Assalamualaikum :) .

Semua tengah tengok Final Maharaja Lawak ke? Ok fine. Mahu update blog. Eh korang pernah kena minyak panas? I mean 'ter' la kann takkan saja-saja pegi tadah nak suruh kena. wat der. Pedih menusuk bila terkena minyak masa tengah rajin duduk dapur konon-konon rajin masuk dapur la tue. Uuuuh. Tapi yang pedih lagi nah amek minyak tu tersinggah kat muka macam tak ada tempat lain nak menyinggah. Ooh tak patot nak marahkan minyak tak pasal-pasal. Yang patot adalah marahkan si Afi sebab boleh dia cakap muka along ada dot-dot cam kena 'chicken-chop'. erkkk. chop la saangatt. :D



Ok. PASRAH. Pasrah sebab dah kena. Terkena. Pergi goreng keropok losong yang baru keluar refgi siapa suruh? Pop pop pop malatop. Yang silapnya tindakan refleks adalah terus pergi sinki basuh muka dan lengan dengan air. Petuanya suruh sapu minyak gamat dulu kan. Alahai mana nye sempat sebab nak bagi sejuk adalah dengan air. Hahaha. Sekarang baru nyesal. Dah sebulan lebih dah kot tapi parut dia tamau tanggal lagi cane. Still ada dot-dot atas dahi, atas hidung, pipi. Uuuhh. Sayu hati arr cani. :(

Lepas tu mula la google 'macam mana nak hilangkan parut', 'petua hilangkan parut kena minyak panas', 'hilangkan parut' semua  la yang berkaitan perut parut. Standard la petua. Sapu lendir lidah buaya, hirisan timun, kulit kayu manis, air asam jawa etc. Google je pun apply nya tak. Okey lidah buaya apply sekali sekala, kulit kayu manis macam pedih.


Pergi watson beli benda tu. Hiruscar. Gel yang boleh hilangkan parut. Sapu sapu sapu gel ni. Sejuk. Bau menyenangkan boleh diterima. Selang seli dengan Bio-Oil. Lepas tu gatal pi tukar pencuci muka, beli scrub jenama doooooottt konon-konon harapan parut hilang cepat. Sekali jerawat pi naik merata tempat. Gooood. PASRAH lagi. Sekian.





ps: jangan nak lekas!
Share:

7 comments:

  1. hooo sakit oh kena minyak panas.semoga cepat hilang parut tuh :)

    ReplyDelete
  2. skg camne dh hlg ke parut tu?guna bio oil lh hlg.tp kne rajin

    ReplyDelete
  3. @♥♥Cikngah♥♥

    tambah lg parut jerawat pulak..sbb p tuka produk lg..huhuhu..sadis T_T

    ReplyDelete
  4. Dah hilang ke parut tu? Sebab kalau hilang, nak juga beli gel tu. Muka saya berparut juga, hidup tak senang asyik kena ejek saja, sedih sangat T_T

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    cik ano,
    parut apa tu? jerawat ke?
    Parut kesan minyak panas sy Alhamdulillah hilang :). Gel tu okey cuma sy skali beli je.hehe.Sy just scrub muka pakai hampas teh then sapu perahan limau.

    TAPI, jerawat still ada sbb sy byk tukar produk pencuci/cream ext. so dia naik tak henti2 :D. Skrang sy stick dgn olay je yg slalu guna dulu. Parut ada lg tapi Alhamdulillah jerawat makin beransur :)

    ReplyDelete
  6. I feel that is one of the most significant info for me. And i'm happy studying your article. However wanna observation on few normal things, The site style is perfect, the articles is really great : D. Excellent process, cheers gmail login email

    ReplyDelete

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare