lirik lagu Stanza Cinta


One more entry. Semangat je nak paste lirik lagu Stanza Cinta ni. =) Sebab dah tengok iklan dia semangat la nak tunggu tengok dramanya. What?? Aaron Aziz lagi..YESSS!! Happy smiley haha. Bakal ditayangkan kat TV3 nanti. Drama yang based on novel Stanza Cinta. Boleh baca kupasan novel dari penulisnya, Puan Nurull Halawati Haron  kat sini.






Stanza Cinta - Dodi Hidayatullah Mp3
Mp3-Codes.com


lirik lagu Stanza Cinta
Berderai Mata Hatiku
Mendera Semua Harapan
Selaksa Cintaku Padanya
Ikatan Suci Romantika NaunganMU

Meski Sejuta Cinta Menyapa
Masih Cenderung Ku Padanya
Tuhan satukan hati kami
Dibawah Cintamu Alirkan Bahgia Di Redho-Mu

Kutidurkan Mimpi Indah Ini
Pada-Mu Yang Menggenggam Takdir
Kusandarkan Harapanku Ini
Pada-Mu Ya Ilahi, Kan Ku Simpan Dalam Rongga Hati
Stanza Cinta....


Puitis kan...

♥,
myaada

Their Day


Assalamualaikum and good day!

It has been few days after the wedding and Alhamdulillah the ceremony went pretty well. It was a fun event for a family get-together, like a reunion. The past week has been very tiring but luckily that week is over! They (my two cousins) already become a husband and guys, congrats to both of you. Wish all happiness would come.

He is very fussy! Sorry to say Abe Ju HAHAHA. But at the end, she is your soul mate :). Never regret.


The funniest ever. Abe We, sang askar and nurse. Muka tak boleh blah takde expresi lain nak buat. HAHAHA.


Well, 'gotong-royong' is a must. Like the saying goes, 'sepakat membawa berkat, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijunjung'.*time ni la nak gunakan hehe. So the night before 'majlis bertandang' (since kami di pihak lelaki), all family members quite busy preparing for everything. Semua excited. Not only the elders but kids also seem very enthusiastic about the matter. Majlis buat kat kampung arwah atok sebelah ma.




Look at them. They just get really really excited lending their hands. Bersungguhnya mereka! Yeah excluding Aisya there who become the 'mandur' all the time haha! It's fun actually to spending time doing the things altogether.


Seriously, I do love 'pulut manis' but this time they made it like orang cakap 'ada lori tumpahkan gula ke?'. Lol! I just can't stand with the extra sweetness of it. Haha. Makan sesudu dua je. Then cari air. Manissss sangat!

Overall, the ceremony run smoothly. And welcome to our new family members. Nothin' to say. Again, selamat pengantin baru, semoga berbahagia dunia akhirat. Humm makin bertambah besar keluarga Allahyarham Che' dan Mok. It's said the more the merrier. :D. Tunggu raya pulak baru berkumpul. Till then bye.



♥,
  myaada

cuti sekolah, makan gulai yok!


Baru sudah men'tonton' Nora Elena sebab semalam tak sempat. Petang sampai di kampung. Erk tak abis-abis Nora Elena. Sorrii :). Sekarang ni musim cuti sekolah kan. Ramai yang ambil kesempatan balik kampung. Ni balik seminggu cukup lah sebelum meneruskan agenda yang tergendala sekejap. Balik semata-mata majlis nikah kahwin 2 orang abang sepupu next week. Fuhhh cam raya la kan berkumpul ramai-ramai nanti.

kad kahwin poster. cilok dlm rumah ni

Musim cuti sekolah biasalah, musim orang kahwin. Masa ni la masa nak berkumpulnya ahli-ahli keluarga. Yang jauh pun balik. Berkumpul, borak-borak tanya khabar sambil tolong buat preparations, mana yang patut. Ringan jadinya. Oh tadi kat fb aku baca artikel ni. Paste eh.


Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ...

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

petikan : http://webblog.myjodoh.net/


Jawapan kalau ada yang tanya. :). Okey selamat bercuti, selamat berkenduri. Erk orang yang bekerja tapi ambil cuti pun selamat bercuti jugak lah. Adios!

 myaada

no words can describe

She is a part of Love.
She is a part of Strength.
She is a part of Winning.
There is no words can say how much you mean.
Cos there isn't a day that you aren't special to me.
Happy Mother's Day maa. We love you much.






your's sincerely, 
myaada

Sutera Bidadari


Video promo SUTERA BIDADARI. Dah lama kot ada.



Penangan Sunan mesti buat aku tak dapat tidur nyenyak malamnya. Aah pusing kanan pusing kiri lelap sekejap, terjaga. Terkejut. Lepas tu mula lah terbayang bukan-bukan. Astaghfirullahula'zim. Novel yang dulu-dulu buat aku tak tidur malam. Sehingga buka lampu, buka laptop pasang orang mengaji Quran. Nampak sangat penakut. Yang latest, SUTERA BIDADARI, buah tangan kelima perihal Laksamana Sunan ceritera Ramlee Awang Murshid. Pun sama. Malam semalam tidur dengan terpasangnya bacaan ayat suci sampai ke subuh. =)



myaada

melihat alam

setelah seminggu tak ada internet nah amek hari ni baru boleh update dia. ada berodband yang makin selow. hukhukhuk.sedey T__T. tak apa la janji boleh check emel. haha. so sekarang tengah cuti sambil ternak lemak lagi. entah bila nak berlemak ni. hoho. aktiviti sepanjang cuti adalah seperti biasa makan tido tengok tv. mandi basuh baju lipat kain bla bla bla bla... :)



oh hari ni berkesempatan lagi pergi ke tanjung demong.berjalan makan angin sekejap kejap. teman chik jah uruskan hal praktikal nya yg baru abes. kalau ikutkan tak tahu pun tempat ni dekat dengan bukit keluang segala. oh. sungguh. tapi tempat itu cantik aman damai dan sentosa. siapa-siapa yang rasa nak panjat bukit keluang ajak la.  nak join.


tak berapa pasti berapa ketinggian jambatan tok bali ni.agak-agak nak memancing datang la. entah. tengok ramai je kaki pancing kat sini. erk saya bukan kaki pancing. bukan bukan. singgah nak hirup udara segar nan nyaman. kalau nak main layang-layang ke wau ke 'kite' pun boleh. beli ikan segar dari laut nak ambil gambar pre wedding post wedding boleh juga. semua boleh kot. dah mengarut. full stop. bye.


yang benar,
  myaada

teman nak jugak join GA dari new zealand nie =)

Assalamualaikum..selamat malam. malam muda lagi. moh kiter layan bola pulok lepas nengok asmara. ooh haku layan der cite jiwang cani. gemilang terbilang cite cite indon kejora dan bintang, sejuta cinta marshanda hape lagi hah cite jiwang jiwang berkarat nak kena layan. isi masa kosong dengan berjiwang yop. haha. OK sebab sekarang ni perak tengah mendahului kelantan, awok merajok tamau nengok nye. hukhuk. hok alosss biso bedooh yop gitu. dok dang ambe nok pitah. jange kejor kuat ngatt yop! =))


OK. tukar sleng. mari ke perenggan seterusnya. nampak pic di atas? entry ini adalah bersempenaan dengan sebuah ceremony di sebalik pic tersebut. alkisah keraian ini dilaksanakan oleh seorang wirawati yang berkelana nun jauh di sana di atas muka bumi biri-biri. sementelahan, keraaian yang diberi nama SIZUKA's First GiveAway ceremony ini akan tamat pada 15 april ini. makanya amat la rugi kalau kita tengok sahaja hadiah-hadiah yang ditawarkan tanpa tidak berbuat apa-apa tindakan bagi mendapatkannya *ooh ayaaaattt* . haishh.. rugi beb! ahakss...note : sila kelih adiah-adiah cik sizuka nak bagi ni. cun melecun tiyut miyut ye tak. bak mai satu..haha. *oh ayat tak abes lagi ni nak bodek. pikir pikir aisss~

antara yang bakal dimenangi; kambing biri-biri terbaik dari ladang

mari kita bercerita tentang blog SIZUKA. ada orang tanya mana blog doremon nya? itu jgn tya saya. *ce tanye nape awok suke belog dia* jawapnye blog cik sizuka amat lah tiyuutt cam bicekutt. tak lain tak bukan mesti sebab penggunaan warna kan. awok suke. tambah lagi penggunaan font yang bersesuaian tahap kebesarannya utk tatapan awok. lagi header belog beliau yg sentiasa bertukar ala-ala power rangers katenye*mmg nk kena lempang ngan dia..;)* ye itu membuktikan beliau amat kreatif kretip dan berinovasi. saya suke. dan juga keculasan beliau menangkap gambar membuatkan saya terpesona serta ketereran beliau mengedit fotonya sgt tangkas. saya suke. oh beliau juga ada gallery fotonya yg mana awok suke utk menatapnya terutama bab bunga-bungaan. al maklum la bunga itu cantik lantas awok save jadikan koleksi wallpaper lappy awok.*cik zati teman tak le nengok nye gallery tu nape*

OK. menjurus kepada itu, beliau sungguh baik hati dalam mengsharekan tutorial. bab2 amek gambar edit edit semua. ce tengok sekarang. walau awok takde camera canggih cam babies cik sizuka tu, awok nok le juga belajar. bagi gamba awok canggih cikit utk simpanan sendiri  T___T. ironinya, awok suka baca kisah-kisah beliau.

last, awok dok pikir cane nak wat slogan eh. awok bantai jer la yop. :)

"saya suka blog sizuka-world-of-life kerana beliau membawa saya secara imaginasinya 'termakan' angin di bumi All Blacks dan bermain dengan biri-biri disamping banyak manfaat dari entri beliau untuk dipraktikkan.


haaa.... awok bedal tulis slogan tu teacher. diharap dapat markah lebih.haha gurau je. ok itu sahaja lah. siapa nak join boleh ke belog sizuka ye. babai.


:: moh ler sambung nengok bola nye. terharu banyok ngat boloss T__T ::




saya,
myaada

conteng blog kejap


Assalamualaikum..

malam ni rasa macam nak menulis sekejap. ye macam. tapi tulis jugak sebab blog dah lama cuti kan :). esok final exam. tapi kenapa tak berdebar eh? tak normal ke ni? biasa dari dulu kalau nak exam mesti berdebar-debar dup dap dup dap. padahal studi tak abes lagi. patut berdebar kan. rileks je conteng blog. ada masa lagi kot. ye lah. =)

Lepas habis exam esok maka berakhir la semester 2 ni. Alhamdulillah. paper lagi satu tak ada final exam. tapi takut jugak paper yang tak ada exam tu cane. score ke tidak. aduhai patut kena fikir pasal paper esok la kot. OK. berhenti menconteng. baca buku ayuh. doakan saya. assalamualaikum.

gambar kenangan :)

saya,
myaada

take my hand



each hill you have to climb,
take my hand lets face the word,
you’re not alone for I’m still here,
I’ll help you learn to smile.



♥,
myaada

HOME is where the HEART is


Assalamualaikum :)
nak ucap selamat pagi ke selamat malam neh? selamat malam pd yg nak tido n selamat pagi pd yg dah bangun tido. mownink! well kalo org muda mesti cakap malam masih muda lagi, ilek-ilek dulu.. weh pehal intro nak berucap selamat selamat segala..hahaha..

rupanya dah nak masuk sebulan tak update belog kot. kot??  ye ar tu ..hari ni hormon terlebih gandekannnya nak menulis. tambah-tambah bila ibu rafiq dah tya pegi mane..hehe..ader je kak. jalan-jalan makan angin kat belog orang. btw, tahniah ye kak rose. rafiq nak dpt adik bila tu? direct tanya....hihihi..semoga selamat semuanya amiin... :)

sebab esok nak balik kampung, excited! girang wehh...belog pun terupdate. apa ke nama struktur bahasa diguna pakai~ abaikan~ . patut hari ni nak pergi belajar sejarah la kot kat mines. eh semalam la sbb hari ni dah jumaat. but plan tak jadi. next week maybe. after balik sini. its hikayat merong mahawangsa. wait arrr...



yg tudung rimau, my cousin. mau nikah dan kawen ahad ini. errrkk? hahaha. sebab tu mau pulangggg. berkenduri lah makan gulai kawah. and next week dokter nak wat quiz. saje je kannn. time-time balik kampung. cani arrr dokterrr. bila mau study maaa...isk isk! riso riso!

but, my heart's at home teetotally. of course la kan. yes tak sabar. meh dengar Lady Antebellum nyanyi. lagi tak sabar.

Mama said home is where the heart is
and i miss everybody at home



ketemu lain waktu kalih. bye.


 me again,
myaada

psstt : malam masih muda sebab ada assignment nak kena submit next week. pulun la malam ni. jgn harap nak sentuh bila dah kat kampung. gudnite everybody. sleep well. dream big. hugs \'_'/ and 

salam untuk kekasih


Tiada harapan selain ALLAH..
Tiada idola selain Rasulullah S.a.w..
Tiada kata seindah Al-Quran..
Tiada jalan selurus As-Sunnah...
Tiada perjuangan selain ISLAM



"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )


selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah SAW. semoga dapat menjadi ummat terbaik. amin ya rabbalalamin.


myaada

the most beautiful


Assalamualaikum
salam jumaat penghulu segala hari :). lama tak update sebab tak ada sebab.


asmaul husna by dr. ary ginanjar. hafal balik sebab tak ingat :(
jumpa lagi...tata!


saya,
myaada

pagi pagi exercise laa cket - brain teaser


Assalamualaikum :)

lama takde tulisan. maksud saya post la. dengar je la lagu yg ada tu kalau dah masuk. ea tak. pagi ni nak eksesais sikit. sikit tak banyak. mari lah kalau nak join. tak berat pun.

mulakan dengan yg ringan-ringan dulu.warm-up orang melayu cakap

straight je kan.

kedua kita buat tenung-tenung . fokus kat titik hitam kat tengah-tengah. lama-lama tengok jadi macam mana

warna yg lain akan hilang! sejuk kan. bukan.cool rite.


next, sabar. saya kena belajar tak tergopoh gapah

pinggan pecah.
tenung lama-lama kat matanya. magic akan berlaku! 


tegok kat bawah. ke arah mana putaran roda di bawah? kiri atau kanan?

pasti kedua2 arah. cuba fokus.



percaya tak dua garisan tu sama panjang. amek pembaris ukur sekarang. susah susah nak ukur


seterusnya, anda lihat anak panah ke kiri atau kanan? lain org lain penglihatannya. betul ke macam tu?

kiri dan kanan

ok dah. erk jap. last. simple. awak nampak tak burung kat bwh ni?

dan juga seorang lelaki bersembunyi di situ. best kan. semuanya hanyalah ilusi optik semata-mata. hebatnya otak. SUBHANALLAH.


ok ni betul2 dah habis eksesais. tinggal dulu. layan la lagu jiwang tu. kalau annoying tutup je lah. :) jumpa lagi..



myaada

seumpama hujan

rain
peaceful. calm. happy
rain
sorrow. pain. violence
rain
love. kindness. kisses
rain
cry. hurt. hate
rain
stay
rain
go

~rebecca leonard~


terima kasih kawan. terima kasih sahabat. terima kasih taulan. :) 



♥ love,

myaada

selamat buka sekolah kanak-kanak


hari ni dah mula sesi persekolahan kann... jeless T___T.. teringin nak pakai uniform sekolah rendah balik. kayuh basikal ke jalan kaki pergi sekolah. mula-mula masuk darjah satu kan sangat best. igt lagi muka cikgu kelas yg garang tu nama dia cikgu ayob. misai dia lebat macam sarjan misai gerak gerak gerak khasss. ooh dia tak garang lah cuma misai dia membuatkan dia nampak garang. tgok muka mmg dah nak terkencing. hihi. terima kasih cikgu sbb jadi guru kelas kami

lepas tu bab nak mula berkawan. segan-segan nak tanya nama kawan sebelah. padahal senang je nak buka mulut cakap hai awak nama ape? nama kite bla bla bla... pastu mula lah bila dah hilang segan malu semua nak pergi kantin koop sama-sama berkepit. perempuan aje :) seronoknye hidup..

lepas tu dpt beratur pergi tapak perhimpunan dgn bisingnya. takyah kesah la pengawas tu nak marah pun.. kami kan baru darjah satu fun la bising pun. kalau cikgu disiplin dtg aah baru lah kesah. haha!


gambar google. seronok kann berdiri dgr cikgu ceramah. seronok lagi bila ari nak hujan dalam hati doa cepat cepat la hujan turun penat dah berdiri ni peluh peluh lagi. uhh baik nya budak ni :D. banyak sungguh kenangan

semalam pergi sg congkak. celebrate the day before start sekolah. kami pun enjoyyy sama! esok-esok dah sekolah belajar sampai pandai org tua cakap.


selamat bersekolah semuanya. tadika rendah menengah. buai laju-laju sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab. sukses.

dan ini award dari cik plud.. thanks a lot mira for the sweet bear here




 its me
myaada