Cara Daftar Ahli Shaklee Online

>> Dec 26, 2016

Cara Daftar Ahli Shaklee Online | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Minggu lepas Alhamdulillah selamat mendaftarkan anak Shaklee terbaru saya ni merangkap kawan baik merangkap pengguna Shaklee juga sebelum decide jadi ahli ni 😀



Senang je nak jadi ahli Shaklee ni. Samada boleh register di branch Shaklee atau boleh register ahli Shaklee secara online.  Korang boleh pilih mana yang mudah. Tapi bagi saya daftar ahli shaklee online ni lagi mudah la kan.



Kawan saya ni, beliau nun jauh di Putrajaya. Hehe. Tapi takpe senang je sekarang ni nak daftar ahli Shaklee ni. Sekarang boleh daftar ahli Shaklee secara online je. Mudah kan?





Lepas je dah aktifkan keahlian tu, bolehlah korang shopping dan beli Shaklee secara online je. Tak susah dah korang nak pergi branch dah kan..😊



Korang yang nak beli Shaklee secara online dan daftar ahli Shaklee online boleh la whatsapp nombor di bawah

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat
++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Rawat Gusi Berdarah

>> Dec 21, 2016

Cara Rawat Gusi Berdarah | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Siapa pernah mengalami gusi berdarah? Bangun pagi berus gigi kumur-kumur ludah ada darah. Kadang-kadang dok saja tak gosok gigi pun, pergi kumur je ludah ada darah.


Sebenarnya ada banyak sebab penyumbang kepada gusi berdarah. Antaranya kesalahan menggosok gigi dan juga perubahan hormon.

Kesalahan gosok gigi terlalu keras dan mendorong sikat gigi melewati batas garis gusi sehingga melukakan gusi dan gusi mengalami keradangan.




Selain itu, penyebab gusi berdarah juga berpunca daripada kurangnya pengambilan Vitamin C.


Kekurangan Vitamin C
Dalam istilah medik, ia disebut scurvy. Ia terjadi akibat seseorang jarang makan buah-buahan dan sayuran yang kaya akan vitamin C. Scurvy ini menyebabkan gusi bengkak, sakit dan mudah berdarah.



Sebab itu penting untuk kita imbangi pengambilan makanan yang mempunyai zat berkhasiat demi kesihatan tubuh badan.

Hati-hati juga dengan gusi berdarah ni. 

Gusi berdarah merupakan penyebab awal terjadinya sakit gigi atau penyebab adanya gigi berlubang tau. Kalau tak mau sakit gigi, cepat-cepat rawat awal lagi. Sakit kepala tau bila dah start sakit gigi ni 😑



Meh nak share sharing dari bff ummi sorang ni. Abaikan penggunaan kata ganti nama diri kami tu 😜😜. Alhamdulillah sangat sebab dengan ikhtiar consume Vitamin C Shaklee ni, gusi berdarah beliau dapat dipulihkan. Me is happy la bila dengar tu 😀😀😍😍



Lagi satu paling MAHAL, memang lain bila tengok orang yang amalkan pemakanan supplement ni. Nampak lebih bertenaga dan lebih POSITIF. InsyaAllah..Kecomelan itu satu BONUS 😉 Haha... 😀.

Siapa lagi nak order vitamin C ni boleh contact nombor di bawah 😊

Untuk order dan konsultasi
📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat
 ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827 #SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Naikkan HB Dengan Set Mengandung Shaklee

>> Dec 20, 2016

Cara Naikkan HB Dengan Set Mengandung Shaklee | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Teringat balik masa mengandung dulu, cabaran la jugak first time kan. Loya-loya, muntah-muntah, tak lalu nak makan.. tu lah antara cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu hamil. Morning sickness yang kebanyakan wanita hamil alami.

Cabaran yang dihadapi oleh ibu mengandung ini kadangkala amat menduga kekuatan fizikal dan emosi ibu sendiri. Sikit-sikit tu mesti la ada 'tacing' nya kan 😊. Biasalah...perubahan hormon orang kata.. mood swing 🤗

Paling dirisaukan, macam mana nak maintain HB, nak bagi bacaan HB tu naik elok. Bahaya tau kalau anemia semasa mengandung ni. Boleh menyebabkan tumpah darah. Nauzubillah.




Set Mengandung Shaklee

Atas kesedaran yang ibu hamil ni perlukan zat dan nutrisi yang cukup bukan sahaja untuk ibu, tapi untuk anak dalam kandungan tu sekali, maka saya cubalah Set Mengandung Shaklee ni. Antara vitamin yang saya ambil dalam set ini ialah;



1.Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Sejenis multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ada zat besi yang dapat bantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat tersebut. Sebab dari tak cukup zat tu la menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2. Sustained Release Vita-C
Bersifat antioksidan yang bantu tingkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Paling penting ia membantu penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah iron banyak  pun takkan diserap badan sepenuhnya. Rugi tau.

3. B-Complex
Dalamnya ada juga asid folic. Ia juga kaya dengan 8 kumpulan Vitamin B yang membantu tubuh badan kita menjadi lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri-seri. B complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress. Amatlah elok untuk ibu hamil makan ni sebab nak elakkan stress. Tak mau stress-stress time pregnant ya.

 4. Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Sumber protein ESP membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung. Tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Ibu hamil yang bekerja digalakkan untuk minum ESP ni sebelum start kerja awal pagi tu 😀




5. Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Ibu harus mementingkan pengambilan kalsium bagi mengelakkan risiko osteoporosis dan kurangkan rasa sakit belakang, sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan juga lesu. Lagi satu, oste ni membantu proses penyahtinjaan tu jugak 😁



Semoga asbab ikhtiar dengan pengambilan Set Hamil Shaklee ni, ibu-ibu dapat menjalani perjalanan mengandung dengan lebih tenang. Tiada lagi masalah kurang zat, masalah HB rendah dan sebagainya.

Fasa yang memerlukan banyak kesabaran. Banyakkan berdoa semoga setiap urusan Allah permudahkan. InsyaAllah.





Untuk order dan konsultasi

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda ++++++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit

>> Dec 15, 2016

5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit| بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم 


Bukan besarnya gaji kamu, tetapi berapa besar simpanan kamu - Dr. Azizul Azli Ahmad


Bila sebut je tentang menyimpan duit, terlintas serta-merta pasal hendak berjimat cermat. Sebab apa kena berjimat-cermat?




Ada orang jimat-cermat sebab inginkan sesuatu. Contohnya ingin mendirikan rumahtangga, nak pergi bercuti atau nak beli handset baru misalnya. 

Matlamat kita berjimat-cermat atau simpan duit berbeza-beza. Apapun matlamat kita menabung ni, terpulang kepada diri individu masing-masing.



Sesetengah kita perlukan perancangan rapi untuk menyimpan duit. Dan setiap orang ada cara tersendiri untuk menabung.

Dengan nilaian mata wang kita pada hari ini ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, wajarlah kalau kita disiplinkan diri untuk menabung. 

Memang diakui agak susah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan duit ni tambah-tambah adanya online shopping sekarang, makin parah rasanya nak menabung.

Namun, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Mari kita baca sedikit perkongsian tentang cara mudah untuk simpan duit ni.




5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit 


1. Simpan Di Tempat  Susah Nak Keluarkan
Nak simpan kat mana yang susah nak keluarkan tu? Dekat Tabung Haji pun boleh. Tapi jangan pulak pergi buat kad bank yang link kan ke akaun Tabung Haji tu. Kadang-kadang nak keluarkan duit dari Tabung Haji ni, kita kena fikir 2 3 kali nak pergi kaunter. Nak pergi ke tak? Ramai orang kot nak beratur? Akhirnya malas nak pergi sebab ramai orang. Tu dia jadi susah nak keluarkan maka selamat lah duit simpanan di sana.

Sekarang ni senang sebab boleh terus buat potongan gaji ke Tabung Haji atau lagi satu, boleh gunakan Autodebit untuk transferkan duit dari akaun bank ke akaun Tabung Haji tu.


2. Wujudkan Tabung Berwarna
Tabung ni tak memerlukan modal yang tinggi pun. Ambil je balang kosong seperti botol air mineral 1 Liter ataupun balang kuih untuk letakkan duit didalamnya. Ambil warna duit yang awak suka contoh macam warna hijau 5 ringgit tu untuk satu tabung. Bila dah penuh nanti, boleh la melabur kat tempat lain pula.





3. Guna Teknik Cilok Poket
Korang tau kan maksud cilok tu apa? Biasa orang guna untuk menunjukkan potong barisan macam kereta kat traffic light tu. Yang ni cilok lain. Biasanya kalau kat rumah surihati-surihati ni la yang kutip baju-baju nak basuh. Sebelum masuk machine tu, check la dulu poket seluar suami tu kot ada duit kertas ke duit syiling ke tertinggal. Lepas tu boleh la ambil masuk tabung kan. Ni kira cilok halal lah 😁




4. Bawa Bekal
Biasanya dalam seminggu, mesti ada hari yang kita wanita ni rajin masuk dapur pagi-pagi. Masaklah apa lauk yang ada. Kalau ada sardin pun dah ok. Boleh bawa ke tempat kerja makan untuk breakfast. Dah jimat duit perbelanjaan makan kat situ.



5. Tambah Side Income
Berbisnes online mendatangkan peluang untuk menyimpan. Keuntungan dari hasil jualan dan juga bonus boleh kita simpan sedikit untuk masa hadapan. Cuma kena rajin dan usaha sebolehnya.



Ada pelbagai lagi teknik untuk simpan duit ni dan berjimat cermat. Ambil lah yang mana kita suka, yang memudahkan diri kita untuk konsisten menabung. 



Biar bermula dari sikit. Nanti lama-lama jadi lah bukit! 😀



Nak simpan duit dengan Bisnes Online?

 📱WA 013 985 2827
 📱WA 013 985 2827 
 📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee

>> Dec 10, 2016

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee| بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Barangsiapa yang dah settle semua jenis hutang piutang termasuk hutang pengajiannya, maka berbahagia lah kalian ya 😂😂😂

Ni kisah dia bila dah start hubungan manis dengan PTPTN ni. Lepas dah graduated, kena la berusaha untuk membayar balik hutang-hutang pengajian tu. Kalau dah dapat kerja lepas je habis belajar, syukur Alhamdulillah. Boleh terus potong gaji.



Bagi yang belum ada peluang, jangan putus asa ya. Masih ada banyak cara lagi untuk korang ikhtiar untuk menambahkan pendapatan dan nak bayar hutang-hutang pengajian macam PTPTN ni.

Melihatkan ekonomi masa kini, dibebani pula dengan kos sara hidup yang makin meningkat, peluang pekerjaan yang makin terhad baik disektor awam mahupun swasta, tak salah rasanya adik-adik cuba berjinak-jinak dengan bisnes.



Cuba mulakan dengan bisnes yang tak perlukan modal yang besar macam bisnes online Shaklee. Tak perlu nak susah keluar ke sana ke sini cari kedai nak jual barang. Duduk je depan laptop dan pc, atau pegang handphone, dah boleh buat bisnes. Cuma bawah RM80 sahaja untuk mulakan bisnes ni. Smartphone masing-masing dah ada, tinggal lagi modal usaha dan kerajinan sahaja.

Adik-adik yang lepasan SPM pun dah boleh buat bisnes ni. Yang masih lagi belajar di IPT digalakkan. Takkan kacau masa belajar korang. Yang penting tahu dan fokus mana yang penting. Pandai bahagikan masa.



Biasanya, bila kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, kita akan lebih berdisiplin menyiapkan tugasan samada pelajaran mahupun bisnes, secara automatik mendidik diri sendiri untuk lebih menghargai masa.

Kalau kena dengan cara, tiap-tiap tengah bulan dapat la merasa duit bonus Shaklee masuk akaun. Alhamdulillah bolehla tampung-tampung nak bayar PTPTN atau hutang lain atau simpan Tabung Haji atau convert beli emas. Eh banyak pulak cadangannya 😂 Hehe.



Adik-adik yang nak join team SuperStars kami ni, ada peluang untuk belajar cara nak buat bisnes online. Pilih mentor yang boleh guide korang untuk bisnes. Pilih team yang support and sayang each other okey 😉. Mulakan pelaburan diusia muda korang SEKARANG!

Jom whatsApp nombor kat bawah ni dan bersama SuperStar kita besinar bagai bintang 😀.



Nak join kami berbisnes?

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++


Read more...

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini

>> Dec 9, 2016

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini  | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Semalam kita sembang pasal gadjet-gadjet kan. Hari ni kita sembang pulak pasaipa ampa kena mulakan bisnes online SEKARANG! Tambah-tambah dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni..😒..Tambah-tambah ampa semua dok pegang handset cecanggih tu. Haipp rugi la ada handset mahal-mahal takat nak berswafoto je (dapat word baharu hari ni 😉). Ampa patot tau banyak benefit pakai smartphone tu. Senang buat duit guna handphone canggih ampa tu..Sambil pegang sambil buat duit. Gittuu 😛

Okey kenapa kita kena mulakan bisnes online tu sekarang? Kat bawah ni antara sebab-sebab kita patut pertimbangkan untuk bisnes online ni



Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang 

1. Tingkatkan Penjimatan
Bisnes online tak memerlukan kita sewa ruang kedai ke satu bangunan ke untuk memulakan operasi. So, kita dah kurangkan kos sewa menyewa tempat tu kan, nak p mai p mai urus kedai kalau kedai jauh dari rumah. Nampak tak dah JIMAT kat situ..tak susah fikir nak bayar SEWA..😊

2. Tambah Pendapatan
Awak yang ada kerja hakiki pun InsyaAllah boleh buat bisnes online ni. Suri rumah dan pelajar lagi la mampu nak buat. Dengan peningkatan kos barang dan minyak contohnya, tak salah untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan kita masa kini.

3. Modal Rendah
Point satu tadi, bisnes online ni dapat tingkatkan penjimatan kita untuk menyewa kedai kan. Yang ni pulak kita dapat jimat banyak untuk keluarkan modal yang tak sampai RM90 ringgit pun. Bila rasa nak bisnes, mulakanlah bisnes dengan modal yang rendah.

4. Flexible
Sekarang ni kemudahan internet yang ada tak memerlukan kita berhenti kerja terlebih dahulu untuk memulakan bisnes online ni. Urusan bisnes online boleh dipantau ketika waktu rehat, habis waktu kerja dan ketika waktu cuti. Kemudahan ini la yang menyebabkan bisnes online ni sangat flexibel untuk kita.

5. Pasaran Global
Trend sekarang, semuanya nak go faster. Kebanyakan orang nak sesuatu benda, depa cari online je. Hidup dalam dunia tanpa batasan ni, semua perkara orang boleh akses bila-bila masa sahaja dimana jua. Jadi, capaian pelanggan kita lebih meluas walau kita dok wat bisnes dari rumah je 😀



Itu la sedikit sebanyak reason kenapa nak kena buat bisnes online ni. Tambah-tambah bisnes online Shaklee ni.  Best part bila start berniaga ni, ia mencabar diri sendiri untuk keluar dari comfort zone. Kena paksa diri untuk start sesuatu yang baru, berfikir capai target.

Jangan kata eh aku dah berumur tak layak dah nak buat bisnes-bisnes ni...Eh sape kata? 😅😅 Umur tak menghalang pun untuk kita bercita-cita. Alah macam Kolonel KFC tu la...agak-agak umur berapa dia start bisnes KFC tu? Masa umur dia dah lebih 60 tahun kot! Tu pun setelah mengalami banyak kegagalan. Jadi tak mustahil juga untuk kita yang baru bermula untuk berjaya kan...😀


Tak tahu macam mana nak buat bisnes online? Teringin nak buat bisnes online tapi tak ada guide? Jom contact nombor di bawah.


Join kami untuk jana EXTRA INCOME anda!

 📱WA 013 985 2827
 📱WA 013 985 2827
 📱WA 013 985 2827


 ✏Follow IG @bondasihat
 +++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
 #SahabatShakleeTerbaikAnda
 +++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

>> Dec 8, 2016

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone| بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Pagi tadi sambil buat kerja, dengar la Ikim FM. Warna pagi Ikim FM membawakan perkongsian tentang topik "Ada Apa Dengan Jenama?" bersama dengan Puan Emi Idura Che Hashim, Perunding Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Dapat la juga ilmu sikit berkenaan dengan imej diri, warna semua tu. Kena review balik nampaknya selepas ni.

Bila sebut pasal jenama, termasuk la gadjet-gadjet ni jugak. Bila nak beli handphone pun sama. Mesti nak yang branded kan. Ke korang pilih based on apa? Ngaku cepat 😛😛.



Zaman saya dulu, lepas habis SPM baru dapat merasa pegang telefon sendiri. Tu pun sebab kena masuk matrik, jauh dari rumah. Wajib la ada phone ni senang nak contact ma abah family, kita kat Gambang masa tu. First handphone pun Nokia 3310 tau...jangan memain 😜. Nostalgia kan sebab parents yang tolong belikan.

Okey berbalik kepada pemilihan handphone, sekarang ni terlalu banyak sangat dah smartphone pelbagai jenama yang dikeluarkan. Tinggal nak sua duit pi beli aje.

Macam Puan Emi cakap kat radio tadi, beli handphone bukan setakat nak yang ada kamera untuk selfie je. Betul la tu. Dalam zaman rata-rata muda-mudi sekarang ni dok ada gadjet ni, ambillah fungsi yang ada dalam handphone tu sebagai jalan untuk kita buat duit dengan handphone.

Sekarang ni, dengan Samsung A7 ni saja saya berbisnes online. Laptop kesayangan baru je rosak. Dikerjakan sang hero dirumah 😁. So, menaip dekat dekat blog ni pakai handphone cinonet ni je la. Alhamdulillah syukur.

Sebelum nak beli phone, kena ikut keperluan. Kira dah ada dalam kepala nak phone yang macam mana sebab niat guna smartphone pun sebab nak buat bisnes kan.

Kriteria kat bawah ni saya guna untuk beli handphone dan langgan data plan bagi tujuan Bisnes Online ni.



Macam Mana Nak Pilih Handphone Untuk Bisnes Online

Storage dan Memori
Kena besar. Sebab nak simpan file, photos etc. dan nak download banyak applications.  FB, IG, Pages Manager wajib ada. Yang lain-lain macam apps untuk edit photos semua tu makan ruang jugak. Telefon sebelum ni pun banyak kali hang sebab full storage.

Bateri
At least biar tahan sampai malam nak tidur tu baru cas 😅.

Network Support
Kebanyakan telco dah provide 4G. Jadi pilih la handset yang support jaringan tu nanti laju sikit nak akses internet. Handset sebelum ni support takat 3G ja jadi kita tukar lah . Tapi kalau tempat tu tak ada 3G 4G ada la GPRS dengan EDGE tu sebagai back up. Kira ok la.

Kamera
Nak ada depan belakang. Pixel cantik elok. Nanti nak ambil gambar bagi sharp dan cantik.

Data Plan
Langgan plan data yang berbaloi. Kebanyakan telco berlumba-lumba dok offer macam-macam plan. Pilih la yang sesuai ikut bajet dan keselesaan.


Banyak jasa handphone ni kalau pandai guna kan. Lagi-lagi zaman teknologi ni, zaman dunia dihujung jari. Semua serba pantas. Rugi tak ambil peluang buat bisnes dengan handphone ni.

Tapi secanggih-canggih smartphone, Nokia C3-00 tetap la bertakhta dihati. Serius tak boleh nak move on since 2010. 😅




Mahap laa 😂😂

Yang ni pun banyak jasa. Samsung tu pun ada dual sim tapi tetap guna nokia ni jugak untuk simkad lagi satu. Senang nak call. Bateri dia pun 2  3 hari baru habis.  Even sekarang ni tengah berangan nak iPhone, nak lappy or Macbook segala...😀😀. Syukur la mana yang ada ni.

Teringin tak nak buat bisnes online guna handset ni? Jom contact nombor di bawah

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat
 ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Kedai Shaklee Untuk Bisnes Online Shaklee Saya

>> Dec 7, 2016

Kedai Shaklee Untuk Bisnes Online Shaklee Saya| بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Selamat tengahari dan terima kasih sudi bertandang ke blog ummiawesome 😁. Dah lunch ke?  😜

Okey tengahari ni nak share kedai maya saya dalam bisnes online Shaklee ni. Tak lengkap rasanya berbisnes online tanpa kedai. Ya kita tak ada kedai offline sebab beroperasi dari rumah je...Bisnes online dari rumah kan...Tapi sekarang kan zaman internet semua, so kedai pun atas talian saja laa 😀.




Sudi-sudi la ziarah ke sini 😉

1. FB Page : Pengedar Shaklee Penang

2. IG : @bondasihat Pengedar Shaklee Penang @aada.makhtar (personal IG)

3. Personal FB : Aada Makhtar

4. Blog : ummiawesome.blogspot.com

Jemput la like, follow, comment and share  semua kedai Shaklee online ummiawesome ni ya 😉



Nak daftar ahli Shaklee dengan saya pun boleh. Contact je nombor di bawah ni

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

Oh ya! Bulan December ni boleh la korang beli collagen dengan harga JIMAT! Mai lekaih whatsapp 😁



✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAwak
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

>> Dec 6, 2016

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Semua orang bebas memilih apa yang terbaik dalam hidupnya. Semua orang bebas memilih dia nak jadi apa, dia nak buat bisnes apa, itu pilihan masing-masing kan 😊




Dalam entry terawal 2016 setelah 2 tahun tak update blog 😅, ada saya kongsikan tentang impian dan harapan dalam bisnes online ni dan kenapa nak kena join Shaklee? Bacalah kat sini sebab-sebab saya pilih bisnes Shaklee online   ni. One of it of course sebab Shaklee ni sendiri dah lama ditubuhkan dan ada landmark study dia sendiri. Apa tuh landmark study? 😮..Awak boleh baca pasal landmark study Shaklee kat sini ya😊.



Walaupun dah ada kerja hakiki, tak salah rasanya nak berbisnes kan? Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan masa ni, dok fikir mana nak cari side income? Kenapa kena buat bisnes untuk jana pendapatan tambahan? Paling utama mesti la nak rasa financial freedom seawal mungkin kan. Selesaikan PTPTN bagi lumpsum terus. Biaq hilang dari potongan slip gaji tu haa 😁.

Savings untuk diri sendiri dan anak-anak pun kena ada. Keperluan dan perbelanjaan pendidikan anak-anak nanti for sure makin meningkat. Better ada savings sebagai persediaan awal. Hasil dari bonus Shaklee nanti, bukan setakat buat rolling je, InsyaAllah boleh masuk ke dalam Tabung Haji atau tambah gram emas alias goldbar dekat akaun GAP ummi  tu haa 😀.




Kalau nak tahu, Shaklee ada juga bagi rewards melalui program 3C Shaklee iaitu Cash, Car and Convention. Ia merupakan bonus yang akan dirasai oleh SID yang achieve target. Bukan setakat bonus dalam bentuk duit je yang dapat. Yang best tu yang dapat pergi bercuti. Teringin nak merasai percutian percuma ni, lagi-lagi nak bawa family pergi Umrah sama-sama nanti InsyaAllah Ameen.

Dalam berbisnes pun, paling penting nak jaga kesihatan sendiri dan ahli keluarga. Nikmat sihat tu la nikmat yang berharga Allah bagi. Buat bisnes disamping tambah ilmu dengan ilmu nutrisi dan kesihatan, boleh share dengan orang yang perlukan InsyaAllah.

Doakan saya diberi kemudahan untuk menjalankan bisnes Shaklee ni ya kawan-kawan. Doakan juga impian dan harapan ini tercapai Ameen. 😊

Oh ya, ada yang nak order produk Shaklee tak? Hubungi talian di bawah ya awak 😉


Untuk order dan konsultasi

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827

 ✏ Follow IG @bondasihat
📧  myaadalia@gmail.com
++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Vitamin Shaklee : Supplement Wajib Ada Masa Travel

>> Dec 3, 2016

Vitamin Shaklee : Supplement Wajib Ada Masa Travel | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Salam hujung minggu semuanya. Cuti sekolah ni awak pergi mana? Ke duduk santai kat rumah je?Hari ni pun kami tak ke mana lagi sebab ada kenduri. Plan nak pergi bercuti jalan-jalan masih lagi tertangguh. Plan nak balik kampung juga bulan ni. InsyaAllah bergantung pada keadaan.

Awak yang nak travel jauh-jauh mesti dah siap packing semua kan. Biasa memang kena packing awal-awal sebab bukan barang kita sorang je yang nak kena packing. Barang suami, barang anak-anak lagi. Agak-agak berapa besar beg nak kena bawa kalau the whole big family pergi sama? Hehe.




