Resepi Mee Kuah Kelantan Versi Ummi

Friday, January 11, 2019
Assalamualaikum kengkawan. Hai dari belog Ummi Awesome. Lama kan menyepi. Hehe. Pembuka tirai posting 2019 hari ni ummi nak share resepi mee kuah kelantan yang simple tapi sedap. Mengidam betul nak makan Mee Kuah versi Kelantan ni. So petang semalam kita masak mee kuah kelate buat makan petang. Resepi mee kuah kelantan ni paling simple dan senang yakmat nak buat. Yang penting SEDAP! Lol!




Resepi Mee Kuah Kelantan Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan

1 peket mee kuning 
Bawang Putih 
Lada Hitam 
Bawang Besar Holland
Hirisan Ayam (Boleh ganti daging, udang etc.)
Sayur (Ummi guna sawi dan kangkung)
Cili Merah Besar
Kiub ayam (optional)
Garam
Gula
Air
Telor



Tambahan

Limau nipis
Cili api
Bawang Goreng





Cara-Cara

Mee Kuning
▪ Dicelur


Bahan Tumis

▪  Masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam. Masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sampai naik minyak.

▪ Masukkan hirisan ayam. Masa ni ummi dah buh garam nak bagi ayam tu terperap elok ada rasa.

▪ Tunggu ayam tu masak elok, kemudian masukkan air anggaran 3-5 gelas (lebihkan kalau nak kuah banyak). Perasakan dengan garam, gula atau kiub ayam.

▪ Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan telor ayam dan jangan kacau. Bagi telor tu masak elok. Kemudian masukkan batang sawi dan kangkung serta hirisan cabai besar. Tutup api, kemudian boleh la masukkan dedaun sayuran tu.

Siap!


Cedok masuk mangkuk beserta dengan mee yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap, perah la asam limau dan tabur cili padi dan bawang goreng sikit. Setengah orang suka tambah kicap dan sos. Ni Muhammad Fayyadh pun sama. Tak leh tinggal kicap dia 😂. Terpulang la rasa masing-masing.

Helok tak mee kuah ni? 😆




Senang sangat nak buat mee kuah kelate ni. Sebab teringin nak makan, tu yang balik kerja petang kita masak jap. Hilang mengidam. So selamat mencuba untuk korang!

Jumpa lagi ❤





No comments:

Powered by Blogger.