Untuk Sesiapa Yang Nak Kahwin


MASALAH KEWANGAN PUNCA UTAMA CERAI

KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.

Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.

Selain pendapatan yang agak rendah, ada juga kes pasangan tidak mempunyai gaji sekali gus tidak berupaya menyusun perbelanjaan keluarga yang meliputi kos tempat tinggal, belanja harian selain kehendak lain, katanya kepada Sentral di sini.

Che Mat berkata, kebiasaannya pihak suami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kira-kira 75 peratus isteri masih mengharapkan pasangan masing-masing membiaya sebahagian besar keperluan keluarga.

Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan muda ini menyelesaikan masalah mereka bersendirian tanpa merujuk kepada mereka yang berpengalaman, katanya,

Selain faktor kewangan, katanya, perceraian juga berlaku akibat asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Mereka hanya bergantung kepada kursus praperkahwinan selama dua hari yang diwajibkan ke atas mereka.

Kursus itu sebenarnya belum cukup untuk menyediakan mereka untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga, katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka disaran mengukuhkan lagi pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus lanjutan lain seperti kursus keibubapaan dan kursus berkaitan rumah tangga.

Beliau juga tidak menafikan pengaruh rakan dan campur tangan keluarga khususnya ibu bapa juga menjadi antara faktor keruntuhan rumah tangga pasangan muda di ibu kota.

Selain faktor itu, ada juga kes perceraian disebabkan suami atau isteri berlaku curang terhadap pasangan masing-masing, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata, penurunan bilangan pasangan bercerai sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu adalah disebabkan kesan daripada pelbagai kempen dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan JAWI pada tahun lalu sehingga kini.

Antaranya, program Dakwah Bil Hal yang dilancarkan pada 2009; kempen Rakan Muda Masjid; kempen mengimarahkan masjid; kempen pasukan sukarelawan masjid selain program bertemu komuniti kurang bernasib baik dan bermasalah yang kesemuanya mensasarkan penyertaan golongan muda.

Semua kempen ini bermatlamat menangani krisis akhlak dan moral dalam kalangan generasi muda dan saya percaya dengan meningkatkan kekerapan siri ceramah serta kempen berkaitan untuk mereka, kesedaran mengenai kepentingan menerapkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam boleh ditingkatkan.

Ia sekali gus membantu JAWI menurunkan lagi kadar perceraian sehingga 15 peratus lagi menjelang 2015, katanya.

Sumber : Berita Harian Online

 



Tazkirah : Syukur


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." 
(Surah Ibrahim, ayat 7)





ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َÙƒُÙ…ْ Ùˆَاللهُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ْ لاَ تَعْÙ„َÙ…ُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)
 
 
Setiap apa yang ALLAH janjikan memang benar. Kita merancang. DIA merancang. Namun perancangan DIA lebih sempurna buat kita hambaNYA. Ucapkan lah Alhamdulillah. Tiap detik,waktu,saat. Karna syukur itu taat. Dan Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU atas apa yang KAU berikan. Jadikanlah kami dekat denganMU Tuhan. Amin.....


Salam Sayang,
::berkekalan berpanjangan::

Tazkirah Ramadhan : Puasa dan Sabar




 Sementara menanti waktu buka puasa, jom kita hayati artikel tazkirah ini...


 Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.


Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa.

Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yg sabar dengan ganjaran yg tidak terhitung."

Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!


p/s: Jangan lupakan saudara seIslam kita yg berlapar bukan sahaja di siang hari malah juga di malam hari.


Rujukan:

Lataif al-Ma'arif, Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah

Artikel dari http://al-aman.blogspot.com


Renung-renungkan, selamat beramal.... :)


Salam Sayang,

Adegan Yang Tak Sanggup Anda Lihat..!!


Suatu hari.......


Owhhh... entry ini sajer utk meng'showoff' kan plushies baru saye... eemobile Satria neo dan honda city... Cantekkan! adorable sgt! Skang ni wat pelok time tido... nnti nak letak kat dashboard keta satu...tak pon dua2 sekali...

Memperkenalkan




Thanks Atirah menyiapkan tempahan saya..... Love it MUCH !!!!




Salam Sayang,

Salam Ramadhan



Assalamualaikum dan salam utk semua yg sudi menjenguk belog saya.... Harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal tiba. Persiapan menghadapi Ramadhan kali ini bagaimana? Baik dari segi mental mahupun fizikal semuanya harus bersedia. Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 dah ada ke belum? Kalau belum, sila print cepat-cepat! Tapi  kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja lah.. Untuk jadual waktu berbuka puasa bagi semua kawasan, sila rujuk website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Jgn lupa ucapkan terima kasih kat JAKIM... Terima Kaseeeh JAKIM!!!

Nampaknya Ramadhan kali ini pun tak dapat meraikannya kat kampung.. huhuhu... Tapi Insyaallah ada kesempatan pertengahan bulan nanti igt nak balik.. if time permits lah....

Okkeh...ini ada sms menarik sempena Ramadhan utk korang semua. Aku dpt sms dari adik sepupu aku semalam..

Salam'alaik...
Nama sy Syaaban,
Saya ingin mengingatkan anda bhw jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lma lg brsama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar...
Mrk akn dtemani olh ketiga2cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan...
Mrk akn pulang slps 30 hari dgn menaikipesawat pnerbangan Eidul Airline...
Hargai mrk & anda akn mndpt pahala yg b'lipat kali ganda!!
Insya'ALLAH
Ameen..
~ salam Ramadhan ! :-)


Waahhh.... kretip betol budak2 zaman skang.. Nak lagi banyak sms menarik sempena Ramadahan, sila lawat belog BestSMS...

Ok semua, selamat menyambut Ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...Maaf dipinta dan semoga Ramadhan kali ini membawa limpah rahmat buat kita semua. Ameen...

Jumpa lagi... daaaaa!


Salam Ramadhan dan salam kasih sayang,