بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)
Ujian. Musibah. Bahagia. Derita. Gembira. Senang. Sedih. Kaya. Miskin. Semua ada kan. Complete.
Setiap individu, jalan hidupnya beza. Bermacam-macam rupa, bentuk. Di sana berduka, di sini bergembira.
Setiap apa yang berlaku, adalah ketentuanNya, perencanaan Qada' Qadar Allah jua. Yakin ya. Hikmah itu ada.
Ingatan buat diri. Penawar hati hanya ada pada Dia. Bersabar dan bertabah itu lebih baik. Tuhan, ajari aku erti sabar, redha dan ikhlas. KepadaMu jua aku aku bermohon dan bertaubat.
Ambil darinya segala 'ibrah, jadikanlah ia sebagai khibrah, buat bekalan menempuh hayah , agar selamat dunia dan akhirat. Insya Allah. :)
“Ya Allah, berikanlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut”
♥,
Baru sudah men'tonton' Nora Elena sebab semalam tak sempat. Petang sampai di kampung. Erk tak abis-abis Nora Elena. Sorrii :). Sekarang ni musim cuti sekolah kan. Ramai yang ambil kesempatan balik kampung. Ni balik seminggu cukup lah sebelum meneruskan agenda yang tergendala sekejap. Balik semata-mata majlis nikah kahwin 2 orang abang sepupu next week. Fuhhh cam raya la kan berkumpul ramai-ramai nanti.
kad kahwin poster. cilok dlm rumah ni
Musim cuti sekolah biasalah, musim orang kahwin. Masa ni la masa nak berkumpulnya ahli-ahli keluarga. Yang jauh pun balik. Berkumpul, borak-borak tanya khabar sambil tolong buat preparations, mana yang patut. Ringan jadinya. Oh tadi kat fb aku baca artikel ni. Paste eh.
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ...
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam
petikan : http://webblog.myjodoh.net/
Jawapan kalau ada yang tanya. :). Okey selamat bercuti, selamat berkenduri. Erk orang yang bekerja tapi ambil cuti pun selamat bercuti jugak lah. Adios!
first time update belog waktu ni.x bleh tido padahal dah tutup tutup mata pejam rapat2 golek kiri golek kanan dah. tak tau apa aku fikir. bgun balik ngadap laptop buat terapi sket.dgn muka putih berkrim temulawak rambut pontianak terbang semangat nak tulis diari. maaf ye hr ni dah tuka jadi ala-ala dairi. eh mmg masa mula mula dulu ianya hanyalah 'my stories of life' sebuah dairi tempat aku nak membuat terapi menulis dalam suka dalam duka. and ♥BHB♥ will going the same.sepertimana baim.
ohh i need sumone to hug T___T.please.ush yep cik nott is ere.its ok than nothin..
tengok video cikgu shida yg kontroversi miming lagu.ye mmg buat aku gelak senyum..tp tak baik gelakkan org kan..smoga allah ampunkan dosa. i just want everything to be normal with me.*sigh* believe in patient even its so hard.
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
hidup ujian semata. semoga allah melindungi semua.making dua.ya allah help me for I am weak.amin.
♥ keeping calm,
::is stick to them::
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
Setiap apa yang ALLAH janjikan memang benar. Kita merancang. DIA merancang. Namun perancangan DIA lebih sempurna buat kita hambaNYA. Ucapkan lah Alhamdulillah. Tiap detik,waktu,saat. Karna syukur itu taat. Dan Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU atas apa yang KAU berikan. Jadikanlah kami dekat denganMU Tuhan. Amin.....
Salam Sayang,
::berkekalan berpanjangan::