Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts

Pengedar Shaklee Nilai Dan Putrajaya Terbaik Dengan Readystock

>> Mar 17, 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š. Alhamdulillah petang Jumaat ni saya nak berkongsi berita gembira dengan penduduk Nilai, Salak Tinggi, Sepang, Bangi, Kajang dan Putrajaya serta kawasan-kawasan yang berdekatan. Berita gembira apa tu? Hehe. Tentulah berita gembira bila saya katakan kini produk Shaklee lebih dekat dengan anda
tau!


Bagi  anda yang tinggal di kawasan Nilai dan Putrajaya serta berdekatan, yang dah lamaaa dah teringin mencuba produk semulajadi Shaklee ni, kini korang tak perlu risau. Lama dah kan dok usha? Sekarang anda dah boleh dapatkan produk shaklee secara COD daripada Puan Hidayah, Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya terbaik dengan readystock.


Kenapa saya katakan anda yang tinggal di Putrajaya juga boleh dapatkan produk Shaklee daripada Puan Hidayah? Ini sebabnya Puan Hidayah bekerja di kawasan Putrajaya. So boleh la orang-orang Putrajaya yang nak dapatkan produk shaklee daripada Puan Hidayah secara COD.

Orang Nilai juga boleh COD produk shaklee kerana Puan Hidayah Pengedar Shaklee menetap di Nilai ๐Ÿ˜Š.

InsyaAllah Puan Hidayah boleh membantu dalam memberikan konsultasi terbaik untuk setiap cadangan supplement KHAS untuk yang dapatkan produk shaklee daripada beliau.



Beliau berpengalaman dalam Set Kecergasan dan Set Kecantikan serta set penyusuan dan beliau sendiri memang mengamalakan vitamin shaklee untuk kekal aktif dan bertenaga. Sebagai ibu berkerjaya, kesihatan diri sendiri dan keluarga tetap diutamakan.



Jadi, jika anda ingin mendapatkan konsultasi berkenaan produk shaklee ini, sila hubungi Puan Hidayah ditalian seperti di bawah.


Untuk order dan konsultasi:
๐Ÿ“ฑWA 013 930 3529 ( Dayah)
๐Ÿ“ฑWA 013 930 3529 ( Dayah)
๐Ÿ“ฑWA 013 930 3529 ( Dayah)

Jemput untuk LIKE Page Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya di sini.

Kalau korang nak Daftar Jadi Ahli Shaklee dan dapatkan produk Shaklee dengan Diskaun, boleh juga hubungi Puan Hidayah Pengedar Shaklee Nilai dan Putrajaya ๐Ÿ˜Š.

Nak jadi sebahagian dari kami? Hubungi kami segera!



Read more...

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars

>> Jan 12, 2017

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars | Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum selamat tengahari semua... Hari ni kita sembang sikit bab cara mudah nak menabung duit gaji atau duit bonus yang korang dapat tiap-tiap bulan tu khenn.. Hehe. Pernah dengar tak Sistem 7 Jars? Kalau tak biasa dengar 7 Jars, mesti biasa dengar cara urus wang konsep 6 Jars yang diasaskan oleh T. Harv Eker iaitu cara untuk menabung dan uruskan wang kita macam mana. Penting untuk kita menguruskan wang tak kira la kita ni kerja makan gaji ke atau buat bisnes online macam saya ni.


Sebenarnya, cara mudah menabung guna konsep 7 Jars ni pun adalah adaptasi daripada konsep 6 Jars tu jugak. Dalam 6 Jars diorang wujudkan enam tabung sahaja. Cuma konsep 7 Jars ni kita tambah satu lagi tabung, iaitu Tabung Ibu Bapa.

Jom kita tengok apa lagi tabung-tabung yang ada dalam 7 Jars ni nanti senang nak start menabung tengah-tengah bulan bila dapat duit bonus Shaklee atau akhir-akhir bulan bila dapat gaji ni.. Uppss..๐Ÿ˜œ.


7 Jenis Tabung Kita Perlu Ada


1. NEC ( Tabung Keperluan)
Tabung ni kita gunakan untuk perbelanjaan dan keperluan kita, keperluan anak-anak, beli barang dapur, bayar bil-bil termasuk la sewa rumah, elektrik dan air serta bil telefon dan internet. Untuk bayaran taska dan pengasuh pun boleh masukkan dalam tabung ni ya.


2. EDU ( Tabung Pendidikan)
Tabung ni kita wujudkan sebagai langkah pelaburan untuk mendapatkan ilmu-ilmu sama ada melalui pembelian buku atau untuk sertai seminar, bengkel, kelas dan sebagainya. Contoh macam kita involve dalam bisnes Shaklee ni, kena la beli buku nutrisi dan kesihatan untuk upgrade ilmu juga kan. Ilmu kan aset. Jadi, tabung ni kita sediakan sebagai pelaburan untuk diri sendiri yang pastinya lebih berbaloi.



3. LTSS ( Long Term Saving for Spending)
Yang ni  kita gunakan untuk pembelian yang memerlukan duit yang banyak. Contohnya macam nak beli rumah nak bayar downpayment rumah, nak beli tv plasma pun boleh..hihi.. Untuk pendidikan anak-anak atau untuk percutian pun boleh letak sekali tau. 

Sebenarnya kita boleh wujudkan lebih dari satu untuk tabung LTSS ni. Caranya, bahagikan 10% peruntukan ke tabung-tabung LTSS tu mengikut priorities. Kalau rasa syok pergi bercuti dulu dari beli tv plasma tu, kita banyakkan lagi nilai percentage untuk tabung holiday  kita tu haa.. ๐Ÿ˜


4. FFA ( Financial Freedom)
Tabung ni adalah Angsa Emas kita sebab masa ni la kita kena menabung untuk hari tua. Biasanya wang tabungan ni kita laburkan dalam medium pelaburan yang sesuai dan kita bina passive income sendiri. Jangan sesekali gunakan wang tabungan ni sehingga kita dah capai target financial free okey




5. PLAY  ( Tabung Hiburan)
Tabung ni saya suka! ๐Ÿ˜œ Korang mesti ada tau especially kita wanita-wanita ni haa ๐Ÿ˜. Saya gemar panggil dia Tabung SHOPPING sebab tabung ni kita simpan dan guna untuk beli barang yang kita nak sangat sesangattt tu. Contoh macam nak beli beg COACH. Kalau rasa tak mampu dan tak dan nak beli lumpsum, tak mau guna kad kredit, apakata korang buat tabung ni je. Sikit-sikit tengok hujung tahun dah boleh beli dah.. Rasa dia macam puas bila dapat barang kita nak walau amek masa lama pun..Haha. Tapi takkan tiap-tiap tahun nak beli handbags je kan..Boleh je sebenarnya tabung ni kita wujudkan sebab nak pergi spa, massage massage bagai, dan nak buat weekend escape dekat-dekat ni pun boleh.



6. GIVE ( Tabung Sadaqah )
Setiap bulan, kita peruntukkan lah untuk diri kita melakukan kebajikan samada untuk ahli keluarga terdekat dan insan yang memerlukan. Even untuk suami dan anak-anak, sesekali boleh belanja diorang makan-makan besar kat luar kan. Kot la mood nak masak tadak hari tu, boleh la merasa makan besar kat luar ramai-ramai.. Hehe. Boleh juga cari tabung masjid dan organisasi macam Aman Palestin ke, Sahabat Telekung ke.. atau orang perseorangan, anak-anak yatim. Jadikan amalan bersedekah ni sebagai rutin kita ya korang sebab InsyaAllah orang yang rajin bersedekah tu takkan miskin. Makin bertambah ruah rezekinya ameen.



Dan lagi satu tabung

7. PARENTS ( Tabung IbuBapa)
Yang ni pun kita sebagai anak kena titikberatkan. Walaupun ada sesetengah mak ayah masih bekerja dan ada ibu bapa yang dah kaya, kita hulur la sebagai tanda kasih kat mereka. One thing, kalau mak ayah dah meninggal dunia, kita boleh gunakan tabungan ni untuk selesaikan urusan-urusan mereka yang masih belum selesai. Kalau semua dah selesai kita sedekah kan lah duit tu ke mana-mana tempat contoh macam waqaf masjid ke dan NIAT kan untuk mereka. InsyaAllah mudah-mudahan akan ada pahala yang mengalir untuk mereka.


Macamana Nak Start 7 Jars Ni?

Senang je..Okey meh nak cerita. Setiap akhir bulan korang yang dapat gaji atau bonus ( Bonus Shaklee tiap-tiap tengah bulan tau..๐Ÿ˜) korang bahagikan duit tu mengikut percentage di bawah ni ;


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


Percentage ni korang boleh ubah ikut keselesaaan masing-masing lah. Tapi make sure kena ada disiplin tau! Baru la berhasil. Guna teknik Simpan dan Lupa yang pernah saya cerita sebelum ni dalam entry 5 cara mudah simpan duit.

Bekas tabung pun boleh create guna pakai botol yang ada. Saya juga ada create Tabung Berwarna. Yang tu saya guna kotak kasut je. Hehe. Dan cara saya kalau untuk Tabung NECC tu, saya terus masukkan dalam sampul duit raya je. Senang bawa bila ada urusan nak guna contoh macam nak bayar duit pengasuh tu saya terus masukkan dalam sampul tu dan terus bagi bila akhir bulan.


Sebenarnya setiap orang ada cara tersendiri ikut keselesaan masing-masing kan. Saya ada apply mengikut yang ni dan ada tambahan juga sikit-sikit. Yang penting, apa yang kita buat kita tahu matlamatnya ke mana. Berusaha untuk mencapai matlamat kita tu ya.


Sampai jumpa lagi. Selamat menabung!


Lagi satu, kalau rasa nak menabung ditengah-tengah bulan guna duit bonus Shaklee melalui bisnes online Shaklee ni, SAVE nombor di bawah okey ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“ฒ 013 985 2827
๐Ÿ“ฒ 013 985 2827
๐Ÿ“ฒ 013 985 2827



 ✏Follow IG @bondasihat +++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit

>> Dec 15, 2016

5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit| ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… 


Bukan besarnya gaji kamu, tetapi berapa besar simpanan kamu - Dr. Azizul Azli Ahmad


Bila sebut je tentang menyimpan duit, terlintas serta-merta pasal hendak berjimat cermat. Sebab apa kena berjimat-cermat?




Ada orang jimat-cermat sebab inginkan sesuatu. Contohnya ingin mendirikan rumahtangga, nak pergi bercuti atau nak beli handset baru misalnya. 

Matlamat kita berjimat-cermat atau simpan duit berbeza-beza. Apapun matlamat kita menabung ni, terpulang kepada diri individu masing-masing.



Sesetengah kita perlukan perancangan rapi untuk menyimpan duit. Dan setiap orang ada cara tersendiri untuk menabung.

Dengan nilaian mata wang kita pada hari ini ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, wajarlah kalau kita disiplinkan diri untuk menabung. 

Memang diakui agak susah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan duit ni tambah-tambah adanya online shopping sekarang, makin parah rasanya nak menabung.

Namun, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Mari kita baca sedikit perkongsian tentang cara mudah untuk simpan duit ni.




5 Cara Mudah Untuk Simpan Duit 


1. Simpan Di Tempat  Susah Nak Keluarkan
Nak simpan kat mana yang susah nak keluarkan tu? Dekat Tabung Haji pun boleh. Tapi jangan pulak pergi buat kad bank yang link kan ke akaun Tabung Haji tu. Kadang-kadang nak keluarkan duit dari Tabung Haji ni, kita kena fikir 2 3 kali nak pergi kaunter. Nak pergi ke tak? Ramai orang kot nak beratur? Akhirnya malas nak pergi sebab ramai orang. Tu dia jadi susah nak keluarkan maka selamat lah duit simpanan di sana.

Sekarang ni senang sebab boleh terus buat potongan gaji ke Tabung Haji atau lagi satu, boleh gunakan Autodebit untuk transferkan duit dari akaun bank ke akaun Tabung Haji tu.


2. Wujudkan Tabung Berwarna
Tabung ni tak memerlukan modal yang tinggi pun. Ambil je balang kosong seperti botol air mineral 1 Liter ataupun balang kuih untuk letakkan duit didalamnya. Ambil warna duit yang awak suka contoh macam warna hijau 5 ringgit tu untuk satu tabung. Bila dah penuh nanti, boleh la melabur kat tempat lain pula.





3. Guna Teknik Cilok Poket
Korang tau kan maksud cilok tu apa? Biasa orang guna untuk menunjukkan potong barisan macam kereta kat traffic light tu. Yang ni cilok lain. Biasanya kalau kat rumah surihati-surihati ni la yang kutip baju-baju nak basuh. Sebelum masuk machine tu, check la dulu poket seluar suami tu kot ada duit kertas ke duit syiling ke tertinggal. Lepas tu boleh la ambil masuk tabung kan. Ni kira cilok halal lah ๐Ÿ˜




4. Bawa Bekal
Biasanya dalam seminggu, mesti ada hari yang kita wanita ni rajin masuk dapur pagi-pagi. Masaklah apa lauk yang ada. Kalau ada sardin pun dah ok. Boleh bawa ke tempat kerja makan untuk breakfast. Dah jimat duit perbelanjaan makan kat situ.



5. Tambah Side Income
Berbisnes online mendatangkan peluang untuk menyimpan. Keuntungan dari hasil jualan dan juga bonus boleh kita simpan sedikit untuk masa hadapan. Cuma kena rajin dan usaha sebolehnya.



Ada pelbagai lagi teknik untuk simpan duit ni dan berjimat cermat. Ambil lah yang mana kita suka, yang memudahkan diri kita untuk konsisten menabung. 



Biar bermula dari sikit. Nanti lama-lama jadi lah bukit! ๐Ÿ˜€



Nak simpan duit dengan Bisnes Online?

 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827 
 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee

>> Dec 10, 2016

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee| ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Barangsiapa yang dah settle semua jenis hutang piutang termasuk hutang pengajiannya, maka berbahagia lah kalian ya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ni kisah dia bila dah start hubungan manis dengan PTPTN ni. Lepas dah graduated, kena la berusaha untuk membayar balik hutang-hutang pengajian tu. Kalau dah dapat kerja lepas je habis belajar, syukur Alhamdulillah. Boleh terus potong gaji.



Bagi yang belum ada peluang, jangan putus asa ya. Masih ada banyak cara lagi untuk korang ikhtiar untuk menambahkan pendapatan dan nak bayar hutang-hutang pengajian macam PTPTN ni.

Melihatkan ekonomi masa kini, dibebani pula dengan kos sara hidup yang makin meningkat, peluang pekerjaan yang makin terhad baik disektor awam mahupun swasta, tak salah rasanya adik-adik cuba berjinak-jinak dengan bisnes.



Cuba mulakan dengan bisnes yang tak perlukan modal yang besar macam bisnes online Shaklee. Tak perlu nak susah keluar ke sana ke sini cari kedai nak jual barang. Duduk je depan laptop dan pc, atau pegang handphone, dah boleh buat bisnes. Cuma bawah RM80 sahaja untuk mulakan bisnes ni. Smartphone masing-masing dah ada, tinggal lagi modal usaha dan kerajinan sahaja.

Adik-adik yang lepasan SPM pun dah boleh buat bisnes ni. Yang masih lagi belajar di IPT digalakkan. Takkan kacau masa belajar korang. Yang penting tahu dan fokus mana yang penting. Pandai bahagikan masa.



Biasanya, bila kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, kita akan lebih berdisiplin menyiapkan tugasan samada pelajaran mahupun bisnes, secara automatik mendidik diri sendiri untuk lebih menghargai masa.

Kalau kena dengan cara, tiap-tiap tengah bulan dapat la merasa duit bonus Shaklee masuk akaun. Alhamdulillah bolehla tampung-tampung nak bayar PTPTN atau hutang lain atau simpan Tabung Haji atau convert beli emas. Eh banyak pulak cadangannya ๐Ÿ˜‚ Hehe.



Adik-adik yang nak join team SuperStars kami ni, ada peluang untuk belajar cara nak buat bisnes online. Pilih mentor yang boleh guide korang untuk bisnes. Pilih team yang support and sayang each other okey ๐Ÿ˜‰. Mulakan pelaburan diusia muda korang SEKARANG!

Jom whatsApp nombor kat bawah ni dan bersama SuperStar kita besinar bagai bintang ๐Ÿ˜€.



Nak join kami berbisnes?

๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827 
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++


Read more...

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini

>> Dec 9, 2016

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini  | ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…


Semalam kita sembang pasal gadjet-gadjet kan. Hari ni kita sembang pulak pasaipa ampa kena mulakan bisnes online SEKARANG! Tambah-tambah dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni..๐Ÿ˜’..Tambah-tambah ampa semua dok pegang handset cecanggih tu. Haipp rugi la ada handset mahal-mahal takat nak berswafoto je (dapat word baharu hari ni ๐Ÿ˜‰). Ampa patot tau banyak benefit pakai smartphone tu. Senang buat duit guna handphone canggih ampa tu..Sambil pegang sambil buat duit. Gittuu ๐Ÿ˜›

Okey kenapa kita kena mulakan bisnes online tu sekarang? Kat bawah ni antara sebab-sebab kita patut pertimbangkan untuk bisnes online ni



Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang 

1. Tingkatkan Penjimatan
Bisnes online tak memerlukan kita sewa ruang kedai ke satu bangunan ke untuk memulakan operasi. So, kita dah kurangkan kos sewa menyewa tempat tu kan, nak p mai p mai urus kedai kalau kedai jauh dari rumah. Nampak tak dah JIMAT kat situ..tak susah fikir nak bayar SEWA..๐Ÿ˜Š

2. Tambah Pendapatan
Awak yang ada kerja hakiki pun InsyaAllah boleh buat bisnes online ni. Suri rumah dan pelajar lagi la mampu nak buat. Dengan peningkatan kos barang dan minyak contohnya, tak salah untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan kita masa kini.

3. Modal Rendah
Point satu tadi, bisnes online ni dapat tingkatkan penjimatan kita untuk menyewa kedai kan. Yang ni pulak kita dapat jimat banyak untuk keluarkan modal yang tak sampai RM90 ringgit pun. Bila rasa nak bisnes, mulakanlah bisnes dengan modal yang rendah.

4. Flexible
Sekarang ni kemudahan internet yang ada tak memerlukan kita berhenti kerja terlebih dahulu untuk memulakan bisnes online ni. Urusan bisnes online boleh dipantau ketika waktu rehat, habis waktu kerja dan ketika waktu cuti. Kemudahan ini la yang menyebabkan bisnes online ni sangat flexibel untuk kita.

5. Pasaran Global
Trend sekarang, semuanya nak go faster. Kebanyakan orang nak sesuatu benda, depa cari online je. Hidup dalam dunia tanpa batasan ni, semua perkara orang boleh akses bila-bila masa sahaja dimana jua. Jadi, capaian pelanggan kita lebih meluas walau kita dok wat bisnes dari rumah je ๐Ÿ˜€



Itu la sedikit sebanyak reason kenapa nak kena buat bisnes online ni. Tambah-tambah bisnes online Shaklee ni.  Best part bila start berniaga ni, ia mencabar diri sendiri untuk keluar dari comfort zone. Kena paksa diri untuk start sesuatu yang baru, berfikir capai target.

Jangan kata eh aku dah berumur tak layak dah nak buat bisnes-bisnes ni...Eh sape kata? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Umur tak menghalang pun untuk kita bercita-cita. Alah macam Kolonel KFC tu la...agak-agak umur berapa dia start bisnes KFC tu? Masa umur dia dah lebih 60 tahun kot! Tu pun setelah mengalami banyak kegagalan. Jadi tak mustahil juga untuk kita yang baru bermula untuk berjaya kan...๐Ÿ˜€


Tak tahu macam mana nak buat bisnes online? Teringin nak buat bisnes online tapi tak ada guide? Jom contact nombor di bawah.


Join kami untuk jana EXTRA INCOME anda!

 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
 ๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827


 ✏Follow IG @bondasihat
 +++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
 #SahabatShakleeTerbaikAnda
 +++++++++++++++++++++++

Read more...

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

>> Dec 8, 2016

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone| ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…


Pagi tadi sambil buat kerja, dengar la Ikim FM. Warna pagi Ikim FM membawakan perkongsian tentang topik "Ada Apa Dengan Jenama?" bersama dengan Puan Emi Idura Che Hashim, Perunding Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Dapat la juga ilmu sikit berkenaan dengan imej diri, warna semua tu. Kena review balik nampaknya selepas ni.

Bila sebut pasal jenama, termasuk la gadjet-gadjet ni jugak. Bila nak beli handphone pun sama. Mesti nak yang branded kan. Ke korang pilih based on apa? Ngaku cepat ๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›.



Zaman saya dulu, lepas habis SPM baru dapat merasa pegang telefon sendiri. Tu pun sebab kena masuk matrik, jauh dari rumah. Wajib la ada phone ni senang nak contact ma abah family, kita kat Gambang masa tu. First handphone pun Nokia 3310 tau...jangan memain ๐Ÿ˜œ. Nostalgia kan sebab parents yang tolong belikan.

Okey berbalik kepada pemilihan handphone, sekarang ni terlalu banyak sangat dah smartphone pelbagai jenama yang dikeluarkan. Tinggal nak sua duit pi beli aje.

Macam Puan Emi cakap kat radio tadi, beli handphone bukan setakat nak yang ada kamera untuk selfie je. Betul la tu. Dalam zaman rata-rata muda-mudi sekarang ni dok ada gadjet ni, ambillah fungsi yang ada dalam handphone tu sebagai jalan untuk kita buat duit dengan handphone.

Sekarang ni, dengan Samsung A7 ni saja saya berbisnes online. Laptop kesayangan baru je rosak. Dikerjakan sang hero dirumah ๐Ÿ˜. So, menaip dekat dekat blog ni pakai handphone cinonet ni je la. Alhamdulillah syukur.

Sebelum nak beli phone, kena ikut keperluan. Kira dah ada dalam kepala nak phone yang macam mana sebab niat guna smartphone pun sebab nak buat bisnes kan.

Kriteria kat bawah ni saya guna untuk beli handphone dan langgan data plan bagi tujuan Bisnes Online ni.



Macam Mana Nak Pilih Handphone Untuk Bisnes Online

Storage dan Memori
Kena besar. Sebab nak simpan file, photos etc. dan nak download banyak applications.  FB, IG, Pages Manager wajib ada. Yang lain-lain macam apps untuk edit photos semua tu makan ruang jugak. Telefon sebelum ni pun banyak kali hang sebab full storage.

Bateri
At least biar tahan sampai malam nak tidur tu baru cas ๐Ÿ˜….

Network Support
Kebanyakan telco dah provide 4G. Jadi pilih la handset yang support jaringan tu nanti laju sikit nak akses internet. Handset sebelum ni support takat 3G ja jadi kita tukar lah . Tapi kalau tempat tu tak ada 3G 4G ada la GPRS dengan EDGE tu sebagai back up. Kira ok la.

Kamera
Nak ada depan belakang. Pixel cantik elok. Nanti nak ambil gambar bagi sharp dan cantik.

Data Plan
Langgan plan data yang berbaloi. Kebanyakan telco berlumba-lumba dok offer macam-macam plan. Pilih la yang sesuai ikut bajet dan keselesaan.


Banyak jasa handphone ni kalau pandai guna kan. Lagi-lagi zaman teknologi ni, zaman dunia dihujung jari. Semua serba pantas. Rugi tak ambil peluang buat bisnes dengan handphone ni.

Tapi secanggih-canggih smartphone, Nokia C3-00 tetap la bertakhta dihati. Serius tak boleh nak move on since 2010. ๐Ÿ˜…




Mahap laa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Yang ni pun banyak jasa. Samsung tu pun ada dual sim tapi tetap guna nokia ni jugak untuk simkad lagi satu. Senang nak call. Bateri dia pun 2  3 hari baru habis.  Even sekarang ni tengah berangan nak iPhone, nak lappy or Macbook segala...๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€. Syukur la mana yang ada ni.

