Yang Datang Itu Baik, Yang Pergi Itu Baik

Kadang2 orang mudah alpa dengan apa yang Tuhan kurniakan, lupa mensyukuri. Tika nikmat itu ditarik balik, baru terfikir terngadah, baru hendak cari apa yang tak kena pada diri.
~ Ingatan buat diri ~

Saat ini, hati perlu bertenang. Dekatkan diri, doa padaNYA. Sungguh, aku damai disini, walau lama malam tangis tak didengari. Perlukan kedamaian, ketenangan berterusan, ditemani insan-insan yang amat mencintai, menyayangi aku, tulus. Alhamdulillah. Sejujurnya, aku pasrah. Bukan tak mahu, namun masih ada liku.

Harus kuat juga karna masih ada banyak hal di hadapan. Harus sedia. Betul orang cakap ; Yang datang itu baik, yang pergi itu baik. Aku terima. FULL STOP.

Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu


:: terngiang-ngiang ::

Ma , You Are The Best Mom In The World! Happy Mother's Day..


Mei merupakan bulan yang boleh dianggap bulan penghargaan. 1 Mei merupakan hari menghargai pekerja. Bulan Mei juga menghimpunkan Hari Guru dan Jururawat. Tak terkecuali Hari Ibu yang mana jatuh pada Hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.

Okkeh... Sempena dengan Hari Ibu esok, aku pon nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ma yang tercinta, Puan Hasiah Che' Dian. Sesungguhnya tak mampu kita nak balas jasa ibu kita sepanjang mengandungkan kita, melahirkan dan mendidik kita. Justeru, hargai lah mereka. Dan untuk  Ma, terimalah dedikasi dari anakmu ini.


Ibu
Engkaulah Ratu,
Engkaulah Permata Hatiku,
Bertarung nyawa melahirkanku,
Mengajarku erti hidup,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Terima kasih ibu..
Aku berdoa,
Moga ALLAH merahmatimu selalu,
Karna dikau adalah ibuku,
Yang kucintai dan sayangi selalu...
Love you Ma!


Owhhh...pandai gak haku karang2 puisi neh...hahaha...belasah jer la hek! Untuk semua ibu-ibu kat Malaysia dan seluruh dunia, selamat hari ibu jugak. Wat korang semua, jom cepat2 wish selamat hari ibu wat mak2 kita, at least diorang tau kita amat menyayangi mereka. Love and peace!

Jom dengar lagu HUJAN ni...sangat besstt...


Masa Untuk Menjadi seorang SUPERSTAR!!!

Hye all... peace..;P

sumber dari DIGI


Eh korang pernah tengok tak iklan DIGI yang sorang laki menari sambil berjalan tuuu? Alah yang siap terjun bawak payung kuning tuuu... Korang nak tak muka korang tertempel lam iklan tu macam ni. Bukan ape pun saja suka2 join... Konon-konon leh jadi SUPERSTAR la kan... Hahaha...
Kalo korang tader keje nak buat, ade masa sepuloh minit ka, terlebih masa senggang ka boleh la korang join kat web DIGI. Senang je. Kat situ dah tunjuk step dia. Korang upload je gambar muka korang and edit yang mana patot.
Sila tengok video muka aku ni sebagai contoh..Bila kita wat benda tu dia jadi camtu haaa...


Hahaha.... dah tengok?? cam klako lerrr... kalo tak tengok laie sila sila view kat sini pastu jgn lupa vote untuk akak ye deknon...Hahaha...undi jgn tak undi...

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...


Ada ke yang dah dapat surat menghadiri peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41?Untuk info mereka yang bakal menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan awam Gred 41, boleh dapatkan di SINI sebagai sumber rujukan kawan-kawan untuk peperiksaan nanti. Bagi mereka yang memohon, disini disertakan senarai jawatan yang terlibat dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. 

Sumber dari SPA


Peperiksaan bakal dilaksanakan pada 10 April 2010 diseluruh negara. Sila rujuk jadual dibawah.


Bagi yang belum mendapat surat menghadiri peperiksaan, jangan risau. Mungkin surat sampai lmbat cket kot. Ape pun, kawan-kawan boleh membuat semakan di laman web SPA sendiri. Klik di SINI UNTUK SEMAKAN

Untuk perhatian kawan-kawan juga, pada tahun ni calon dikehendaki membawa salinan skrol ijazah, transkrip penuh dan sijil SPM yang disahkan. Kalau tak silap tahun2 lepas tak de. So REMEMBER to bring all the stuff. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis atau struktur soalan yang bakal keluar, sila rujuk laman SPA. Rasanya soklan lebih kurang sama dengan soalan peperiksaan PTD kot. So sape yang pernah amek exam PTD mungkin dah dpt gambaran la camne bentuk soklan dia kan. Susah tak? Persediaan harus dimulakan dari sekarang. All the best kawan-kawan sekalian yang dpt panggilan exam tu. Pergi jgn tak pergi. Tapi kena la study dulu.. =)




GOOD LUCK!!! 


:: CHAIYOK CHAIYOK::

Kuala Linggi and Bagan Lalang again!!

Lorhh...dah bersawang dah belog ni coz lama sgt tak update. Nasib la kalo dapat cik puan punya yg pemalaih cam haku ni...HOHO.... Okkeh sebenarnya hari ni cik puan punya belog teramat rajin untuk mengupdatekan belog beliau yang tak seberapa ni. Banyak sebenarnya nak citer, stat dari wat bbq sampai la gi tengok acara sukan budak-budak Sekolah Abu Bakar Baginda.

First sekali, dimulakan dengan trip ke Kuala Linggi. Yes, Kuala Linggi again. Tempat yg kitorang pernah pergi dulu. Kali ni ngan member-member ofis. Yang tak tahannya teruk kena tahan telinga sebab kitorang ckp kat PD jer. Jenuh la dorang nak datang.Jauh. Dorang dari Putrajaya. Tapi apa pun thanks guys! Seronok sgt dapat gather cam ni even ada yang tak dpt dtg. Nanti lain kali kita plan lagi. Lagi baikk punyyeer!!

Pasangan suami isteri yang very the sporting lah! Thanks Dayah and Fiza and their husbands oso coz willing to come. Hahaha... Kesian korang kan... Jauh...Tapi bila lagi nak kenakan korang ye tak? Hihi..


Bergotong royong menghidupkan api untuk bbq. Nasib ada yang pakar. 

 
Halamakkk.... 


Hangus ler ayam bakar dalam keadaan tak cukup cahaya....


Tapi nak tak nak kena abiskan jugak. Tengok tu... Kalo dah ada makanan depan mata, abes jerrr!!
Ape ape pun, that was the great moment we spent together. Unplanned. But it was so so and so great!!...Suka sgt tempat ni. Tenang dan damai.


Dan sabtu lepas pulak kitorang pulun ikan bakar kat Bagan Lalang. Ramai gila org kat sana. Almaklum gomen kan baru gaji. Kitorang terpaksa tunggu lbh kurang 2 jam baru leh makan mak oii!!


 Ni muka orang-orang yang kepenatan menunggu makanan. Tunggu sampai berjanggut dek non..!

Tengok ramai tak ramai orang kat restoran tu.. 


Sampai ada yang tunggu kat tepi2 tu. Meja siap kena reserved.  

OOhhhh...ni main menu dah samapi..Siakap sweet sour and siakap bakar. Yang lain2 tomyam seafood, sotong celup tepung n apa lagi eh... Haku dah tak nyempat-nyempat nak snap. Kita makan duluuu... Lapor wehhh...Bayangkan 2 jam menunggu...



Alhamdulillah. Akhirnya kenyang gak. 


Muka2 organizer. Thanks Kak Melly, Yana, Kak Ina, Najmi, Abg Nizam and Che Man.

Okey, kali ni jum tengok pic budak-budak sekolah Abu Bakar Baginda wat persembahan sempena Hari Sukan Sekolah. Salute la dak2 nih matahari tegak kat atas kepala dorang leh jer berdiri tetengah padang tu...hehehe... Akak panass dek! 


Menarik persembahan budak2 ni. Siap cikgu bukak lagu Shakira lagi. Gelek siyot!!




Haaa... ni gambo budak2 tak cukop umo neh. Kakak n Kak Ngah. Dua dua rumah Biru. Konon menang la. Nombor bape ntah. Budak kecik tu join skali umah biru. Mentang2 la pakai baju biru.

Okey la..Rasernya ari ni memeng terlebih rajin la. Siap upload gambar byk lagi. Video jer tak leh. Ingat nak letak video budak2 tu, tapi haku cari link nak insert video tu tak jumpa plak...Haiiihhh...
:: Suka Duka Kita Lalui Bersama ::