yang berlalu


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Hari-hari berlalu. Yang lepas, jadikan tauladan. Kalau tak kuat, Dia ada.




Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, sahabat-sahabtku, ampunkanlah dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan


Mohon kekuatan Tuhanku.

Ya Allah, doa kami untuk Palestin.


 ♥,
  myaada

Salam Aidiladha 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

aidiladha 1433



Hari Raya Haji bakal tiba. Sepuluh hari awal Zulhijjah kian berlalu. Dikesempatan yang ada, salam Aidiladha diucapkan kepada yang menyinggah. Semoga sama-sama meraih dan mendapat rahmat kasihNya.

Sedikit perkongsian. Antara amalan-amalan di pagi Hari Raya Aidiladha (sumber dari shafiqolbu)

  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


selamat berkorban!oh ye, selamat berpuasa sunat hari Arafah juga.

 ♥,
  myaada

Nak kurus ke nak gemuk?


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


is not ideal

Hipotesis : Jisim tulang makin menurun disebabkan peningkatan usia. (^_')

Kesimpulannya, berat badan turun sebab berat tulang menurun :D.

Saya juga merasakan ketumpatan tulang saya juga berkurangan, dan mungkin dipengaruhi oleh penghasilan hormon estrogen juga barangkali. Haha! Siapa cikgu sains, meh tolong betolkan . Ectomorphic? Analogi. Jadi, saya rasa harus tingkatkan pengambilan kalsium, protein, fosforus, vitamin D, lemak sihat, kfc, pizza, ayam goreng uncle bob sikit2 and ext. ye tak. eh mentang-mentang menghampiri Hari Osteoporosis sedunia, kaitan dengan tulang.

Courtesy of Google:
Struktur tulang dewasa biasa (kiri) dengan Osteoporosis (kanan)

Makan banyak makan banyak. Makan banyak kali ke, makan banyak berkali-kali?

Ramai orang cari tips nak kurus atau tips nak gemuk? Atau ramai orang cari macam mana nak kurus atau macam mana nak gemuk? or macam mana nak cantik dan kacak handsome bergaya? Oh!

Syukur la rezeki kesihatan.

Oh ye. Nestle akan menganjurkan event World Walking Day, Malaysia Walks Now pada 28 Oktober nanti. Selamat berjalan semuanya dan selamat hari osteoporosis juga.



♥,


myaada

Pengacara Jemputan NONA 2012




Akhirnya kembali. Setelah sekian lama. Nona adalah program yang sangat best. Dulu selalu tunggu depan tv. Sebab apa? Sebab nak tengok Juma. haha! Hoh ! Datin Normala dengan Datin Juma je kot yang masih ku ingati. erk!



Tahun ni NONA dah buat balik Pengacara Jemputan NONA 2012. Wah tak sabar nak tengok ni! Mesti ramai peserta yang berbakat akan sertai. Ye PJN rancangan realiti yang lain dari yang sedia ada. Pendapatku sendiri, suka tengok NONA dahulu sebab dari sisi pengacara itu sendiri penuh dengan 'kelembutan' serta 'keanggunan' diri dalam mereka mengacarakannya sehingga dapat menambat hati penonton sepertiku untuk terus terlangak didepan tv tu. eceh.

Besok dah start ujibakat zon Timur di Kelantan. Ayuh la wanita sekalian. Tonjolkan bakat anda. Keluar la mengundi pi ujibakat besok ye.

Wanita-wanita kat luar sana yang nak sertai ujibakat Pengacara Jemputan NONA, ini dia tarikh dan lokasinya. Semak tarikh dan lokasi  ujibakat Pengacara Jemputan NONA 2012 di tempat anda.


•HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU : 9 PAGI - 5 PETANG (6 OKT 2012)
•HOTEL THE REGENCY, ALOR SETAR : 9 PAGI -5 PETANG (13 OKT 2012)
•HOTEL M SUITES, JOHOR BAHRU : 9 PAGI - 5 PETANG (21 OKT 2012)
•SRI PENTAS : 9 PAGI - 5 PETANG (28 OKT 2012)

fm

Kelayakan:
• Wanita berusia 18 - 28 tahun
• Warganegara Malaysia
• Pendidikan minima Diploma

Sila Bawa:
- Resume
- Gambar berukuran 3R


Untuk kalian yang bakal sertai, be well prepared semuanya. All the best and be yourself. Semoga NONA terus maju menambat hati :)



♥, 


  myaada

A moment to remember


A memory on the edge of time 
A place where we are so sublime,
A distant dream on a midnights eve
somewhere far from acknowledged leaves.

A time in which we fell deeper in love

just like to turtle doves.
We sang our songs and gave our token
to remember one single moment
::Trista Moss::




Had a dream last night. Beautiful dream.
Think I can hold it this far.
Each and every night, I asked. Pray.
To see a smile.

To the moon and the stars.
And this feeling will go on.
May Allah bless on every step in life, the whole life.

Pagi-pagi hujan. Tergamit. Indah sungguh.
Coretan untuk diingati. Dan mengingati.
Pada 26 september ini.



♥,  


myaada

Adam ♥ Hawa


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم



Nadiya Nissa memang buat mataku berair..T_T. Emo.


Malam ni tak ada kat tv. Macam lambat je minggu depan. Haha. Semata-mata Adam dan Hawa. Memang tak sabar kan nak tunggu setiap episod. Setengah jam macam tak cukup je. Walau dah tahu ending macam mana, still tunggu nak tengok drama ni jugak. Sebab best. Setelah drama Bicara Hati kukira tak menusuk kalbu sangat. Personal opinion.

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati - muara hati


Dimana bumi kau jejak,
Tetap singgahmu pada dia,
Meski diuji,
Cinta Ilahi terpatri,
Moga Syurga ketemu nanti.



Happy weekend dan selamat hari Malaysia, Malaysians!



♥, 

myaada

Good Luck!


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم

Hari ni dah start UPSR kan. Excited plus berdebar-debar nak jawab exam, sudah tentu. Semua pernah melalui situasi yang sama. Tapi more kepada excited sebab lepas exam boleh main! Haha!

Hmm sudah lebih 15 tahun rupanya meninggalkan zaman sekolah rendah. Kenangan bersekolah yang sudah pasti tak dapat dilupakan. Amat pasti. Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik. Allah saja mampu membalasnya. Kawan-kawan juga. Masih lekat diingatan.

Buat adik-adik yang ambil exam hari ni, all the best! Usaha diiringi doa. InsyaAllah kejayaan milik kalian.


Budak 2 orang ni dah besar!


Good luck Aina, Aifa and Kak Ngah!


♥, 

 myaada