Bahagia itu Indah

Unknown 0 Comments


Assalamualaikum,

Hari ni hari Jumaat, hari yang indah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah kita dapat lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH SWT yang cantik ini. Syukur padaMU ya Tuhan.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."



Bila bercakap tentang bahagia, ramai org tertanya2 mcm mana nak bahagia. Adakah perlu ada wang berjuta-juta baru kita ada rasa bahagia? Tidak kan?

Sebenarnya bahagia itu kau yg kena tentukan sndiri. Kalau kau inginkan bahagia, maka ia datang. Kalau kau inginkan derita, ia tetap datang kalau itu yang kau ingin. Biar berapa ramai org sekeliling yg hadir, dalam pelbagai watak,membawa derita atau luka, namun keceriaan hati itu perlu kau pupuk sendiri. Mungkin susah, namun usaha untuk itu patut ada bukan.

Terbaca satu entry dari blog Puan Suzana Ghazali berkisahkan seorang kanak2 yang telah menyelamatkan nyawa dan kehidupan seorang wanita. Sungguh terkesan.

Percayalah pada diri kerana kebahagiaan itu milik kita. Mengadu dengan ALLAH agar kuatkan jiwa. Yang lain terserah. Pilih untuk bahagia. Indahkan hidup bila hati bahagia.


::Sebesar mana pun masalah yang datang, ingatlah ALLAH itu Maha Besar::
Choose Happiness

0 Comments: