Showing posts with label Pengedar Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee. Show all posts

Kerap Bersin? Awasi 9 Tanda-Tanda Penyakit Resdung

>> Oct 3, 2017

Biasa kan kita dengar ada kalangan ahli keluarga kita atau kita sendiri jenis yang kuat bersin pagi-pagi? Bukan takat sekali. Dua tiga kali dok asyik bersin je pepagi. Kenkadang lebih dari tu la. Ada kan? Sampai mata pun naik berair. Hehe.



Kenapa kerap bersin? Kenapa selalu je bersin? 

Orang kata bila kuat bersin ni itu adalah salah satu tanda-tanda kita mengalami resdung. Mesti korang tahu kan apa itu Resdung ?


Resdung Dan Penyebab Resdung
Resdung ni dikenali juga sebagai radang sinus, jangkitan sinus atau rinosinusitis. Radang ini terjadi pada rongga sinus dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, alahan, pencemaran udara, sering terdedah kepada bahan pencemar seperti asap rokok atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.






Tanda-Tanda Resdung


Ada beberapa tanda-tanda penyakit  resdung dan gejala resdung.

Ia termasuklah :

1. Ada lendir tebal dalam hidung. Keluar lendir pekat kekuningan atau kehijauan dari hidung atau di belakang tekak

2. Hidung tersumbat dan mempunyai kesukaran untuk bernafas.

3. Sakit atau bengkak di sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.

4. Sakit pada gusi atas dan gigi.Demam

5. Sakit kepala dan demam

6. Kurang deria bau dan deria rasa.

7. Nafas dan mulut berbau.

8. Sakit tekak dan batuk terutama sering batuk lebih teruk pada waktu malam.

9. Naik jerawat







Jika ada salah satu tanda-tanda di atas, mungkin awak telah dijangkiti penyakit resdung. Apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan resdung atau radang sinus ini adalah awak boleh mengambil Set Resdung Shaklee yang terbukti berkesan dalam mengurangkan keradangan.




Untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee. boleh hubungi saya di talian di bawah

WHATSAPP 013 - 985 2827
WHATSAPP 013 - 985 2827
WHATSAPP 013 - 985 2827




Read more...

Meronda Di Design Village Penang

>> Jan 25, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Tengah buat apa? Siapkan kerja dulu baru boleh siap-siap balik rumah ye tak. Petang-petang macam ni, dengan cuaca sejuk ni menggugat jugak la ni..Hehe. Update blog sekejap dengan gambar di Design Village Penang ni. Saja la pi meronda cuci-cuci mata kat Design Village Penang ni hujung minggu lepas sebab dah dekat dengan rumah kan. 10 minit tak sampai nak pergi Design Village Penang Outlet ni. Tapi tak boleh selalu sangat la pergi meronda sini. BAHAYA. Bukan takat mata je yang dicuci. Dengan tangan dan poket sekali cuci😂😂😂.



Design Village Penang ni kira outlet mall yang pertama di Penang ni. Ia sama konsep je macam JPO dan Mitsui Sepang tu. Korang yang suka barang-barang cenggini boleh la mai shopping sini.



Dari pakaian, kasut segala, toys dan chocolates, jam dan minyak wangi. Sekadar yang ingat ada la butik Guess, Bonia, Padini, Sembonia, Hush Puppies dan tak ingat la yang lelain tu. Hehe. Korang boleh check kat FB Design Village Penang ok. Mak-mak boleh shopping. Ayah-ayah jaga anak-anak kat playstation 😜.



Pergi malam ke Design Village Penang ni cantik la sebab boleh tengok hiasan cahaya-cahaya lampu ni kan. Kali ni Design Village Penang dihiasi ayam besar sempena Tahun Baru Cina nanti. Bulan lepas Snowman dok ada.



Foodtruck pon ada disediakan.


Lokasi Design Village Penang adalah di Bandar Cassia Penang. Berdekatan jambatan kedua Jambatan Sultan Abdul Halim. Tempat ni tengok gaya memang dalam proses dibangunkan la. Tapak Ikea Penang dan Hospital Columbia pun disitu jugak.

Sikit masa Ikea Penang buka, kalau rezeki menetap disini lagi, hari-hari ummi ajak Muhammad Fayyadh gi cuci mata. Haha.

Jangan lupa kalau mai Penang singgah-singgah la sini ya. Oh ya kalau rasa nak COD produk Shaklee kat Design Village Penang ni jangan lupa contact saya. Alang-alang shopping baju-bajan, apa salah shopping vitamin sekali. Tak gitu 😉


Kalau nak order hubungi saja nombor di bawah ni:

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827


 ✏Follow IG @beautelicious.my
++++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars

>> Jan 12, 2017

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars | Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum selamat tengahari semua... Hari ni kita sembang sikit bab cara mudah nak menabung duit gaji atau duit bonus yang korang dapat tiap-tiap bulan tu khenn.. Hehe. Pernah dengar tak Sistem 7 Jars? Kalau tak biasa dengar 7 Jars, mesti biasa dengar cara urus wang konsep 6 Jars yang diasaskan oleh T. Harv Eker iaitu cara untuk menabung dan uruskan wang kita macam mana. Penting untuk kita menguruskan wang tak kira la kita ni kerja makan gaji ke atau buat bisnes online macam saya ni.


Sebenarnya, cara mudah menabung guna konsep 7 Jars ni pun adalah adaptasi daripada konsep 6 Jars tu jugak. Dalam 6 Jars diorang wujudkan enam tabung sahaja. Cuma konsep 7 Jars ni kita tambah satu lagi tabung, iaitu Tabung Ibu Bapa.

Jom kita tengok apa lagi tabung-tabung yang ada dalam 7 Jars ni nanti senang nak start menabung tengah-tengah bulan bila dapat duit bonus Shaklee atau akhir-akhir bulan bila dapat gaji ni.. Uppss..😜.


7 Jenis Tabung Kita Perlu Ada


1. NEC ( Tabung Keperluan)
Tabung ni kita gunakan untuk perbelanjaan dan keperluan kita, keperluan anak-anak, beli barang dapur, bayar bil-bil termasuk la sewa rumah, elektrik dan air serta bil telefon dan internet. Untuk bayaran taska dan pengasuh pun boleh masukkan dalam tabung ni ya.


2. EDU ( Tabung Pendidikan)
Tabung ni kita wujudkan sebagai langkah pelaburan untuk mendapatkan ilmu-ilmu sama ada melalui pembelian buku atau untuk sertai seminar, bengkel, kelas dan sebagainya. Contoh macam kita involve dalam bisnes Shaklee ni, kena la beli buku nutrisi dan kesihatan untuk upgrade ilmu juga kan. Ilmu kan aset. Jadi, tabung ni kita sediakan sebagai pelaburan untuk diri sendiri yang pastinya lebih berbaloi.



3. LTSS ( Long Term Saving for Spending)
Yang ni  kita gunakan untuk pembelian yang memerlukan duit yang banyak. Contohnya macam nak beli rumah nak bayar downpayment rumah, nak beli tv plasma pun boleh..hihi.. Untuk pendidikan anak-anak atau untuk percutian pun boleh letak sekali tau. 

Sebenarnya kita boleh wujudkan lebih dari satu untuk tabung LTSS ni. Caranya, bahagikan 10% peruntukan ke tabung-tabung LTSS tu mengikut priorities. Kalau rasa syok pergi bercuti dulu dari beli tv plasma tu, kita banyakkan lagi nilai percentage untuk tabung holiday  kita tu haa.. 😁


4. FFA ( Financial Freedom)
Tabung ni adalah Angsa Emas kita sebab masa ni la kita kena menabung untuk hari tua. Biasanya wang tabungan ni kita laburkan dalam medium pelaburan yang sesuai dan kita bina passive income sendiri. Jangan sesekali gunakan wang tabungan ni sehingga kita dah capai target financial free okey




5. PLAY  ( Tabung Hiburan)
Tabung ni saya suka! 😜 Korang mesti ada tau especially kita wanita-wanita ni haa 😍. Saya gemar panggil dia Tabung SHOPPING sebab tabung ni kita simpan dan guna untuk beli barang yang kita nak sangat sesangattt tu. Contoh macam nak beli beg COACH. Kalau rasa tak mampu dan tak dan nak beli lumpsum, tak mau guna kad kredit, apakata korang buat tabung ni je. Sikit-sikit tengok hujung tahun dah boleh beli dah.. Rasa dia macam puas bila dapat barang kita nak walau amek masa lama pun..Haha. Tapi takkan tiap-tiap tahun nak beli handbags je kan..Boleh je sebenarnya tabung ni kita wujudkan sebab nak pergi spa, massage massage bagai, dan nak buat weekend escape dekat-dekat ni pun boleh.



6. GIVE ( Tabung Sadaqah )
Setiap bulan, kita peruntukkan lah untuk diri kita melakukan kebajikan samada untuk ahli keluarga terdekat dan insan yang memerlukan. Even untuk suami dan anak-anak, sesekali boleh belanja diorang makan-makan besar kat luar kan. Kot la mood nak masak tadak hari tu, boleh la merasa makan besar kat luar ramai-ramai.. Hehe. Boleh juga cari tabung masjid dan organisasi macam Aman Palestin ke, Sahabat Telekung ke.. atau orang perseorangan, anak-anak yatim. Jadikan amalan bersedekah ni sebagai rutin kita ya korang sebab InsyaAllah orang yang rajin bersedekah tu takkan miskin. Makin bertambah ruah rezekinya ameen.



Dan lagi satu tabung

7. PARENTS ( Tabung IbuBapa)
Yang ni pun kita sebagai anak kena titikberatkan. Walaupun ada sesetengah mak ayah masih bekerja dan ada ibu bapa yang dah kaya, kita hulur la sebagai tanda kasih kat mereka. One thing, kalau mak ayah dah meninggal dunia, kita boleh gunakan tabungan ni untuk selesaikan urusan-urusan mereka yang masih belum selesai. Kalau semua dah selesai kita sedekah kan lah duit tu ke mana-mana tempat contoh macam waqaf masjid ke dan NIAT kan untuk mereka. InsyaAllah mudah-mudahan akan ada pahala yang mengalir untuk mereka.


Macamana Nak Start 7 Jars Ni?

Senang je..Okey meh nak cerita. Setiap akhir bulan korang yang dapat gaji atau bonus ( Bonus Shaklee tiap-tiap tengah bulan tau..😍) korang bahagikan duit tu mengikut percentage di bawah ni ;


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


Percentage ni korang boleh ubah ikut keselesaaan masing-masing lah. Tapi make sure kena ada disiplin tau! Baru la berhasil. Guna teknik Simpan dan Lupa yang pernah saya cerita sebelum ni dalam entry 5 cara mudah simpan duit.

Bekas tabung pun boleh create guna pakai botol yang ada. Saya juga ada create Tabung Berwarna. Yang tu saya guna kotak kasut je. Hehe. Dan cara saya kalau untuk Tabung NECC tu, saya terus masukkan dalam sampul duit raya je. Senang bawa bila ada urusan nak guna contoh macam nak bayar duit pengasuh tu saya terus masukkan dalam sampul tu dan terus bagi bila akhir bulan.


Sebenarnya setiap orang ada cara tersendiri ikut keselesaan masing-masing kan. Saya ada apply mengikut yang ni dan ada tambahan juga sikit-sikit. Yang penting, apa yang kita buat kita tahu matlamatnya ke mana. Berusaha untuk mencapai matlamat kita tu ya.


Sampai jumpa lagi. Selamat menabung!


Lagi satu, kalau rasa nak menabung ditengah-tengah bulan guna duit bonus Shaklee melalui bisnes online Shaklee ni, SAVE nombor di bawah okey 😊

📲 013 985 2827
📲 013 985 2827
📲 013 985 2827



 ✏Follow IG @bondasihat +++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Pengedar Shaklee Penang Terbaik Dengan Ready Stock

>> Jan 9, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum serta selamat hari Isnin semua. Hari ni semangat banyak nak update blog Ummi Awesome Pengedar Shaklee Penang ni. Tahu tak kenapa? Sebab blog Ummi Awesome dah berdomain .com dah ni awakkk...Hihi. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat dihati ini. Jadi lepas ni diharap sentiasa bermotivasi untuk up kan entry setiap hari di blog Pengedar Shaklee Penang ni kan. Ameen.



