Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak

>> Oct 14, 2017

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 

Mesti dah biasa dengar kan tentang AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera ni. Pernah tengok tak iklan terbaru Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) yang paling latest kat tv tu? Tiga orang rakan sekerja yang berangan-angan nak buat apa dengan duit gaji dorang tu nanti. Sorang nak beli superbike, sorang nak pergi bercuti dan sorang lagi nak makan sedap-sedap. Hehe macam-macam.

Last-last Neelofa mencelah suruh simpan sikit dalam AHB. Iklan tu menarik. Sempoi ja. Sebelum ni pun ada lagi iklan-iklan AHB dekat tv. Yang makcik dekat stesen minyak dan pergi melawat bangunan tu. Pun menarik iklan AHB ni.







Ramai yang dah tahu kan AHB adalah salah satu medium pelaburan untuk Bumiputera. Cuma yang ni kita melabur dalam sektor hartanah. Dan yang paling BEST kita boleh mula melabur dan buka akaun AHB ni cuma  dengan RM100 saja. Ya masa awal-awal dulu dalam RM500 kalau tak silap.

Mak-mak yang rasa nak try simpan duit anak-anak dalam AHB ni pun boleh. Sebab AHB ada juga tawarkan Akaun Remaja (Kanak-Kanak/ Remaja ). Akaun Remaja ni untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan keatas sehingga di bawah 18 tahun. Kira AHB ni salah satu cara simpan duit atau medium  simpan duit untuk anak-anak yang mak boleh consider.


Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 


Minggu lepas hari Jumaat, curi masa rehat panjang tu kejap pergi Maybank untuk buka akaun AHB untuk Muhammad Fayyadh sebelum cukup umur dia dua tahun 9 Oktober 2017. Ni kira tabung kedua Muhammad lah selepas Tabung Haji. Another medium yang kami pilih untuk simpanan masa depan insyaAllah. Yang next-next masih dalam planning. Hehe.

So, macam mana cara nak buka Akaun AHB untuk anak? Di bawah ni saya ringkaskan step untuk buka akaun AHB untuk anak.

1. Mula-mula sekali sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pergi ke bank. Fotostat siap-siap lagi senang. Dokumen original  bawa sekali.

- Salinan IC / Kad Pengenalan penjaga  ( ibu/ayah )
- Salinan MyKid anak
- Salinan Surat Beranak Anak
- No Akaun ( Tulis atau simpan dalam handphone siap-siap )


2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau AMbank. Saya prefer Maybank. Setakat ni 2 bank ni sahaja lah distributor untuk unit amanah AHB ni. Terus ke Kaunter Pertanyaan dan beritahu pegawai kaunter tu kita nak buka akaun AHB. Nanti dia akan panggil Eksekutif Kewangan untuk sesi rundingan.

3. Jumpa pegawai yang incharge. Pegawai ni akan terangkan lebih details pasal AHB. Korang boleh dapatkan penjelasan berkaitan macam mana dana AHB ini diuruskan, tarikh agihan dividen,  kadar dividen dan lain-lain. Tanya je kat dorang semua yang korang nak tahu details pasal AHB ni.

4. Kalau dah faham dan bersetuju, dia akan bagi borang pendaftaran AHB untuk diisi. Untuk anak remaja, nanti dia akan bagi Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera ( Akaun Kanak-Kanak / Remaja ) macam gambar kat bawah ni. Untuk dewasa macam kita ni, ada Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera Akaun Dewasa.



Dalam borang ni ada disuruh isi nombor akaun bank kita untuk tujuan pengkreditan dividen. Rujukan bulatan merah di atas. Dividen nanti terus  masuk akaun kita ya. Saya suggest guna akaun Maybank jugak ( kalau buka di Maybank). Bank lain boleh juga tapi akan ada caj lah yang dikenakan. Tak sure pulak berapa. Nak buka akaun Maybank baru pun boleh kalau takut duit bercampur aduk duit bisnes ke duit gaji. Haha.

Take note ya. Untuk akaun anak, boleh diisi dengan nombor akaun bank ibu/ayah.

Borang yang lengkap diisi tu diserahkan kepada pegawai tadi bersama dengan Kad Pengenalan kita, original dan salinan MYKid dan surat beranak anak.




5. Last sekali, isi borang pelaburan tambahan AHB macam dalam gambar (Yang ni cash la ya. Yang invest pakai KWSP kena buat lain). Borang ni nanti pegawai tu akan bagi. Buat pembayaran jumlah pelaburan  kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Salinan borang ni kena simpan tau  sebagai rujukan di masa hadapan nanti. Dorang tak keluarkan buku ke apa. So simpan lah salinan borang pendaftaran ni ya.

Segala urusan samada nak buka akaun AHB ataupun nak tambah pelaburan AHB hanya boleh dibuat di kaunter.

So rasanya tu je lah yang boleh saya share step nak buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk anak. Kalau berminat boleh la rujuk bank yang berhampiran (Maybank atau AMBank). Cuma tak sure juga dah penuh ke belum fund ni. Apa pun sila rujuk bank yang terdekat ya.



Read more...

Kerap Bersin? Awasi 9 Tanda-Tanda Penyakit Resdung

>> Oct 3, 2017

Biasa kan kita dengar ada kalangan ahli keluarga kita atau kita sendiri jenis yang kuat bersin pagi-pagi? Bukan takat sekali. Dua tiga kali dok asyik bersin je pepagi. Kenkadang lebih dari tu la. Ada kan? Sampai mata pun naik berair. Hehe.



Kenapa kerap bersin? Kenapa selalu je bersin? 

Orang kata bila kuat bersin ni itu adalah salah satu tanda-tanda kita mengalami resdung. Mesti korang tahu kan apa itu Resdung ?


Resdung Dan Penyebab Resdung
Resdung ni dikenali juga sebagai radang sinus, jangkitan sinus atau rinosinusitis. Radang ini terjadi pada rongga sinus dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, alahan, pencemaran udara, sering terdedah kepada bahan pencemar seperti asap rokok atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.






Tanda-Tanda Resdung


Ada beberapa tanda-tanda penyakit  resdung dan gejala resdung.

Ia termasuklah :

1. Ada lendir tebal dalam hidung. Keluar lendir pekat kekuningan atau kehijauan dari hidung atau di belakang tekak

2. Hidung tersumbat dan mempunyai kesukaran untuk bernafas.

3. Sakit atau bengkak di sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.

4. Sakit pada gusi atas dan gigi.Demam

5. Sakit kepala dan demam

6. Kurang deria bau dan deria rasa.

7. Nafas dan mulut berbau.

8. Sakit tekak dan batuk terutama sering batuk lebih teruk pada waktu malam.

9. Naik jerawat







Jika ada salah satu tanda-tanda di atas, mungkin awak telah dijangkiti penyakit resdung. Apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan resdung atau radang sinus ini adalah awak boleh mengambil Set Resdung Shaklee yang terbukti berkesan dalam mengurangkan keradangan.




Untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee. boleh hubungi saya di talian di bawah

WHATSAPP 013 - 985 2827
WHATSAPP 013 - 985 2827
WHATSAPP 013 - 985 2827




Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP