Best Keyword - Doa Menghadapi Temuduga

>> Jul 22, 2010

doa temuduga rujukan peperiksaan ptd M41
Entry ni saje2 dibuat selepas aku wat analytics review kat Enchek Nuffnang baru2 ni. Review ni utk last month punya..

Korang tengok ni..


Sajer poyo pi tampal benda alah ni kat sini...hehe
Cuba tengok keyword paling tinggi -Doa menghadapi temuduga.


Walaupun tak banyak, tapi keyword yang menghala ke blog aku ni ramai yang nak cari doa menghadapi temuduga la kan?? Mungkin awak-awak sume refer entry saya yang bertajuk yang ini,  Doa nak pergi temuduga.. Tapi sorry ye coz rasanya tak banyak membantu, tapi InsyaALLAH jika ada kelapangan sy cuba updatekan lagi.

So nanti singgah2 la lagi kat sini yer!



Salam Sayang,



Read more...

4+ itu Berasid yer? Oh Apekah...!!

>> Jul 14, 2010

"Ni buat test mase datang bulan ke?"

Aku : " Eh tade la kak... nape kak?"

"Doktor ada bagitau apa2 tak?"

Aku : "Tak jugak.... tapi kenapa kak? Ada yg tak kena ke?" 

"Aah! Nanti awk minum air kosong banyak2...Lepas tu kalau boleh ambik antibiotik sekali. Tinggi ni... 4+ nie.."

Aku : "Oh tinggi ye kak...mungkin sebab masa wat test tu dah dekat ngan period kot..." (betol ke tak aku tatau..alasan je nie....lupe ah datenya...Haha )

"Tak pe lah...bagi saya borang ni...jgn lupa minum air kosong banyak2"

Aku : "Okey kak...Terima kasih ye kak.."

Choww!

Haiyaaaa....itu kes masa antar borang kesihatan kat kaunter. Naseb bek akak tu cakap.. Lepas wat check up ari tu, doktor tak cakap apa2 pun...Pastu baru la aku tau 4+ tu berasid... Bahaya nie.... Boleh mengakibatkan pembentukan batu asid urik dalam buah pinggang, ureter, atau pundi kencing.

Tu la dulu org suh belaja ko tanak belaja... Ni pon tatau!!ARK!!

Korang tahu kan air kencing kita ni boleh berubah-ubah, dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.


pH. The pH is a measure of how acidic or alkaline (basic) the urine is. A urine pH of 4 is strongly acidic, 7 is neutral (neither acidic nor alkaline), and 9 is strongly alkaline. Sometimes the pH of urine is affected by certain treatments. For example, your doctor may instruct you how to keep your urine either acidic or alkaline to prevent some types of kidney stones from forming.




Ohhh...dah tau gini kena la minum air kosong banyak2!



Read more...

Bahagia itu Indah

>> Jul 9, 2010


Assalamualaikum,

Hari ni hari Jumaat, hari yang indah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah kita dapat lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH SWT yang cantik ini. Syukur padaMU ya Tuhan.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."



Bila bercakap tentang bahagia, ramai org tertanya2 mcm mana nak bahagia. Adakah perlu ada wang berjuta-juta baru kita ada rasa bahagia? Tidak kan?

Sebenarnya bahagia itu kau yg kena tentukan sndiri. Kalau kau inginkan bahagia, maka ia datang. Kalau kau inginkan derita, ia tetap datang kalau itu yang kau ingin. Biar berapa ramai org sekeliling yg hadir, dalam pelbagai watak,membawa derita atau luka, namun keceriaan hati itu perlu kau pupuk sendiri. Mungkin susah, namun usaha untuk itu patut ada bukan.

Terbaca satu entry dari blog Puan Suzana Ghazali berkisahkan seorang kanak2 yang telah menyelamatkan nyawa dan kehidupan seorang wanita. Sungguh terkesan.

Percayalah pada diri kerana kebahagiaan itu milik kita. Mengadu dengan ALLAH agar kuatkan jiwa. Yang lain terserah. Pilih untuk bahagia. Indahkan hidup bila hati bahagia.


::Sebesar mana pun masalah yang datang, ingatlah ALLAH itu Maha Besar::
Choose Happiness

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP