Kufi sangat ni

>> Jun 13, 2013


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Saya minat tulisan jawi. Suka menconteng dalam jawi. Tulis la apa pun. Eja nama sendiri, ayam itik kerbau segala. Tapi saya tak pandai khat.  Saya minat khat. So, bila terasa nak conteng-conteng mengetest ketereran khat jawi, main taram je la tarik nak bagi cantik. Ikut suka den :D. Itu kepuasan nama dia. Kreativiti katanya lah. :D

Contoh macam kat bawah. Erghh! Kerjaan ketika bosan weh! Nama my girls. Haha! Sajer je buat nama sendiri and bff. Masing-masing guna buat profile pic kat whatsapp. Icon group Bestieys tak nyempat la nk buat. Pakai icon hero2 dah la. Aaron Aziz dah, Adi Putra dah nanti tunggu hero lain la pulak ye kawans. :0 Tak bersembang sehari dalam group tu memang tak sahh. Kecoh. Sebab lama tak ngedate sesama. Aishh ini rindu ni.



Tulisan khat jawi ni amatlah unik. Macam Chinese calligraphy. Unik kan. Eh memang segala nama seni tu unik kan..Seni betol orang-orang seni ni. Hebak ah!

Bagi orang-orang seni yang minat kaligrafi ni, diorang belajar, tahu la kan nak buat. Ingat lagi time sekolah menengah, cuma belajar khat Diwani, Nasakh dan Ruq'ah / Raq'ah / Riq'ah / Req'ah (xsure sebutan tp saya sebut Ruq'ah aje ). Ada lagi beberapa jenis khat. Yang 3 ni pun tak lepas nak buat asyik tekup je bila kena hantar latihan..haha! Rasa nak belajar balik!

Sekarang ni kalau nak menulis jawi, kena perhatikan ejaan kan. Berubah ikut format jawi moden. Tapi bagi saya, as long as boleh baca, okey lah. haha!

Belajar la jawi. Beruntung. Tak rugi. Khat juga. Beruntungnya pandai.


Salam Syaaban.


p/s : harap-harap rajin update sebelum Ramadhan.


 ♥,
  myaada

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP