MyKad versi imej hantu


Yang ni MyKad aku yang ketiga. Kalau ikutkan kad pengenalan yang keempat dah ni. Ya saya ghairah betol bila dapat tukar Mykad baru. Yang lama fotostat dulu sebelum bagi kat JPN. Buat kenangan katanya.

Mykad baharu katanya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Cip pun tahan katanya lah. Mykad ambe yang first dulu pun cip yang rosak. Depa cakap tak ada kualiti. Ke sebab lama sangat meh...


Baru punya. Arkk semua sekali adalah rahsia!

Muka tak nak senyum. Tak sempat senyum. Imej hantu tu 'ghost image' kat belakang. Gambar kecil. Turisan laser katanya. Canggih ke idak ni.

Dah. Boleh simpan dalam purse jangan lupa bawak pergi mana-mana.

p/s : terima kasih jpn putrajaya.


saya yg sgt beriya,

myaada

Insomnia?



TROUBLE!!! 


Nay, I'm not going to talk about it. Jam 2.15 a.m lebih-lebih waktu Malaysia. Waktu-waktu cenggini best sangat lena diulit mimpi. Oh perut lapar. Kesian perut. Tak lena tidur. Kesian tak kesian. Jom teman mengarut kejap.


Indeed, it's February. March soon. 
Ingat dan beringat, ingatkan dan memperingat, ingati. Alangkah indah hidup.


Gembira dan suka. Beda antaranya sikit. Andai yang digapai itu bulan bukan awan, harapan itu gunung. 
Sedih dan luka. Beda antaranya sikit. Andai yang dicantas itu dahan bukan ranting, harapan itu daun.
Entah apa.




Dah la...





...kan dah cakap nak mengarut. Karut!


 myaada

لو كان بيننا



Law Kaana Bainana...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat.

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

myaada

Happy holiday!


Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina... Lepak kat kampung kan ke best..:D myaada

Untitled #2


Lalu sang awan
tinggal lagi nan biru
cerah
kuntum sua mekar mewangi
lama
beburung berkicau di dahan
tumpang secarik daun
bawahnya subur
bersorak riang
tinggal jua rasanya
amat dalam


p/s :  اللهم صيّـبًا نافعًا

♥,
myaada