Good Luck!


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم

Hari ni dah start UPSR kan. Excited plus berdebar-debar nak jawab exam, sudah tentu. Semua pernah melalui situasi yang sama. Tapi more kepada excited sebab lepas exam boleh main! Haha!

Hmm sudah lebih 15 tahun rupanya meninggalkan zaman sekolah rendah. Kenangan bersekolah yang sudah pasti tak dapat dilupakan. Amat pasti. Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik. Allah saja mampu membalasnya. Kawan-kawan juga. Masih lekat diingatan.

Buat adik-adik yang ambil exam hari ni, all the best! Usaha diiringi doa. InsyaAllah kejayaan milik kalian.


Budak 2 orang ni dah besar!


Good luck Aina, Aifa and Kak Ngah!


♥, 

 myaada

من العائدين والفائزين

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat di penghujung Ramadhan. Semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan Allah. Sejenak ia berlalu pergi. Pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang Tuhan. Ameen.

Dikesempatan masa, ruang dan ketika, mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat yang menyinggah. Maafin salah silapnya.





من العائدين والفائزين
ﺗﻘﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻨﺎ ﻭﻣﻨﻜﻢ ﺗﻘﺒﻞ ﻳﺎ ﻛﺮﻳﻢ
     

Minal 'Aidin wal Faizin. Taqobalallahu minna wa minkum, taqabal yaa kareem.


♥,

myaada

Berdoalah


بسم الله الرحمن الرحيم


♥, 
myaada

Harapanku, harap Kasih-Nya



harap kasihNYA - Amar

Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta berbicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya
Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista
Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka
Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina
Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya
Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya


10 Ramadhan. Harapannya biarlah Rahmat.

♥,
  myaada

Ahlan Ya Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Hari pertama Ramadahan. Alhamdulillah Allah beri nikmat untuk berpuasa Ramadhan tahun ini. Apa yang diharapkan semoga kita sama-sama dapat meningkatkan diri dan amal-ibadat harian. Tahun ini mesti lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Perlukan perubahan dan peningkatan. Mengejari kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan. Diberi kemudahan. Bi iznillah. Insya'Allah.


Salam Ramadhan kalian yang menyinggah. Maaf dari hati. Doanya moga kita mendapat keampunan dan rahmat yang berkekalan. Bi rahmatika ya arhamar raahemeen.






Salam Ramadhan,

       myaada

Bukan saja-saja....









♥,

  myaada

Ilham





Beribu bintang dilangit                               
kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
pudar ilhamku tanpa arah...





It is not the end but the beginning of the end



♥,

  myaada

wordless




♥,

  myaada

Sambutan Hari Ibu 2012 dan simbol dalam facebook


Assalamualaikum :)

Dah lama tak main dengan simbol-simbol ni.#bosanboringamat. Main-main lagi. Haha! Orang dok cari simbol-simbol dalam Facebook. Nah simbol facebook untuk hari ibu. Eh awalnya. Sambutan Hari Ibu  kan bulan Mei. Advance betol! :D.



█───█──███───█──█
█───█─█───█──█──█
─███──█───█──█──█
──█───█───█──█──█
──█────███────██

─███──████──████
█───█─█───█─█
█████─████──████
█───█─█───█─█
█───█─█───█─████

█───█─████─████──█───█
█───█─█────█───█─█───█
█───█─████─████───███
─█─█──█────█───█───█
──█───████─█───█───█

████─████─████─████─█──███──█
█────█──█─█────█──█─█─█───█─█
████─████─████─█────█─█████─█
───█─█────█────█──█─█─█───█─█
████─█────████─████─█─█───█─████

█████──███
──█───█───█
──█───█───█
──█───█───█
──█────███

███─███─████──█
█──█──█─█─────█
█──█──█─████──█
█──█──█─█
█──█──█─████──█

_____$$$$$$$$$$$$$_________$$$$$______$$$$$
______$$$$$$$$$$$________$$$$$$$$$__$$$$$$$$$
_______$$$$$$$$$________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$_________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$_________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$_________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$__________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$____________$$$$$$$$$$$$$$$
________$$$$$$$_______________$$$$$$$$$$
_______$$$$$$$$$________________$$$$$$
______$$$$$$$$$$$_________________$$
_____$$$$$$$$$$$$$
______________________________________________
______$$$$____$$$$__$$$$$___$$$$_$$$$____$$$$$
_____$$$$$____$$$$$_$$$$$___$$$$_$$$$____$$$$$
______$$$$____$$$$__$$$$$____$$__$$$$$___$$$$$
______$$$$$___$$$$___$$$_____$$__$$$$$___$$$$
______$$$$$$_$$$$$__$$$$_____$$__$$$$$$_$$$$$
______$$$$$$$$$$$$__$$$$_____$$__$$$$$$$$$$$$
______$$$$$$$$$$$$__$$$$_____$$__$$$$$$$$$$$$
______$$__$$$__$$$__$$$$_____$$__$$$_$$$$_$$$
______$$__$$$__$$$__$$$$_____$$__$$$_$$$__$$$
______$$__$$$__$$$___$$$$___$$$__$$$_$$$__$$$
______$$$__$__$$$$___$$$$$$$$$__$$$$_$$$_$$$$$
_____$$$$__$__$$$$$___$$$$$$$___$$$$__$__$$$$$


And I want to say,

............(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
║ 
Happy Mother's day!♥
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo


Hari-hari cakap Selamat Hari Ibu pun tak pe kan.. :). Saya sayang ma saya. Big hugS!

Hadiah sudah dikirim ke kampung. Share 4 beradik. Just tanda ingatan. Tak ternilai kasih ma kat anak-anak. Big hugS lagi sekali :).


 Ikhlas dari saya ,

  myaada

main-main dengan Google Plus | Google+


Okey baru je upgrade blogger interface ni.#lambat betol. Baru hari ni boleh tekan button upgrade tu. Uiii sayang sebenarnya nak tinggalkan interface lama, tapi nak cuba yang baru jugak kan. Best ke idak. Tak best pakai yang lama balik, boleh? Haha!
Google Plus
Google Plus
Nampaknya blogger profile pun dah ditukar jadi Google profile. Since Google dah  pun release kan social network diorang sendiri, kita pakai la ye dok. Hari ni jugak baru nak main-main dengan Google+. #Kesian betul asyik tak up to date je.huh! Tapi Google+ ni lebih kurang facebook je pun. Biasa lah. Makin ada lah competition. Banyak betul changes Google buat ye. Harus diselidiki. Haha! Oh jangan lagho sudaahh!


myaada

Number One For Me


Assalamualaikum.. :)

Kalau ikutkan schedule promo tour Maher Zain ni, boleh tak agak-agak nak pergi amek gambar dengan dia kat Mines tu weekend ni? Hoh amek gambar je.hahaha. Btw lagu Number One For Me ngan Paradise sedap didengar. Catchy. Tertusuk ;)  . Meh tepek lirik jap meh..


lirik lagu Number One For Me - Maher Zain 
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed


Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would

I would make it up to you
Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do

Chorus:
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

Chorus:
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me


 forgive me, ma

myaada

rahmat


Hujan lebat.

اللهم صيّـبًا نافعًا 


Alhamdulillah. Semoga membawa keberkatan dan rahmat kepada seluruh penduduk muka bumi. Ameen Ya Rabbal Alamin.



myaada

Mana milik kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya




Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

:: Rabbani ::


ikhlaskan diri......


♥,

myaada

Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Tahun 2012



D
OA TEMUDUGA RUJUKAN PEPERIKSAAN AWAM PTD M41 TIPS PTD 41

Untuk makluman, pihak SPA telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Tahun 2012. Boleh semak di sini. Dekat bawah ni cuma sekadar print screen yang tak penuh :)


Buku Rujukan bagi calon-calon yang mendapat panggilan PEPERIKSAAN JURUAUDIT April ini.

Mudah Reload dot com

we unite


Assalamualaikum :)

Sebuah video yg benar-benar menyentuh perasaan. Tonton via fb ustaz Zaharuddin.



May ALLAH bless all the muslims, my brothers and sisters in Islam. Spread the love and keep the faith alive.


myaada

pink purple peach


pinky


purple


peachy

sweet pink, classic purple and pretty peach
damn gorgeous! enough said.

courtesy of Google

myaada

menghadkan atau mengehadkan?


Tak ada kamus dewan. Terima kasih blog cikgu Azemi dengan cikgu Moinah sebab tolong saya pagi-pagi ni. :)


*Macam nak amek spm balik... adeh!


♥,
myaada

personalized Winkiwoo photobook


Assalamualaikum

*Eh dah rajin update sekarang ni nampak? Biasa bro!<---- versi papa bonceng motor. Huh takde keje boleh la pi layan adnan sempit kat alamanda.



Itu cover buku album mini . Okey akhirnya dah dapat photo book ni dari Winki. Jauh naa order dari Aussie. Huh macam kat Malaysia tak boleh print. Ahaks! Dah nak buat macam mana saja-saja pergi beli kat groupon. Saja-saja? Dorang dah offer gila tak nak. :). Tak ada lah. Boleh la simpan gambar-gambar dalam facebook tu tak ada lah tengok secara maya je kan. Lagi pun banyak gambar dulu-dulu dah hilang sbb laptop rosak. Tak sempat nak cuci. Tu la berguna jugak kamera filem gulung-gulung tu dulu. Cuci terus. Kamera digital ambil gambar banyak tapi simpan. Nak print hummmm..!



Banyak lagi kot offer macam ni. Kat uprint tu pun boleh. Design boleh buat lagi cantik. Winki ni pakai application dia yg tak seberapa je. Story card kat sini pun murah. Haissh!


Bye.


♥,

myaada

Once a friend, always a friend


But the true friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it be lost             - Charles Caleb Colton 



So there's the girl. She's getting married. We are very happy for you. Congratulation . Wish to be there during akad nikah. But hmm... its ok. Takpe. Ketemu time kenduri lah. InsyaAllah. Hope everything goes smooth.

Pic taken last evening. Keluar sebagai rakan-rakan bujang. Haha. So called last day out org bujang kannn. Mesti. Sekejap je kan. :(


Oh rindu zaman-zaman dulu. Serius. T_T


♥,

 myaada

MyKad versi imej hantu


Yang ni MyKad aku yang ketiga. Kalau ikutkan kad pengenalan yang keempat dah ni. Ya saya ghairah betol bila dapat tukar Mykad baru. Yang lama fotostat dulu sebelum bagi kat JPN. Buat kenangan katanya.

Mykad baharu katanya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Cip pun tahan katanya lah. Mykad ambe yang first dulu pun cip yang rosak. Depa cakap tak ada kualiti. Ke sebab lama sangat meh...


Baru punya. Arkk semua sekali adalah rahsia!

Muka tak nak senyum. Tak sempat senyum. Imej hantu tu 'ghost image' kat belakang. Gambar kecil. Turisan laser katanya. Canggih ke idak ni.

Dah. Boleh simpan dalam purse jangan lupa bawak pergi mana-mana.

p/s : terima kasih jpn putrajaya.


saya yg sgt beriya,

myaada

Insomnia?



TROUBLE!!! 


Nay, I'm not going to talk about it. Jam 2.15 a.m lebih-lebih waktu Malaysia. Waktu-waktu cenggini best sangat lena diulit mimpi. Oh perut lapar. Kesian perut. Tak lena tidur. Kesian tak kesian. Jom teman mengarut kejap.


Indeed, it's February. March soon. 
Ingat dan beringat, ingatkan dan memperingat, ingati. Alangkah indah hidup.


Gembira dan suka. Beda antaranya sikit. Andai yang digapai itu bulan bukan awan, harapan itu gunung. 
Sedih dan luka. Beda antaranya sikit. Andai yang dicantas itu dahan bukan ranting, harapan itu daun.
Entah apa.




Dah la...





...kan dah cakap nak mengarut. Karut!


 myaada

لو كان بيننا



Law Kaana Bainana...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat.

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

myaada

Happy holiday!


Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina... Lepak kat kampung kan ke best..:D myaada

Untitled #2


Lalu sang awan
tinggal lagi nan biru
cerah
kuntum sua mekar mewangi
lama
beburung berkicau di dahan
tumpang secarik daun
bawahnya subur
bersorak riang
tinggal jua rasanya
amat dalam


p/s :  اللهم صيّـبًا نافعًا

♥,
myaada

Setulus Dian - Untukmu teman



Antara kenangan yang paling kurindu
Saat-saatku bersamamu
Kita sama berlari
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu

Daerah ini menjadi saksi bisu
Jatuh dan bangunku denganmu
Kita redah bersama
Segala cerita suka dan duka

Manisnya hari-hari yang ditempuhi
Biarpun kadangkala mencabar hati
Tetap kita lalui
Menguatkan langkah kaki

Ada kala kita hampa
Terduduk tahan kecewa
Tapi bukan penamat cerita

Dan ada masa-masanya
Kita ketawa gembira
Berjaya menjulang yang dicita

Di sini mimpi bermula
Diseri pelbagai ragam dan warna
Selalu jadi rindu...
Indah....

Antara kenangan yang paling kurindu
Saat-saatku bersamamu
Kita sama berlari
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu
oh teman...

Daerah ini menjadi saksi bisu
Jatuh dan bangunku denganmu
Kita redah bersama
Segala cerita suka dan duka


Pusat Asuhan Tunas Islam Kok Lanas, Pusat Asuhan Tunas Islam Pangkal Kalong, SK Pangkal Kalong (SKPK), Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),  Universiti Kebangsaan Islam Malaysia (UKM), Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM, Malaysian Association of Productivity (MAP), Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

Coming, going and leaving.
Time passesmemories fade, feelings change, people leave, but hearts never forget. Still remain.




Lots of love,

♥,
myaada

on my 1st January 2012


Assalamalaikum :)

Let's start a day with a smile =). Oh it's 2012!! Deep in my heart I'm trying to write something new everyday, but I'm not sure how often I can keep updating this blog. lol =). Kiddin'. Rajin lah sangat kann ambe. Nevermind. It's not included in my reso. Haha.

By the way, after been planning to conquer Broga Hill for many months, finally we make it last Sunday! Sebetulnya, dari tahun lepas lagi dok sibuk nak pergi tapi tak berkesempatan. Choppp! Bukan tak sempat. Malas nak pergi kot? Okey la kan kira forward tahun ni and it was on the 1st January 2012 ever. Nice!

take a breath

Climbing for viewing. Around 6:50 am we began to climb from the base. Biasa lah cuti ramai orang. Oh ye.. Bila kali terakhir agaknya haku exercise? Serius semput. T_T

Subhanallah. The crafts of Allah Almighty

                                    

At the end, Alhamdulillah selamat naik dan selamat juga turun. Nampak gaya nak kena pergi lagi sekali je. Rombongan cik kiah. Tak cukup 'korum' ni.



Till then, take care people. Bye.

  myaada