Showing posts with label Tempat-tempat Menarik di Malaysia. Show all posts

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang - Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah ni, tetap dalam mood cuti jugak walaupun cuti 2 hari weekend ni je. Hehe. Korang bercuti ke mana? Ada plan bercuti ke Penang? Kalau korang ada singgah bercuti di Pulau Pinang Pulau Mutiara ni, sila lah menikmati pelbagai menu makanan yang ada di Penang ni tau. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di Penang ni. Cuma buat masa ni saya senaraikan yang ni je dulu 7 tempat makan best dan menarik di Penang yang boleh korang cuba.




Penang memang terkenal dengan Nasi Kandar, Nasi Dalca dan Laksa Penangnya. Itu memang tak boleh dinafikan. Ada banyak restoran nasi kandar di Penang ni yang korang boleh cuba bila datang bercuti ke sini.

Selain tu, korang juga boleh nikmati Pasembur juga di Penang. Emmm boleh naik badan dok sini lama-lama. Hehe.

Ok lah. Jom saya share 7 tempat makan di Penang yang korang boleh singgah makan bila turun ni.

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang


1. Mee Udang Pulau Aman ( Warung Kak Timah)



Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Pulau Aman. Dekat dah dengan Penang Premium Outlet Design Village. Nak ke Pulau Aman korang kena naik bot ya. Tak lama pun atas bot tu. Kurang 10 minit dah sampai Pulau Aman.



Salah satu tempat makan di Pulau Aman yang korang boleh try bila berkunjung ke Pulau ni ialah Warung Kak Timah. Lokasi berdekatan dengan masjid. Means bila sampai je kat jeti Pulau Aman tu, korang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Laluan sekolah. Betul-betul berdekatan masjid Pulau Aman.


Kalau pergi awal sebelum zohor, ada la menu nasi lauk ikan udang fresh-fresh. Kami pergi petang dah. So makan apa yang ada. Mee udang, kue tiaw udang dan udang celup tepung. Pon sodap makan panas-panas.


2. Laksa Tempurung Penang Ombak Damai




Rugi tak pekena Laksa Tempurung Penang! Makan menghadap laut. Pekena dengan ABC, coconut shake tambah cendol buat korang makan bertambah lah!





Lokasi di Gertak Sanggul Pantai Ombak Damai.


3. Nasi Kandar Ahmad


Lokasi Restoran Nasi Kandar Ahmad adalah di Simpang Ampat. Kalau ikut highway, exit tol Bukit Tambun dekat dah. Tiap hari ramai je customer datang. Ahad tutup.

4. Arango Roti Bakar Arang

Nak try makan roti pelbagai style dan rasa, korang boleh berkunjung Arango Roti Bakar Arang di Kepala Batas. Roti kuah meleleh. Pergi breakfast sini berbaloi sangat.



Tapi kalau nak try pelbagai menu western ada juga dorang sediakan di kafe dorang Arango Cafe.

5. Big Bob Cafe


Yang ini juga salah satu port makanan Western yang best di Penang. Kenapa best? Sebab portion makanan dia besar-besar. Hehe.



Biasa juga kami pergi yang kat Bigbob Cafe Perda. Lokasi di Medan Perniagaan Taman Pauh Jaya berdekatan butik Malvita Penang.

Sekarang rasanya tutup dah. So korang boleh ke Bigbob Cafe Bertam.


6. Nasi Kandar Beratur


Kalau pukul 12 malam korang ke sini dan nampak ramai orang tengah beratur, jangan lah pelik. Memang kena beratur panjang kalau ke sini nak-nak time holiday. Tapi lenguh berdiri beratur tu boleh hilang bila dah pekena Nasi Kandar Beratur Penang ni. Berbaloi beratur panjang!



Lokasi bersebelahan Masjid Kapitan.

7. De Pauh Garden Restaurant & Cafe


Lokasi di Permatang Pauh. Menu tempatan dan Western disediakan disini. Tempatnya selesa, besar dan luas.  Bagi yang berkeluarga ada anak kecil, tak da masalah buat makan-makan kat restoran De Pauh Garden Penang ni.




Okey itu saja yang dapat saya share tempat makan di Penang . 7 tempat makan je lah saya share. Ada masa nanti boleh kita share lagi pasal tempat makan best di Penang ni.

Yes ada banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Penang ni selain 7 tempat makan best kat atas ni. InsyaAllah lain waktu kita share lagi.



So selamat bercuti dan selamat menjamu selera menikmati hidangan makanan best-best tempat korang pi tu ya! Oh ya time bercuti ni pun jangan lupa apply sunblock bila keluar. Skincare masa travel dan bercuti jangan lupa bawa ya 😉.



Bye dan selamat bercuti!

Meronda Di Design Village Penang

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Tengah buat apa? Siapkan kerja dulu baru boleh siap-siap balik rumah ye tak. Petang-petang macam ni, dengan cuaca sejuk ni menggugat jugak la ni..Hehe. Update blog sekejap dengan gambar di Design Village Penang ni. Saja la pi meronda cuci-cuci mata kat Design Village Penang ni hujung minggu lepas sebab dah dekat dengan rumah kan. 10 minit tak sampai nak pergi Design Village Penang Outlet ni. Tapi tak boleh selalu sangat la pergi meronda sini. BAHAYA. Bukan takat mata je yang dicuci. Dengan tangan dan poket sekali cuci😂😂😂.



Design Village Penang ni kira outlet mall yang pertama di Penang ni. Ia sama konsep je macam JPO dan Mitsui Sepang tu. Korang yang suka barang-barang cenggini boleh la mai shopping sini.



Dari pakaian, kasut segala, toys dan chocolates, jam dan minyak wangi. Sekadar yang ingat ada la butik Guess, Bonia, Padini, Sembonia, Hush Puppies dan tak ingat la yang lelain tu. Hehe. Korang boleh check kat FB Design Village Penang ok. Mak-mak boleh shopping. Ayah-ayah jaga anak-anak kat playstation 😜.



Pergi malam ke Design Village Penang ni cantik la sebab boleh tengok hiasan cahaya-cahaya lampu ni kan. Kali ni Design Village Penang dihiasi ayam besar sempena Tahun Baru Cina nanti. Bulan lepas Snowman dok ada.



Foodtruck pon ada disediakan.


Lokasi Design Village Penang adalah di Bandar Cassia Penang. Berdekatan jambatan kedua Jambatan Sultan Abdul Halim. Tempat ni tengok gaya memang dalam proses dibangunkan la. Tapak Ikea Penang dan Hospital Columbia pun disitu jugak.

Sikit masa Ikea Penang buka, kalau rezeki menetap disini lagi, hari-hari ummi ajak Muhammad Fayyadh gi cuci mata. Haha.

Jangan lupa kalau mai Penang singgah-singgah la sini ya. Oh ya kalau rasa nak COD produk Shaklee kat Design Village Penang ni jangan lupa contact saya. Alang-alang shopping baju-bajan, apa salah shopping vitamin sekali. Tak gitu 😉


Kalau nak order hubungi saja nombor di bawah ni:

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827


 ✏Follow IG @beautelicious.my
++++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++++

on my 1st January 2012


Assalamalaikum :)

Let's start a day with a smile =). Oh it's 2012!! Deep in my heart I'm trying to write something new everyday, but I'm not sure how often I can keep updating this blog. lol =). Kiddin'. Rajin lah sangat kann ambe. Nevermind. It's not included in my reso. Haha.

By the way, after been planning to conquer Broga Hill for many months, finally we make it last Sunday! Sebetulnya, dari tahun lepas lagi dok sibuk nak pergi tapi tak berkesempatan. Choppp! Bukan tak sempat. Malas nak pergi kot? Okey la kan kira forward tahun ni and it was on the 1st January 2012 ever. Nice!

take a breath

Climbing for viewing. Around 6:50 am we began to climb from the base. Biasa lah cuti ramai orang. Oh ye.. Bila kali terakhir agaknya haku exercise? Serius semput. T_T

Subhanallah. The crafts of Allah Almighty

                                    

At the end, Alhamdulillah selamat naik dan selamat juga turun. Nampak gaya nak kena pergi lagi sekali je. Rombongan cik kiah. Tak cukup 'korum' ni.



Till then, take care people. Bye.

  myaada

melihat alam

setelah seminggu tak ada internet nah amek hari ni baru boleh update dia. ada berodband yang makin selow. hukhukhuk.sedey T__T. tak apa la janji boleh check emel. haha. so sekarang tengah cuti sambil ternak lemak lagi. entah bila nak berlemak ni. hoho. aktiviti sepanjang cuti adalah seperti biasa makan tido tengok tv. mandi basuh baju lipat kain bla bla bla bla... :)



oh hari ni berkesempatan lagi pergi ke tanjung demong.berjalan makan angin sekejap kejap. teman chik jah uruskan hal praktikal nya yg baru abes. kalau ikutkan tak tahu pun tempat ni dekat dengan bukit keluang segala. oh. sungguh. tapi tempat itu cantik aman damai dan sentosa. siapa-siapa yang rasa nak panjat bukit keluang ajak la.  nak join.


tak berapa pasti berapa ketinggian jambatan tok bali ni.agak-agak nak memancing datang la. entah. tengok ramai je kaki pancing kat sini. erk saya bukan kaki pancing. bukan bukan. singgah nak hirup udara segar nan nyaman. kalau nak main layang-layang ke wau ke 'kite' pun boleh. beli ikan segar dari laut nak ambil gambar pre wedding post wedding boleh juga. semua boleh kot. dah mengarut. full stop. bye.


yang benar,
  myaada

Kuala Linggi and Bagan Lalang again!!

Lorhh...dah bersawang dah belog ni coz lama sgt tak update. Nasib la kalo dapat cik puan punya yg pemalaih cam haku ni...HOHO.... Okkeh sebenarnya hari ni cik puan punya belog teramat rajin untuk mengupdatekan belog beliau yang tak seberapa ni. Banyak sebenarnya nak citer, stat dari wat bbq sampai la gi tengok acara sukan budak-budak Sekolah Abu Bakar Baginda.

First sekali, dimulakan dengan trip ke Kuala Linggi. Yes, Kuala Linggi again. Tempat yg kitorang pernah pergi dulu. Kali ni ngan member-member ofis. Yang tak tahannya teruk kena tahan telinga sebab kitorang ckp kat PD jer. Jenuh la dorang nak datang.Jauh. Dorang dari Putrajaya. Tapi apa pun thanks guys! Seronok sgt dapat gather cam ni even ada yang tak dpt dtg. Nanti lain kali kita plan lagi. Lagi baikk punyyeer!!

Pasangan suami isteri yang very the sporting lah! Thanks Dayah and Fiza and their husbands oso coz willing to come. Hahaha... Kesian korang kan... Jauh...Tapi bila lagi nak kenakan korang ye tak? Hihi..


Bergotong royong menghidupkan api untuk bbq. Nasib ada yang pakar. 

 
Halamakkk.... 


Hangus ler ayam bakar dalam keadaan tak cukup cahaya....


Tapi nak tak nak kena abiskan jugak. Tengok tu... Kalo dah ada makanan depan mata, abes jerrr!!
Ape ape pun, that was the great moment we spent together. Unplanned. But it was so so and so great!!...Suka sgt tempat ni. Tenang dan damai.


Dan sabtu lepas pulak kitorang pulun ikan bakar kat Bagan Lalang. Ramai gila org kat sana. Almaklum gomen kan baru gaji. Kitorang terpaksa tunggu lbh kurang 2 jam baru leh makan mak oii!!


 Ni muka orang-orang yang kepenatan menunggu makanan. Tunggu sampai berjanggut dek non..!

Tengok ramai tak ramai orang kat restoran tu.. 


Sampai ada yang tunggu kat tepi2 tu. Meja siap kena reserved.  

OOhhhh...ni main menu dah samapi..Siakap sweet sour and siakap bakar. Yang lain2 tomyam seafood, sotong celup tepung n apa lagi eh... Haku dah tak nyempat-nyempat nak snap. Kita makan duluuu... Lapor wehhh...Bayangkan 2 jam menunggu...



Alhamdulillah. Akhirnya kenyang gak. 


Muka2 organizer. Thanks Kak Melly, Yana, Kak Ina, Najmi, Abg Nizam and Che Man.

Okey, kali ni jum tengok pic budak-budak sekolah Abu Bakar Baginda wat persembahan sempena Hari Sukan Sekolah. Salute la dak2 nih matahari tegak kat atas kepala dorang leh jer berdiri tetengah padang tu...hehehe... Akak panass dek! 


Menarik persembahan budak2 ni. Siap cikgu bukak lagu Shakira lagi. Gelek siyot!!




Haaa... ni gambo budak2 tak cukop umo neh. Kakak n Kak Ngah. Dua dua rumah Biru. Konon menang la. Nombor bape ntah. Budak kecik tu join skali umah biru. Mentang2 la pakai baju biru.

Okey la..Rasernya ari ni memeng terlebih rajin la. Siap upload gambar byk lagi. Video jer tak leh. Ingat nak letak video budak2 tu, tapi haku cari link nak insert video tu tak jumpa plak...Haiiihhh...
:: Suka Duka Kita Lalui Bersama ::