Showing posts with label Semangat Diri. Show all posts

Tentang Blog ummiawesome


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Ambil masa sikit tengahari ni untuk menulis di blog ummiawesome 😊. Sejak dua menjak skala kerajinan mengupdate blog semakin meningkat levelnya 😀

Alhamdulillah dan tahniah untuk diri sendiri 👏👏😂. Nampak gaya niat nak delete blog ni dulu tak jadi la ya..hehe.

Kalau perasan la, last entry adalah pada tahun 2014. Bayangkan 2 tahun tu memang tak jenguk blog dah bersawang sangat dah ni 😅

Dan ini pun bukan blog pertama. Blog pertama nama dia degreeny kalau tak silap. Lupa . Yang tu memang dah kena delete 😂.

Imbas balik, saya create blog ni pada tahun 2009 dengan domain dasoufieyz.blogspot.com. Elok-elok habis belajar kalau tak silap masa tu. Jadi maafkanlah sebab masa tu masih lagi jiwa kanak-kanak dengan tulisan berwarna-warmi bagai, gambar-gambar kartun, lirik-lirik lagu je yang ada 😅.

Tujuan masa create blog dasoufieyz ni dulu pun saja suka-suka nak berblog dan lebih kepada diari la, berkisar tentang life hari-hari. Tengok ramai sangat kawan-kawan yang start ada blog. Masa tu ramai buat online bisnes dengan blog atau blogshop. Yang saya suka follow dan beli adalah blog lovely-austere.blogspot.com,Rina Salleh Gadis Melayu punya. Sekarang pun dah tak ada dah blog tu 😊. Dah ada Rina Salleh Clothing dah pun 😊

Namun akhir-akhir 2016 ni, terasa ada sesuatu yang memberi inspirasi untuk terus aktif berblog. Keputusannya, blog dasoufieyz tak di delete. Maka, seiring dengan peningkatan usia, nama blog ditukar juga kepada ummiohsem.blogspot.com UMMIAWESOME.COM dengan harapan diri sendiri dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat dan bernilai dalam hidup ni. Erti hidup kan pada memberi. Quote yang sentiasa dalam ingatan.




Akan ambil masa sikit untuk kemaskini blog ni. Tak apa. Kita buat slow-slow. Jom start kasi blogging balik 💪 😊Mudah-mudahan, blog ummiohsem UMMIAWESOME terus maju ya 😉

Terima kasih pada yang sudi singgah  dan selamat berkenalan juga pada yang baru singgah .


++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013- 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

It's a birth-day


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم



Twenty seven.


Ganjil. Tak genap. Ia tak sempurna. Ia tak cukup sifat. Ia kekurangan. Serba kekurangan. Realiti.


Pastinya berusaha untuk menggenapkannya. Terus berusaha.

Hari ini cuaca cukup baik. Indah. Alhamdulillah. Alhamdulillah atas segalanya yang Allah kurniakan. Begitu besar nikmat yang Dia kurniakan, namun diri masih alpa. Betapa besar rahmatNya. Saat lemahku datang, Kau tetap ada. Sentiasa ada.

Tuhan, maafkan diri yang banyak khilaf ini.

Bertambah angka umur. Dalam hayat ini, dalam usia yang menjauh ini, kuingin lebih mencintai dan merinduiMu. Pimpin tanganku, hatiku dan langkahku menujuMu Tuhan. Ameen Ya Rabbi.


And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.


May I have all the joy my heart can hold. All the smiles a day can bring.  All the blessings a life can unfold. And may I get  the world’s best in everything. Many many happy returns of the day. Bring a smile on my face. Move on.



♥,
  myaada

Ilham





Beribu bintang dilangit                               
kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
pudar ilhamku tanpa arah...





It is not the end but the beginning of the end



♥,

  myaada

Bahagia itu Indah


Assalamualaikum,

Hari ni hari Jumaat, hari yang indah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah kita dapat lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH SWT yang cantik ini. Syukur padaMU ya Tuhan.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."



Bila bercakap tentang bahagia, ramai org tertanya2 mcm mana nak bahagia. Adakah perlu ada wang berjuta-juta baru kita ada rasa bahagia? Tidak kan?

Sebenarnya bahagia itu kau yg kena tentukan sndiri. Kalau kau inginkan bahagia, maka ia datang. Kalau kau inginkan derita, ia tetap datang kalau itu yang kau ingin. Biar berapa ramai org sekeliling yg hadir, dalam pelbagai watak,membawa derita atau luka, namun keceriaan hati itu perlu kau pupuk sendiri. Mungkin susah, namun usaha untuk itu patut ada bukan.

Terbaca satu entry dari blog Puan Suzana Ghazali berkisahkan seorang kanak2 yang telah menyelamatkan nyawa dan kehidupan seorang wanita. Sungguh terkesan.

Percayalah pada diri kerana kebahagiaan itu milik kita. Mengadu dengan ALLAH agar kuatkan jiwa. Yang lain terserah. Pilih untuk bahagia. Indahkan hidup bila hati bahagia.


::Sebesar mana pun masalah yang datang, ingatlah ALLAH itu Maha Besar::
Choose Happiness