Macam kami ni, kalau balik kampung tu, setakat 2 beg je la. Kami dua  orang share je. Tambah satu beg MF. Isi baju sikit-sikit je sebab kadang balik tak lama, 2 ke 3 hari ja. Tapi kalau pergi travel mana-mana, balik kampung ke, angkut sekali jugak la supplements ni. Mana yang dah jadi habit telan hari-hari wajib la bawak. Supplements lain bawa sebagai persediaan incase terkena demam selsema ke apa semasa travel. Jom nak share supplements favourite merangkap vitamin untuk travel kami ni.





7 CADANGAN VITAMIN YANG BOLEH DIBAWA SEMASA PERGI BERCUTI

1. Vitamin C
Vitamin yang penting untuk meningkatkan sistem imuniti diri. Kalau pergi travel tambah-tambah yang travel ke tempat yang jauh, mungkin akan mengalami ketidakselesaan. So, siapkan Vitamin C ni terus dalam beg travel awak.

2. Vitalea
Multivitamin terbaik yang berusia lebih 100 tahun. Fungsinya sebagai penambah tenaga segera bagi mengekalkan kecergasan sepanjang percutian.

3. ESP
Pelengkap nutrisi untuk badan. Kalau pergi bercuti, kita perlukan energy booster bagi membolehkan kita melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang semasa percutian. Kalau tak sempat nak breakfast misalnya, ambil je ESP kerana ESP mampu membekalkan tenaga berterusan yang boleh bertahan selama beberapa jam.

4. Nutriferon
Untuk mencegah virus-virus terutamanya dari tempat yang kita tak biasa pergi, stanby siap-siap Nutriferon ni. Ia menguatkan antibodi dalaman yang bertindak sebagai pertahanan dari penyakit berjangkit. Ada juga tips utuk meningkatkan sistem imun anak-anak yang boleh dipraktikkan.

5. Ostematrix
Biasa mengalami jet-lag tak semasa travel? Kalau pernah merasa, dan ingin kurangkan jet-lag, kebas atau lenguh-lenguh tangan kaki, bawalah sekali Ostematrix ni ke tempat percutian awak tu. Telan dulu sebelum tidur, esok bangun dah boleh melakukan aktiviti macam biasa. Hilang dah lenguh-lenguh satu badan tu

6. B - Complex
Salah satu fungsi vitamin B ni ialah ia mengurangkan stress semasa travel. Mommies yang travel bersama anak-anak pasti menghadapi kesukaran untuk handle ragam dan kerenah anak-anak kan. Tak nak la stress-stress. Tengah bercuti mesti nak enjoy kan. Jadi, jangan risau sebab B-Complex bisa mengurangkan stress mommies tu

7. Krim Herbal Blend
Lagi satu benda penting untuk dibawa semasa travel ialah Krim Herbal Blend Shaklee. Ia untuk kegunaan luaran sahaja. Krim tanpa steroid ini sesuai untuk mengelakkan sunburn dan boleh disapu pada kulit yang terkena gigitan serangga juga. Ia selamat dan mudah dibawa ke mana saja.





Preventation is BETTER than cure.

Maka, mommies yang merancang ingin pergi bercuti bersama keluarga cuti hujung tahun ini, persiapkan lah barang-barang yang hendak dibawa dengan sebaiknya. Vitamin travel wajib ada juga sebagai first aid kit sepanjang waktu bercti.

Selamat bercuti semua dan have a nice holiday!


Untuk order vitamin travel awak dan konsultasi, boleh hubungi talian di bawah.

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

+++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
 #SahabatShakleeTerbaikAwak
+++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

>> Dec 2, 2016

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya |  الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Berkesempatan lagi untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang bisnes Shaklee dengan awak-awak comel yang sudi singgah melawat blog ummiawesome ni 😅. Terima kasih sudi melawat blog yang tak seberapa ni kan. Terima kasih juga sebab tak bosan membaca tulisan-tulisan ummi mf ni ye awak 😉

Hari ni nak cerita pasal kelas-kelas cara nak buat bisnes online dari rumah ni. Saya tahu mesti ramai yang buat bisnes online kan? Tak kisah la awak buat ia part time or full time, tetap namanya bisnes kan 😊.

Macam saya jugak, terjebak tersuka dengan bisnes, tambah-tambah lagi bisnes online. Ni nak kata gene bisnes ada dalam dna ke apa ke tak tau. Hehe. Sebab abah dan arwah ma mereka cikgu. Tapi mungkin nenek dan tok ayah dulu pernah berniaga, makanya gene tersuka nak berbisnes tu terwarisi la kat sini kan. Eh eh bahasa apa ni..layan kan aje 😁. Tapi kan, bukan mudah sebenarnya nak buat bisnes kan. Saya tabik wanita yang bergelar businesswomen kat luar sana. Korang memang superwomen 💪.


Alhamdulillah, kami dalam team SuperStarShaklee sentiasa dimotivasikan untuk terus berusaha capai target masing-masing. Syukurlah berada dalam team Master Salwa yang membuatkan saya `terpaksa jadi rajin` *nangisbucukatil*.

Neni banyak ajar anak cucu cicitnya cara-cara yang betul nak buat bisnes. Neni juga organize banyak sangat kelas untuk kami belajar, untuk kami tambah ilmu. Kami kena tahu dan upgrade diri dengan ilmu. Baru la boleh consult awak-awak dengan betul dan tepat kan 😀

Terima kasih Neni Salwa sebab organize banyak kelas FREE untuk kitorang. Ada kelas online dan ada juga kelas offline. Jujurnya, ada yang saya sempat attend dan ada yang belum lagi berkesempatan nak attend kelas tu. Tapi tak apa, kita aplikasikan dulu ilmu dari kelas yang pernah attend tu 😀

Oh ya..Master Salwa seorang yang mempunyai pengalaman dalam medical studies, seorang pakar laktasi dan penyusuan serta seorang internet marketer yang berpengaruh. Pernah mendapat sentuhan DAO dan juga Tuan Faisal Abdullah. Beliau juga merupakan coach pilihan bisnes online Malaysia. Jadinya, team SuperStarShaklee mempunyai KEKUATAN dari segi PRODUCT KNOWLEGE dan juga MARKETING serta kekuatan melahirkan leader-leader HEBAT! So, I'll be the next leader lah nanti InsyaAllah. Tolong la ameenkan beramai-ramai dihari Jumaat nan indah ini. Hehe 😀.

Tapi tapi...sebelum berangan lebih jauh, ingat dulu ilmu tu kena upgrade ya 😉. Nak tahu tak kelas apa Neni organize kat kitorang? Jom tengok kot nanti awak pun boleh join kitorang sekali kan menuntut ilmu ni..hehe 😊.



5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

1) Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee
Kelas ni Neni berkongsi dengan kami rahsia -rahsia dan tips macam mana seorang suri rumah biasa-biasa je boleh jadi JUTAWAN hasil dari berbisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online sahaja. Namun sayang seribu kali sayang, kelas ni Neni buat secara offline sahaja dan memandangkan Neni di KL sana, saya belum berkesempatan untuk hadir kelas ini. InsyaAllah will join later jika diizinkan.

2) Kelas Strategy Blog 7 Angka
Yang ni kelas bisnes online kami yang saya PALING suka 😍😍. Ye la dulu ingat nak tutup dah blog yang disemai sejak 2009 ni sebab masa tu blog just untuk diari je kan. Tak ada input and knowledge pun rasanya boleh saya sharing. Time tu just nak blog sesuka dapat duit hasil iklan Nuffnang tu kan. Hehe. Tapi Alhamdulillah dapat la cash out sikit dari Nuffnang. Tapi lepas tu dah jarang update. Time tu pun dah start kerja. Mood blogging menurun. Iklan Nuffnang kiri kanan tu pun cam tak ada orang klik je.So fikir macam malas la nak tulis blog lagi.

Tapi tapi...lepas dengar cerita Neni pasal boleh buat duit dengan blog kalau kena cara dia, terus "eh tak jadi la nak delete blog. Sayang sayang.." . Haa...tengok..kan dah rajin update blog tiap-tiap hari. Dah cakap tadi kan i terpaksa jadi rajin tau lepas dengar Neni cakap.

Neni Salwa dedahkan EKSELUSIF untuk kami rahsia-rahsia macam mana nak bina blog sehingga menjadi medium atau channel sales masuk setiap hari umpama sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan air dan umpama pokok yang sentiasa berbuah lebat selebat-lebatnya! Ecewwaah. Sebab tu la superibu.com boleh berada di ranking atas sekali bila awak search "Pengedar Shaklee" ,  "Pengedar Shaklee Penang" or apa-apa la yang berkaitan dengan pengedar Shaklee. Tak caya sila la try cuba search pengedar Shaklee tengok...😁😁. Oh Mami Erni punya vitaminibu.com tu pun dok rank awal-awal. Macam tak boleh la tengok saja. Rasa nak jugak ummiawesome.com dok paling atas sekali nanti bila orang search pengedar Shaklee nanti. Ameeen *berangantakkenabayartau*

3)  Kelas Teknik FB 6 Angka
Haa...kelas FB ni pun best jugak tau. Kelas ni kelas online pasal macam mana kita nak jadikan FB tu sebagai channel untuk bisnes. Bukan saja-saja tau ada FB personal dan FB page tu. Media sosial yang ada ni, manfaatkan lah sebaik mungkin. Kelas teknik FB 6 angka ni, Neni dedahkan kami rahsia cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online untuk menjalankan bisnes online dengan berkesan tanpa mengeluarkan modal untuk pemasaran atau marketing.  Dan ada rahsia juga macammana nak sediakan umpan, nak cari ikan apa, ikan kita nak tu ada kat mana? Eh ni calap pasal ikan ke pasal FB? Hahaha...Kalau nak tau pasal kelas FB atau kelas ikan ni, kena la join SuperStar baru boleh tahu banyak. And if apply betul-betul apa yang Neni ajar ni,InsyaAllah boleh buat sale tau.

4) Kelas Teknik Close Sales Power
Selain dari kelas marketing, paling penting kita kena tahu juga cara close sale dengan customer. Sebab tu kelas teknik close sales POWER ni saya suka sangat! Neni ajar kami macam mana nak close sale dengan berkesan guna teknik PANGGILAN MAGIC yang diadun dengan elemen LAMPU-LAMPU AJAIB. Yang ni banyak lagi saya kena belajar dan practise. InsyaAllah will MASTER it by hook or by crook! 😀💪

5) Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing)
Untungnya ahli team SuperStarShaklee sebab kami dapat belajar dengan coach, mentor, sifu-sifu dan otai-otai yang dijemput khas oleh Neni Salwa untuk team kami. Ada kelas dengan tuan Amirul, ada dengan tuan Iftitah dan ramai lagi. Neni buat kelas ni both online dan offline tapi saya teringin dan target nak pergi yang offline juga sebab lagi best dapat belajar face to face kan 😀


Itu dia antara 5 kelas yang kami ada untuk belajar cara-cara nak buat bisnes online. Sebenarnya ada banyak lagi kelasnya contoh macam kelas  Zero Cost Marketing untuk sesiapa yang nak buat bisnes tanpa perlu keluarkan modal untuk pengiklanan dan pemasaran. Tapi tak apa. Mana yang dah kita belajar, apply dulu yang tu. Dalam masa yang sama, sentiasa belajar ilmu lain dan teknik lain hari ke hari 😊


Sesiapa pun dialu-alukan untuk join team kami ni. Tak kisah la suri rumah ke,students ke, atau awak yang dah kerja just nak tambah pendapatan sampingan, kami amat mengalukan awak semua bersama kami di SuperStar.Jangan cakap saya tak tahu nak buat bisnes. Team SuperStar ada cara dan akan guide anda untuk berbisnes online. Jom kita bina empayar bisnes sama-sama 😀



 Hubungi talian di bawah;

📱WA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++ ++++++++++++++++++++++

Read more...

7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee

>> Dec 1, 2016


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Alhamdulillah dah memasuki bulan Disember bulan terakhir kita di tahun 2016 ni. Hari ni permulaan hari dibulan baru, boleh la set target atau vision board masing-masing ya 😉

Okey nak cerita sikit tentang Shaklee dengan group SuperStarShaklee ni. Kenapa saya ada dalam group ni? Best ke best team SuperStarShaklee ni? Apa yang SPECIAL sangat team SuperStarShaklee ni?

Haaa...nak tau mai nak cerita 😀




7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee


1) Pengalaman 20 tahun makan Shaklee
Team SuperStarShaklee dinaungi oleh Master Salwa yang mempunyai pengalaman bersama dengan produk Shaklee ni selama 20 tahun. Dan sepanjang tempoh 20 tahun tu, Alhamdulillah beliau dan seisi keluarga dapat merasai kesan yang baik dengan pengambilan Shaklee.

2) Akses dengan Nutritionist
Team SuperStar mempunyai access dengan Nutrionist yang mana team kami boleh tanya direct sebarang persoalan berkenaan cara makan contohnya, tanpa perlu protokol yang memakan masa untuk entertain persoalan pelanggan.

3) Informasi yang Tepat dan Betul
Kami juga mempunyai informasi yang tepat dan betul hasil latihan dengan nutritionist Shaklee, bukan informasi copy paste dari blog pengedar Shaklee lain ya 😊

4) Boleh COD di Kawasan Berdekatan
Kami boleh COD di beberapa kawasan terutama di Batu Kawan, Bandar Cassia, Bukit Tambun dan Simpang Ampat. Nak-nak lagi sapa yang suka pi Design Village tu yang baru buka tu, boleh sangat la nak COD situ . Boleh cuci mata sekali 😜

5) Boleh poslaju ke seluruh Malaysia Sabah dan Sarawak, ada pengalaman poslaju ke luar negara juga. So jangan risau mana yang dok jauh, kami handle by pos ya

6) Team yang aktif dan fresh
Team SuperStar team yang aktif dan fresh dengan informasi tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee. So tak perlu ragu nak daftar ahli untuk makan sendiri atau  yang nak daftar ahli Shaklee untuk buat Bisnes Shaklee Online atau Offline 😀

7) Pakar Penyusuan, Pakar Kehamilan dan Bersalin, Pakar Detox
Dalam team kami ada pakar penyusuan bertauliah yang berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu sejak tahun 2007. Juga kami memiliki pakar kehamilan dan bersalin untuk ibu-ibu yang nak pakai Set Bersalin Shaklee rujuk panduan bersalin seperti panduan bersalin ibu pertama kali berpantang, panduan berpantang sendiri, menu-menu dan masakan berpantang sihat, dan banyak lagi

Dalam team SuperStar juga ada pakar DETOX yang berpengalaman dalam isu detox seluruh badan dari organ, heavy metals, sel dan DNA. Semua ada la untuk rujukan dan mereka tak lokek dengan ilmu 😊




Teringin tak nak join team aktif SuperStar kami ni dan rasai sendiri kepuasan bisnes online Shaklee ni? Jangan takut untuk mulakan langkah pertama. Siapa tahu kita boleh melangkah ke tapak-tapak kejayaan seterusnya nanti. Yang penting mulakan lah langkah pertama dulu dan pilihlah yang terbaik.



Nak daftar ahli Shaklee Online? Jom hubungi hotline di bawah:



📱WA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda ++++++++++++++++++++++++++

Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP