Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Jan 5, 2017

Tirai 2017 : Selamat Tahun Baru Dan Azam Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum buat pengunjung blog Ummi Awesome semua. Sebagai pembuka tirai 2017, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, walaupun dah masuk 5 Januari 2017 dah pun hari ni. Tak lambat lagi kan...masih mood tahun baru kot lagi semua..ye tak ye? 😉



So, macam mana momentum kita hari kelima ditahun baru ni? Ada yang dah speed laju-laju untuk capai azam dan target tahun ni? Atau ada yang masih ragu-ragu dan keep thinking eh apa aku nak buat tahun ni ya? Nak letak azam apa tahun baru ni eh..? 🤔

Haa...mana satu kita?

Kalau kita dalam golongan yang nombor satu tu, dah ada azam dan target nak capai, dah susun atur perancangan dan jadual kerja semua, Alhamdulillah tahniah! Just keep on track di laluan anda dan teruskan usaha untuk mencapainya.



Tapi belum terlambat untuk yang belum pun mulakan azam dan impian tahun ni. Ambil sehelai kertas dan pen, tulis la segala impian dan target kita besar-besar, kemudian tampal di sudut yang hari-hari kita boleh nampak tulisan tu. Tiap-tiap hari tengok apa yang kita nak tu, jadikan ianya inspirasi untuk kita terus tekun bekerja dan berusaha menggapainya.


Perlu Ke Ada Azam Tahun Baru?

Sesetengah orang berpendapat kenapa kena tunggu tahun baru, baru nak buat azam? Setiap hari pun boleh ada azam, setiap hari pun boleh kalau nak berubah, tak perlu kena tunggu tahun baru pun.



Ya betul.

Kita tahu yang kita perlu berubah pada setiap masa pun. Tapi bila ada tahun baru ni bak kata ustaz Zulramlie di Ikim.fm, kita jadikan ia sebagai SEMPENA, sebab bila ada sempena, kita ada TARIKH MULA. Justeru kita akan rasa lebih BERSEMANGAT untuk berubah ke arah kebaikan dan lebih positif untuk mencapai target hidup kita.

"Perkara yang terpenting yang kita kena betulkan sebelum membetulkan langkah ialah membetulkan NIAT.."

Apa pun azam dan target kita, saya pasti semuanya yang positif dan baik belaka. Biarlah apa yang kita buat dan inginkan tu KERANA ALLAH semata kerana disitu ada sumber kekuatan yang menjadi pendorong untuk kita terus kekal mengistiqomahkan yang BAIK insyaAllah.



Jangan lupa untuk sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah jua. Semoga DIA permudahkan urusan kita semua Ameen.


Azam tahun baru  saya?

BANYAK!

Salah satunya azam recycle tahun-tahun-tahun lepas : konsisten update blog. Hehe..yang ni konon-konon tiap-tiap tahun wajib ada. Rasanya tahun ni kena buat 47 Days Blog Challenge untuk diri sendiri baru dia jadi habit lekat rajin menulis. Will see 😎

Doakan saya.



✏Follow IG @beautelicious.my   +++++++++++++++++++++++++++
 Aada 013 985 2827 #SahabatShakleeTerbaikAnda +++++++++++++++++++++++++++

Share:

0 Comments:

Post a Comment

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Blog Archive

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare

Blog Archive