Teringin tak nak buat bisnes online guna handset ni? Jom contact nombor di bawah

๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827 
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat
 ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Kedai Shaklee Untuk Bisnes Online Shaklee Saya

>> Dec 7, 2016

Kedai Shaklee Untuk Bisnes Online Shaklee Saya| ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Selamat tengahari dan terima kasih sudi bertandang ke blog ummiawesome ๐Ÿ˜. Dah lunch ke?  ๐Ÿ˜œ

Okey tengahari ni nak share kedai maya saya dalam bisnes online Shaklee ni. Tak lengkap rasanya berbisnes online tanpa kedai. Ya kita tak ada kedai offline sebab beroperasi dari rumah je...Bisnes online dari rumah kan...Tapi sekarang kan zaman internet semua, so kedai pun atas talian saja laa ๐Ÿ˜€.




Sudi-sudi la ziarah ke sini ๐Ÿ˜‰

1. FB Page : Pengedar Shaklee Penang

2. IG : @bondasihat Pengedar Shaklee Penang @aada.makhtar (personal IG)

3. Personal FB : Aada Makhtar

4. Blog : ummiawesome.blogspot.com

Jemput la like, follow, comment and share  semua kedai Shaklee online ummiawesome ni ya ๐Ÿ˜‰



Nak daftar ahli Shaklee dengan saya pun boleh. Contact je nombor di bawah ni

๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827 
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827

Oh ya! Bulan December ni boleh la korang beli collagen dengan harga JIMAT! Mai lekaih whatsapp ๐Ÿ˜



✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAwak
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

>> Dec 6, 2016

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya | ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…


Semua orang bebas memilih apa yang terbaik dalam hidupnya. Semua orang bebas memilih dia nak jadi apa, dia nak buat bisnes apa, itu pilihan masing-masing kan ๐Ÿ˜Š




Dalam entry terawal 2016 setelah 2 tahun tak update blog ๐Ÿ˜…, ada saya kongsikan tentang impian dan harapan dalam bisnes online ni dan kenapa nak kena join Shaklee? Bacalah kat sini sebab-sebab saya pilih bisnes Shaklee online   ni. One of it of course sebab Shaklee ni sendiri dah lama ditubuhkan dan ada landmark study dia sendiri. Apa tuh landmark study? ๐Ÿ˜ฎ..Awak boleh baca pasal landmark study Shaklee kat sini ya๐Ÿ˜Š.



Walaupun dah ada kerja hakiki, tak salah rasanya nak berbisnes kan? Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan masa ni, dok fikir mana nak cari side income? Kenapa kena buat bisnes untuk jana pendapatan tambahan? Paling utama mesti la nak rasa financial freedom seawal mungkin kan. Selesaikan PTPTN bagi lumpsum terus. Biaq hilang dari potongan slip gaji tu haa ๐Ÿ˜.

Savings untuk diri sendiri dan anak-anak pun kena ada. Keperluan dan perbelanjaan pendidikan anak-anak nanti for sure makin meningkat. Better ada savings sebagai persediaan awal. Hasil dari bonus Shaklee nanti, bukan setakat buat rolling je, InsyaAllah boleh masuk ke dalam Tabung Haji atau tambah gram emas alias goldbar dekat akaun GAP ummi  tu haa ๐Ÿ˜€.




Kalau nak tahu, Shaklee ada juga bagi rewards melalui program 3C Shaklee iaitu Cash, Car and Convention. Ia merupakan bonus yang akan dirasai oleh SID yang achieve target. Bukan setakat bonus dalam bentuk duit je yang dapat. Yang best tu yang dapat pergi bercuti. Teringin nak merasai percutian percuma ni, lagi-lagi nak bawa family pergi Umrah sama-sama nanti InsyaAllah Ameen.

Dalam berbisnes pun, paling penting nak jaga kesihatan sendiri dan ahli keluarga. Nikmat sihat tu la nikmat yang berharga Allah bagi. Buat bisnes disamping tambah ilmu dengan ilmu nutrisi dan kesihatan, boleh share dengan orang yang perlukan InsyaAllah.

Doakan saya diberi kemudahan untuk menjalankan bisnes Shaklee ni ya kawan-kawan. Doakan juga impian dan harapan ini tercapai Ameen. ๐Ÿ˜Š

Oh ya, ada yang nak order produk Shaklee tak? Hubungi talian di bawah ya awak ๐Ÿ˜‰


Untuk order dan konsultasi

๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827

 ✏ Follow IG @bondasihat
๐Ÿ“ง  myaadalia@gmail.com
++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

>> Dec 2, 2016

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya |  ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Berkesempatan lagi untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang bisnes Shaklee dengan awak-awak comel yang sudi singgah melawat blog ummiawesome ni ๐Ÿ˜…. Terima kasih sudi melawat blog yang tak seberapa ni kan. Terima kasih juga sebab tak bosan membaca tulisan-tulisan ummi mf ni ye awak ๐Ÿ˜‰

Hari ni nak cerita pasal kelas-kelas cara nak buat bisnes online dari rumah ni. Saya tahu mesti ramai yang buat bisnes online kan? Tak kisah la awak buat ia part time or full time, tetap namanya bisnes kan ๐Ÿ˜Š.

Macam saya jugak, terjebak tersuka dengan bisnes, tambah-tambah lagi bisnes online. Ni nak kata gene bisnes ada dalam dna ke apa ke tak tau. Hehe. Sebab abah dan arwah ma mereka cikgu. Tapi mungkin nenek dan tok ayah dulu pernah berniaga, makanya gene tersuka nak berbisnes tu terwarisi la kat sini kan. Eh eh bahasa apa ni..layan kan aje ๐Ÿ˜. Tapi kan, bukan mudah sebenarnya nak buat bisnes kan. Saya tabik wanita yang bergelar businesswomen kat luar sana. Korang memang superwomen ๐Ÿ’ช.


Alhamdulillah, kami dalam team SuperStarShaklee sentiasa dimotivasikan untuk terus berusaha capai target masing-masing. Syukurlah berada dalam team Master Salwa yang membuatkan saya `terpaksa jadi rajin` *nangisbucukatil*.