Orang-orang Penang yang nak dapatkan produk Shaklee, yang nak tanya cara nak makan Vitamin Shaklee ni macam mana, nak tanya produk apa yang sesuai untuk sakit lutut, sakit sendi, produk Shaklee untuk ekzema atau lain-lain, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Penang readystock di talian 013 985 2827 ya.

Exclusive untuk orang-orang Penang, yang tinggal di sekitar Batu Kawan, Bandar Cassia, Simpang Ampat, Bukit Tambun, Bandar Tasik Mutiara Penang dan kawasan sekitar, perkhidmatan COD ada disediakan oleh Pengedar Shaklee Penang terbaik untuk anda!






Usah risau bagi yang berada jauh namun ingin membeli produk Shaklee dengan saya Pengedar Shaklee Penang, kami menyediakan perkhidmatan pos ke seluruh negara dan juga berpengalaman pos ke luar negara juga. InsyaAllah walaupun jauh di mata, tetap dekat dihati. Ehh...tetap dapat membeli produk Shaklee secara online kan sekarang dan barang pun abang posmen siap hantar depan rumah ok 😀



Boleh rujuk senarai harga produk Shaklee 2017 yang sah dan terkini di sini.

Nak daftar jadi ahli Shaklee tapi tak tahu nak daftar ahli Shaklee macam mana? Meh contact saya Pengedar Shaklee Penang. Senang juga nak daftar ahli Shaklee secara online je lagi cepat dan mudah. Key in dan terus shopping 😀

Okey lah sampai sini dahulu dan jangan lupa like FB page Pengedar Shaklee Penang serta follow IG @bondasihat Pengedar Shaklee Penang ya kawan-kawan 😉



Sampai jumpa lagi dilain entry. Assalamualaikum 😊

Untuk order dan konsultasi

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Tempat Makan Di Jeti Pulau Aman Penang

>> Jan 8, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Korang buat aktiviti apa hujung minggu ni? Kami minggu ni baru lekat dok dirumah. Biasa hujung minggu sekejap balik Kelantan sekejap balik Alor Setar..hmm macam tu la rutin. Hehe. Minggu ni boleh la ambil masa rehat dirumah. Sabtu tak pergi mana pun cuma pagi kami ke pasar beli bahan-bahan nak buat Nasi Hujan Panas dan bertungkus-lumus masak sampai tengahari.Haha. Hari Ahad lewat petang baru berkesempatan ke Jeti Pulau Aman sekejap.

Tu pun setelah mak pengasuhnya Muhammad Fayyadh whatsapp suh mai makan kat jeti tu. Tunggu budak kecik ni bangun tidur, dalam pukul 6 juga kami pergi ke Jeti Pulau Aman ni. Semangat nak p makan kat jeti Pulau Aman. Hehe.



Nak kata first time sampai Jeti Pulau Aman ni, tak la juga. Ni second time kat sini. Tapi kali pertama pergi dulu, kami pi awal sangat. Kedai makan pun tak buka lagi.Hihi.

Kali ni kita g petang acah-acah nak tengok sunset sekali la. Kononnya 😜.



Tapi kami pergi sat ja la. Sempat makan di Jeti Pulau Aman ni. Depa ada masak laksa dan mee kuah ketam.

Ummi dia makan mee kuah ketam, Baba dia makan laksa dan MF makan laksa kicap. Hehe. Kami order ABC dan air sirap bandung sekali. Maaf tak ada gambar makanan sebab makan terus, takdan ambil gambarnya 😛

Kalau korang berkunjung ke Pulau Aman ni, jangan lupa makan kat jeti Pulau Aman ni ya. Sedap dan harga pun murah je. Kat atas ni kedai makan yang kami singgah makan kat Jeti Pulau Aman tu.




