Showing posts with label Tips Kehidupan. Show all posts

Tirai 2017 : Selamat Tahun Baru Dan Azam Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum buat pengunjung blog Ummi Awesome semua. Sebagai pembuka tirai 2017, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, walaupun dah masuk 5 Januari 2017 dah pun hari ni. Tak lambat lagi kan...masih mood tahun baru kot lagi semua..ye tak ye? 😉



So, macam mana momentum kita hari kelima ditahun baru ni? Ada yang dah speed laju-laju untuk capai azam dan target tahun ni? Atau ada yang masih ragu-ragu dan keep thinking eh apa aku nak buat tahun ni ya? Nak letak azam apa tahun baru ni eh..? 🤔

Haa...mana satu kita?

Kalau kita dalam golongan yang nombor satu tu, dah ada azam dan target nak capai, dah susun atur perancangan dan jadual kerja semua, Alhamdulillah tahniah! Just keep on track di laluan anda dan teruskan usaha untuk mencapainya.



Tapi belum terlambat untuk yang belum pun mulakan azam dan impian tahun ni. Ambil sehelai kertas dan pen, tulis la segala impian dan target kita besar-besar, kemudian tampal di sudut yang hari-hari kita boleh nampak tulisan tu. Tiap-tiap hari tengok apa yang kita nak tu, jadikan ianya inspirasi untuk kita terus tekun bekerja dan berusaha menggapainya.


Perlu Ke Ada Azam Tahun Baru?

Sesetengah orang berpendapat kenapa kena tunggu tahun baru, baru nak buat azam? Setiap hari pun boleh ada azam, setiap hari pun boleh kalau nak berubah, tak perlu kena tunggu tahun baru pun.



Ya betul.

Kita tahu yang kita perlu berubah pada setiap masa pun. Tapi bila ada tahun baru ni bak kata ustaz Zulramlie di Ikim.fm, kita jadikan ia sebagai SEMPENA, sebab bila ada sempena, kita ada TARIKH MULA. Justeru kita akan rasa lebih BERSEMANGAT untuk berubah ke arah kebaikan dan lebih positif untuk mencapai target hidup kita.

"Perkara yang terpenting yang kita kena betulkan sebelum membetulkan langkah ialah membetulkan NIAT.."

Apa pun azam dan target kita, saya pasti semuanya yang positif dan baik belaka. Biarlah apa yang kita buat dan inginkan tu KERANA ALLAH semata kerana disitu ada sumber kekuatan yang menjadi pendorong untuk kita terus kekal mengistiqomahkan yang BAIK insyaAllah.



Jangan lupa untuk sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah jua. Semoga DIA permudahkan urusan kita semua Ameen.


Azam tahun baru  saya?

BANYAK!

Salah satunya azam recycle tahun-tahun-tahun lepas : konsisten update blog. Hehe..yang ni konon-konon tiap-tiap tahun wajib ada. Rasanya tahun ni kena buat 47 Days Blog Challenge untuk diri sendiri baru dia jadi habit lekat rajin menulis. Will see 😎

Doakan saya.