Neni banyak ajar anak cucu cicitnya cara-cara yang betul nak buat bisnes. Neni juga organize banyak sangat kelas untuk kami belajar, untuk kami tambah ilmu. Kami kena tahu dan upgrade diri dengan ilmu. Baru la boleh consult awak-awak dengan betul dan tepat kan ๐Ÿ˜€

Terima kasih Neni Salwa sebab organize banyak kelas FREE untuk kitorang. Ada kelas online dan ada juga kelas offline. Jujurnya, ada yang saya sempat attend dan ada yang belum lagi berkesempatan nak attend kelas tu. Tapi tak apa, kita aplikasikan dulu ilmu dari kelas yang pernah attend tu ๐Ÿ˜€

Oh ya..Master Salwa seorang yang mempunyai pengalaman dalam medical studies, seorang pakar laktasi dan penyusuan serta seorang internet marketer yang berpengaruh. Pernah mendapat sentuhan DAO dan juga Tuan Faisal Abdullah. Beliau juga merupakan coach pilihan bisnes online Malaysia. Jadinya, team SuperStarShaklee mempunyai KEKUATAN dari segi PRODUCT KNOWLEGE dan juga MARKETING serta kekuatan melahirkan leader-leader HEBAT! So, I'll be the next leader lah nanti InsyaAllah. Tolong la ameenkan beramai-ramai dihari Jumaat nan indah ini. Hehe ๐Ÿ˜€.

Tapi tapi...sebelum berangan lebih jauh, ingat dulu ilmu tu kena upgrade ya ๐Ÿ˜‰. Nak tahu tak kelas apa Neni organize kat kitorang? Jom tengok kot nanti awak pun boleh join kitorang sekali kan menuntut ilmu ni..hehe ๐Ÿ˜Š.



5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

1) Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee
Kelas ni Neni berkongsi dengan kami rahsia -rahsia dan tips macam mana seorang suri rumah biasa-biasa je boleh jadi JUTAWAN hasil dari berbisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online sahaja. Namun sayang seribu kali sayang, kelas ni Neni buat secara offline sahaja dan memandangkan Neni di KL sana, saya belum berkesempatan untuk hadir kelas ini. InsyaAllah will join later jika diizinkan.

2) Kelas Strategy Blog 7 Angka
Yang ni kelas bisnes online kami yang saya PALING suka ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Ye la dulu ingat nak tutup dah blog yang disemai sejak 2009 ni sebab masa tu blog just untuk diari je kan. Tak ada input and knowledge pun rasanya boleh saya sharing. Time tu just nak blog sesuka dapat duit hasil iklan Nuffnang tu kan. Hehe. Tapi Alhamdulillah dapat la cash out sikit dari Nuffnang. Tapi lepas tu dah jarang update. Time tu pun dah start kerja. Mood blogging menurun. Iklan Nuffnang kiri kanan tu pun cam tak ada orang klik je.So fikir macam malas la nak tulis blog lagi.

Tapi tapi...lepas dengar cerita Neni pasal boleh buat duit dengan blog kalau kena cara dia, terus "eh tak jadi la nak delete blog. Sayang sayang.." . Haa...tengok..kan dah rajin update blog tiap-tiap hari. Dah cakap tadi kan i terpaksa jadi rajin tau lepas dengar Neni cakap.

Neni Salwa dedahkan EKSELUSIF untuk kami rahsia-rahsia macam mana nak bina blog sehingga menjadi medium atau channel sales masuk setiap hari umpama sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan air dan umpama pokok yang sentiasa berbuah lebat selebat-lebatnya! Ecewwaah. Sebab tu la superibu.com boleh berada di ranking atas sekali bila awak search "Pengedar Shaklee" ,  "Pengedar Shaklee Penang" or apa-apa la yang berkaitan dengan pengedar Shaklee. Tak caya sila la try cuba search pengedar Shaklee tengok...๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Oh Mami Erni punya vitaminibu.com tu pun dok rank awal-awal. Macam tak boleh la tengok saja. Rasa nak jugak ummiawesome.com dok paling atas sekali nanti bila orang search pengedar Shaklee nanti. Ameeen *berangantakkenabayartau*

3)  Kelas Teknik FB 6 Angka
Haa...kelas FB ni pun best jugak tau. Kelas ni kelas online pasal macam mana kita nak jadikan FB tu sebagai channel untuk bisnes. Bukan saja-saja tau ada FB personal dan FB page tu. Media sosial yang ada ni, manfaatkan lah sebaik mungkin. Kelas teknik FB 6 angka ni, Neni dedahkan kami rahsia cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online untuk menjalankan bisnes online dengan berkesan tanpa mengeluarkan modal untuk pemasaran atau marketing.  Dan ada rahsia juga macammana nak sediakan umpan, nak cari ikan apa, ikan kita nak tu ada kat mana? Eh ni calap pasal ikan ke pasal FB? Hahaha...Kalau nak tau pasal kelas FB atau kelas ikan ni, kena la join SuperStar baru boleh tahu banyak. And if apply betul-betul apa yang Neni ajar ni,InsyaAllah boleh buat sale tau.

4) Kelas Teknik Close Sales Power
Selain dari kelas marketing, paling penting kita kena tahu juga cara close sale dengan customer. Sebab tu kelas teknik close sales POWER ni saya suka sangat! Neni ajar kami macam mana nak close sale dengan berkesan guna teknik PANGGILAN MAGIC yang diadun dengan elemen LAMPU-LAMPU AJAIB. Yang ni banyak lagi saya kena belajar dan practise. InsyaAllah will MASTER it by hook or by crook! ๐Ÿ˜€๐Ÿ’ช

5) Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing)
Untungnya ahli team SuperStarShaklee sebab kami dapat belajar dengan coach, mentor, sifu-sifu dan otai-otai yang dijemput khas oleh Neni Salwa untuk team kami. Ada kelas dengan tuan Amirul, ada dengan tuan Iftitah dan ramai lagi. Neni buat kelas ni both online dan offline tapi saya teringin dan target nak pergi yang offline juga sebab lagi best dapat belajar face to face kan ๐Ÿ˜€


Itu dia antara 5 kelas yang kami ada untuk belajar cara-cara nak buat bisnes online. Sebenarnya ada banyak lagi kelasnya contoh macam kelas  Zero Cost Marketing untuk sesiapa yang nak buat bisnes tanpa perlu keluarkan modal untuk pengiklanan dan pemasaran. Tapi tak apa. Mana yang dah kita belajar, apply dulu yang tu. Dalam masa yang sama, sentiasa belajar ilmu lain dan teknik lain hari ke hari ๐Ÿ˜Š


Sesiapa pun dialu-alukan untuk join team kami ni. Tak kisah la suri rumah ke,students ke, atau awak yang dah kerja just nak tambah pendapatan sampingan, kami amat mengalukan awak semua bersama kami di SuperStar.Jangan cakap saya tak tahu nak buat bisnes. Team SuperStar ada cara dan akan guide anda untuk berbisnes online. Jom kita bina empayar bisnes sama-sama ๐Ÿ˜€



 Hubungi talian di bawah;

๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++ ++++++++++++++++++++++

Read more...

7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee

>> Dec 1, 2016


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Alhamdulillah dah memasuki bulan Disember bulan terakhir kita di tahun 2016 ni. Hari ni permulaan hari dibulan baru, boleh la set target atau vision board masing-masing ya ๐Ÿ˜‰

Okey nak cerita sikit tentang Shaklee dengan group SuperStarShaklee ni. Kenapa saya ada dalam group ni? Best ke best team SuperStarShaklee ni? Apa yang SPECIAL sangat team SuperStarShaklee ni?

Haaa...nak tau mai nak cerita ๐Ÿ˜€




7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee


1) Pengalaman 20 tahun makan Shaklee
Team SuperStarShaklee dinaungi oleh Master Salwa yang mempunyai pengalaman bersama dengan produk Shaklee ni selama 20 tahun. Dan sepanjang tempoh 20 tahun tu, Alhamdulillah beliau dan seisi keluarga dapat merasai kesan yang baik dengan pengambilan Shaklee.

2) Akses dengan Nutritionist
Team SuperStar mempunyai access dengan Nutrionist yang mana team kami boleh tanya direct sebarang persoalan berkenaan cara makan contohnya, tanpa perlu protokol yang memakan masa untuk entertain persoalan pelanggan.

3) Informasi yang Tepat dan Betul
Kami juga mempunyai informasi yang tepat dan betul hasil latihan dengan nutritionist Shaklee, bukan informasi copy paste dari blog pengedar Shaklee lain ya ๐Ÿ˜Š

4) Boleh COD di Kawasan Berdekatan
Kami boleh COD di beberapa kawasan terutama di Batu Kawan, Bandar Cassia, Bukit Tambun dan Simpang Ampat. Nak-nak lagi sapa yang suka pi Design Village tu yang baru buka tu, boleh sangat la nak COD situ . Boleh cuci mata sekali ๐Ÿ˜œ

5) Boleh poslaju ke seluruh Malaysia Sabah dan Sarawak, ada pengalaman poslaju ke luar negara juga. So jangan risau mana yang dok jauh, kami handle by pos ya

6) Team yang aktif dan fresh
Team SuperStar team yang aktif dan fresh dengan informasi tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee. So tak perlu ragu nak daftar ahli untuk makan sendiri atau  yang nak daftar ahli Shaklee untuk buat Bisnes Shaklee Online atau Offline ๐Ÿ˜€

7) Pakar Penyusuan, Pakar Kehamilan dan Bersalin, Pakar Detox
Dalam team kami ada pakar penyusuan bertauliah yang berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu sejak tahun 2007. Juga kami memiliki pakar kehamilan dan bersalin untuk ibu-ibu yang nak pakai Set Bersalin Shaklee rujuk panduan bersalin seperti panduan bersalin ibu pertama kali berpantang, panduan berpantang sendiri, menu-menu dan masakan berpantang sihat, dan banyak lagi

Dalam team SuperStar juga ada pakar DETOX yang berpengalaman dalam isu detox seluruh badan dari organ, heavy metals, sel dan DNA. Semua ada la untuk rujukan dan mereka tak lokek dengan ilmu ๐Ÿ˜Š




Teringin tak nak join team aktif SuperStar kami ni dan rasai sendiri kepuasan bisnes online Shaklee ni? Jangan takut untuk mulakan langkah pertama. Siapa tahu kita boleh melangkah ke tapak-tapak kejayaan seterusnya nanti. Yang penting mulakan lah langkah pertama dulu dan pilihlah yang terbaik.



Nak daftar ahli Shaklee Online? Jom hubungi hotline di bawah:



๐Ÿ“ฑWA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda ++++++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

>> Nov 30, 2016


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…


Lumrah dalam hidup, ibarat pusingan roda. Sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Kadang-kadang kita akan rasa down bila apa yang kita target tu tak dapat. Bila kita rasa down, apa yang perlu dibuat?

Usaha dah banyak keluar tapi tak juga membuahkan hasil. Kita terkesan dengan pelbagai peristiwa yang berlaku menyebabkan ada masa rasa nak quit je buat sesuatu benda tu kan ๐Ÿ˜Ÿ.



Namun, biar apapun, jangan mudah berputus asa. Di sini saya kongsikan antara tips bagaimana cara naikkan semangat hidup bila kita rasa down disebabkan oleh kerja ataupun bisnes.


TIPS NAIKKAN SEMANGAT HIDUP

1. Muhasabah Diri
Bila kita ditimpa musibah, ambil masa, tenangkan hati dan fikiran, relax. Tarik nafas dan istighfar.

Katakan ujian ni Allah bagi sebab Allah sayang kat aku. Allah sayang sangat kat hambaNya. Mungkin ujian ni Allah nak ingatkan kita yang selama ini lalai untuk ingat kat DIA.

Renungkan apa yang telah kita buat selama ni. Check kembali dan perbaiki mana perlu.



2. Sabar dan Solat, Baca Al Quran
Banyakkan bersabar bila dilanda ujian. Dirikanlah solat sunat Taubat umpamanya. Sujud lama-lama dan mohon pada Allah agar di beri ketenangan.

Juga bacalah ayat-ayat suci al Quran serta fahami maksudnya. Ada juga doa yang boleh diamalkan untuk mengelakkan stress.



3. Kongsi Dengan Yang Tersayang
Biasanya, kita mesti rasa nak luahkan perasaan kita sengan orang yang paling dekat dengan kita kan. Umpamanya suami, isteri mahupun ibu ayah.

Setengah orang ada kawan yang sangat rapat. Tak kisah la sesiapa  pun kita berkongsi la masalah dengan mereka.

Jangan dipendam perasaan yang tidak elok lama-lama. Kalau perlu menangis, menangislah untuk sementara.


4. Susun Balik Target dan Jadual
Bila hati dah tenang, kita rancang kembali apa yang harus dilaksanakan.

Susun target yang kita nak capai dengan teratur dan laksanakan ikut jadual.



5. Jaga kesihatan
Penting untuk menjaga kesihatan walau sesibuk mana kita dibebani dengan kerja dan tugas. Pemakanan terutamanya memainkan faktor terhadap kesihatan kita.

Untuk mengelakkan stress, makan mengikut masa dan boleh juga ambil makanan tambahan untuk legakan saraf kita.

Cuba lah dapatkan dan amalkan  Set Elak Stress ni untuk atasi rasa down tu. Bila nutrisi di dalam tubuh cukup dan seimbang, kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan sebaiknya.




Selalu kita dengar orang sebut "think positive" kan. Apa sebenarnya maksud disebalik "think positive" tu?

Positive thinking is a mental attitude in wich you expect good and favorable results. In other words, positive thinking is the process of creating thoughts that create and transform energy into reality. A positive mind waits for happiness, health and a happy ending in any situation.


Tindakan kita banyak dipengaruhi oleh minda sebenarnya. Bila kita down, cepat-cepat ingat di mana dan kenapa kita bermula. Teruskan melangkah kehadapan. Tinggal sikit lagi nak capai kejayaan tu ๐Ÿ˜€




 Jangan lupa amalkan apa yang asa di atas ni ya. Mudah-mudahan kita akan lebih rasa ketenangan. Hingga bertemu di lain post. Bye.

++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

Read more...

5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

>> Nov 29, 2016


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Petang semalam selepas Asar, Neni kami Master Salwa ada buat live fb kat group SuperStar Shaklee. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat berkenaan dengan Cara Score 3000UV  Dalam 3 Hari Terakhir. 

Ada 3 perkara utama yang Master Salwa tekankan untuk kami score 3000UV untuk jadi Supervisor. InsyaAllah masih sempat lagi berusaha dan perbaiki mengikut apa yang Neni Salwa ajar kami tu. Semoga kita sama-sama naik rank ameeen๐Ÿ’ช๐Ÿ˜.


Oh ya, bila dah terjebak dalam bisnes online shaklee ni, Alhamdulillah sangat diketemukan dengan Master Salwa dan kakak upline cantik Mami Erni serta teamates dalam SuperStar Shaklee. Banyak benda dan ilmu yang saya pelajari dari mereka. Ilmu bisnes terutamanya, ilmu nutrisi dan kesihatan serta banyak lagi la.

Paling penting, sikap dan mindset mereka yang sangat POSITIF! Saya kena serap banyak lagi ni ๐Ÿ˜€.  Berada dalam circle yang positif membantu kita untuk terus juga memajukan diri dalam bisnes ini.

Sejak join bisnes online Shaklee ni, saya juga belajar tentang sikap dan mindset yang ada pada orang-orang yang berjaya. Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit apa yang telah saya belajar melalui bisnes Shaklee ini dan sedang cuba untuk aplikasikannya setiap hari.



5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee


1) Bersyukur
Sentiasa memanjatkan kesyukuran tak kira samada apa yang diusahakan mencapai target atau tidak. Panjatkan kesyukuran walaupun bonus yang dapat baru 2 angka. Kalau kita tak bersyukur dengan yang sedikit, macam mana Allah nak bagi lebih? Pesanan ini saya sentiasa ingat. Belajar untuk bersyukur walau sekecil mana pun kita dapat.

Hari ni saya bersyukur sangat sebab followers IG @sethilangparut dah cecah 3k followers. Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š. Next is road to 5k Ameen.


2) Bina Keyakinan Diri
Apabila kita buat bisnes, mestilah kena banyak interaksi dengan orang. Walau dengan mesej dan WhatsApp sekalipun, itu juga salah satu cara kita berkomunikasi. Orang yang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara. Maka untuk meyakinkan pelanggan-pelanggan dan bakal-bakal pelanggan yang dikasihi, saya juga kena mendalami lebih ilmu juga, baru la lebih yakin nak approach mereka nanti.


3) Suka Bantu Orang
Dalam bisnes Shaklee, apa yang kami terapkan adalah konsep BANTU ORANG! Kita buat bisnes bukan setakat nak kejar untung semata. Yang ni pun Neni Salwa sentiasa ingatkan, apa yang kita boleh bantu orang melalui produk yang kita jual? Disebabkan nak bantu orang la saya suka berada dalam bisnes Shaklee ni ๐Ÿ˜€.


4) Membina Hubungan Sosial
Salah satu perkara yang kita kena jaga dalam apa-apa jua bisnes adalah hubungan sosial. Bila kita berbisnes, kita berurusan dengan orang ramai. Dari sini, kita dapat mengenali kawan-kawan baru. Yang mana dari tak kenal,tak mustahil boleh jadi kawan rapat hanya semata-mata pernah beli dari kita kan. Hehe ๐Ÿ˜Š


5) Pergantungan Kepada Allah swt
Untuk mencapai sasaran kita setiap bulan, awal bulan mesti dah letak target dah. Tinggal usaha dan atur strategi sahaja untuk menggapainya. Namun, kita sentiasa diingatkan yang semua kejayaan tu takkan diberi melainkan dengan izin Allah. Jaga hubungan dengan Allah dulu. Minta apa yang kita nak dari DIA. Sentiasa minta doa dilapangkan rezeki.



Untuk beroleh kejayaan, ada la banyak liku yang perlu diharungi. Namun, jangan pernah berputus asa untuk menggapainya. Teruskan melangkah kehadapan. Jalan terus ya ๐Ÿ˜‰

Salam kejayaan!

Sebarang order dan konsultasi prodek Shaklee sila hubungi 013 985 2827 ๐Ÿ˜Š




Read more...

footer social

Google+ Followers

Followers

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP