Repair Phone Bergerak Penang

Assalamualaikum. Post khas untuk warga Penang yang tengah cari tempat nak repair handphone korang yang problem tu. Korang boleh hantar repair dengan fixfonepenang owner dia Amier. Ummi jumpa dekat Instagram terus amek nombor whatsapp. Yang bestnya fixfonepenang ni offer servis repair phone bergerak kat area penang ni. So korang tak perlu sesusah nak keluar rumah nak hantar repair phone tu. Just whatsapp nanti owner datang ambil. Cas pun tak de lah melampau kay.


Macam Ummi punya handset pun sekejap je Amier repairkan. Datang ambil petang Sabtu, Ahad tengahari siap mai hantar dah. Semua elok balik. Tak susah kami nak gi cari kedai dah. Hehe. Tunggu depan rumah je.




Ummi punya Samsung A7 ni rosak camni. Jatuh punya pasal. Asal sikit je tu. Lama-lama merebak. Sebelum dia tutup penuh screen tu, baik lah repair handphone ni.

Dan yang bestnya lagi, korang boleh je request nak Face-to-Face repair handphone korang tu. Nak tengok owner dia repair sendiri depan mata. Macam-macam problem phone dia boleh tengok.

Kalau nak tengok details lagi sila jenguk IG fixfonepenang (@fixfonepenang ). Harga repair phone insyaAllah berpatutan.

Tu je la nak update kali ni. Jumpa lagi naa!

Resepi Mee Kuah Kelantan Versi Ummi

Assalamualaikum kengkawan. Hai dari belog Ummi Awesome. Lama kan menyepi. Hehe. Pembuka tirai posting 2019 hari ni ummi nak share resepi mee kuah kelantan yang simple tapi sedap. Mengidam betul nak makan Mee Kuah versi Kelantan ni. So petang semalam kita masak mee kuah kelate buat makan petang. Resepi mee kuah kelantan ni paling simple dan senang yakmat nak buat. Yang penting SEDAP! Lol!




Resepi Mee Kuah Kelantan Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan

1 peket mee kuning 
Bawang Putih 
Lada Hitam 
Bawang Besar Holland
Hirisan Ayam (Boleh ganti daging, udang etc.)
Sayur (Ummi guna sawi dan kangkung)
Cili Merah Besar
Kiub ayam (optional)
Garam
Gula
Air
Telor



Tambahan

Limau nipis
Cili api
Bawang Goreng





Cara-Cara

Mee Kuning
▪ Dicelur


Bahan Tumis

▪  Masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam. Masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sampai naik minyak.

▪ Masukkan hirisan ayam. Masa ni ummi dah buh garam nak bagi ayam tu terperap elok ada rasa.

▪ Tunggu ayam tu masak elok, kemudian masukkan air anggaran 3-5 gelas (lebihkan kalau nak kuah banyak). Perasakan dengan garam, gula atau kiub ayam.

▪ Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan telor ayam dan jangan kacau. Bagi telor tu masak elok. Kemudian masukkan batang sawi dan kangkung serta hirisan cabai besar. Tutup api, kemudian boleh la masukkan dedaun sayuran tu.

Siap!


Cedok masuk mangkuk beserta dengan mee yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap, perah la asam limau dan tabur cili padi dan bawang goreng sikit. Setengah orang suka tambah kicap dan sos. Ni Muhammad Fayyadh pun sama. Tak leh tinggal kicap dia 😂. Terpulang la rasa masing-masing.

Helok tak mee kuah ni? 😆




Senang sangat nak buat mee kuah kelate ni. Sebab teringin nak makan, tu yang balik kerja petang kita masak jap. Hilang mengidam. So selamat mencuba untuk korang!

Jumpa lagi ❤





Salam Aidilfitri : Kelebihan Dan Fadilat Puasa 6 Di Bulan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya buat korang yang sudi jenguk-jenguk ke sini. Since masih dalam Syawal lagi kan kita ni. Walau di penghujung hujung dah ni :).

Sebenarnya sebelum ni niat nak pos entry pasal Kelebihan dan Fadilat puasa Enam ni sebelum berlalu Syawal. Tapi dok terperam sampai la nak habis bulan raya dah. Ampun maaf ya. Walau bagaimanapun kita post juga la ya sebagai penambahan ilmu orang kata. Tapi sempat lagi kita start puasa 6 esok. Kena straight sampai la Khamis depan. Hehe.




Okey la. Jom kita ketahui berkenaan Kelebihan Puasa 6. Kredit kepada blog ilmiah shafiqolbu. Moga Allah merahmati.


KELEBIHAN DAN FADILAT PUASA ENAM


Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:

Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.


PAHALA SETAHUN PUASA


Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.
.
.
Macam mana nak puasa enam?

CARA PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


Lafaz niat puasa enam;




Kena puasa berturut-turut ke?




Bagi kita geng perempuan yang biasanya akan ada hari-hari kita 'mc' puasa. So, macam mana nak puasa ganti dulu perabih ke camna?

QADA’ DAN PAHALA SUNAT

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

.

Pendapat Datuk Mufti  Wilayah Persekutuan.



.
.
Jom kita sama-sama rebut peluang hingga ke penghujung insyaAllah. Segala yang baik itu datang daripada Allah jua.

