Showing posts with label Sampaikan Salam. Show all posts

mood beraya


Assalamualaikum. Masih dalam mood raya. Oh cuti panjang boleh la kan lepak kat kampung lama-lama. Eh tak lama. Seminggu je. Mungkin sebab cuti pendek raya haji kali ni, semua orang rushing. Balik kampung sekejap sangat. Tambah musim hujan sekarang ni kat pantai timur. Ziarah yang mana sempat aje.

Malam semalam heaven. Gerak ke kl hantar adik masuk asrama. Petang dah sampai kampung balik. In 20 hours, kb-kl-nilai-kl-kb. Gilir drive dengan abah. Pening tak hilang lagi. Syabasss beti  =).

Tak semua pulang beraya haji tahun ni. So juadah raya simple-simple. Nasi kerabu untuk jemaah yang dtg solat kat Masjid Ikhwan. Plus mee goreng, mihun goreng, puding karamel, ketupat pulut, tapai etc.*yg org kg bawakkan* Since limau bali, jambu merah dan buah pauh ringan a.k.a mangga muda dah ada, petik je la utk dijadikan penyuci mulut, rojak buah. Membazir dibiarkan jatuh berderai ke tanah. Cuma tambah lagi jambu batu dan nenas. Sengkuang tak jumpa. Tak ada rezeki kome nak makan sengkuang. Open house tak ada. Makan-makan of course ada. Haha. Petang buat spaghetti dan mihun sup utk siapa-siapa yg dtg. Raya haji tak sah kalau tak ada gearbox dan air asam perut. Meleleh.

lepas jual beli lembu.jubah dibeli setengah dozen.

Walau di mana menyambutnya, apa jua hidangan nya, ikhlaskan hati padaNya.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.


Salam Aidiladha,

myaada

Selamat Berkorban!


Arrived home safely this morning after long hours journey. As usual lah bila balik naik kereta jalan ke pantai timur mesti penuh dengan kenderaan. Penat, park kereta tidur dulu sekejap kat stesen minyak ke. Its okay biar sampai lambat asal tak terlelap masa bawak kereta tu. Bahaya. So, selamat berpuasa Arafah dan selamat menyambut hari raya korban. Maaf zahir batin. Esok korban lembu.



salam Aidiladha,
myaada

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Bukan den nak koba apo cumo nyo nak ucap selamat hari Malaysia. Syukur Alhamdulilah masih laie bulih idup dibumi bertuoh ni. Bersatu ummat bercorai borai jangan. Den tak do nak tulis apo laie ekau donga la lagu ni. Sonang ati yo cuti panjang bulih poie rumoh tebuko lah..=)



myaada

Salam Hari Raya



Selamat beraya...maaf atas segala.


تقبل الله منا ومنكم
تقبل ياكريم
كل عام وانتم بخير

  

Dari saya,
myaada

ampun maaf


Assalamualaikum...



Salam jumaat diakhir Sya'ban. 2 hari lagi InsyaAllah Ramadhan. Alhamdulillah.
 Ø§Ù„حمد لله,  Ø§Ù„حمد لله, الحمد لله . Ø§Ù„حمد لله رب العالمين.

Kesempatan yang ada mohon maaf pada semua lahir dan batin. Moga mendapat keberkatan RamadhanNYA serta Maghfirah. Harapan Ramadhan itu besar.



Currently listening to Harapan Ramadhan.



Salam Ramadhan ampun maaf,

myaada

another 25



The date is 25
The cuppies are 25
The number is 25
Is there any other 25?







getting older huh...
Happy best-25-day dear man


♥,
unofficial manu fans
h.a.h.a
myaada

no words can describe

She is a part of Love.
She is a part of Strength.
She is a part of Winning.
There is no words can say how much you mean.
Cos there isn't a day that you aren't special to me.
Happy Mother's Day maa. We love you much.






your's sincerely, 
myaada

selamat buka sekolah kanak-kanak


hari ni dah mula sesi persekolahan kann... jeless T___T.. teringin nak pakai uniform sekolah rendah balik. kayuh basikal ke jalan kaki pergi sekolah. mula-mula masuk darjah satu kan sangat best. igt lagi muka cikgu kelas yg garang tu nama dia cikgu ayob. misai dia lebat macam sarjan misai gerak gerak gerak khasss. ooh dia tak garang lah cuma misai dia membuatkan dia nampak garang. tgok muka mmg dah nak terkencing. hihi. terima kasih cikgu sbb jadi guru kelas kami

lepas tu bab nak mula berkawan. segan-segan nak tanya nama kawan sebelah. padahal senang je nak buka mulut cakap hai awak nama ape? nama kite bla bla bla... pastu mula lah bila dah hilang segan malu semua nak pergi kantin koop sama-sama berkepit. perempuan aje :) seronoknye hidup..

lepas tu dpt beratur pergi tapak perhimpunan dgn bisingnya. takyah kesah la pengawas tu nak marah pun.. kami kan baru darjah satu fun la bising pun. kalau cikgu disiplin dtg aah baru lah kesah. haha!


gambar google. seronok kann berdiri dgr cikgu ceramah. seronok lagi bila ari nak hujan dalam hati doa cepat cepat la hujan turun penat dah berdiri ni peluh peluh lagi. uhh baik nya budak ni :D. banyak sungguh kenangan

semalam pergi sg congkak. celebrate the day before start sekolah. kami pun enjoyyy sama! esok-esok dah sekolah belajar sampai pandai org tua cakap.


selamat bersekolah semuanya. tadika rendah menengah. buai laju-laju sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab. sukses.

dan ini award dari cik plud.. thanks a lot mira for the sweet bear here




 its me
myaada

because today is the day


pujian utk skuad harimau malaya kerana berjaya membelasah indonesia tadi. tahniah tahniah tahniah! afdal 3x kann.. hehe.. tahniah mat yo. tahniah safee. tahniah ashari. tahniah muslim. tahniah semua pemain malaysia. tahniah apek sebab gol anda tidak bolos mlm ini. haha. bekalan utk game rabu ni. yeah! mari bersemangat! ayuh kita! MALAYSIA BOLEH!!! :D

oh sekejap. song for me. because today is monday. :) 

And you ask me what I want this year
And I try to make this kind and clear
Just a chance that maybe we'll find better days
Cause I don't need boxes wrapped in strings
And designer love and empty things
Just a chance that maybe we'll find better days

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again

I need someplace simple where we could live
And something only you can give
And thats faith and trust and peace while we're alive
And the one poor child who saved this world
And there's 10 million more who probably could
If we all just stopped and said a prayer for them

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again

I wish everyone was loved tonight
And somehow stop this endless fight
Just a chance that maybe we'll find better days

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again
Cause tonight's the night the world begins again



Better Days, Goo Goo Dolls




wish the day is perfect in every way...
Allah bless me. Allah bless all.


 love,
 myaada

ianya kekuatan kita... bukan ke begitu?

"Sy dah puas doa tp Allah tak makbul" - luah klien via chat YM mlm td.Jgn pertikai kerja Allah! Terus berdoa tanpa putus asa kerana itu kerja kita. Kalau doa cepat makbul, tanda DIA sayang. Bila doa lambat makbul tanda DIA rindu & kasih, inginkn kita sntiasa berdoa kpd-NYA. Bila doa tak makbul tanda DIA punya perancangan lebih baik utk kita. Percaya dan yakinlah!!" - petikan dari fb puan suzana ghazali -

apa ada dengan serangkai doa? jgn perlekehkan setiap rangkaian doa kita untaikan karna ia senjata utama kita. ia kekuatan kita. titipkan rasa syukur dgn doa. rasa terima kasih kita padaNYA dgn doa. jgn sombong. jgn berlagak. jgn takbur tahu. dan jgn pula tatkala butuh akn pertolonganNYA lalu doa itu dikirim. tika senang kamu alpa. lupa sejenak. wajarkah? Allahu Akbar. memujaNYA begitu indah. kannn...


“(Dan) Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan bagimu.” (QS. Al Mukmin : 60)

pasti bukan semua keinginan termakbul  terus. sabar lah. kan sabar itu separuh dari iman. separuh itu sebahagian. takkan semua nak cepat. teruskan berdoa. lagi lagi dan lagi. non-stop. jangan berhenti. percayalah. akan termakbul juga. lambat atau cepat je. DIA sdg uji sabar dan setia rindu kasihnya kita padanya  :). insyaallah

selamat awal muharram kalian. semoga tahun baru ini membuka lembaran baru yg indah buat kita semua. doakan thn ini memberi penuh ketenangan dan kegembiraan buat semua muslimin muslimat sekalian.amiiin. maafkan khilafnya. jgn lupa ye. berdoa. karna doa senjata mu'min. senjata kita. kekuatan kita. jiwa kita juga. jaga diri. tataaa


♥ yang khilaf,

myaada

entri pantas


mood raye lagi ke ni.. aisey belog tak update. ape cerr.. mari update secara pantas ngehngehngeh

1. raya pertama sama dengan beday chik jah so baru nak wish kat sini selamat hari lahir chik *mode happy eksaited lompat lompat tepok tepok tgn* dgn ucapan agak² dah sampai seru nak kahwin tu sila² lah dulu kakakmu ini tak keysah barang sikit pom kalo rasa nak potong line kawen dulu ecececeh statement poyo agaks lah ahakss! beday sambut dgn upacara potong kek secara beramai² berjamaah kat kampong sana.

2. ucapan lagi kat chik jah semoga sukses menjawab kertas ujian final tersebut. kesian sampai pagi raya plus minus 12 jam je dok kat umah pagi raya ke-2 trus balik uni. tape lah nama pun raya korban kena la berkorban ;P. gudlak gudlak! we ♥ u sis muahh muahh hamoi hamoi gediks ahaha

3. tadi siang kenduri besok kenduri lusa kenduri tulat kenduri lepas tulat kenduri dan kenduri lagi dan lagi dan lagiiiiii.....owshhh harus naik la berat tu nanti. yes.

4. kalo buat jadual makan nasik kul 12 satu minit am tiap² malam selama sebulan ni agak² berjaya tak kumpul lemak dekat pergelangan tgn ngn muka tu?

5. tiap² mlm hujan kt kmpong ni. sedap kaw kaw tido. eh gelombang kedua bah banjir termasuk negeri utara semenanjung. siap sedia menghadapi segala kemungkinan *pesanan dari JKM*

6. ader yg dah g tgok 2 alam? sedap ke?

7. nak godek² cari template cung melecung tempek kat belog *bajet rajen amat*

8. kat luar tu hujan. saya tak tido lagi dan perot bernyanyi hujan oh hujan. adeh lapooo la wehh. cau cin cau seludup makanan jap. adioos amigoss. bai.

gambar kek je buat tatapan u ollsss. bese la bil beyukbeng tak bayar agi selo melo



♥ yang beraya,

myaada

perutusan aidiladha


*mcm pm pulak nak buat perutusan* :)


....... Alhamdulillah esok raya. hoyyehh! lompat lompat lompat. eh eh eh... perutusannya org di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha, hari raya haji dan hari raya korban dkt semua yg singgah baca ni ;p... selamat beraya dan selamat berkorban u olsssss! selamat mkn daging kerbau lembu kambing biri-biri ayam itik angsa sekalian...tp jgn byk sgt mkn daging tu. senak perot nanti . jaga kesihatan jaga badan. ewwaah nasihat org pandai.hiii....

dari saya dan lembu pink tersayang


selamat beribadah juga. ampun maaf salah silap.salam.



 jemput makan daging semua,

myaada

tiba-tiba dia lari


first entri bulan november. bulan bah bulan ujan bulan bergelora eh ombak bergelora dan musim tengkujuh.ape² je laaahh! terutama sebelah pantai timur. kalo ikutkan dulu dah stat cuti skolah dah ni..time² cuti macam ni la amek kesempatan mandi ujan larik² kau kejar aku, aku kejar ko sambil² berjoget dibawah bumbung rumah tgu air ujan tu trun byk²..air terjun tu wooii! lepas tu main 'bot² kecil' dari pelepah pisang or 'dahan pisang'? watteva.. *mukan banana bot yg korang dok naik kt pantai tu* tak pun lepaskan kapal² kertas dari helaian buku² latihan yg terlebih tak diguna pakai... paling best ikut skali pergi pasang 'net' kat sawah tangkap ikan puyu.. dulu xpe..tak alah lagi dgn pacat lintah segala. sekarang? ;)


feberet dia amoi cantik *saje*

musim dah tak boleh pergi pantai kan, jadinya berkelah dalam rumah je la. sambil² tgok tv sambil² cicah biskut cap ping-pong dgn air teh ke kopi hot² panas dia.perasaan dia enak bagai nak dikata laah.haha.sekarang ni bila time ujan je 'service currently not available'.ooohh lagi panaasssss!

mandi? gile kau nak mandi 3 hari sekali erk 3 kali sehari musim sejuk cam dok alaska dah ni...kt kampong kan org pkai air perigi yg letaknya kat luar rumah disalurkan ke paip² dlm rumah.mksudnya air tu air hujan tu.sejukk tak hengat. mandi sekali sehari dah lebih dari cukup ye.haha.tak mandi pun lagi bagus rasenya boleh jimatkan baju pakaian yg nk kena basuh.susah nak kering time² camni.hahaha!

seronoknya. oh kenangan. rasa nak stay je jadi budak². happy tade masalah macam jadik org dewasa.

eh yg tajuk tetiba dia lari tu ape sebenarnya?

ye la aku nak ckp tiba² kenangan zaman kecik² lari masuk lam ingatan aku. tu sbb aku leh update belog ni. kakaka.lagi satu mood pun dah lari ke kampong. tak sempat nak kejar.alamatnya nak buat kerja tak semangat le. sabar².

arap² air tak naik menghalang kami dari balik kampong. oh peliss.nak balik berhibernasi sempena cuti nih.nesvita pun dah beli.tp elok pergi beli dutch lady full krim tu kan utk tambah lemak. lagi 2 bulan nak abis 2010. naik 44 setengah pom jadik laaa!


cesces terbeli baju tu la plak.kakaka.bajet wat raye kunun nanti tak ujan time raya.

sebelum abes tulis, birthday wishes utk org² tersayang dulu


hepi beday cayangg..dah sombong semenjak bole jln nieh..tamo² dukung² dah ye..huh! oke wiken ni g carik pezen tuk aisya ngn adik yer. dak tecik aisya damia dah dpt adik dah. baby girl jugak.selang sehari slpas beday aisya.pandai kak anis bajet.hahaha.balik kampong nanti leh snap gambar dorg 2 org.



besday wishes to my lovely fren nun di sabah, azah. take care dear.jaga baby baik².smoga kalian sefamily dalam rahmatNYA.cepat2 balik semenanjung.lama tak jumpa.gambar ni yg last kite snap mase kau kawen.

oke dah tengahari dah.cari makan jom.bai.


rindu *larikk balek kampoong*,
myaada

pssstt : tahniah tahniah tahniah TRW!!! gomo klate gomo!
pssssttt : kita bersama masih muda masih mentah?aizat amdan ckp. sg lui best la sy pula ckp.dgr mungkin stinky pom masyuk!

Perutusan Syawal


Assalamualaikum....




Dikesempatan ini Cik Aada dgn rendah hatinya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran yang bakal menjelang. Sekejap je rasenya puasa. Tinggal 3 hari je lagi. Harap2 dpt bertemu lagi dengan Ramadhan thn depan InsyaALLAH. Sekarang ni pun kita dah berada dalam malam 7 likur kann...( tapi aku still x fhm nape kena panggey 7 likur.. knp 7?knp likur? kehkehkeh..! Abaikan! )

Walau ape pun, selamat menyambut Hari Raya AidilFitri sekali lagi. Maaf dipinta dari hujung rambut hingga kehujung kaki.Jadikan Syawal ini lebih bermakna buat kita semua. Buat rakan taulan seribu kemaafan dipinta sempena lebaran ini. Selamat berhari raya juga.

Mana yang drive, sila berhati-hatilah anda di jalan raya.. Behave occayh! Cik Aada pun akan berangkat pulang ke kampung petang ni dgn adik2 tercinta. Doakan kami semua selamat dalam perjalanan. Letih dowh kena bawak keta jauh2 plus jem lagikk! Huhh! Tapi semangat balik kampung itu lagi kuat! ooOOo Balekk KaMpOOnng... Hati GiRAngGgg...!!!!

Akhir sekali mehla bertandang kerumah... Mana yang ada sy hidangkan.. ;P... Ketupat rendang semua ader.. ( ye ke? ;> ).

Lagi sekali,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin
Minal Aidil Walfa izin



Salam Idulfitri,
cikaada

Selamat Hari Merdeka


Besok sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, haku ingin mengambil peluang utk mengucapkan selamat Hari Merdeka buat semua warganergara Malaysia. Semoga Malaysia terus menjadi negara makmur aman damai sentosa hendaknya...

“1Malaysia Menjana Transformasi”.



Selamat bercuti jugak!! Jom g suping2 baju raya!

Salam Merdeka,

cikaada

Salam Ramadhan



Assalamualaikum dan salam utk semua yg sudi menjenguk belog saya.... Harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal tiba. Persiapan menghadapi Ramadhan kali ini bagaimana? Baik dari segi mental mahupun fizikal semuanya harus bersedia. Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 dah ada ke belum? Kalau belum, sila print cepat-cepat! Tapi  kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja lah.. Untuk jadual waktu berbuka puasa bagi semua kawasan, sila rujuk website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Jgn lupa ucapkan terima kasih kat JAKIM... Terima Kaseeeh JAKIM!!!

Nampaknya Ramadhan kali ini pun tak dapat meraikannya kat kampung.. huhuhu... Tapi Insyaallah ada kesempatan pertengahan bulan nanti igt nak balik.. if time permits lah....

Okkeh...ini ada sms menarik sempena Ramadhan utk korang semua. Aku dpt sms dari adik sepupu aku semalam..

Salam'alaik...
Nama sy Syaaban,
Saya ingin mengingatkan anda bhw jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lma lg brsama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar...
Mrk akn dtemani olh ketiga2cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan...
Mrk akn pulang slps 30 hari dgn menaikipesawat pnerbangan Eidul Airline...
Hargai mrk & anda akn mndpt pahala yg b'lipat kali ganda!!
Insya'ALLAH
Ameen..
~ salam Ramadhan ! :-)


Waahhh.... kretip betol budak2 zaman skang.. Nak lagi banyak sms menarik sempena Ramadahan, sila lawat belog BestSMS...

Ok semua, selamat menyambut Ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...Maaf dipinta dan semoga Ramadhan kali ini membawa limpah rahmat buat kita semua. Ameen...

Jumpa lagi... daaaaa!


Salam Ramadhan dan salam kasih sayang,

Untuk Abah : Moga Panjang Umur

Awal pagi selasa. Jam laptop menunjukkan pukul 12:33 pagi. Dalam keheningan pagi ini juga aku menulis. Mata tak boleh lelap. Nadiah dah tidur dah. Aku sorang je tak boleh tidur. Padahal esok ada kelas pukul 10 pagi. Elok la aku menulis seketika diruang ini.....

Hari ni 3 Ogos. Tarikh hari lahir Abah aku yang ke 51 tahun. Pertamanya, selamat hari lahir Abah.. Semoga ALLAH merahmatimu. Keduanya, terima kasih untuk segalanya. Mendidik kami.Bila dikenang-kenang waktu kecil-kecil dahulu, Abah seorang yang garang.Tegas. Itu yang buat aku takut. Takut kena marah sebab aku memang nakal dulu. Degil. Panjat pokok manggis, bakar jerami kering kat bendang, main air bah, main bola 'katak', semua tu lumrah bagi kanak-kanak yang membesar di kampung seperti aku.Maghrib baru balik rumah. Mak bapak mana yang tak marah bila itik dah masuk reban baru nak balik. Tapi aku maintain... Esok-esok buat lagi.. =)

Bila dikenang lagi, aku ingat Abah pernah 'babap' aku juga. Ohh...memang nak nangis. Tapi yang pasti aku tak nangis masa tu, depan Abah. Maintain lagi... 'Macho' kena jaga. Haha! Tapi tak tertahan juga sebab aku mesti nangis dalam bilik sorang-sorang. Masa tu, boleh terfikir nak lari dari rumah aje. Sebab fikir Ma Abah tak sayang aku. Perasaan sakit hati kanak-kanak. Takda siapa nak pujuk. Sanggup tak keluar makan. Alih-alih, siapa yang kebulur? Buat muka 20 sen masuk dapur..

Tu masa kecik-kecik dulu.. Bila dah besar ni, pemikiran pun makin matang dah. Dah tak terfikir dah nak lari dari rumah.. ;p (itu zaman kanak2 shj ok!). Umur kami adik-beradik dah meningkat remaja. Abah dah tak garang lagi. Mungkin  dulu kena garang sebab nak didik kami supaya jadi insan yang berguna. Lagipun sebagai yang sulung, kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Aku ingat lagi sewaktu menuntut di Matrikulasi Pahang. Itu first time aku tinggal kat hostel. Memang aku tak boleh nak adapt dengan suasana kat sana. Aku tak nak dok sini.Nak balik rumah. Time orientasi aku dah nangis-nangis even dalam bilik mandi pun, Tengah malam pun sama, waktu nak tidur. Aku curi-curi nangis dalam selimut tak nak bagi rumet2 nampak. Malu! Tapi Abah dengan Ma call bagi semangat. Dorongan. Doa tak putus-putus. Dan part yang paling paling paling aku tak boleh lupakan ialah sewaktu dapat result ujian pertengahan semester. Seriously, aku down gilerr!Aku stress! Ditambah dengan personal problem dengan diri aku lagi, semangat aku hilang entah kemana. Aku ingat lagi hari tu hari Khamis.Siang pergi tegok result kat papan kenyataan. Malam, aku call Ma, teresak-esak kat telefon cakap aku tak dapat buat. Memang tak dapat. Ma suruh aku tenang. Cuba lagi. Dan, sungguh aku tak sangka Abah sanggup drive esok paginya dari Kelantan ke Gambang semata-mata kerana aku! Ma dgn adik-adik pun datang sekali. Even jumpa sekejap sangat, dorang banyak bagi kata-kata untuk menaikkan semangat aku...Abah cakap takpe.. dah tu yang termampu...( oohh...air mata aku dah makin laju dah nie... Sebak bila menulis peristiwa ini.. ) Aku tak ada kakak atau abang. Tapi aku ada adik-adik yang amat aku sayangi. Kad yang dorang bagi waktu tu aku still simpan. Dan Alhamdulillah, berkat doa kalian aku dapat melepasinya.

Bila disingkap balik, terlalu banyak pengorbanan Abah untuk kami adik-beradik. Memang tak terungkap. Kalau mampu dibalas dengan wang ringgit, mudah bukan? Tapi hakikatnya memang tak ternilai dek harta semata-mata. Kasih sayang ayah lebih daripada itu. Meskipun berbeda dari kasih sayang seorang ibu, kasih ayah juga dibawa ke syurga.

Untuk Abah yang dikasihi, selamat hari lahir, semoga ALLAH merahmatimu selamanya. Pintaku semoga dikau dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang amat baik jua. Terima kasih atas pengorbananmu. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas semua jasamu. Doaku "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil." Amiin..

Sekarang ni pun, Abah masih belajar. Ambil ijazah. Sebab dulu-dulu jadi cikgu guna sijil perguruan. Aku ingat Abah cakap," nak ambil degree ni, nanti boleh jadi wakil rakyat kampung niee..." Kami gelak-gelak je dengan gurauan itu..Mana tahu kan? Doa2 kan lah. :). Semoga Abah berjaya menghabiskan pengajian. Amiin.


Coretan hati seorang cengeng,

Entri Ogos


Pejam celik pejam celik, semalam dah masuk bulan Ogos dah. Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala kenangan yang tersisa. Ogos. Bulan Lapan. Bulan Kemerdekaan Malaysia. Negaraku dah merdeka selama 53 tahun sudah. Alhamdulillah. Moga Malaysia kekal harmoni selaras dengan tema hari Kemerdekaan  pada tahun ini  “1Malaysia Menjana Transformasi”. 



Bulan ni juga kita muslimin muslimat akan menyambut Ramadhan Mubarak. Dah tak lama dah. Minggu depan dah. Macam mana persiapan puasa? Bagi yang kena ganti puasa of course la kena cepat-cepat setelkan puasa ganti yg tertunggak :) Kalau tak sempat nak ganti, sila lah buat bayaran fidyah puasa dan ketahui macam mana nak kira bayaran fidyah puasa melalui kalkulator Fidyah. Sila buat kiraan..! =D



Selamat meyambut Ramadhan yg bakal tiba. Nanti nak pergi beli kurma plus kismis byak2. Stok sahur ngan buka puasa. Okey, have a nice day all.. Kena sambung wat assignment.. Tanak jadi cam lazy cat kat bwh nie.. Chaiyok!!


Syokk je tido kat situ..Uhuhhh!


Salam Sayang,


 :: Kenangan Terindah tetap dihati ::