Good Luck!


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم

Hari ni dah start UPSR kan. Excited plus berdebar-debar nak jawab exam, sudah tentu. Semua pernah melalui situasi yang sama. Tapi more kepada excited sebab lepas exam boleh main! Haha!

Hmm sudah lebih 15 tahun rupanya meninggalkan zaman sekolah rendah. Kenangan bersekolah yang sudah pasti tak dapat dilupakan. Amat pasti. Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik. Allah saja mampu membalasnya. Kawan-kawan juga. Masih lekat diingatan.

Buat adik-adik yang ambil exam hari ni, all the best! Usaha diiringi doa. InsyaAllah kejayaan milik kalian.


Budak 2 orang ni dah besar!


Good luck Aina, Aifa and Kak Ngah!


♥, 

 myaada

من العائدين والفائزين

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat di penghujung Ramadhan. Semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan Allah. Sejenak ia berlalu pergi. Pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang Tuhan. Ameen.

Dikesempatan masa, ruang dan ketika, mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat yang menyinggah. Maafin salah silapnya.





من العائدين والفائزين
ﺗﻘﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻨﺎ ﻭﻣﻨﻜﻢ ﺗﻘﺒﻞ ﻳﺎ ﻛﺮﻳﻢ
     

Minal 'Aidin wal Faizin. Taqobalallahu minna wa minkum, taqabal yaa kareem.


♥,

myaada