Salam Aidilfitri sekali lagi. Mohon maaf lahir batin dari saya. Jemput follow saya di Instagram @aada.ummiawesome dan @publicgold.ummiawesome.

Hingga jumpa lagi. Bye!

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang - Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah ni, tetap dalam mood cuti jugak walaupun cuti 2 hari weekend ni je. Hehe. Korang bercuti ke mana? Ada plan bercuti ke Penang? Kalau korang ada singgah bercuti di Pulau Pinang Pulau Mutiara ni, sila lah menikmati pelbagai menu makanan yang ada di Penang ni tau. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di Penang ni. Cuma buat masa ni saya senaraikan yang ni je dulu 7 tempat makan best dan menarik di Penang yang boleh korang cuba.




Penang memang terkenal dengan Nasi Kandar, Nasi Dalca dan Laksa Penangnya. Itu memang tak boleh dinafikan. Ada banyak restoran nasi kandar di Penang ni yang korang boleh cuba bila datang bercuti ke sini.

Selain tu, korang juga boleh nikmati Pasembur juga di Penang. Emmm boleh naik badan dok sini lama-lama. Hehe.

Ok lah. Jom saya share 7 tempat makan di Penang yang korang boleh singgah makan bila turun ni.

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang


1. Mee Udang Pulau Aman ( Warung Kak Timah)



Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Pulau Aman. Dekat dah dengan Penang Premium Outlet Design Village. Nak ke Pulau Aman korang kena naik bot ya. Tak lama pun atas bot tu. Kurang 10 minit dah sampai Pulau Aman.



Salah satu tempat makan di Pulau Aman yang korang boleh try bila berkunjung ke Pulau ni ialah Warung Kak Timah. Lokasi berdekatan dengan masjid. Means bila sampai je kat jeti Pulau Aman tu, korang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Laluan sekolah. Betul-betul berdekatan masjid Pulau Aman.


Kalau pergi awal sebelum zohor, ada la menu nasi lauk ikan udang fresh-fresh. Kami pergi petang dah. So makan apa yang ada. Mee udang, kue tiaw udang dan udang celup tepung. Pon sodap makan panas-panas.


2. Laksa Tempurung Penang Ombak Damai




Rugi tak pekena Laksa Tempurung Penang! Makan menghadap laut. Pekena dengan ABC, coconut shake tambah cendol buat korang makan bertambah lah!





Lokasi di Gertak Sanggul Pantai Ombak Damai.


3. Nasi Kandar Ahmad


Lokasi Restoran Nasi Kandar Ahmad adalah di Simpang Ampat. Kalau ikut highway, exit tol Bukit Tambun dekat dah. Tiap hari ramai je customer datang. Ahad tutup.

4. Arango Roti Bakar Arang

Nak try makan roti pelbagai style dan rasa, korang boleh berkunjung Arango Roti Bakar Arang di Kepala Batas. Roti kuah meleleh. Pergi breakfast sini berbaloi sangat.



Tapi kalau nak try pelbagai menu western ada juga dorang sediakan di kafe dorang Arango Cafe.

5. Big Bob Cafe


Yang ini juga salah satu port makanan Western yang best di Penang. Kenapa best? Sebab portion makanan dia besar-besar. Hehe.



Biasa juga kami pergi yang kat Bigbob Cafe Perda. Lokasi di Medan Perniagaan Taman Pauh Jaya berdekatan butik Malvita Penang.

Sekarang rasanya tutup dah. So korang boleh ke Bigbob Cafe Bertam.


6. Nasi Kandar Beratur


Kalau pukul 12 malam korang ke sini dan nampak ramai orang tengah beratur, jangan lah pelik. Memang kena beratur panjang kalau ke sini nak-nak time holiday. Tapi lenguh berdiri beratur tu boleh hilang bila dah pekena Nasi Kandar Beratur Penang ni. Berbaloi beratur panjang!



Lokasi bersebelahan Masjid Kapitan.

7. De Pauh Garden Restaurant & Cafe


Lokasi di Permatang Pauh. Menu tempatan dan Western disediakan disini. Tempatnya selesa, besar dan luas.  Bagi yang berkeluarga ada anak kecil, tak da masalah buat makan-makan kat restoran De Pauh Garden Penang ni.




Okey itu saja yang dapat saya share tempat makan di Penang . 7 tempat makan je lah saya share. Ada masa nanti boleh kita share lagi pasal tempat makan best di Penang ni.

Yes ada banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Penang ni selain 7 tempat makan best kat atas ni. InsyaAllah lain waktu kita share lagi.



So selamat bercuti dan selamat menjamu selera menikmati hidangan makanan best-best tempat korang pi tu ya! Oh ya time bercuti ni pun jangan lupa apply sunblock bila keluar. Skincare masa travel dan bercuti jangan lupa bawa ya 😉.



Bye dan selamat bercuti!

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak

Cara BukaAkaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 

Mesti dah biasa dengar kan tentang AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera ni. Pernah tengok tak iklan terbaru Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) yang paling latest kat tv tu?

Tiga orang rakan sekerja yang berangan-angan nak buat apa dengan duit gaji dorang tu nanti. Sorang nak beli superbike, sorang nak pergi bercuti dan sorang lagi nak makan sedap-sedap. Hehe macam-macam.

Last-last Neelofa mencelah suruh simpan sikit dalam AHB. Iklan tu menarik. Sempoi ja. Sebelum ni pun ada lagi iklan-iklan AHB dekat tv. Yang makcik dekat stesen minyak dan pergi melawat bangunan tu. Pun menarik iklan AHB ni.





Ramai yang dah tahu kan AHB adalah salah satu medium pelaburan untuk Bumiputera. Cuma yang ni kita melabur dalam sektor hartanah. Dan yang paling BEST kita boleh mula melabur dan buka akaun AHB ni cuma  dengan RM100 saja. Ya masa awal-awal dulu dalam RM500 kalau tak silap.

Mak-mak yang rasa nak try simpan duit anak-anak dalam AHB ni pun boleh. Sebab AHB ada juga tawarkan Akaun Remaja (Kanak-Kanak/ Remaja ). Akaun Remaja AHB ni untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan keatas sehingga di bawah 18 tahun. Kira AHB ni salah satu cara simpan duit atau medium  simpan duit untuk anak-anak yang mak boleh consider.


Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 


Minggu lepas hari Jumaat, curi masa rehat panjang tu kejap pergi Maybank untuk buka akaun AHB untuk Muhammad Fayyadh sebelum cukup umur dia dua tahun 9 Oktober 2017. Ni kira tabung kedua Muhammad lah selepas Tabung Haji.

Another medium yang kami pilih untuk simpanan masa depan insyaAllah. Yang next-next masih dalam planning. Hehe.


So, macam mana cara nak buka Akaun AHB untuk anak? Di bawah ni saya ringkaskan step untuk buka akaun AHB untuk anak.

1. Mula-mula sekali sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pergi ke bank. Fotostat siap-siap lagi senang. Dokumen original  bawa sekali.

- Salinan IC / Kad Pengenalan penjaga  ( ibu/ayah )
- Salinan MyKid anak
- Salinan Surat Beranak Anak
- No Akaun Bank ( Tulis atau simpan dalam handphone siap-siap )



 2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau AMbank. Saya prefer Maybank. Setakat ni 2 bank ni sahaja lah distributor untuk unit amanah AHB ni. Terus ke Kaunter Pertanyaan dan beritahu pegawai kaunter tu kita nak buka akaun AHB. Nanti dia akan panggil Eksekutif Kewangan untuk sesi rundingan.

3. Jumpa pegawai yang incharge. Pegawai ni akan terangkan lebih details pasal AHB. Korang boleh dapatkan penjelasan berkaitan macam mana dana AHB ini diuruskan, tarikh agihan dividen,  kadar dividen dan lain-lain. Tanya je kat dorang semua yang korang nak tahu details pasal AHB ni.

4. Kalau dah faham dan bersetuju, dia akan bagi borang pendaftaran AHB untuk diisi. Untuk anak remaja, nanti dia akan bagi Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera ( Akaun Kanak-Kanak / Remaja ) macam gambar kat bawah ni. Untuk dewasa macam kita ni, ada Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera Akaun Dewasa.



Dalam borang ni ada disuruh isi nombor akaun bank kita untuk tujuan pengkreditan dividen. Rujukan bulatan merah di atas. Dividen nanti terus  masuk akaun kita ya. Saya suggest guna akaun Maybank jugak ( kalau buka di Maybank). Bank lain boleh juga tapi akan ada caj lah yang dikenakan. Tak sure pulak berapa. Nak buka akaun Maybank baru pun boleh kalau takut duit bercampur aduk duit bisnes ke duit gaji. Haha.

Take note ya. Untuk akaun anak, boleh diisi dengan nombor akaun bank ibu/ayah.


Borang yang lengkap diisi tu diserahkan kepada pegawai tadi bersama dengan Kad Pengenalan kita, original dan salinan MYKid dan surat beranak anak.




5. Last sekali, isi borang pelaburan tambahan AHB macam dalam gambar (Yang ni cash la ya. Yang invest pakai KWSP kena buat lain). Borang ni nanti pegawai tu akan bagi. Buat pembayaran jumlah pelaburan  kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Salinan borang ni kena simpan tau  sebagai rujukan di masa hadapan nanti. Dorang tak keluarkan buku ke apa. So simpan lah salinan borang pendaftaran ni ya.

Segala urusan samada nak buka akaun AHB ataupun nak tambah pelaburan AHB hanya boleh dibuat di kaunter.

So rasanya tu je lah yang boleh saya share step nak buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk anak. Kalau berminat boleh la rujuk bank yang berhampiran (Maybank atau AMBank). Cuma tak sure juga dah penuh ke belum fund ni. Apa pun sila rujuk bank yang terdekat ya.



Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Sedang berblog walking dan kemudian terserempak dengan blog comey  S.K yang sedang menganjurkan pencarian bloglist Sesi March 2017. Kita rasa macam waahhh...Nak join laa..sebab lama dah tak join segmen-segmen gini. Sejak kembali ke arena blogging ni, mood menaip dok mai je kan..Hehe. So kita join sekali lah :).

Lagi pun syarat-syarat untuk join segmen Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017 amat mudah untuk korang follow okey.





Nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni, korang kelik je banner comel kat atas tu ye. Jom pakat ramai-ramai join segmen ni. Bukan saja dapat tersenarai dalam bloglist S.K tapi siap boleh dapat hadiah lagi tau!. Rugi tak join. Mana tahu kot rezeki dapat hadiah lagi kan. Hihi.


Syarat-syarat untuk join Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017 korang boleh refer dekat sini jugak.

Jom sama-sama meriahkan segmen ni.

Selamat berblogging sampai jumpa lagi. Bye!  

Meronda Di Design Village Penang

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Tengah buat apa? Siapkan kerja dulu baru boleh siap-siap balik rumah ye tak. Petang-petang macam ni, dengan cuaca sejuk ni menggugat jugak la ni..Hehe. Update blog sekejap dengan gambar di Design Village Penang ni. Saja la pi meronda cuci-cuci mata kat Design Village Penang ni hujung minggu lepas sebab dah dekat dengan rumah kan. 10 minit tak sampai nak pergi Design Village Penang Outlet ni. Tapi tak boleh selalu sangat la pergi meronda sini. BAHAYA. Bukan takat mata je yang dicuci. Dengan tangan dan poket sekali cuci😂😂😂.



Design Village Penang ni kira outlet mall yang pertama di Penang ni. Ia sama konsep je macam JPO dan Mitsui Sepang tu. Korang yang suka barang-barang cenggini boleh la mai shopping sini.



Dari pakaian, kasut segala, toys dan chocolates, jam dan minyak wangi. Sekadar yang ingat ada la butik Guess, Bonia, Padini, Sembonia, Hush Puppies dan tak ingat la yang lelain tu. Hehe. Korang boleh check kat FB Design Village Penang ok. Mak-mak boleh shopping. Ayah-ayah jaga anak-anak kat playstation 😜.



Pergi malam ke Design Village Penang ni cantik la sebab boleh tengok hiasan cahaya-cahaya lampu ni kan. Kali ni Design Village Penang dihiasi ayam besar sempena Tahun Baru Cina nanti. Bulan lepas Snowman dok ada.



Foodtruck pon ada disediakan.


Lokasi Design Village Penang adalah di Bandar Cassia Penang. Berdekatan jambatan kedua Jambatan Sultan Abdul Halim. Tempat ni tengok gaya memang dalam proses dibangunkan la. Tapak Ikea Penang dan Hospital Columbia pun disitu jugak.

Sikit masa Ikea Penang buka, kalau rezeki menetap disini lagi, hari-hari ummi ajak Muhammad Fayyadh gi cuci mata. Haha.

Jangan lupa kalau mai Penang singgah-singgah la sini ya. Oh ya kalau rasa nak COD produk Shaklee kat Design Village Penang ni jangan lupa contact saya. Alang-alang shopping baju-bajan, apa salah shopping vitamin sekali. Tak gitu 😉


Kalau nak order hubungi saja nombor di bawah ni:

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827


 ✏Follow IG @beautelicious.my
++++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++++

Tirai 2017 : Selamat Tahun Baru Dan Azam Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum buat pengunjung blog Ummi Awesome semua. Sebagai pembuka tirai 2017, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, walaupun dah masuk 5 Januari 2017 dah pun hari ni. Tak lambat lagi kan...masih mood tahun baru kot lagi semua..ye tak ye? 😉



So, macam mana momentum kita hari kelima ditahun baru ni? Ada yang dah speed laju-laju untuk capai azam dan target tahun ni? Atau ada yang masih ragu-ragu dan keep thinking eh apa aku nak buat tahun ni ya? Nak letak azam apa tahun baru ni eh..? 🤔

Haa...mana satu kita?

Kalau kita dalam golongan yang nombor satu tu, dah ada azam dan target nak capai, dah susun atur perancangan dan jadual kerja semua, Alhamdulillah tahniah! Just keep on track di laluan anda dan teruskan usaha untuk mencapainya.



Tapi belum terlambat untuk yang belum pun mulakan azam dan impian tahun ni. Ambil sehelai kertas dan pen, tulis la segala impian dan target kita besar-besar, kemudian tampal di sudut yang hari-hari kita boleh nampak tulisan tu. Tiap-tiap hari tengok apa yang kita nak tu, jadikan ianya inspirasi untuk kita terus tekun bekerja dan berusaha menggapainya.


Perlu Ke Ada Azam Tahun Baru?

Sesetengah orang berpendapat kenapa kena tunggu tahun baru, baru nak buat azam? Setiap hari pun boleh ada azam, setiap hari pun boleh kalau nak berubah, tak perlu kena tunggu tahun baru pun.



Ya betul.

Kita tahu yang kita perlu berubah pada setiap masa pun. Tapi bila ada tahun baru ni bak kata ustaz Zulramlie di Ikim.fm, kita jadikan ia sebagai SEMPENA, sebab bila ada sempena, kita ada TARIKH MULA. Justeru kita akan rasa lebih BERSEMANGAT untuk berubah ke arah kebaikan dan lebih positif untuk mencapai target hidup kita.

"Perkara yang terpenting yang kita kena betulkan sebelum membetulkan langkah ialah membetulkan NIAT.."

Apa pun azam dan target kita, saya pasti semuanya yang positif dan baik belaka. Biarlah apa yang kita buat dan inginkan tu KERANA ALLAH semata kerana disitu ada sumber kekuatan yang menjadi pendorong untuk kita terus kekal mengistiqomahkan yang BAIK insyaAllah.



Jangan lupa untuk sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah jua. Semoga DIA permudahkan urusan kita semua Ameen.


Azam tahun baru  saya?

BANYAK!

Salah satunya azam recycle tahun-tahun-tahun lepas : konsisten update blog. Hehe..yang ni konon-konon tiap-tiap tahun wajib ada. Rasanya tahun ni kena buat 47 Days Blog Challenge untuk diri sendiri baru dia jadi habit lekat rajin menulis. Will see 😎

Doakan saya.


Pelaburan Di Usia Muda : Apa Yang Perlu Kita Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Pernah tak ambil masa duduk sekejap, merenung membayangkan apa yang akan terjadi pada diri sendiri jika diizinkan Allah umur kita masih panjang selang banyak tahun mendatang? 10 tahun misalnya. Atau 20 tahun? Atau 30 tahun akan datang?

Banyak sebenarnya kan perkara-perkara yang kita inginkan bermain di fikiran. Nak kejar itu nak kejar ini 😊.

Saya terbaca  satu artikel di Internet tadi mengenai pelaburan diusia 50an atau secara tepat tajuknya ialah ; Investing in Your 50s: 4 Practical Tips.

Secara ringkasnya ini lah yang dinyatakan :


"In your 50s, you’ll want to assess your retirement plan, lifestyle, future earnings, and support for your family. Then, practice goal-based investing to help ensure your objectives are met"


PELABURAN DIUSIA MUDA vs MATLAMAT YANG PERLU DICAPAI



Saya bukan lah pakar kewangan atau pakar pelaburan untuk menghuraikan macam-mana nak uruskan kewangan dengan baik atau nak bagi tips terbaik uruskan wang anda. Nak tahu tempat yang elok untuk melabur pun saya tak boleh cakap. Hehe.

Saya tahu setiap orang berbeza dalam pengurusan kewangan. Saya juga praktikkan pengurusan kewangan mengikut cara saya sendiri. Setakat ni Alhamdulillah masih mampu untuk diikuti.

Matlamat kita juga tidak sama kan. Ada yang ingin ada kediaman sendiri diusia tu, ada yang pencen nanti nak settle down balik kampung, ada yang nak meluaskan bisnes ke serata tempat dan macam-macam lagi.

Namun sekadar untuk perkongsian, saya senaraikan 4 perkara yang perlu difikirkan khususnya di tengah 20an lagi.

1) Dana Simpanan
2) Dana Kecemasan
3) Matlamat persaraan
4) Matlamat pembelian utama bagi apa-apa perbelanjaan yang besar dirancang, seperti rumah atau kereta.


Penting untuk merancang kewangan diusia yang muda. Tapi yang lebih penting  dalam kita merancang kewangan dan hidup, titik beratkan kesihatan sekali. Kesihatan itu lah anugerah yang tak ternilai harganya. Penjagaan dari sekarang InsyaAllah menjadikan kita lebih positif dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.

Tentang Blog ummiawesome


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Ambil masa sikit tengahari ni untuk menulis di blog ummiawesome 😊. Sejak dua menjak skala kerajinan mengupdate blog semakin meningkat levelnya 😀

Alhamdulillah dan tahniah untuk diri sendiri 👏👏😂. Nampak gaya niat nak delete blog ni dulu tak jadi la ya..hehe.

Kalau perasan la, last entry adalah pada tahun 2014. Bayangkan 2 tahun tu memang tak jenguk blog dah bersawang sangat dah ni 😅

Dan ini pun bukan blog pertama. Blog pertama nama dia degreeny kalau tak silap. Lupa . Yang tu memang dah kena delete 😂.

Imbas balik, saya create blog ni pada tahun 2009 dengan domain dasoufieyz.blogspot.com. Elok-elok habis belajar kalau tak silap masa tu. Jadi maafkanlah sebab masa tu masih lagi jiwa kanak-kanak dengan tulisan berwarna-warmi bagai, gambar-gambar kartun, lirik-lirik lagu je yang ada 😅.

Tujuan masa create blog dasoufieyz ni dulu pun saja suka-suka nak berblog dan lebih kepada diari la, berkisar tentang life hari-hari. Tengok ramai sangat kawan-kawan yang start ada blog. Masa tu ramai buat online bisnes dengan blog atau blogshop. Yang saya suka follow dan beli adalah blog lovely-austere.blogspot.com,Rina Salleh Gadis Melayu punya. Sekarang pun dah tak ada dah blog tu 😊. Dah ada Rina Salleh Clothing dah pun 😊

Namun akhir-akhir 2016 ni, terasa ada sesuatu yang memberi inspirasi untuk terus aktif berblog. Keputusannya, blog dasoufieyz tak di delete. Maka, seiring dengan peningkatan usia, nama blog ditukar juga kepada ummiohsem.blogspot.com UMMIAWESOME.COM dengan harapan diri sendiri dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat dan bernilai dalam hidup ni. Erti hidup kan pada memberi. Quote yang sentiasa dalam ingatan.




Akan ambil masa sikit untuk kemaskini blog ni. Tak apa. Kita buat slow-slow. Jom start kasi blogging balik 💪 😊Mudah-mudahan, blog ummiohsem UMMIAWESOME terus maju ya 😉

Terima kasih pada yang sudi singgah  dan selamat berkenalan juga pada yang baru singgah .


++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013- 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

BAH KUNING KELANTAN 2014 - Tips Hadapi Banjir


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Penghujung tahun 2016 dah kita. Seminggu lagi dah start cuti sekolah dah. Sinonim dengan hujung tahun, kebanyakan negeri khususnya di Pantai Timur akan menghadapi musim tengkujuh.

Teringat balik 2 tahun lepas. Peristiwa besar yang melanda negara iaitu BAH KUNING KELANTAN 2014 yang dikatakan  antara yang terburuk dalam sejarah negara.

Dulu ingat lagi orang-orang tua pernah cerita pasal bah merah di Kelantan. Kali ni, dilanda pula bah kuning yang seakan-akan tsunami.

Dari Sinar Harian


Ya saya waktu tu masih lagi berada di Kelantan. Masih pjj dengan suami. 25 Disember 2014 sepatutnya menaiki bas ke Alor Star malam tu, tapi tak jadi sebab jalan Grik tutup. Ingat tak kes lori ayam jatuh masuk gaung tu? Sebab tu la kenderaan tak dibenarkan melalui jalan tu.

Masa tu pulak, Abah dan Ma (Alfatihah) sedang menunaikan Umrah di Tanah Suci. So saya tinggal dirumah sorang, tapi Alhamdulillah kiri kanan ada rumah nenek dan pakcik makcik.

Dan Alhamdulillah juga tempat kami tak dinaiki air. Cuma nak ke tempat kerja, saya terpaksa ambil jalan jauh sebab jalan yang biasa dilalui tu,air dah naik, tak boleh nak harung dah.


TIPS HADAPI BANJIR

Walau tak terlibat dengan pindah ke pusat pemindahan banjir, kami juga merasai sendiri keadaan dan suasana banjir tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasihan melihat keadaan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa menghadapi keadaan ini.

Namun saya belajar banyak perkara dari musibah ini. Yang penting, kena sediakan payung sebelum hujan. Apabila dah memasuki fasa tengkujuh, harus siap sedia dengan pelbagai perkara penting.

Antara yang boleh saya kongsikan melalui pengalaman banjir waktu tu;


i. Sediakan ALATAN KECEMASAN
Bila dah tahu kawasan rumah kita diami biasa dinaiki air, sediakan bot kecil sebagai langkah persediaan untuk kegunaan waktu kecemasan.

ii. Sediakan STOK MAKANAN secukupnya
Simpan makanan-makanan kering seperti biskut atau makanan tahan lama seperti sardin atau ikan bilis/ikan kering.

iii. Sediakan LILIN 
Kami bergelap beberapa malam disebabkan putusnya bekalan elektrik. Pernah pusing banyak kedai nak cari lilin tapi tak ada stok. Malam tak boleh buat apa.Tidur awal sebab nak jimat lilin yang ada.

iv. Simpan UBAT-UBATAN 
Stok ubat, supplements dan minyak angin. Kena simpan dirumah. Ada yang menghidap selsema, lelah atau cirit birit dan penyakit-penyakit lain semasa banjir. Yang ada bayi atau anak-anak kecil, kena sentiasa bersedia. Sekarang ni dah jadi Pengedar SHAKLEE, jadi kena ada kit kecemasan atau First Aid Shaklee kat rumah.

v. CAS HANDPHONE apabila ada elektrik
Pernah terputus hubungan komunikasi dengan adik-beradik saudara mara yang berada diluar negeri sebab handset mati tak ada bateri. Adik-beradik yang berada jauh mesti risau nak tahu perkembangan. Nak kita selamat. Yang mana pakai prepaid kadang terputus sebab dah habis kredit.

vi. JANGAN VIRAL sesuka hati
Pernah dapat mesej KELANTAN DIISYTIHAR DARURAT! Please jangan viral berita yang tak sahih. Benda tu akan mengusutkan lagi keadaan. Kebetulan masa dapat mesej tu, Abah call dari Mekah, terus bagitahu kat dia kena darurat. Menambahkan lagi kebimbangan.

vii. Simpan NOMBOR-NOMBOR KECEMASAN
Dapatkan nombor-nombor telefon kecemasan seperti JPAM, PUSAT KAWALAN OPERASI BANJIR dan lain-lain.

iix. Simpan DOKUMEN-DOKUMEN dengan selamat
Pastikan dokumen penting anda disimpan di tempat yang lebih tinggi bagi mengelak dari terkena air.

ix. Alert dengan ARAHAN
Kalau ada arahan kena pindah, bersedia untuk pindah ke tempat yang lebih selamat.



Rasanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala untuk dikongsikan kat sini. Siapa yang ada nak tambah tips hadapi banjir, boleh la share sekali.

Kalau ikutkan, banyak lagi la kisah-kisah kami melalui peristiwa yang tak diduga ini. Tak apa lah. Kita simpan buat kenangan dan iktibar 😊.

Ini antara gambar yang sempat di ambil dengan handset nokia. Yang ni keadaan selepas banjir di Tumpat. Gambar lain dalam handset yang dah rosak. Tak dapat nak share.



Selepas banjir di Area Tumpat


Apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Banyak kenangan pahit manis dari pengalaman ini.  Semoga Allah sentiasa pelihara kita dari bencana.

Didoakan semuanya dalam keadaan baik dan selamat. 

Barang Baby Ke Rumah Pengasuh/Nursery

Barang Baby Ke Rumah Pengasuh/Nursery - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dilema bakal-bakal ibu macam saya dulu,tak tahu barang apa nak bawa ke nursery. Makanya google la kita list barang baby ke nursery, list barang ke rumah pengasuh, apa nak bawa pergi nursery, barang baby pergi nursery, list barang baby ke taska dan macam-macam lagi la taip kat search column tu. Hehe.

Alhamdulillah dapat la idea sikit apa yang kena letak dalam beg tu bila nak hantar baby ke nursery atau pengasuh.

Meh nak share sedikit apa yang mommies boleh letak dalam beg nursery tu kot-kot la nak refer kemudian hari kan.

Baca juga 7 Minyak Telon Bayi Untuk Si Manja Anda!




LIST BARANG KE NURSERY, TASKA ATAU RUMAH PENGASUH


Barang Bawa Hari-Hari


1. Diapers (letak dalam 8-10 keping)
2. Tuala Mandi
3. Sapu tangan kecil
4. Baju (3-4 helai *letak baju lubang-lubang kalau cuaca panas)
5. Plastik baju kotor
6. Air kosong
7. Biskut *6mths 
8. Termometer
9. Bedak
10. Sikat Kecil
11. Cotton bud
12. Minyak Telon (Kami guna Mastika sbb bau sedap 😊)
13. Minyak Gamat
14. Krim Herbal Blend Shaklee
15. Stok Susu dalam Cooler Bag

*Untuk baby, tambah la
- Mittens and booties
- Barut


Barang Tinggal Rumah Pengasuh/Nursery

1. Susu FM
2. Botol Susu
3. Mandian dan syampu


Ini lah barang yang biasa di bawa masa hantar MF ke rumah pengasuh. Mommies letak apa lagi ya. Share la ek.




Nah ni dia beg nursery MF bawa ke rumah pengasuh dia. Nampak tak benda yang memang kena sentiasa ada dalam beg MF tu? Krim HERBAL BLEND Shaklee la tu 😀.

Krim ni ummi dia memang letak sebab senang nanti mak pengasuh dia yang kami panggil Mak Lang nak sapu time ada ruam-ruam merah kat leher kat badan semua.

Biasa la bila cuaca panas, mudah sangat naik ruam merah dan bintik-bintik. Peluh kuat budak ni. Jadi, kita standby siap-siap krim dalam beg dia 😀.

Krim Herbal Blend ni sesuai untuk hilangkan ruam lampin baby, ruam panas dan kalau ada bintik-bintik kat muka ke boleh sapu ni. Ianya selamat dan natural. Jangan risau nak sapu kat muka tu haa. Kat rumah pun kami standby jugak satu krim ni. Kot la nak guna nanti kan tak la sambar yang Muhammad Fayyadh punya ni 😀😀

Girrafe tak boleh masuk dalam beg dik. Tak boleh bawak pi rumah Mak lang. Main kat rumah je dik 😂




Vitalea ni pulak of course ummi dia punya la 😁. Nak jadi super woman kan kena la badan cergas dan aktif. Sejak jadi pengedar Shaklee ni, dah tau sikit sebanyak function setiap produk shaklee, harus la apply pada diri sendiri dulu.

Pagi kita buat urusan kat tempat kerja. Balik dah petang, nak uruskan rumah pula. Malam agak-agak pukul berapa masuk tidur? Kena pastikan kemas siap-siap barang-barang nak bawa esok hari baru la boleh tidur dengan aman. Kalau tak mesti kalut pagi tu 😅

Mana nak cekau energy nak urus semua benda?

Haa...sebab tu mak-mak bekerja yang nak stay healthy, aktif dan cergas kena ambil la supplement untuk kesihatan diri sendiri dulu. Vitalea Shaklee ni supplement yang sesuai untuk ibu berkerjaya. Banyak kebaikan dan kelebihan Vitalea ni. Ia sejenis multivitamin yang bisa buat mommies kembali bertenaga 💪💪😀.

Ya betul bila dah jadi mak-mak ni, keutamaan bukan lagi pada diri sendiri. Mesti nak utamakan orang-orang tersayang suami dan anak-anak kan. Nak mereka sihat. Nak jaga kebajikan mereka sebaik mungkin.Menjadi tanggungjawab besar untuk mak-mak menjaga kebajikan seluruh anggota keluarga kan.

Tapi diri sediri kena jaga jugak tau. Mommies sihat, barulah keluarga pun bahagia je manjang InsyaAllah 😀

Rasa-rasa nak dapatkan supplement terbaik untuk diri sendiri dan nak hadiahkan pada yang tersayang, boleh contact kita ya atau boleh beli produk Shaklee secara online dengan menekan link di bawah. Hingga jumpa lagi. Bye!



Untuk Belian Produk Shaklee Secara Online Klik > Beli Shaklee Online



Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Klik > Borang Daftar Ahli Shaklee Online



Untuk Bantuan Mengenai Pembelian dan Pendaftaran serta Sebarang Pertanyaan Sila Whatsapp ke > 013 - 985 2827




Goodness and Thank You


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


" Dan apa saja kebaikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya). Dan ingatlah, Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa " Al-Imran : 115

Kebaikan tanpa sempadan. Baik bangsa mahupun keturunan dan agama. Biar sekecil apa pun pasti besar disisiNya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan ikhlas keranaNya.

:).


Dah lebih seminggu berpuasa...cepatnya alahai! Hujung minggu pertama puasa ni ambil masa sekejap balik kampung suami sambil-sambil tengok rumah yg nk sewa nanti. Alhamdulillah dah dapat kunci rumah dan terima kasih dekat mertua semua ngan adik-adik ipar yang baik hati sebab sudi tolong datang cuci dan bersihkan rumah. Malu oi tak sempat nak duduk lama cuci rumah sama-sama. :p



Bye Penang...Sekejap je pun balik kb boleh pi bantai tido :D 


Hari ni excited pegi keje, pagi-pagi lagi dah turun rumah. Maklum la semalam kan dah ambil cuti rehat :D. Tapi betul la kan malang tak berbau orang dulu-dulu cakap. Boleh pulak terpijak paku karat hari ni. Elok je jalan rasanya. Benda nk jadi. Ye la pakai flat shoes je kan..mau paku tak menusuk terus masuk ibu jari kaki. Menangisss oi malu kat orang. T_T.

Alhamdulillah dah pergi inject *yang ni pun sakit* ambil ubat semua mintak mc balik rehat. Sambung cuti lagi sehari :).*sambil rehat sambil update blog :D*

So. Terima kasih. Dekat semua insan-insan baik hati yang sudi tolong. Tolong cabut paku, picit darah tu keluar, yang tolong tadi. Family yang tolong semalam. Dan juga terima kasih buat semua yang memudahkan urusan kami. Doa saya semoga Allah Taala balas semua kebaikan mereka pada saya dengan lebih kebaikan. Ameen :)



Dan juga salam Ramadhan buat yang singgah. Ramadhan Kareem.



 ♥,
  myaada

May

May you find serenity and tranquility 
in a world you may not always understand. 

May the pain you have known 

and the conflict you have experienced 
give you the strength to walk through life 
facing each new situation with courage and optimism. 



Always know that there are those 
whose love and understanding will always be there, 
even when you feel most alone. 

May a kind word, 

a reassuring touch, 
and a warm smile 
be yours every day of your life, 
and may you give these gifts 
as well as receive them. 

May the teachings of those you admire 

become part of you, 
so that you may call upon them. 

Remember, those whose lives you have touched 

and who have touched yours 
are always a part of you, 
even if the encounters were less than you would have wished. 
It is the content of the encounter 
that is more important than its form. 

May you not become too concerned with material matters, 

but instead place immeasurable value 
on the goodness in your heart. 
Find time in each day to see beauty and love 
in the world around you. 

Realize that what you feel you lack in one regard 

you may be more than compensated for in another. 
What you feel you lack in the present 
may become one of your strengths in the future. 
May you see your future as one filled with promise and possibility. 
Learn to view everything as a worthwhile experience. 

May you find enough inner strength 

to determine your own worth by yourself, 
and not be dependent 
on another's judgment of your accomplishments. 

May you always feel loved.


By Sandra Sturtz Hauss


****************************************************************************************************************

Touched. Just sharing a meaningful long poem.

And hello, dear May, you're finally here. Nice meeting you. I just waiting to meet you after a long time. Now it's time to refresh and restart again.

Years passed, time clicking and thanks Lord because I've been blessed with so much more than I deserve. Peace of a warm and loving family and friends. Peace of self-love and self-respect. Uncountable blessings.

For days to come, wish for a bright future, with many days of sunshine and happiness. May beauty and wonder fill the heart and lift the spirit all the days of life.

-- and dear May, please be good, nice and perfect.



 ♥,

  myaada

Tirai 2014

بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Selamat pagi Jumaat dan selamat bercuti. Ambil kesempatan bulan Januari baru terhegeh-hegeh buka blog menaip. Mana hilang mood berblogging ni...*sigh*

haha. Tak apa lah. Lepas ni schedule update blog boleh la jadi 6 bulan sekali dah. Weehu! :D

Apa cerita tahun baru ni eh...blog still sama corak bentuk memang tak ada inisiatif nak tukar hias dah gamaknya. Tak ada azam nak update blog seminggu sekali ke sebulan sekali belum tentu.. Eh kita tengok laa.. :D

But sebelum tu.. Alhamdulillah rezeki Allah. Thanks Nuffnang cek dah sampai semalam. And thank you jugak kalian yang menyinggah. :).

So, sempena tahun baru 2014 ni walaupun dah nak ke penghujung Januari *winkwink*, selamat tahun baru semoga setiap hari-hari kita dipenuhi dengan azam ke arah kebaikan. InsyaAllah. Salam Maulidur Rasul juga sempena dengan bulan kelahiran Nabi junjungan.


Time goes by, but life goes on
Hopin' that it gets me high

Yup, many things happened. Unexpected. :). See ya!


 ,

  myaada