Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Nov 2, 2017

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu buat duit dengan memulakan Bisnes Online dari rumah sahaja. Dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu serta peningkatan harga barangan yang ketara, ramai juga yang dah mulakan bisnes online dirumah secara sambilan mahupun sepenuh masa kan. Alhamdulillah :)


Baca Kenapa Kena Mulakan Bisnes Online Sekarang



Bagi saya sendiri, sebelum terjebak dalam bisnes online Shaklee ini, ada beberapa kriteria yang saya titik-beratkan sebelum memilih bisnes ini sebagai bisnes online yang saya nak buat.

Bukan apa. Kita tak nak la salah memilih bisnes sehingga terjerumus ke dalam Skim Cepat Kaya ke apa kan. Kata nak bisnes tapi barang bisnes pun tak nampak. Hehe. Tak mau la saya. Tak pasal-pasal nanti kena menanggung kerugian. Nauzubillah.



Dan lagi satu, bila kita memilih untuk lakukan bisnes online even secara part-time pun, kita kena lah pilih bisnes online yang terbaik kan. Kena pilih bisnes online apa yang sesuai untuk kita.

Tengok juga bisnes tu, bisnes online yang dah buat orang berjaya ke. Senang cakap pilih la bisnes online yang menguntungkan walau kita buat bisnes online part-time :).

Kalau korang masih lagi ada rasa teragak-agak atau masih ada rasa takut lagi nak mulakan bisnes online sebab tak sure nak pilih bisnes online apa, bisnes online yang macam-mana, jom saya share sebab-sebab kenapa korang patut join bisnes online Shaklee ini bersama kami.



7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee


1. MODAL RENDAH
Berbekalkan modal yang KURANG dari RM100, saya dah boleh mulakan bisnes online shaklee ni. Tak perlu bayar banyak-banyak dan tak perlu buat pinjaman banyak-banyak semata-mata nak mulakan bisnes online ni.

2. RISIKO RENDAH
Selalunya bila kita buat bisnes, mesti fikir nak kena ada kedai nyata atau ada kiosk kan. Tapi dengan bisnes online ni, kita dah ada kedai alam maya kita sendiri. So dah tak perlu fikir risiko dan kos operasi fizikal yang lain.

3. INCOME SEGERA
Income segera ni maksudnya untung runcit yang kita boleh dapat bila jual produk. Tapi bukan maksud kita kena beli dan simpan stok banyak kat rumah tau. No no! Yang ni ada cara dia juga :).

4. SISTEM ONLINE YANG STABIL
Di Shaklee, kita ada sistem online yang mantap yang mana korang boleh akses dimana saja korang berada. Sama ada nak beli barang atau nak register kan keahlian semuanya boleh dilakukan dihujung jari. Namun pastikan ada capaian internet ye.

5. SISTEM REWARD TERBUKTI TERCAPAI
Bisnes online Shaklee bukan sahaja menawarkan cash bonus tau. Rewards di Shaklee kita boleh dapat dalam bentuk 3C - Cash, Car, Convention. Boleh baca sini untuk lebih lanjut. Klik --> Program 3C Shaklee.

6. ZERO COST MARKETING
Senang sahaja untuk memasarkan produk Shaklee ni. Kita boleh guna pelbagai socmed yang ada. Ada yang suka bisnes online di instagram, suka bisnes online di facebook. Terpulang kepada keselesaan masing-masing untuk gunakan platform FREE yang ada.

7. AKSES KE BRANCH
Branch Shaklee terdapat di banyak tempat di Malaysia. Di Semenanjung sahaja sudah ada berapa. Kalau perlukan stok segera, korang boleh akses ke branch-branch Shaklee yang ada. Macam di Penang, branch Shaklee Penang ada di Seberang Jaya. Mudah kan nak dapatkan stok?




Ini antara sebab kenapa saya juga pilih bisnes online Shaklee. Saya juga agak segan sebenarnya nak approach orang face-2-face ni. So saya pilih bisnes online sebab dah tak perlu kita gi ketuk pintu rumah diorang nak jual barang kan. Hehe.

Selalunya pelanggan yang akan cari untuk dapatkan Produk Shaklee ataupun nak Jadi Ahli Shaklee. Jadi saya akan Daftar Ahli Shaklee untuk diorang juga.

Kalau korang nak tahu macam mana cara nak buat bisnes online Shaklee ni jom join kami. Ada beberapa tips  dan teknik exclusive untuk korang yang betul-betul nak buat bisnes online Shaklee ni.

Korang boleh hubungi Pengedar Shaklee Penang di talian 013-985 2827.

Atau kalau korang nak isi Borang Daftar Ahli Shaklee ni dulu pun boleh. Nanti saya akan hubungi kembali

Jom rebut peluang yang ada untuk mulakan bisnes online bersama kami. Gunakan kemudahan smartphone korang untuk kita sama-sama jana pendapatan.

Kaum ibu dan student amat digalakkan. Ada juga surirumah yang ingin kerja dari rumah kan. Jadi boleh hubungi kami sekarang juga ya untuk peluang bisnes online ini.
Share:

Nov 1, 2017

Shaklee Baby Gentle Wash

Shaklee Baby Gentle Wash - Alhamdulillah rangkaian produk Shakleebaby Malaysia mula boleh didapati insyaAllah pada akhir bulan November ni. Ada 3 produk dalam set penjagaan bayi Shaklee ni dan salah satu daripadanya ialah Shaklee Baby Gentle Wash!

Baca Juga Shaklee Baby Produk Selamat & Lembut Untuk Kulit Bayi




Shaklee Baby Gentle Wash


Shakleebaby Gentle Wash merupakan mandian bayi yang telah diuji untuk sensitivi, mengandungi formula yang tidak memedihkan mata dan lembut untuk kulit bayi sehingga menjadikan masa mandi lebih menyeronokkan.

Shakleebaby mengandungi chamomile, lavender dan aloevera organik.



Mandian bayi Shaklee yang lembut ini memberikan lebih ketenangan dan ketenteraman dan kelegaan kepada kulit baby.

Ianya mempunyai pH yang seimbang dan tidak menimbulkan sebarang alahan. Shaklee Baby Gentle Wash ini telah diuji untuk sensitiviti dan sememangnya ianya formula terbaik untuk kelegaan kulit bayi.



Shakleebaby sangat memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan-bahan yang LEMBUT, SELAMAT dan ORGANIK  untuk menghasilkan produk penjagaan kulit bayi yang terbaik untuk si Manja anda!

Jika berminat untuk dapatkan Shakleebaby Gentle Wash ini, boleh hubungi Pengedar Shaklee Penang di talian 013-985 2827 sekarang juga!


Share:

Oct 31, 2017

Shaklee Baby Produk Selamat Dan Lembut Untuk Bayi

Shaklee Baby Produk Selamat Dan Lembut Untuk Bayi - Akhirnya produk penjagaan bayi Shaklee yang ditunggu oleh ibu-ibu kini berada dalam pasaran Malaysia! Shakleebaby adalah satu produk penjagaan yang selamat dan lembut untuk bayi.



Apa Yang Best Dengan Shaklee Baby Ni?

Yang best pasal Shaklee Baby ni adalah ianya produk yang selamat dan semulajadi yang diformula khas untuk kelembutan dan kehalusan kulit bayi.

Jangan risau ye ibu-ibu dan bakal ibu.
Shaklee amat mementingkan kualiti dan keselamatan produk.

Produk Shakleebaby ni paraben-free dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk bayi kita.



Untuk pasaran Malaysia, ada 3 produk ShakleeBaby yang dibawa masuk iaitu:

1. Shakleebaby Gentle Wash - Mandian bayi yang selamat dan menyeronokkan

2. Shakleebaby Massage Oil - Sapuan mknyak yang dapat menenangkan dan melegakan bayi

3. Shakleebaby Soothing Losyen - Melembapkan dan menjaga kehalusan kulit bayi






Untuk ibu-ibu yang berminat mendapatkan rangkaian produk Shaklee Baby ini, dan menjadi yang terawal menggunakan produk Shaklee Baby boleh hubungi Pengedar Shaklee Penang di talian 013-985 2827  sekarang juga.




Share:

Oct 30, 2017

5 Kebaikan ESP Protein Soya Shaklee

5 Kebaikan ESP Protein Soya Shaklee - Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan yang berasaskan protei. ESP Shaklee pula mengandungi banyak kebaikan protein soya yang menjadi faktor utama dalam penjagaan kesihatan.

Baca 5 Bahan Dari Dapur Bantu Kita Hilangkan Parut




ESP Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat extensive dan komprehensif.

Ia juga memiliki kualiti protein yang tingginyang pernah dihasilkan.

Tahu tak yang terdapat banyak kebaikan mengamalkan ESP Shaklee ni. Jom kita baca kebaikan ESP Protein Soya Shaklee.



Kebaikan ESP Protein Soya Shaklee


Antara manfaat utama kita boleh dapat apabila mengamalkan ESP Shaklee :

1. Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.

Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Menganjalkan Kulit - ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan.

Juga dapat mengembalikan kecerahan kulit, memejalkan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

3. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.

Maka ia baik untuk badan kekal bertenaga, mencegah migrain, insomia dan tekanan.

4. Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut gugur dan beruban.

Juga membaiki masalah pigmentasi , kedutan dan penuaan.

5. Baik Untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaca dengan isoflavens.

Fungsinya bersamaan dengan hormon wanita yang mana ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.




Ini pula antara testimoni pengguna ESP yang mengamalkan ESP untuk jerawat dan hilangkan parut.

Kepada yang berminat dan ingin mencuba ESP boleh lah hubungi saya ( Pengedar Shaklee Penang  COD Simpang Ampat, Bandar Tasek Mutiara, Alma, Batu Kawan, Bandar Cassia & kawasan sekitar . Pos seluruh Malaysia ) di talian 013-985 2827 sekarang juga!
Share:

Oct 29, 2017

Bisnes Online - Kenapa Kena Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat

Bisnes Online - Kenapa Kena Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat | Ramai yang dah memulakan bisnes online kan? Tak kira lah memang buat sepenuh masa ataupun part time sambil bekerja atau belajar.


Dalam bisnes online ni, satu perkara penting yang kita wajib buat ialah simpan database customer dengan cara yang betul. So macam mana cara nak simpan database customer dengam cara yang betul tu?

Sebenarnya masing-masing ada pilihan sendiri untuk menyimpan database pelanggan mereka. Kita pilih yang menjadi kesukaan dan kemudahan buat kita.

Ada yang suka simpan database customer secara manual dan ada yang suka simpan database dengan menggunakan perisian percuma.

Dan take note ya untuk korang yang suka save nombor customer dalam handset tu.

Yang tu bagi saya bukan cara yang praktikal untuk kita kata simpan database.

Anytime boleh berlaku kehilangan maklumat.

Kalau save nombor customer dalam handset tu kita kata save contact saja. Bukan cara yang tepat untuk kita anggap simpan database customer. Dan kehilangan nombor dan details customer boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Update: Boleh save dalam phone cuma pilih save to email untuk mengelakkan kehilangan contact. Tq Puan Hanani berkongsi maklumat 😊.

Jadi penting untuk kita adalah simpan database dengan cara yang betul dan selamat. Sebab dengan database customer yang kita ada ni kita boleh buat macam-macam tau.




Contoh 3 Perkara Kita Boleh Buat Bila Kita Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat


1. Customer Grouping
2. Targetting
3. Customer Servicing


Simpan database customer ni adalah kita simpan maklumat berkaitan customer. Yang paling asas kita perlu simpan adalah nama, nombor telefon dan emel.

Macam saya sendiri selain 3 maklumat asas di atas, ada maklumat lain lagi yang perlu saya simpan untuk rujukan :)

Kalau kita ada database yang lengkap, daripada database tu jugak lah kita boleh tukarkan prospek kepada customer tau.

Janji kena simpan database tu dengan cara yang betul.


Setakat ni saya suka guna google Sheets  je lah untuk simpan database pelanggan dan bakal pelanggan. Sebab senang nak connect dan access mana-mana.

Yes manual pun simpan juga. Korang pulak simpan cam ne?

Share la nak tau juga :).


Share:

Oct 28, 2017

Rawat Demam Denggi Dengan Tingkatkan Imunisasi Diri

Rawat Demam Denggi Dengan Tingkatkan Imunisasi Diri -  Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Demam denggi yang berpunca daripada virus ini boleh sembuh sendiri tanpa apa-apa ubat, namun komplikasinya juga boleh membawa maut. Rawatan ketika demam denggi dengan meningkatkan imunisasi boleh mencegah demam denggi dari berpanjangan.


Baca Nutriferon Shaklee : Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Beri Anak Antibiotik



Sehingga kini tiada sebarang ubat khusus ataupun vaksin yang dapat merawat demam denggi kecuali dengan mengamalkan  langkah-langkah pencegahan dan amalan yang boleh mencegah  terkena gigitan nyamuk pembawa demam denggi.

Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan risiko terkena denggi termasuklah bayi, kanak-kanak atau orang dewasa.

Justeru, penting untuk kita ambil tahu tanda-tanda demam denggi yang boleh kita kenalpasti di awal jangkitan.

Demam denggi boleh dikenalpasti dengan beberapa tanda demam denggi.


Tanda-Tanda Demam Denggi


Melalui maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita boleh kenal pasti tanda-tanda dan simptom berikut untuk demam denggi.

1. Demam kuat secara mengejut dan berterusan

2. Terdapat ruam merah pada kulit - Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam

3. Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala

4. Hilang selera makan

5. Muntah-muntah

6. Sakit perut

7. Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.



Cara Merawat Demam Denggi


Sehingga kini, masih belum ada sebarang ubat dan vaksin yang ditemukan untuk merawat demam denggi.

Namun begitu sekiranya ada ahli keluarga kita yang terkena demam denggi, kita boleh cuba mencegahnya dari berlanjutan dengan mengamalkan tips dan cara di bawah.

1. Minum air kosong dengan banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk tambahkan cecair dalam badan dan mengekalkan cecair dalam badan.

2. Elakkan makan makanan yang tinggi dengan lemak, tinggi dengan garam, tinggi dengan herba, yang pedas dan juga yang masin.

3. Tingkatkan sistem imunisasi badan kita dengan pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C untuk penyerapan dan penghasilan sel darah merah.

4. Mengambil protein yang mencukupi selepas lega dari demam untuk meningkatkan lagi tenaga dalam badan.



Rawat Demam Denggi Secara Semulajadi


Disamping itu, cara alternatif yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan imunisasi diri dan mencegah demam denggi dari berlarutan adalah dengan mengambil Set Imunisasi shaklee yang terdiri daripada Nutriferon, Performance Drink, Vitamin C dan juga ESP.

Performance Drink
Sangat tinggi dgn iron. Membantu mengelakkan cecair dalam badan hilang, mengekalkan cecair dalam badan dan penting untuk mengurangkan dehidrasi.

Nutriferon
Sebagai sumber interferon (protein pertahanan badan) yang mampu merencatkan pembiakan virus.

2 fungsi interferon ialah melawan virus dan mendorong penghasilan antibodi yang dapat mengenalpasti virus denggi dan menyingkirnya dari tubuh.


Vitamin C 
Bantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan dan membantu penghasilan sel darah putih bekerja bagi membunuh virus denggi dalam badan  dan mengelak demam denggi dari menjadi lebih teruk.


ESP
Sebagai sumber untuk mengembalikan tenaga dan menyimpan semual vitamin, mineral dan cecair yang mengalami  kebocoran dalaman iaitu bendalir yang banyak hilang semasa tempoh demam.


Sewaktu demam akibat denggi, kita  kehilangan banyak air dan tenaga yang menjadikan tubuh badan kita lemah. Sedangkan tubuh badan kita memerlukan mineral yang secukupnya untuk melawan virus tersebut.

Set imunisasi ini boleh diambil sebagai langkah mencegah dan mengelakkan demam denggi dari belarutan.

Untuk mendapatkan set ini boleh hubungi kami Pengedar Shaklee Penang ditalian 013-9852827 atau anda boleh beli Set Imunisasi untuk rawat denggi ini secara online dengan link di bawah.



Jika ada sebarang masalah sewaktu pembelian online, segera whatsapp kami di 013-9852827. Kami akan berikan bantuan untuk pembelian Set Imunisasi Online dengan segera.



Share:

Oct 27, 2017

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Bantu Ibu Capai 6 Bulan Penyusuan Ekslusif Susu Ibu

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Bantu Ibu Capai 6 Bulan Penyusuan Ekslusif Susu Ibu - Menjadi harapan besar setiap kita yang bergelar ibu untuk meyusukan bayi secara ekslusif. Penyusuan ekslusif susu ibu adalah cara yang terbaik bagi memastikan bayi mendapat khasiat dan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan bayi.



Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah berkaitan penghasilan susu, impian untuk menjayakan penyusuan ekslusif ini boleh kita jayakan dengan bantuan pengambilan Set Menyusu Shaklee yang lengkap bagi keperluan nutrisi harian ibu-ibu dan seterusnya membantu ibu-ibu lebih bertenaga dalam urusan seharian.

Baca juga  Cara Menaikkan HB Ibu Hamil

Penyusuan ekslusif susu ibu bermaksud tiada makanan dan minuman lain yang diberikan kepada bayi kita kecuali susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran bayi.

World Health Organisation (WHO) dan UNICEF sendiri menyarankan 3 perkara berikut dalam mengekalkan penyusuan susu ibu secara ekslusif :

- Ibu mula menyusu dalam jam pertama kelahiran bayi.
- Ibu susukan bayi mengikut permintaan (demand)–iaitu sekerap bayi anda mahu, siang dan malam.
- Tidak menggunakan botol susu atau putting ( Direct feeding )



Untuk menjayakan penyusuan ekslusif ini bukan lah satu tugas yang mudah bagi ibu-ibu. Kadangkala niat yang murni ini terbantut daripada pelbagai kekangan dan masalah yang timbul.

Hakikatnya, ramai kalangan kita wanita dan ibu-ibu punyai tanggungjawab lain dalam urusan seharian. Kesibukan dalam bekerja adakalanya membantutkan hasrat ibu untuk meneruskan penyusuan secara ekslusif ini. Cabaran untuk wanita yang bergelar ibu menyusu.



Selain faktor demand dan supply dalam pengeluaran susu ibu, penghasilan susu ibu juga turut dipengaruhi faktor nutrisi ibu sendiri. Faktor pemakanan sangat penting buat ibu yang menyusui bayi. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sedikit sebanyak membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.

Ibu yang masih menyusu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral yang cukup bagi keperluan ibu dan bayi. Kita boleh dapatkan khasiat tersebut dari makanan yang kita ambil setiap hari. Namun, tidak semua khasiat makanan yang kita ambil setiap hari itu dapat diserap oleh tubuh bagi memastikan ia benar-benar seimbang dan mencukupi untuk badan kita.

Maka, kadang-kadang ibu menyusu cepat merasa penat dan letih. Ditambah tekanan atau stress yang memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.



Kebaikan Pengambilan Set Menyusu Shaklee


Set Menyusu Shaklee sebenarnya mengandungi beberapa kombinasi vitamin Shaklee yang membantu ibu menyusu mendapatkan keperluan nutrisi yang secukupnya dalam tempoh penyusuan susu ibu. Kebaikan mengambil Set Menyusu Shaklee ini adalah ia bukan la set menyusu semata-mata. Namun, gabungan beberapa vitamin ini menjadikan ia set kesihatan lengkap yang penuh nutrisi sesuai untuk ibu menyusu.

Vitamin apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Yang Lengkap?


Gabungan beberapa vitamin di bawah menjadikan Set Menyusu Shaklee ini set yang lengkap dan premium. Mari kita lihat vitamin apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Premium beserta kebaikan vitamin-vitamin tersebut buat ibu menyusu.




1. ALFALFA - Salah satu galagtagogue yang membantu membagi signal kepada hormon prolaktin (hormon susu yang utama) supaya menghasilkan  susu yang lebih banyak.

Dikenali juga sebagai milk booster. Sesuai diambil dari trimester ketiga pregnancy untuk persediaan menyusu.



2. ESP - Makanan sel kita adalah protein manakala susu yang dihasilkan juga terdiri dari sel darah. Sumber protein yang sihat diperlukan oleh sel untuk menghasilkan lebih banyak susu.


3. OSTEMATRIX - Susu adalah sumber kalsium. Pengambilan ostematrix boleh membantu banyakkan susu disamping mencegah berlakunya osteoporosis, sakit tulang belakang dikalangan wanita.

Ostematrix juga terkenal dengan fungsi sebagai penenang semulajadi yang boleh boost hormon oxytocin (hormon susu kedua) menjadikan ibu lebih tenang dalam proses penyusuan.

4. VITALEA - Sejenis multivitamin yang membantu mencukupkan keperluan nutrisi tubuh..

5. VITA C - Menguatkan antibodi badan kita sekaligus membekalkan antibodi dalam susu untuk bayi.

6. B-COMPLEX - Sangat bagus untuk elakkan stress dan depression. Gabungan dengan ostematrix inshaAllah akan menampakkan kesan jadi lebih baik.

7. OMEGAGUARD - Bantu membekalkan DHA & EPA untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Untuk ibu, omega dapat  bantu mengembalikan memory loss akibat 'urat putus' masa bersalin.




Di atas ini antara 7 vitamin yang ada dalam Set Menyusu Shaklee Premium dan kebaikan mengambil set menyusu lengkap shaklee.  Namun, walaupun dah ambil semua vitamin kat atas ni, konsep DEMAND & SUPPLY kena buat juga kerana supplement hanya bantu  ransang pengeluaran sahaja. Ia bukan mengeluarkan susu ibu terus ya.

Jika berminat untuk mendapatkatkan Set Menyusu Shaklee yang lengkap ini, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Penang di talian 013 - 985 2827 sekarang juga.

Atau jika ingin membeli Set Menyusu Shaklee secara online boleh klik Beli Set Menyusu Shaklee Secara Online di sini.



Semoga hasrat ibu-ibu dan bakal ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan tercapai dan berjaya meneruskannya sehingga bayi berusia 2 tahun insyaAllah.


Share:

Oct 26, 2017

4 Bahan Ini Jadikan Vivix Sangat Digemari!

4 Bahan Ini Jadikan Vivix Sangat Digemari! - Bila sebut saja Vivix Shaklee, dah terbayang-bayang dah kepekatan cecair  berwarna merah maroon pekat yang menjadi kegemaran ramai. Vivix Shaklee ini adalah satu produk premium Shaklee yang diformulasikan daripada bahan-bahan utama yang sangat berkualiti tinggi.



Antara bahan utama yang ada di dalam Vivix kesukaan ramai ini ialah 4 ramuan semulajadi yang terdiri daripada estrak Muscadine Grape, ekstrak Purple Carrot, ekstrak European Elderberry dan ekstak Japanese Knotweed.

Mesti semua dah tahu kan yang Vivix Shaklee adalah sejenis minuman botani yang berkhasiat terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun oleh para saintis terkemuka Shaklee.
Baca Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis

Kajian juga menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

Ramai ke yang dah cuba Vivix Shaklee ni?

Jom kita tengok apa dia 4 bahan utama ramuan semulajadi yang ada dalam Vivix Shaklee ni.



4 Bahan Utama Dalam Vivix Shaklee


1. Muscadine Grape
Sejenis anggur muskat yang sangat istimewa berbanding anggur-anggur lain. Ia mempunyai sumber terbaik antioksida dan anti-radang.

Juga mempunyai lebih 40 kali ganda polifenol yang terbukti baik untuk kesihatan jantung, kesihatan otak, menurunkan tahap gula didalam darah, melambatkan proses penuaan dan bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

2. Purple Carrot
Mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical. Ia turut bertindak sebagai anti radang, anti mikrob dan anti carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Elderberry
Mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan bermanfaat untuk jangkitan seperi virus dan bakteria.

Bahan dalam vivix ini juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan, menurunkan kadar kolestrol serta meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.



4. Japanese Knotweed
Juga dikenali sebagai Polyganum Cuspidatum. Bahan dalam vivix ini mengandungi sumber Resveratrol yang sangat tinggi.

Ia membantu melambatkan proses penuaan, membantu mengawal tekanan darah, membantu mengawal kadar kolestrol, meningkatkan kecergasan dan diambil untuk mengurangkan berat badan


Nah! Itu lah dia bahan utama dalam Vivix yang semuanya diekstrak dari ramuan semulajadi.

Kalau nak tahu, produk premium Shaklee Vivix ni dah jadi kegemaran dan kesukaan ramai setelah mereka mencubanya pertama kali.

Bukan apa, bila mereka konsisten amalkan Vivix ni disamping menjaga menjaga cara makan, kesihatan mereka makin bertambah baik. Vivix ni bukan ubat ya. Namun Alhamdulillah ramai yang memberi feedback positif setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

Jika ingin mencuba Vivix untuk masalah kesihatan anda, boleh beli Vivix secara online dengan menekan butang di bawah.



Jika perlukan bantuan dalam urusan pembelian, segera hubungi hotline kami di 013 - 985 2827 ( Pengedar Shaklee Penang). Kami pasti segera membantu anda.