Ada masa nanti InsyaAllah kita naik bot pergi Pulau Aman pula ya. Kita tengok je dulu orang naik bot ke Pulau Aman.




Sebelum maghrib kami balik. Nasib baik rumah pun tak jauh mana sebenarnya ke jeti ni. Plan naik bot ke Pulau Aman kita rancang lain kali pula InsyaAllah 😊

Oh ya...petang sebelum keluar pergi ke jeti Pulau Aman ni,sempat la beli domain .com untuk blog Ummi Awesome ni. Alhamdulillah malam dah boleh dah domain ni 😊. Bersiaran menggunakan domain baru la lepas ni. Hihi.

Alang-alang tu siapa yang nak beli produk Shaklee boleh hubungi saya juga. Untuk order dan konsultasi berkenaan produk Shaklee, boleh hubungi nombor di bawah

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Kenapa Kena Makan Collagen Dan ESP Shaklee

>> Jan 7, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Hari ni kita cerita sikit pasal Collagen atau dalam bahasa Melayu disebut juga kolagen dan  juga cerita mengenai ESP, sumber protein terbaik daripada susu soya yang diproses secara non-GMO. Kita semua tahu kan betapa pentingnya kedua-kedua collagen dan sumber protein ini untuk badan kita dan kenapa kita kena ambil dan makan dua-dua collagen dan ESP (protein) ni dalam diet harian kita ni.

Kebanyakan kita termasuk saya sendiri menyangkakan bila kita dah ambil sumber protein tu, maka itu sudah mencukupi untuk badan kita dalam pembinaan sel-sel baharu.

Rupa-rupanya tak tepat sangkaan sebegitu.



Sebenarnya, kedua-dua collagen dan protein amat-amat diperlukan oleh badan kita ni. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berlainan.


Apa Itu Collagen?

Collagen merupakan protein yang paling banyak ada di dalam badan kita. Ia terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon. Fungsinya adalah untuk membantu menjadikan kulit kita kuat dan meningkatkan keanjalan kulit, juga menggantikan sel-sel kulit mati. Pada tempat seperti sendi dan tendon, ia diibaratkan sebagai "gam" yang membantu memegang badan bersama-sama.

Kalau tiba-tiba rasa sakit lutut, sakit sendi sampai susah nak bergerak, rasa-rasa sebab apa tu? Hehe 😉

Kesan Kekurangan Collagen


Kenapa Sumber Protein Juga Penting?

Collagen sebenarnya terbina daripada protein. Protein pula terbina daripada Amino asid. Secara mudah konsepnya begini:

Collagen >> Protein >> Amino Acid

Lain-lain protein, lain juga Amino acid nya. Yang wajib manusia ambil ada 9 jenis.

Protein juga penting kerana ia diperlukan untuk supply essential Amino acids kepada badan manusia untuk membina bermacam-macam benda termasuk hormone, enzymes, dan juga sel-sel dalam badan kita.

Kesan Kekurangan Protein


Apa jadi bila badan tak cukup protein?

Asas hidupan adalah protein. Perkataan Protein itu sendiri datang dari perkataan PROTOS daripada Bahasa Greek yang bermaksud PERTAMA.

TRIVIA: Sebab tu di canister ESP kalau kita perasan ada perkataan tertera FOUNDATION kat canister tu. 😀

Collagen berfungsi untuk supply collagen manakala protein ESP diperlukan untuk supply Amino acids.

Di dalam badan kita, protein akan di pecahkan menjadi Amino acids dan akan diagihkan (distribute) ke bahagian-bahagian yang memerlukan Amino acids tu.

Apabila badan kekurangan protein, enzyme, sel-sel badan dan organ badan kita sudah tentu tak dapat nak berfungsi secara optima.



Sumber Collagen dan Sumber Protein ESP

Collagen Powder Shaklee diperbuat dari pada sumber sumber marine yang berkualiti tinggi. Orang kata Collagen Shaklee mahal. Tak mahal pun sebab cuba tengok kualiti yang Shaklee berikan.

Shaklee menggunakan sumber marine daripada ikan merah yang duduk di lautan dalam (deep ocean) kerana kandungan collagen dalam ikan yang duduk di dasar lautan ni adalah lebih tinggi berbanding yang lain.

Manakala Protein ESP pula diperbuat daripada tumbuhan iaitu soya yang diproses secara non-GMO. Non-GMO ni maksudnya soya tersebut tidak diubah suai secara genetik. Shaklee amat mementingkan kualiti terhadap semua produknyadan juga menjaga kesemulajadiaan bahan-bahannya.

Untuk lebih selamat dalam pengambilan collagen dan protein, ambil lah produk yang natural dan tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap badan kita.



Oh ya! Bukan perempuan sahaja yang perlukan collagen ya. Jangan ingat begitu. Lelaki pun ada kena sakit sendi sakit lutut juga kan? Tu  sebab kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan collagen. Kalau awak berada di PENANG boleh dapatkan Collagen dan ESP dari Pengedar Shaklee Penang atau hubungi saja nombor di bawah.


Untuk order dan konsultasi
📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Senarai Harga Produk Shaklee 2017 : Shaklee Price List 2017

>> Jan 6, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum salam Jumaat sahabat-sahabat semua. Di kesempatan hari yang barakah ni, saya ingin update senarai harga produk Shaklee 2017 atau Shaklee Price List 2017 yang terbaru dan yang disahkan oleh pihak Shaklee sendiri bagi tahun 2017 ini. Di bawah ini disenaraikan harga produk Shaklee 2017 dan harga yang dipaparkan adalah harga EXCLUSIVE untuk pelanggan-pelanggan Shaklee.



Sebelum tu, bagi yang tinggal di area seberang Penang ni boleh la dapatkan produk Shaklee dengan saya  Pengedar Shaklee Penang ni ya.


Senarai Harga Produk Shaklee 2017



Item Code
Senarai Produk Shaklee
Size
Harga Produk Shaklee
00P265
Detox Set
0
874.50
Harga Produk Skin Care Shaklee : ENFUSELLE SHAKLEE dan NUTRIWHITE SHAKLEE
00P156
Enfuselle Basic System Normal-Oily (Set Pencuci Muka Shaklee + Toner / Penyegar / Moisturizer Untuk Kulit  )
0
321.98
00P157
Enfuselle Basic System Normal-Dry
0
344.50
00P161
ProSante Hair Care System
0
377.63
00P216
NutriWhite Skin Care System
0
1227.48
11020
Herbal Blend Multipurpose Cream
4 oz
29.15
14580
Gentle Action Make-Up Remover
150 ml
100.70
14581
Gentle Deep Foaming Cleanser
150 g
126.14
14582
Soothing Radiance Whitening Softener
150 ml
146.28
14583
Daily Defense Whitening Essence
30 g
244.86
14584
Ultimate Protection Whitening Lotion
50 g
212.00
14585
Overnight Renewal Whitening Cream
48 g
238.50
14586
Spot Whitening Treatment
10 g
159.00
31642
Nourishing Scalp Treatment
59 ml
99.38
31643
Lightweight Conditioner
296 ml
70.23
31644
Replenishing Conditioner
237 ml
71.55
31690
Revitalizing Shampoo
296 ml
70.23
31691
Purifying Shampoo
237 ml
66.25
31697
Long Lasting Finishing Spray
237 ml
62.28
32504
Purifying Toner
177 ml
83.48
32505
Hydrating Toner
177 ml
83.48
32537
Balancing Moisturizer
59 ml
88.78
32540
Eye Treatment
14 ml
55.65
32543
Hydrating Cleansing Lotion
177 ml
102.03
32544
Hydrating Moisturizer
48 g
103.35
32554
Purifying Cleansing Gel
177 ml
94.08
00015
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
16 oz
48.76
00159
Fresh Laundry Concentrate
5.5 lb
84.80
00255
Dish Wash Concentrate
16 oz
29.68
00307
Soft Fabric Concentrate
32 fl
42.40
00P200
Get Clean Water Starter Pack with Water Refill 3 Pack
0
487.60
00P213
Get-Clean Home Care System
0
205.64
52114
GCW Pitcher Only
0
238.50
52116
GCW Filter (3 Pack) Only
0
170.66
52117
GCW Housing Kit Only
0
109.18
00P173
OmegaGuard - Buy 7 at 6
0
864.96
00P218
OmegaGuard Twin Pack @ 5% OFF
0
273.90
00P265
Detox Set
0
874.50
10104
Sustained Release Vita-C Plus
180
98.05
10112
Vita E Complex
120
157.94
10113
CarotoMax
30
78.44
10126
Peppermint Ginger Plus
90
47.70
10127
Garlic Complex
60
50.35
10128
OsteMatrix
120
64.66
10131
Vita Lea Iron Formula
120
94.08
10159
Alfalfa Complex (S)
330
56.98
10162
Alfalfa Complex (L)
700
103.35
10163
Lecithin
180
55.65
10164
B-Complex
120
56.98
10236
OmegaGuard
90
144.16
10250
NutriFeron
30 x 1.2g
192.13
10320
Vivix
150ml
503.50
10330
DTX Complex
90
164.30
10620
GLA Complex
60
96.73
11000
Collagen Powder
15 sachets
315.88
11001
Meal Shakes - French Vanilla
544g
120.58
11002
Performance Orange
539g
87.45
11003
ESP Soy Protein Isolate Powder
850g
159.00
11005
Vita-Lea for Children
60
117.66
11006
Phytocol-ST
120
208.82
11007
Herb Lax
120
55.65
11008
Cinch Tea Mix
28 sticks
138.86
11010
Vanilla - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
183.38
11011
Chocolate - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
183.38
11012
Cafe Latte - Cinch Shake Mix Canister
15 sv
183.38
00P238
Healthy Young Living
0
1007.00
00P265
Detox Set
0
874.50
10320
Vivix
150ml
503.50
00P173
OmegaGuard - Buy 7 at 6
0
864.96
00P193
S.R Vita-C Plus - Buy 7 at 6
0
588.30
00P218
OmegaGuard Twin Pack @ 5% OFF
0
273.90
00P219
Vita Lea for Children - Buy 4 at 3
0
352.98
00P220
S.R Vita C Plus Twin Pack @ 5% OFF
0
186.30
00L055
Phytocol and OutSmart Your Cholesterol Booklet
0
0.00
03EB03
Dist. Apps. Form (Eng/BM) x 10pcs
0
0.00
03EB04
Opp. Kit (Eng/BM) without Dist. Apps Form
0
0.00
03EC03
Dist. Apps. Form (Eng/Chi) x 10pcs
0
0.00
03EC04
Opp. Kit (Eng/Chi) without Dist. Apps. Form
0
0.00
L0022
Product Guide (Eng/BM/Tamil)
0
0.00
L0023
Product Guide (Eng/Chi)
0
0.00
O0062
Shaklee Shaker - 400ml
0
0.00
O0084
Car Sticker
0
0.00
00P236
Healthy PreNatal
0
616.92
00P237
Healthy Postnatal
0
616.92
00P238
Healthy Young Living
0
1007.00
00P239
Healthy Fitness (Vanilla x 2)
0
711.00
00P240
Healthy Fitness Set (Choc x 2)
0
711.00
00P242
Healthy Fitness Set (Vanilla and Choc)
0
711.00
00P249
Healthy Fitness Set (Cafe x 2)
0
711.00
00P250
Healthy Fitness Set (Choc and Cafe latte)
0
711.00
00P251
Healthy Fitness Set (Vanilla and Cafe Latte)
0
711.00



Anda juga boleh beli produk Shaklee secara online. Lagi senang kan. Klik gambar atau link di bawah untuk membeli produk Shaklee secara online.
Beli Shaklee Online


Beli Produk Shaklee Secara Online



Itu sahaja untuk entry berkenaan dengan senarai harga produk Shaklee tahun 2017. Jika memerlukan apa-apa bantuan untuk membeli produk Shaklee, sila hubungi nombor di bawah untuk saya bantu


013 985 2827
013 985 2827
013 985 2827 


✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP