Pengedar Shaklee Nilai Dan Putrajaya Terbaik Dengan Readystock

>> Mar 17, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua 😊. Alhamdulillah petang Jumaat ni saya nak berkongsi berita gembira dengan penduduk Nilai, Salak Tinggi, Sepang, Bangi, Kajang dan Putrajaya serta kawasan-kawasan yang berdekatan. Berita gembira apa tu? Hehe. Tentulah berita gembira bila saya katakan kini produk Shaklee lebih dekat dengan anda
tau!


Bagi  anda yang tinggal di kawasan Nilai dan Putrajaya serta berdekatan, yang dah lamaaa dah teringin mencuba produk semulajadi Shaklee ni, kini korang tak perlu risau. Lama dah kan dok usha? Sekarang anda dah boleh dapatkan produk shaklee secara COD daripada Puan Hidayah, Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya terbaik dengan readystock.


Kenapa saya katakan anda yang tinggal di Putrajaya juga boleh dapatkan produk Shaklee daripada Puan Hidayah? Ini sebabnya Puan Hidayah bekerja di kawasan Putrajaya. So boleh la orang-orang Putrajaya yang nak dapatkan produk shaklee daripada Puan Hidayah secara COD.

Orang Nilai juga boleh COD produk shaklee kerana Puan Hidayah Pengedar Shaklee menetap di Nilai 😊.

InsyaAllah Puan Hidayah boleh membantu dalam memberikan konsultasi terbaik untuk setiap cadangan supplement KHAS untuk yang dapatkan produk shaklee daripada beliau.



Beliau berpengalaman dalam Set Kecergasan dan Set Kecantikan serta set penyusuan dan beliau sendiri memang mengamalakan vitamin shaklee untuk kekal aktif dan bertenaga. Sebagai ibu berkerjaya, kesihatan diri sendiri dan keluarga tetap diutamakan.



Jadi, jika anda ingin mendapatkan konsultasi berkenaan produk shaklee ini, sila hubungi Puan Hidayah ditalian seperti di bawah.


Untuk order dan konsultasi:
📱WA 013 930 3529 ( Dayah)
📱WA 013 930 3529 ( Dayah)
📱WA 013 930 3529 ( Dayah)

Jemput untuk LIKE Page Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya di sini.

Kalau korang nak Daftar Jadi Ahli Shaklee dan dapatkan produk Shaklee dengan Diskaun, boleh juga hubungi Puan Hidayah Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya 😊.

Nak jadi sebahagian dari kami? Hubungi kami segera!



Read more...

Kempen Kesihatan #Superstar – Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Membeli Insurans

>> Mar 5, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua 😊. Kali ni berkesempatan untuk menyahut cabaran blogging dari Kak Olie untuk berkongsi tentang topik kesihatan bersempena dengan kempen yang dianjurkan oleh team #Superstar iaitu Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Membeli Insurans.



Kalau diberi pilihan antara dua ni, korang pilih yang mana dulu? Nak beli insurans je ke tanpa jaga kesihatan? Tau la dah ada insurans, tapi takkan sebab dah ada insurans tu kita ambil tak endah pula bab jaga kesihatan sendiri kan? Boleh pulak claim kata "eh aku dah beli insurans, bayar mahal-mahal takkan tak nak guna. Rugi laa...". Haaa ada ke nak mintak sakit tu datang. Nauzubillah.



Pada pendapat saya, memang tak dinafikan akan kepentingan memiliki insurans sebagai keperluan pada zaman sekarang. Dengan kadar dan kos rawatan yang semakin meningkat, beli insurans ni sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan kan.

Ye lah. Orang kata malang tak berbau.

TAPI, bagi saya even kita dah beli banyak takaful/ insurans dah pun sebagai langkah persediaan, TETAP juga jaga kesihatan perlu diUTAMAkan. Saya lebih suka konsep MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT (Preventation is Better Than Cure).

Sesetengah kita berkira sangat tau bab nak jaga kesihatan ni. Bukan awak laa..orang lain. Hehe. Benda lain boleh je nak beli tiap-tiap bulan. Kasut beli tiap-tiap bulan. Tudung beli tiap-tiap bulan. Lipstick beli tiap-tiap bulan. Masuk bab nak invest sikit untuk jaga kesihatan, eh tak de bajet. Bajet lari. Lari ke mana tak tahu. Misteri. Padahal investment tu untuk kesihatan DIRI KITA SENDIRI jugak. Adoi!





Macam Mana Saya Nak Jaga Kesihatan?

Ramai antara kita masih tertanya-tanya macam mana ya cara terbaik untuk menjaga kesihatan? Cukup tak kalau aku jogging tiap-tiap hari keluarkan peluh? Hehe. Korang rasa cukup tak kita jaga kesihatan dengan cara macam tu?

Betul, bersenam adalah salah satu cara untuk jaga kesihatan juga. Tahniah pada korang yang konsisten bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Sekurang-kurangnya dengan bersenam kita dah melaksanakan salah satu cara untuk jadikan tubuh badan kita lebih sihat kan.

Jom saya kongsikan 5 lagi tips mudah untuk jaga kesihatan.

1. Pemakanan Seimbang - Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Banyakkan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan gula dan lemak untuk elakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis (diabetes) dan jantung. Contoh sayur yang korang boleh try masak macam peria katak. Boleh tengok 5 resepi masak peria katak penawar kencing manis di sini. Peria katak ni boleh bantu rawat penyakit kencing manis tau kalau diamalkan selalu. Alternatif ubat kencing manis orang kata.

2. Bersukan dan bersenam - Yang ni macam saya bagitau kat atas tadi, adalah salah satu cara kita boleh tingkatkan kesihatan tubuh. Contoh senaman ringkas yang kita boleh lakukan hari-hari adalah dengan menaiki tangga dirumah atau kat office.

3. Pemeriksaan doktor (Medical Check Up) - Kita boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Setidak-tidaknya kita dapat pastikan tubuh badan kita dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit dan boleh dapatkan rawatan segera pada peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.



4. Rehat secukupnya, elak stress - Dalam kesibukan kita menjalani aktiviti seharian, kadang-kadang sampai mengabaikan kesihatan sendiri. Tubuh badan kita perlukan rehat dan tidur yang secukupnya. Kalau tak mungkin akan akibatkan keletihan dan kelesuan. Stress juga boleh melanda bila emosi tidak dikawal sebaiknya. Justeru, dapatkan rehat yang cukup serta tidur yang berkualiti.

5. Pengambilan supplement - Sesetengah orang berpendapat yang kita tak perlukan makanan tambahan sebab dah amalkan pemakanan yang seimbang dah. Tapi tahukah kita makanan yang kita makan sekarang ni termasuk sayur-sayuran dah semakin hilang zat. Sayur apabila dimasak , semakin hilang zat dia. Jadi, macam mana kita nak dapatkan nutrisi yang cukup kalau makanan yang kita ambil seharian pun semakin kurang zat.

Sebab itu bagi saya pengambilan supplement juga dah jadi keperluan untuk kita. Ye la macam mana nak dapatkan nutrisi yang cukup kan. Kadang-kadang lunch pun ada yang skip. Hehe. Makan sayur pulak, sayur yang kurang dah zat yang ada dalam dia.

Tu belum lagi cerita pasal makan fast-food, frozen food dan segala processed food yang lain. Tambah lagi bersenam pun idakk. Adehh. Takkan nak bergantung dengan insurans je tanpa ada kesedaran nak jaga kesihatan diri-sendiri terlebih dahulu.



Gambar kat atas ni adalah salah satu supplement yang saya amalkan iaitu ESP. Saya amalkan ESP sewaktu mengandung lagi dan masih amalkan sampai sekarang. Best tau rasa dia. Tambah-tambah bancuh dengan favourite air kita. Boleh bagi kita tenaga nak buat kerja harian.

Selain ESP ada lagi supplement lain yang saya ambil. Nanti lain kali la pulak kita cerita ya. Hihi. Ambil supplement ni pun sebagai ikhtiar orang kata. Tak adalah letih dan lesu sangat bila pergi kerja dan uruskan rumah tangga.

Ada lagi satu supplement yang saya nak share iaitu Jus Pati Resveratrol. Korang pernah dengar tak benda ni? Jus ni best tau. Kalau sesiapa yang ada risiko kencing manis contohnya, Jus Resveratrol ni dapat membantu menurunkan kadar gula pesakit kencing manis.


Yang botol maroon comel ni lah Jus Pati Resveratrol. Banyak khasiat dia. Antaranya boleh bantu untuk rawat kencing manis atau diabetes dengan membaiki organ yang mengeluarkan insulin itu sendiri yakni pankreas. Korang boleh baca tentang review dan testimoni Jus Pati Resveratrol ubat kencing manis untuk dapatkan info lanjut tentang Jus Pati Resveratrol atau Pati Anggur Muskat ni.


Nasihat saya, usahlah berkira sangat nak melabur untuk kebaikan dan kesihatan diri sendiri. Badan kita ni amanah Allah juga. Dah tentu jadi kewajipan untuk kita menjaga amanah ini sebaik yang mungkin. Tubuh badan ni la yang kita guna hari-hari nak beribadah, buat kerja tu, buat kerja ni. Jika diizin Allah untuk panjang umur, syukur lah dapat merasai nikmat kesihatan. Alhamdulillah.

Ermm rasanya untuk seterusnya saya nak tag rakan blogger Kak Erin dari petuakulit.com untuk menyambung cabaran kempen kesihatan ni 🤗. Jom kita sama-sama meriahkan dan support kempen kesedaran kesihatan jaga kesihatan lebih baik dari beli insurans  yang dibawakan oleh team Superstars.

Pastikan korang Like and Share sekali tau post ni untuk sama-sama meriahkan kempen kesedaran kesihatan Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Beli Insurans.  Jaga kesihatan elok-elok ya. Nak order supplements untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta rakan-rakan jom hubungi nombor dibawah.

Aada - 013 985 2827
Pengedar Shaklee Penang

Jumpa di next entry. Assalamualaikum 😊.



Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP