Lately, update blog ikut mood datang. Yang ini dah 2 minggu. Tapi takpe lah. Kita wish jugak dekat sini. Selamat berkonvo Chik.
For a new start,
new beginning,
new life,
all the best for a wonderful future,
always aim for the star, no others,
make it success.
Again, happy graduation. Well done.
"An investment in knowledge always pays the best interest" - Benjamin Franklin
harus la kan pagi-pagi jumaat ni dgr lagu2 nasyid.tenang sikit. dulu layan minah goyang gerudi dikocok-kocok hahaha. kisah dulu kat nilai.okkeh... ni diaaaa....empat bijikk video lagu mz in different version aku tempek lagi kat sini.lepas geram sbb tak boleh tgk showcase maher zain kan..meh2 kita wat showcase kat sini.. oh btw semua video ni adalah video lagu open your eyes je. sbb minat amat dgn lagu ni.dari akhir tahun lepas suda jatuh chenta sama lagu ni. tak kesah la kan dulu pun sy dah pernah post video open your eyes.tu versi lain but sgt menarik.sila tengok. dan yang kat bawab-bawah ni pun interesting jugak.
satu : memaparkan foto-foto keindahan alam semulajadi flora fauna bintang-bintang tapi yg statik punya
dua: koleksi gambar-gambar photographers kot *refer kat tiup* masjid-masjid kat malaysia, pantai air terjun tasik ye saya suke pantai. babies langit bulan dan juga bintang.langit pun saya suka tengok.
tiga: paling saya suka slps yg
ni. cantik menarik.langit biru.mata besar.sila tengok sendiri :))
empat: versi final fantasy.ade jugak.
kesimpulannya, jgn lupa kita milik siapa. kebesaran DIA dpt dilihat melalui apa yg ada di sekeliling.pandang lah dgn mata hati, rasai juga dgn hati.
petikan
Take us in the best way
Guide us every single day..
Keep us close to You
Until the end of time..
ameen
yang khilaf,
Your the one in my dreams at night while stars shine and in my mind good things twine
Every night I wish to see you
to hold you
But yet these things I never show,
I just want you to know that they are there
For you when you're in spare for love
And so I end in my deepest regret
that I waited so long to show my love to you
But you mean more to me than anything
::ursula::
yours sincerely,
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
Setiap apa yang ALLAH janjikan memang benar. Kita merancang. DIA merancang. Namun perancangan DIA lebih sempurna buat kita hambaNYA. Ucapkan lah Alhamdulillah. Tiap detik,waktu,saat. Karna syukur itu taat. Dan Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU atas apa yang KAU berikan. Jadikanlah kami dekat denganMU Tuhan. Amin.....
Salam Sayang,
::berkekalan berpanjangan::
Assalamualaikum,
Hari ni hari Jumaat, hari yang indah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah kita dapat lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH SWT yang cantik ini. Syukur padaMU ya Tuhan.
Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
Bila bercakap tentang bahagia, ramai org tertanya2 mcm mana nak bahagia. Adakah perlu ada wang berjuta-juta baru kita ada rasa bahagia? Tidak kan?
Sebenarnya bahagia itu kau yg kena tentukan sndiri. Kalau kau inginkan bahagia, maka ia datang. Kalau kau inginkan derita, ia tetap datang kalau itu yang kau ingin. Biar berapa ramai org sekeliling yg hadir, dalam pelbagai watak,membawa derita atau luka, namun keceriaan hati itu perlu kau pupuk sendiri. Mungkin susah, namun usaha untuk itu patut ada bukan.
Terbaca satu entry dari blog Puan Suzana Ghazali berkisahkan seorang kanak2 yang telah menyelamatkan nyawa dan kehidupan seorang wanita. Sungguh terkesan.
Percayalah pada diri kerana kebahagiaan itu milik kita. Mengadu dengan ALLAH agar kuatkan jiwa. Yang lain terserah. Pilih untuk bahagia. Indahkan hidup bila hati bahagia.
::Sebesar mana pun masalah yang datang, ingatlah ALLAH itu Maha Besar::
Choose Happiness
Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat Abah ku, semoga ALLAH merahmatimu selalu... Kami anak2 mu senantiasa mendoakan kesejahteraan Abah dan Ma. Tak mampu terbalas jasa2 kalian. Hanya doa yang mampu dilayarkan.
selamat hari bapa, Bah!!
Ayah dan Bonda
Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,
Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,
Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,
Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda
Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,
Corus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,
Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku
Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..
dendangan the Cyber Jammers
:: menitis air mata bila dengar lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman::
Kadang2 orang mudah alpa dengan apa yang Tuhan kurniakan, lupa mensyukuri. Tika nikmat itu ditarik balik, baru terfikir terngadah, baru hendak cari apa yang tak kena pada diri.
~ Ingatan buat diri ~
Saat ini, hati perlu bertenang. Dekatkan diri, doa padaNYA. Sungguh, aku damai disini, walau lama malam tangis tak didengari. Perlukan kedamaian, ketenangan berterusan, ditemani insan-insan yang amat mencintai, menyayangi aku, tulus. Alhamdulillah. Sejujurnya, aku pasrah. Bukan tak mahu, namun masih ada liku.
Harus kuat juga karna masih ada banyak hal di hadapan. Harus sedia. Betul orang cakap ; Yang datang itu baik, yang pergi itu baik. Aku terima. FULL STOP.
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu
:: terngiang-ngiang ::
Mei merupakan bulan yang boleh dianggap bulan penghargaan. 1 Mei merupakan hari menghargai pekerja. Bulan Mei juga menghimpunkan Hari Guru dan Jururawat. Tak terkecuali Hari Ibu yang mana jatuh pada Hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.
Okkeh... Sempena dengan Hari Ibu esok, aku pon nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ma yang tercinta, Puan Hasiah Che' Dian. Sesungguhnya tak mampu kita nak balas jasa ibu kita sepanjang mengandungkan kita, melahirkan dan mendidik kita. Justeru, hargai lah mereka. Dan untuk Ma, terimalah dedikasi dari anakmu ini.
Ibu
Engkaulah Ratu,
Engkaulah Permata Hatiku,
Bertarung nyawa melahirkanku,
Mengajarku erti hidup,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Terima kasih ibu..
Aku berdoa,
Moga ALLAH merahmatimu selalu,
Karna dikau adalah ibuku,
Yang kucintai dan sayangi selalu...
Owhhh...pandai gak haku karang2 puisi neh...hahaha...belasah jer la hek! Untuk semua ibu-ibu kat Malaysia dan seluruh dunia, selamat hari ibu jugak. Wat korang semua, jom cepat2 wish selamat hari ibu wat mak2 kita, at least diorang tau kita amat menyayangi mereka. Love and peace!
Jom dengar lagu HUJAN ni...sangat besstt...
Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”
Jom lihat apa sebenarnya kisah disebalik hijrah Nabi SAW..
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.
Kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Ketiga,permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Walau ape pun, brsempena kehadiran tahun baru ini, mari la kite same2 mghayati erti penghijrahan yang sebenar... Tepuk dada, tanya iman..
Wallahua'lam..
::Salam Maal Hijrah utk sume..semoga diberkati ALLAH sentiasa...Amiinn..
~ Kadang-kadang apa yang kita inginkan belum tentu kita dapat.....
~ Kadang-Kadang apa yang kita hasratkan tak semestinya milik kita.....
~ Kadang-Kadang apa yang kita dambakan bukan ditakdirkan untuk kita.....
~ Bersabarlah duhai hati...
InsyaALLAH pasti hari esok dapat kita kecapi apa yang tersurat sejak azali.....
*******************************************