Salam Ramadhan



Assalamualaikum dan salam utk semua yg sudi menjenguk belog saya.... Harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal tiba. Persiapan menghadapi Ramadhan kali ini bagaimana? Baik dari segi mental mahupun fizikal semuanya harus bersedia. Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 dah ada ke belum? Kalau belum, sila print cepat-cepat! Tapi  kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja lah.. Untuk jadual waktu berbuka puasa bagi semua kawasan, sila rujuk website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Jgn lupa ucapkan terima kasih kat JAKIM... Terima Kaseeeh JAKIM!!!

Nampaknya Ramadhan kali ini pun tak dapat meraikannya kat kampung.. huhuhu... Tapi Insyaallah ada kesempatan pertengahan bulan nanti igt nak balik.. if time permits lah....

Okkeh...ini ada sms menarik sempena Ramadhan utk korang semua. Aku dpt sms dari adik sepupu aku semalam..

Salam'alaik...
Nama sy Syaaban,
Saya ingin mengingatkan anda bhw jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lma lg brsama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar...
Mrk akn dtemani olh ketiga2cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan...
Mrk akn pulang slps 30 hari dgn menaikipesawat pnerbangan Eidul Airline...
Hargai mrk & anda akn mndpt pahala yg b'lipat kali ganda!!
Insya'ALLAH
Ameen..
~ salam Ramadhan ! :-)


Waahhh.... kretip betol budak2 zaman skang.. Nak lagi banyak sms menarik sempena Ramadahan, sila lawat belog BestSMS...

Ok semua, selamat menyambut Ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...Maaf dipinta dan semoga Ramadhan kali ini membawa limpah rahmat buat kita semua. Ameen...

Jumpa lagi... daaaaa!


Salam Ramadhan dan salam kasih sayang,

Masukkan button 'LIKE' dalam blog


Occayhh... hari ni terlebih masa utk membuat tutorial ringkas ini setelah mempelajari dari sumber yg dinyatakan di bawah. Cara-cara nak insert atau masukkan button 'LIKE' ke dalam blog. Asyik dok tengok blog org lain jer, sume pakat dok ader button like ni...Haku pon nak ada button like jugakk!! Sebelum tu kita ucapkan terima kasih kat Enchek Alif sebab sudi berkongsi info.. TRIMAS!!

Step2 dia, korang leh refer blog Enchek Alif.  Detail dia bagi.

Tutorial ini utk Blogger shj! Kalau wordpress refer kat tutorial memasang butang (button) like di dalam wordpress.

Dan kini blog haku dah ada button 'LIKE' . Sile 'LIKE' banyak2 kali pom tapew! :)


Salam,

Untuk Abah : Moga Panjang Umur

Awal pagi selasa. Jam laptop menunjukkan pukul 12:33 pagi. Dalam keheningan pagi ini juga aku menulis. Mata tak boleh lelap. Nadiah dah tidur dah. Aku sorang je tak boleh tidur. Padahal esok ada kelas pukul 10 pagi. Elok la aku menulis seketika diruang ini.....

Hari ni 3 Ogos. Tarikh hari lahir Abah aku yang ke 51 tahun. Pertamanya, selamat hari lahir Abah.. Semoga ALLAH merahmatimu. Keduanya, terima kasih untuk segalanya. Mendidik kami.Bila dikenang-kenang waktu kecil-kecil dahulu, Abah seorang yang garang.Tegas. Itu yang buat aku takut. Takut kena marah sebab aku memang nakal dulu. Degil. Panjat pokok manggis, bakar jerami kering kat bendang, main air bah, main bola 'katak', semua tu lumrah bagi kanak-kanak yang membesar di kampung seperti aku.Maghrib baru balik rumah. Mak bapak mana yang tak marah bila itik dah masuk reban baru nak balik. Tapi aku maintain... Esok-esok buat lagi.. =)

Bila dikenang lagi, aku ingat Abah pernah 'babap' aku juga. Ohh...memang nak nangis. Tapi yang pasti aku tak nangis masa tu, depan Abah. Maintain lagi... 'Macho' kena jaga. Haha! Tapi tak tertahan juga sebab aku mesti nangis dalam bilik sorang-sorang. Masa tu, boleh terfikir nak lari dari rumah aje. Sebab fikir Ma Abah tak sayang aku. Perasaan sakit hati kanak-kanak. Takda siapa nak pujuk. Sanggup tak keluar makan. Alih-alih, siapa yang kebulur? Buat muka 20 sen masuk dapur..

Tu masa kecik-kecik dulu.. Bila dah besar ni, pemikiran pun makin matang dah. Dah tak terfikir dah nak lari dari rumah.. ;p (itu zaman kanak2 shj ok!). Umur kami adik-beradik dah meningkat remaja. Abah dah tak garang lagi. Mungkin  dulu kena garang sebab nak didik kami supaya jadi insan yang berguna. Lagipun sebagai yang sulung, kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Aku ingat lagi sewaktu menuntut di Matrikulasi Pahang. Itu first time aku tinggal kat hostel. Memang aku tak boleh nak adapt dengan suasana kat sana. Aku tak nak dok sini.Nak balik rumah. Time orientasi aku dah nangis-nangis even dalam bilik mandi pun, Tengah malam pun sama, waktu nak tidur. Aku curi-curi nangis dalam selimut tak nak bagi rumet2 nampak. Malu! Tapi Abah dengan Ma call bagi semangat. Dorongan. Doa tak putus-putus. Dan part yang paling paling paling aku tak boleh lupakan ialah sewaktu dapat result ujian pertengahan semester. Seriously, aku down gilerr!Aku stress! Ditambah dengan personal problem dengan diri aku lagi, semangat aku hilang entah kemana. Aku ingat lagi hari tu hari Khamis.Siang pergi tegok result kat papan kenyataan. Malam, aku call Ma, teresak-esak kat telefon cakap aku tak dapat buat. Memang tak dapat. Ma suruh aku tenang. Cuba lagi. Dan, sungguh aku tak sangka Abah sanggup drive esok paginya dari Kelantan ke Gambang semata-mata kerana aku! Ma dgn adik-adik pun datang sekali. Even jumpa sekejap sangat, dorang banyak bagi kata-kata untuk menaikkan semangat aku...Abah cakap takpe.. dah tu yang termampu...( oohh...air mata aku dah makin laju dah nie... Sebak bila menulis peristiwa ini.. ) Aku tak ada kakak atau abang. Tapi aku ada adik-adik yang amat aku sayangi. Kad yang dorang bagi waktu tu aku still simpan. Dan Alhamdulillah, berkat doa kalian aku dapat melepasinya.

Bila disingkap balik, terlalu banyak pengorbanan Abah untuk kami adik-beradik. Memang tak terungkap. Kalau mampu dibalas dengan wang ringgit, mudah bukan? Tapi hakikatnya memang tak ternilai dek harta semata-mata. Kasih sayang ayah lebih daripada itu. Meskipun berbeda dari kasih sayang seorang ibu, kasih ayah juga dibawa ke syurga.

Untuk Abah yang dikasihi, selamat hari lahir, semoga ALLAH merahmatimu selamanya. Pintaku semoga dikau dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang amat baik jua. Terima kasih atas pengorbananmu. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas semua jasamu. Doaku "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil." Amiin..

Sekarang ni pun, Abah masih belajar. Ambil ijazah. Sebab dulu-dulu jadi cikgu guna sijil perguruan. Aku ingat Abah cakap," nak ambil degree ni, nanti boleh jadi wakil rakyat kampung niee..." Kami gelak-gelak je dengan gurauan itu..Mana tahu kan? Doa2 kan lah. :). Semoga Abah berjaya menghabiskan pengajian. Amiin.


Coretan hati seorang cengeng,

Entri Ogos


Pejam celik pejam celik, semalam dah masuk bulan Ogos dah. Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala kenangan yang tersisa. Ogos. Bulan Lapan. Bulan Kemerdekaan Malaysia. Negaraku dah merdeka selama 53 tahun sudah. Alhamdulillah. Moga Malaysia kekal harmoni selaras dengan tema hari Kemerdekaan  pada tahun ini  “1Malaysia Menjana Transformasi”. 



Bulan ni juga kita muslimin muslimat akan menyambut Ramadhan Mubarak. Dah tak lama dah. Minggu depan dah. Macam mana persiapan puasa? Bagi yang kena ganti puasa of course la kena cepat-cepat setelkan puasa ganti yg tertunggak :) Kalau tak sempat nak ganti, sila lah buat bayaran fidyah puasa dan ketahui macam mana nak kira bayaran fidyah puasa melalui kalkulator Fidyah. Sila buat kiraan..! =D



Selamat meyambut Ramadhan yg bakal tiba. Nanti nak pergi beli kurma plus kismis byak2. Stok sahur ngan buka puasa. Okey, have a nice day all.. Kena sambung wat assignment.. Tanak jadi cam lazy cat kat bwh nie.. Chaiyok!!


Syokk je tido kat situ..Uhuhhh!


Salam Sayang,


 :: Kenangan Terindah tetap dihati ::

Best Keyword - Doa Menghadapi Temuduga

doa temuduga rujukan peperiksaan ptd M41
Entry ni saje2 dibuat selepas aku wat analytics review kat Enchek Nuffnang baru2 ni. Review ni utk last month punya..

Korang tengok ni..


Sajer poyo pi tampal benda alah ni kat sini...hehe
Cuba tengok keyword paling tinggi -Doa menghadapi temuduga.


Walaupun tak banyak, tapi keyword yang menghala ke blog aku ni ramai yang nak cari doa menghadapi temuduga la kan?? Mungkin awak-awak sume refer entry saya yang bertajuk yang ini,  Doa nak pergi temuduga.. Tapi sorry ye coz rasanya tak banyak membantu, tapi InsyaALLAH jika ada kelapangan sy cuba updatekan lagi.

So nanti singgah2 la lagi kat sini yer!



Salam Sayang,



4+ itu Berasid yer? Oh Apekah...!!

"Ni buat test mase datang bulan ke?"

Aku : " Eh tade la kak... nape kak?"

"Doktor ada bagitau apa2 tak?"

Aku : "Tak jugak.... tapi kenapa kak? Ada yg tak kena ke?" 

"Aah! Nanti awk minum air kosong banyak2...Lepas tu kalau boleh ambik antibiotik sekali. Tinggi ni... 4+ nie.."

Aku : "Oh tinggi ye kak...mungkin sebab masa wat test tu dah dekat ngan period kot..." (betol ke tak aku tatau..alasan je nie....lupe ah datenya...Haha )

"Tak pe lah...bagi saya borang ni...jgn lupa minum air kosong banyak2"

Aku : "Okey kak...Terima kasih ye kak.."

Choww!

Haiyaaaa....itu kes masa antar borang kesihatan kat kaunter. Naseb bek akak tu cakap.. Lepas wat check up ari tu, doktor tak cakap apa2 pun...Pastu baru la aku tau 4+ tu berasid... Bahaya nie.... Boleh mengakibatkan pembentukan batu asid urik dalam buah pinggang, ureter, atau pundi kencing.

Tu la dulu org suh belaja ko tanak belaja... Ni pon tatau!!ARK!!

Korang tahu kan air kencing kita ni boleh berubah-ubah, dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.


pH. The pH is a measure of how acidic or alkaline (basic) the urine is. A urine pH of 4 is strongly acidic, 7 is neutral (neither acidic nor alkaline), and 9 is strongly alkaline. Sometimes the pH of urine is affected by certain treatments. For example, your doctor may instruct you how to keep your urine either acidic or alkaline to prevent some types of kidney stones from forming.




Ohhh...dah tau gini kena la minum air kosong banyak2!



Bahagia itu Indah


Assalamualaikum,

Hari ni hari Jumaat, hari yang indah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah kita dapat lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH SWT yang cantik ini. Syukur padaMU ya Tuhan.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."



Bila bercakap tentang bahagia, ramai org tertanya2 mcm mana nak bahagia. Adakah perlu ada wang berjuta-juta baru kita ada rasa bahagia? Tidak kan?

Sebenarnya bahagia itu kau yg kena tentukan sndiri. Kalau kau inginkan bahagia, maka ia datang. Kalau kau inginkan derita, ia tetap datang kalau itu yang kau ingin. Biar berapa ramai org sekeliling yg hadir, dalam pelbagai watak,membawa derita atau luka, namun keceriaan hati itu perlu kau pupuk sendiri. Mungkin susah, namun usaha untuk itu patut ada bukan.

Terbaca satu entry dari blog Puan Suzana Ghazali berkisahkan seorang kanak2 yang telah menyelamatkan nyawa dan kehidupan seorang wanita. Sungguh terkesan.

Percayalah pada diri kerana kebahagiaan itu milik kita. Mengadu dengan ALLAH agar kuatkan jiwa. Yang lain terserah. Pilih untuk bahagia. Indahkan hidup bila hati bahagia.


::Sebesar mana pun masalah yang datang, ingatlah ALLAH itu Maha Besar::
Choose Happiness