Beli Vivix secara online sekarang!


Share:

Oct 25, 2017

Peluang Kerja Dari Rumah Untuk Wanita Dan Surirumah

Peluang Kerja Dari Rumah Untuk Wanita Dan Surirumah | Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Kebelakangan ni ramai yang membuat pencarian kerja dari rumah di laman internet. Banyak peluang kerja dari rumah yang ada. Ini menunjukkan bekerja dari rumah sudah mendapat tempat di hati kita dan menjadi minat kepada kebanyakan kita juga.

Baca -> Cara Saya Buat Bisnes Online Kerja Dari Rumah



Dengan adanya teknologi dan internet tanpa batasan, berkemungkinan ia menjadi salah satu faktor kalangan kita memilih mahu kerja dari rumah. Disamping ada juga yang mahukan pekerjaan yang lebih fleksibel untuk jana income.

Golongan wanita dan suri rumah juga tidak terkecuali menunjukkan minat untuk bekerja dari rumah.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, wanita dan ibu-ibu juga berpeluang menjana dan menambah pendapatan sendiri dengan melakukan kerja dari rumah.




Peluang Kerja Dari Rumah


Sebenarnya banyak juga peluang pekerjaan yang ditawarkan yang boleh dilakukan dari rumah.

Contoh pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti Graphic Designer dan Translator. Ada juga yang suka pekerjaan seperti data entry.

Walau apa pun kerja yang kita decide nak lakukan, saya kira perlu ada kemahiran dan skill tertentu juga untuk melakukan pekerjaan tersebut.


Pilih Kerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah


Ada beza apabila kita cakap kerja dari rumah atau berniaga dari rumah. Boleh refer perbezaannya dekat sini.

Saya sendiri memilih untuk melakukan perniagaan dari rumah. Sebenarnya bisnes online saya atau perniagaan atas talian yang saya lakukan secara part-time ni boleh juga dilakukan secara sepenuh masa ( full-time ) oleh ibu-ibu tau.

Bisnes online saya buat ni senang je. Tak menyusahkan kita nak simpan stok banyak-banyak. Semuanya dapat dilakukan dihujung jari sahaja.

Sistem website sudah company sediakan. Ianya sangat efisyen dan boleh diakses dimana saja kita berada. Masa travel dan tengah bercuti pun, bisnes online masih berjalan seperti biasa asalkan ada capaian internet sahaja.

Paling penting, apa yang diperlukan adalah minat dan kesungguhan untuk melakukan bisnes online ni. Sentiasa bersikap positif untuk memastikan bisnes kita ini semakin berkembang.

Untuk yang berminat nak mulakan bisnes online bersama team kami, boleh hubungi saya  Pengedar Shaklee Penang di talian 013 - 985 2827.

Nanti saya tunjukkan caranya. Nak lagi senang, boleh je isi Borang Daftar Ahli Shaklee <<--- Klik sini.

Atau kalau ada yang nak tahu lanjut macam mana cara nak daftar ahli shaklee boleh klik di sini cara daftar ahli shaklee online .

Hubungi saya segera ya untuk mulakan bisnes online anda!


Share:

Oct 24, 2017

5 Bahan Dari Dapur Ini Bantu Kita Untuk Hilangkan Parut!

5 Bahan Dari Dapur Ini Bantu Kita Untuk Hilangkan Parut - Memiliki kulit yang berparut tak kira lah parut luka atau parut jerawat sedikit sebanyak boleh menjejaskan penampilan kita. Malangnya, untuk menghilangkan parut, bukan lah sesuatu yang mudah. Perlu ambil masa untuk parut tu hilang.



Kalau parut tu, parut yang boleh orang nampak, dekat muka ke, dekat tangan ke, mungkin akan ada rasa segan dan rendah diri bila ingin jumpa kawan-kawan atau berhadapan dengan orang ramai.

Saya pun tak lari dari masalah kulit berjerawat dan ada kesan-kesan parut kat muka ni. Zaman belajar dulu kan, memang paling break out lah. Tambah lagi parut bersalin ceaser hari tu pun ada lagi tau! Hehe.

6 tahun lepas, pernah saya kongsikan pasal krim Hiruscar Gel yang  saya gunakan untuk hilangkan parut luka terkena minyak panas. Boleh baca kisah itu di sini.

Hari ni pulak, saya nak share tentang 5 bahan yang kita boleh ambil je dari dapur dan gunakan sebagai petua untuk hilangkan parut.




5 Bahan Dari Dapur Ini Mudahkan Kita Untuk Hilangkan Parut
 


1. Timun

Yang ni saya suka ratakan pada muka. Sebab ia nya buat muka kita rasa sejuk dan segar. Timun ni bagus tau sebab ia bertindak sebagai toner semulajadi untuk kulit. Timun memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kita kelihatan awet muda.

2. Tomato

Sama juga seperti timun tadi. Hirisan tomato diambil dan sitampal pada muka. Lebih kurang 20 minit baru ambil buang.

Sebenarnya terpulang pada kita sama ada nak hiris atau nak blend tomato dan timun ni untuk dijadikan mask. Saya suka hiris je kedua-duanya.

3. Asam Jawa

Asam jawa ni kita boleh bancuh dengan sedikit air dahulu sebelum di tampal pada tempat ada parut tu. Boleh ditampal pada badan juga malam sebelum tidur. Nak bancuh dengan bedak sejuk pun boleh.

4. Lemon

Lemon ni sejenis antioksida yang sangat bagus untuk kulit muka. Cara nak guna senang je. Sebiji lemon dipotong kepada beberapa bahagian. Kemudia gosok je pada muka.

5. Minyak zaitun

Minyak zaitun ni wajib ada di rumah saya. Saya jadikan ia krim pelembap malam. Sapu kat muka sebelum tidur. Best tau minyak zaitun ni. Membantu merawat kulit dan melembapkan kulit wajah jika diamalkan secara konsisten.

Itulah sedikit sebanyak bahan yang kita boleh guna untuk hilangkan parut. Sekarang ni pun, ada yang still saya amalkan. Itu pun kalau kerajinan tu ada lah. Hehe.

Sekarang ni juga, saya lebih banyak ambil ESP Shaklee. Sebab esp shaklee ni mudah sangat nak minum. Bancuh air kosong gitu je dah boleh minum. Disamping mengenyangkan, ia turut membantu kulit lebih sihat.



Bestnya pasal esp shaklee ni ia adalah sumber protein daripada tumbuhan. Protein yang kurang kolestrol. Protein yang baik macam ni la yang kita perlukan untuk membina sel-sel kulit baru.

Jadi, bila ada luka ke, ianya mudah sembuh dan hilang. Parut pun insyaAllah boleh hilang jika amalkan esp shaklee dengan cara yang betul. Ramai juga yang bagi feedback jerawat dan parut makin kurang bila amalkan esp shaklee dan vitamin kecantikan shaklee yang lain.

BEST KAN?



Kalau nak cuba cara hilangkan parut dengan esp shaklee ni boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Penang di talian 013 - 985 2827 sekarang juga!

Atau boleh juga

WHATSAPP "Hilangkan Parut" ke 013 -985 2827
WHATSAPP "Hilangkan Parut" ke 013 -985 2827
WHATSAPP "Hilangkan Parut" ke 013 -985 2827






Share:

Oct 23, 2017

Dah Jawab 7 Soalan Ini Sebelum Beri Vitamin Untuk Anak?

Dah Jawab 7 Soalan Ini Sebelum Beri Vitamin Untuk Anak? -  Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira sebelum beri vitamin untuk anak. Menjadi tanggungjawab ibu ayah dalam menitik beratkan kesihatan anak-anak. Bukan sahaja kesihatan diri sendiri yang kita perlu jaga. Sebagai ibu, kesihatan seluruh anggota keluarga adalah di bawah tanggungjawab kita juga.

Untuk mendapatkan makanan tambahan yang terbaik dan berkesan untuk anak-anak adalah penting. Namun, disebabkan lambakan vitamin yang ada dipasaran, kita perlukan sedikit sebanyak maklumat untuk memilih vitamin yang terbaik untuk anak-anak.




Zaman sekarang ni kan, anak-anak banyak terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan toksin. Sering terdedah kepada perkara -perkara tidak sihat ini boleh menyebabkan anak-anak kita mudah diserang penyakit. Anak selsema, batuk-batuk, sering demam dan membuatkan mereka kurang aktif dari segi pergaulan.

Sebab itu, bagi saya sendiri kita perlu juga sediakan dan berikan vitamin dan makanan tambahan  yang terbaik untuk anak-anak. Ianya sebagai langkah menjaga kesihatan mereka dan menguatkan lagi imunisasi anak-anak untuk melawan penyakit.




Diluar sana, terlalu banyak vitamin untuk anak dan makanan tambahan untuk anak yang ada dijual. Ada dalam bentuk pil dan tablet. Ada juga yang jenis cecair atau liquid yang diperasakan dengan perasa tambahan yang menarik.

Justeru, saya kira menjadi satu kewajipan bagi ibu ayah untuk mengetahui serba sedikit kandungan dan bahan yang ada dalam setiap vitamin dan makanan tambahan yang dibeli untuk anak-anak. Adakah ia betul-betul mendatangkan khasiat untuk anak atau sebaliknya.


Panduan Mudah Untuk Memilih Vitamin Untuk Anak


Kita pasti biasa membelek dahulu kandungan bahan yang tertera pada botol vitamin dan makanan tambahan sebelum kita decide nak beli kan. Selain kandungan produk, ada beberapa perkara lain juga yang perlu kita ambil kira.

Semoga perkongsian ini sikit sebanyak dapat membantu ibu ayah untuk memilih vitamin yang terbaik untuk anak-anak.




7 Tips Simple Untuk Memilih Vitamin Untuk Anak


1. Syarikat mana yang sebenarnya menjadi pengilang produk supplement dan vitamin yag saya berikan untuk anak ni?

Saya dulu tak pernah ambil kisah pasal pengilang produk supplement ni. Pergi farmasi terus je capai botol vitamin yang saya nak. Tak pernah nak ambil kisah syarikat apa yang buat vitamin tu.

Syarikat yang jual produk tertentu belum tentu syarikat itu juga mengeluarkan produk tersebut. Ada setengah syarikat cuma tolong edar dan tolong jual sahaja.  Sedangkan kita kena tahu yang produk-produk makanan tambahan atau vitamin yang terbaik di pasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama. Dia yang buat dan dia juga yang jual atau edar.

Ini penting bagi memastikan lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan vitamin dan supplements yang kita ambil tu.


2. Vitamin ni ada ujian kualiti tak? Kalau ada, berapa banyak ujian kualiti vitamin ni?

Vitamin yang terbaik adalah vitamin yang berkualiti tinggi. Kita tahu yang setiap produk makanan tambahan  perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk memastikan kemujaraban dan kualitinya. Dan produk supplement yang terbaik sekurang-kurangnya mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk supplemen mereka.


3. Vitamin saya beri kat anak ni okey ke? Daripada bahan semulajadi atau sintetik ye?

Yang ni semua ibu ayah perlu tahu dan alert. Bukan semua vitamin yang kita bagi kat anak tu 100% semulajadi ya. Contoh macam vitamin B. Ada vitamin B yang didakwa 100% semulajadi. Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.


4. Adakah vitamin ni mempunyai tarikh luput pada botol?

Sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku dalam produk supplemen dan vitamin yang berkualiti tinggi akan dicap tarikh luput pada botolnya.


5. Syarikat pengeluar vitamin ni ada lembaga penasihat Saintifik yang sah ke?

Syarikat nutrisi yang berkaliber akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang ternama didunia.  Lembaga penasihat ini sudah tentu mempunyai pengiktirafan dalam bidang biokmia atau pemakanan yang berbeza daripada syarikat yang mempunyai orang-orang yang tiada pengiktirafan dalam bidang tersebut.


6. Syarikat vitamin ni ada research tak?

Syarikat pengeluar vitamin dan produk supplemen yang berkualiti tinggi akan memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi menjalankan research atau penyelidikan bagi membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.


7. Ada ujian klinikal ke vitamin yang saya bagi kat anak ni?

Penting ke ada ujian klinikal ni? Ya sangat penting. Dengan ujian klinikal ni lah kita boleh tahu keselamatan dan keberkesanan vitamin tu. Syarikat pengeluar supplement yang baik biasanya akan melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka di institusi-institusi berprestij seperti Harvard, Yale, UCLA, Standford University dan lain-lain.

Ini kerana apabila dilakukan di institusi terkemuka, semua keputusan dan metodologi adalah lebih adil dan tidak berat sebelah.



Okey ibu ayah dah jawab 7 soalan di atas? Semua soalan di atas  boleh ditimbang tara oleh ibu ayah sebelum ambil keputusan untuk berikan vitamin untuk anak-anak. Lebih baik kita ambil masa untuk cari maklumat sikit kan daripada terus beli dan beri vitamin yang macam-macam untuk anak-anak. Semoga perkongsian ini memberikan sebanyak manfaat untuk ibu ayah dan kita semua.

Kalau nak tahu lanjut vitamin apa yang boleh diberikan untuk anak-anak kita, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Penang di talian hotline kami  013-985 2827 sekarang juga!






Share:

Oct 22, 2017

YOUTH Shaklee Skincare Set Kecantikan Selamat dan Semulajadi

YOUTH Shaklee Skincare Produk Kecantikan Selamat Dan Semulajadi - Sebelum ni ramai yang ternanti-nantikan apakah produk skincare Shaklee yang bakal menggantikan Produk Skincare Shaklee Nutriwhite. Termasuk lah saya sendiri. Nanti dan terus menanti. Hehe. Sangat tak sabar-sabar nak  tahu skincare apa la yang shaklee nak keluarkan nanti. Pasti lebih baik kan formulasi dia.

Sebenarnya, Shaklee dah pun umumkan produk skincare baru shaklee yang bakal dibawa ke Malaysia ni pada Ogos lepas. Ramai juga yang dah tahu pasal ni kan. Tak lain tak bukan ianya YOUTH Shaklee Skincare Produk Kecantikan Selamat Dan Semulajadi.

Formulasi baharu dalam YOUTH Skincare by Shaklee ni pasti mengujakan kita semua!




Cuba tengok gambar kat atas. Inilah dia YOUTH Skincare Shaklee tu. Menarik kan skincare Shaklee yang baharu ni.

Nak tahu apa yang ada dalam rangkaian set penjagaan kulit YOUTH Shaklee Skincare ni? Jom kita usha-usha sikit apa yang ada.


YOUTH Shaklee Skincare Produk Kecantikan Selamat Dan Semulajadi

Rangkaian produk YOUTH Skincare Shaklee yang bakal ada di Malaysia nanti terdiri daripada 7 set penjagaan anti aging atau anti penuaan.



YOUTH Skincare Shaklee

YOUTH Shaklee Skincare adalah 100% natural dan semulajadi, tidak diuji ke atas haiwan, bebas gluten dan paling penting bebas  daripada 2,500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh diragui keselamatannya ke atas kulit kita.


Youth Shaklee Skincare - Set Kecantikan Luaran Shaklee

Luminous Gel Oil Cleanser - Mengandungi pH yang seimbang untuk meneutralkan dan melicinkan kulit wajah.

Perfecting Skin Toner - Membuang sel kulit mati dan menaikkan seri wajah.

Youth Activating Serum - Mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang membantu proses pemulihan secara kritikal.

Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30 - Memelihara dan melindungi kulit dengan perlindungan optima.

Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light) - Krim malam yang memperbaharui sel kulit.

Radiance C+E Capsules - Sangat powerful. Gabungan vitamin C dan E yang asli untuk mengembalikan aura seri wajah.

Youth Activating BB Cream - 5 in 1 BB Cream untuk kulit lebih halus dan bersinar.



Cuba tonton video di bawah. Rangkaian produk penjagaan kulit wajah yang dinantikan oleh ramai wanita diluar sana.





BEST ke sangat best? Kalau tanya saya mesti la saya sendiri pun tak sabar-sabar nak jadi yang terawal guna produk ni. Ye la. Usia pun dah lebih 30 tahun kan. Mesti la nak sesangat produk yang boleh kembalikan keanjalan kulit kan. Hehe. Skincare yang boleh hilangkan parut jerawat dan jeragatProduk Skincare Shaklee ni insyaAllah diyakini selamat.

Untuk yang ada masalah  kulit kering dan  berminyak, boleh ambil skincare shaklee untuk kulit berminyak dan skincare shaklee untuk kulit kering dengan mendapatkan Set Kecantikan Shaklee yang selamat untuk penjagaan dalaman.




Banyak sangat tau lambakan set kecantikan yang ada di Malaysia ni. Set putihkan wajah seminggu,  losyen pencerah kulit wajah pantaskrim cerahkan kulit 3 hari dan macam-macam lagi lah nama yang ada.

Namun, memilih yang selamat dan tidak berbahaya itu yang terbaik. Pastikan bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben dan merkuri. Dua ni antara contoh bahan kimia yang berbahaya tau. Boleh check dekat produk yang kita tengah guna tu. Kalau ada, better stop cecepat. Sebelum ia mendatangkan kesan sampingan yang tak baik.

Harga Produk Skincare Shaklee YOUTH ni juga akan diumumkan bila-bila masa je. Jadi, kalau korang nak jadi yang terawal sebagai pengguna Youth Skincare Shaklee, dan nak tahu harga produk kecantikan dan skincare shaklee ni, boleh tinggalkan emel anda diruangan komen.

Atau untuk lebih pantas, boleh whatsapp nombor di bawah:

WHATSAPP "SKINCARE SHAKLEE" ke 013- 985 2827
WHATSAPP "SKINCARE SHAKLEE" ke 013- 985 2827
WHATSAPP "SKINCARE SHAKLEE" ke 013- 985 2827




Share:

Oct 14, 2017

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak

Cara BukaAkaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 

Mesti dah biasa dengar kan tentang AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera ni. Pernah tengok tak iklan terbaru Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) yang paling latest kat tv tu?

Tiga orang rakan sekerja yang berangan-angan nak buat apa dengan duit gaji dorang tu nanti. Sorang nak beli superbike, sorang nak pergi bercuti dan sorang lagi nak makan sedap-sedap. Hehe macam-macam.

Last-last Neelofa mencelah suruh simpan sikit dalam AHB. Iklan tu menarik. Sempoi ja. Sebelum ni pun ada lagi iklan-iklan AHB dekat tv. Yang makcik dekat stesen minyak dan pergi melawat bangunan tu. Pun menarik iklan AHB ni.





Ramai yang dah tahu kan AHB adalah salah satu medium pelaburan untuk Bumiputera. Cuma yang ni kita melabur dalam sektor hartanah. Dan yang paling BEST kita boleh mula melabur dan buka akaun AHB ni cuma  dengan RM100 saja. Ya masa awal-awal dulu dalam RM500 kalau tak silap.

Mak-mak yang rasa nak try simpan duit anak-anak dalam AHB ni pun boleh. Sebab AHB ada juga tawarkan Akaun Remaja (Kanak-Kanak/ Remaja ). Akaun Remaja ni untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan keatas sehingga di bawah 18 tahun. Kira AHB ni salah satu cara simpan duit atau medium  simpan duit untuk anak-anak yang mak boleh consider.


Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 


Minggu lepas hari Jumaat, curi masa rehat panjang tu kejap pergi Maybank untuk buka akaun AHB untuk Muhammad Fayyadh sebelum cukup umur dia dua tahun 9 Oktober 2017. Ni kira tabung kedua Muhammad lah selepas Tabung Haji.

Another medium yang kami pilih untuk simpanan masa depan insyaAllah. Yang next-next masih dalam planning. Hehe.


So, macam mana cara nak buka Akaun AHB untuk anak? Di bawah ni saya ringkaskan step untuk buka akaun AHB untuk anak.

1. Mula-mula sekali sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pergi ke bank. Fotostat siap-siap lagi senang. Dokumen original  bawa sekali.

- Salinan IC / Kad Pengenalan penjaga  ( ibu/ayah )
- Salinan MyKid anak
- Salinan Surat Beranak Anak
- No Akaun Bank ( Tulis atau simpan dalam handphone siap-siap )



 2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau AMbank. Saya prefer Maybank. Setakat ni 2 bank ni sahaja lah distributor untuk unit amanah AHB ni. Terus ke Kaunter Pertanyaan dan beritahu pegawai kaunter tu kita nak buka akaun AHB. Nanti dia akan panggil Eksekutif Kewangan untuk sesi rundingan.

3. Jumpa pegawai yang incharge. Pegawai ni akan terangkan lebih details pasal AHB. Korang boleh dapatkan penjelasan berkaitan macam mana dana AHB ini diuruskan, tarikh agihan dividen,  kadar dividen dan lain-lain. Tanya je kat dorang semua yang korang nak tahu details pasal AHB ni.

4. Kalau dah faham dan bersetuju, dia akan bagi borang pendaftaran AHB untuk diisi. Untuk anak remaja, nanti dia akan bagi Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera ( Akaun Kanak-Kanak / Remaja ) macam gambar kat bawah ni. Untuk dewasa macam kita ni, ada Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera Akaun Dewasa.



Dalam borang ni ada disuruh isi nombor akaun bank kita untuk tujuan pengkreditan dividen. Rujukan bulatan merah di atas. Dividen nanti terus  masuk akaun kita ya. Saya suggest guna akaun Maybank jugak ( kalau buka di Maybank). Bank lain boleh juga tapi akan ada caj lah yang dikenakan. Tak sure pulak berapa. Nak buka akaun Maybank baru pun boleh kalau takut duit bercampur aduk duit bisnes ke duit gaji. Haha.

Take note ya. Untuk akaun anak, boleh diisi dengan nombor akaun bank ibu/ayah.


Borang yang lengkap diisi tu diserahkan kepada pegawai tadi bersama dengan Kad Pengenalan kita, original dan salinan MYKid dan surat beranak anak.




5. Last sekali, isi borang pelaburan tambahan AHB macam dalam gambar (Yang ni cash la ya. Yang invest pakai KWSP kena buat lain). Borang ni nanti pegawai tu akan bagi. Buat pembayaran jumlah pelaburan  kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Salinan borang ni kena simpan tau  sebagai rujukan di masa hadapan nanti. Dorang tak keluarkan buku ke apa. So simpan lah salinan borang pendaftaran ni ya.

Segala urusan samada nak buka akaun AHB ataupun nak tambah pelaburan AHB hanya boleh dibuat di kaunter.

So rasanya tu je lah yang boleh saya share step nak buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk anak. Kalau berminat boleh la rujuk bank yang berhampiran (Maybank atau AMBank). Cuma tak sure juga dah penuh ke belum fund ni. Apa pun sila rujuk bank yang terdekat ya.



Share:

Oct 3, 2017

Kerap Bersin? Awasi 9 Tanda-Tanda Penyakit Resdung

Kerap Bersin? Awasi 9 Tanda-Tanda Penyakit Resdung - Biasa kan kita dengar ada kalangan ahli keluarga kita atau kita sendiri jenis yang kuat bersin pagi-pagi? Bukan takat sekali. Dua tiga kali dok asyik bersin je pepagi. Kenkadang lebih dari tu la. Ada kan? Sampai mata pun naik berair. Hehe.



Kenapa kerap bersin? Kenapa selalu je bersin? 

Orang kata bila kuat bersin ni itu adalah salah satu tanda-tanda kita mengalami resdung. Mesti korang tahu kan apa itu Resdung ?


Resdung Dan Penyebab Resdung

Resdung ni dikenali juga sebagai radang sinus, jangkitan sinus atau rinosinusitis. Radang ini terjadi pada rongga sinus dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, alahan, pencemaran udara, sering terdedah kepada bahan pencemar seperti asap rokok atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.






Tanda-Tanda Resdung


Ada beberapa tanda-tanda penyakit  resdung dan gejala resdung.

Ia termasuklah :

1. Ada lendir tebal dalam hidung. Keluar lendir pekat kekuningan atau kehijauan dari hidung atau di belakang tekak

2. Hidung tersumbat dan mempunyai kesukaran untuk bernafas.

3. Sakit atau bengkak di sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.

4. Sakit pada gusi atas dan gigi.Demam

5. Sakit kepala dan demam

6. Kurang deria bau dan deria rasa.

7. Nafas dan mulut berbau.

8. Sakit tekak dan batuk terutama sering batuk lebih teruk pada waktu malam.

9. Naik jerawat







Jika ada salah satu tanda-tanda di atas, mungkin awak telah dijangkiti penyakit resdung. Apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan resdung atau radang sinus ini adalah awak boleh mengambil Set Resdung Shaklee yang terbukti berkesan dalam mengurangkan keradangan.




Untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee. boleh hubungi saya di talian di bawah

WHATSAPP "SET RESDUNG" ke 013 - 985 2827
WHATSAPP "SET RESDUNG" ke 013 - 985 2827
WHATSAPP "SET RESDUNG" ke 013 - 985 2827




Share:

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Blog Archive

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare

Blog Archive