Guna 4 Tepung Ni Jadikan Peria Goreng Anda Spicy dan Rangup!

Aada Ummi Awesome 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi semua. 

Menu biasa je masak untuk makan sempena cuti Maulud Rasul hari ni. Alang-alang dah ada peria katak suami belikan, kita goreng celup tepung je la kan senang! Sejujurnya peria ni kalau masak lain selain goreng tepung ni, agak sukar nak telan asbab kepahitannya itu. Ya tahu pahit itu ubat, namun apakan daya, masih tak boleh bertolak ansur dengan level kepahitan dia tu. Hehe.




Kali ni kita adjust sedikit bahan-bahan nak goreng dia. Apa yang penting korang guna 4 tepung ni je je untuk jadikan peria goreng tepung tu sedap, pedas dan rangup enak dimakan begitu saja. Haa gitu!

Siapa yang nak mudah dan cepat, tak tahu nak masak apa sayur peria ni, boleh la cuba cara masak peria di bawah.

RESEPI PERIA GORENG RANGUP SPICY ALA MAMAK


Bahan-Bahan

Peria 
Garam
Tepung Bistari (Pedas)
Rempah Ayam Goreng Mamak
Tepung Beras
Tepung Jagung


Cara-Cara

1. Hiris atau sagat peria dan buang biji-biji. Nak mudah belah dua peria tu, dan guna sudu untuk buang biji.
2. Rendam hirisan peria tadi dalam air bercampur garam selama 20-30 minit.
3. Selepas direndam. boleh toskan peria kita
4. Campurkan tepung Bistari spicy, Rempah ayam goreng mamak, tepung beras dan tepung jagung
5. Masukkan peria yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran tepung berkenaan. Gaul dengan rata dan peria siap untuk digoreng!
6. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum start goreng. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan!




Berapa sukatan tepung yang nak campur tu?

Sebab kita gunakan beberapa biji peria je ye la 2 orang makan  je kan, so kita guna sukatan di bawah

Tepung Bistari 1 cawan
Rempah Ayam Goreng Mamak setengah cawan
Tepung Beras setengah cawan
Tepung Jagung setengah cawan



Boleh agak-agak nak campur tepung-tepung tu semua. Janji tak lari rasa. Hehe. Btw, rempah ayam mamak tu kita beli kat shopee je.



Dah macam ghuper Super ring dah dia. Hehe. Siapa suka ratah gitu je peria goreng ni? OK kita geng!

Selamat mecuba resepi mudah ini. Bye!

0 Comments: