cuti sekolah, makan gulai yok!

>> May 31, 2011


Baru sudah men'tonton' Nora Elena sebab semalam tak sempat. Petang sampai di kampung. Erk tak abis-abis Nora Elena. Sorrii :). Sekarang ni musim cuti sekolah kan. Ramai yang ambil kesempatan balik kampung. Ni balik seminggu cukup lah sebelum meneruskan agenda yang tergendala sekejap. Balik semata-mata majlis nikah kahwin 2 orang abang sepupu next week. Fuhhh cam raya la kan berkumpul ramai-ramai nanti.

kad kahwin poster. cilok dlm rumah ni

Musim cuti sekolah biasalah, musim orang kahwin. Masa ni la masa nak berkumpulnya ahli-ahli keluarga. Yang jauh pun balik. Berkumpul, borak-borak tanya khabar sambil tolong buat preparations, mana yang patut. Ringan jadinya. Oh tadi kat fb aku baca artikel ni. Paste eh.


Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ...

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

petikan : http://webblog.myjodoh.net/


Jawapan kalau ada yang tanya. :). Okey selamat bercuti, selamat berkenduri. Erk orang yang bekerja tapi ambil cuti pun selamat bercuti jugak lah. Adios!

 myaada

Read more...

no words can describe

>> May 8, 2011

She is a part of Love.
She is a part of Strength.
She is a part of Winning.
There is no words can say how much you mean.
Cos there isn't a day that you aren't special to me.
Happy Mother's Day maa. We love you much.






your's sincerely, 
myaada

Read more...

Sutera Bidadari

>> May 4, 2011


Video promo SUTERA BIDADARI. Dah lama kot ada.



Penangan Sunan mesti buat aku tak dapat tidur nyenyak malamnya. Aah pusing kanan pusing kiri lelap sekejap, terjaga. Terkejut. Lepas tu mula lah terbayang bukan-bukan. Astaghfirullahula'zim. Novel yang dulu-dulu buat aku tak tidur malam. Sehingga buka lampu, buka laptop pasang orang mengaji Quran. Nampak sangat penakut. Yang latest, SUTERA BIDADARI, buah tangan kelima perihal Laksamana Sunan ceritera Ramlee Awang Murshid. Pun sama. Malam semalam tidur dengan terpasangnya bacaan ayat suci sampai ke subuh. =)



myaada

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP