Friday, September 16, 2011
Tuesday, September 06, 2011
simpulnya rapi
Hari raya hari penyatuan, hari kemaafan, mengeratkan silaturrahim, muhibbah dipupuk. Masa berganti, tahun berlalu moga ikatan kekeluargaan, ukhuwwah ini berkekalan dibawah naunganNYA. Amin Ya Rabbal A'lamin...
Ramai lagi yang tak ada dalam gambar. Bilangan ahli makin bertambah. Dari keluarga asas ke kembangan. Dari mak ayah ke cucu cicit. Begitu seterusnya. Moga tersimpul rapi. =)
♥,

![]() |
| sebelah Abah - Aidilfitri 2009 |
![]() |
| sebelah Ma - Aidilifitri 2011 |
Ramai lagi yang tak ada dalam gambar. Bilangan ahli makin bertambah. Dari keluarga asas ke kembangan. Dari mak ayah ke cucu cicit. Begitu seterusnya. Moga tersimpul rapi. =)
♥,

Wednesday, August 31, 2011
Friday, August 26, 2011
Hujan Ramadhan
Assalamualaikum...
Hujan lebat kat luar tu. Tengahari dah. Langit gelap dari tadi. Jumaat hari ni.Umpama menangisi pemergian Ramadhan Karim. Semoga hujan yang turun pada Jumaat terakhir Ramadhan ini membawa seribu rahmat dariNYA untuk kita para hambaNYA. Dalam kesibukan, kegembiraan menyambut lebaran yang bakal tiba, masih ada baki lagi dibulan yang mulia ini. Moga ianya tak disia-siakan, dibiar pergi begitu sahaja. Belum tentu Ramadhan yang mendatang dapat dinikmati.
Salam Jumaat,

Tuesday, August 16, 2011
kesal
kesal dengan manusia yang angkuh
kesal dengan manusia yang berlagak
kesal dengan manusia yang sombong
kesal dengan manusia yang bongkak
kesal dengan manusia yang hidung tinggi
tak perlu nak dibanggakan sangat apa yang kau ada
kau tahu resmi padi
makin berisi makin runduk
makin tunduk makin berisi
ps:tak semua manusia.minta dijauhkan sebegitu.amiin.

Friday, July 29, 2011
ampun maaf
Assalamualaikum...
Salam jumaat diakhir Sya'ban. 2 hari lagi InsyaAllah Ramadhan. Alhamdulillah.
الحمد لله, الحمد لله, الحمد لله . الحمد لله رب العالمين.
Kesempatan yang ada mohon maaf pada semua lahir dan batin. Moga mendapat keberkatan RamadhanNYA serta Maghfirah. Harapan Ramadhan itu besar.
Currently listening to Harapan Ramadhan.
Salam Ramadhan ampun maaf,

Thursday, July 28, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)









