Showing posts with label Kesayanganku. Show all posts

ini yang buat saya suka


tadi pergi d'tasik lagi. makan² sempena akak sepupu nye birthday. dia belanje. hihi.thanks to her.birthday dah lpas 2 nov ari tu tp sbb byk keje so postpone program pegi makan². yeah saya suka makan suasana kat situ sebab jiwa tenang leh tengok air tasik.boleh gitu? oke betol saya sukee. makanan dia sedapp!! tak caya pegi try sekarang! lol... *ke sebab perut ngah lapar boley la ckp sedap*

lagi, staff dorang memang super friendly. korang lagi 4  5 meter nak sampai kat jambatan tu dia dah sound kuat² 'selamat datang '..hahaha. yg best jugak bila dgr lagu² dendangan d'sanusa *lau tak silap la nama dia* korg request jer aper² lagu dorg nyanyi. tp aku request lagu mizz nina what r u waitin' for tu tade lam list wehh! budak² ni yg nak dgr.


tak ape la pakcik. lagu i wanna hold ur hand pun jadik lah. kami terhibur. T__T *ade satu lagu tu*

budak sorang ni kan, mamat rambut pacak. beriya pacakkan rambut tu kunun² macho la kann. macho tak dia??



sekali bila pakcik² tu dtg kat meja kitorg terus dia segan malu² alah. saja nak kena kan dia, abah dia request lagu 'superman'..aku juga bisa nangisss....terus nangisss....menyorok bawah meja...alahai afi afi...kata kuat...hadoii..mmg pakcik² tu stop terus la.tak nyanyi sampai abes pun...tukar lagu lain..


haiyooo kamuuu...tertumpah air mata der..kikiki..



yg best lagi ialah ice blended.berdiri dari kiri: mangga, jambu merah, oren,honey dew. oushhh ilang haus..yg pink tu sy punyee....tak leh blaaaahhh!


nah makan sampai kenyanggg... dasat memang licinnn.... amek gambar pon bia kenyangg...lalala..pheww!


dan ini kak da, yg belanja kitorg makan. happy birthday lagik sekali. semoga murah rejeki. semoga dpt anak lagi.haha.


and beloved family

alhamdulillah kenyangg...atas keta masa nak balik tetiba ade bau somethin'...uwek² nak muntah hakuuuuu.....dah la dlm econ.. dgn selamberr toye yerkk ade sorg budak ni ckp :

"padan mukeee..... itu lah dia kuasa afi..hahaha!!
-budak mana? budak baju biru tu-

ai ai ai aku rase nak ketokk 40x je pale si afi neh..cescesscess! tak senonoh betol p wat kuaq gas disitu.dush dush!


 kenyang lagi, 
myaada


tiba-tiba dia lari


first entri bulan november. bulan bah bulan ujan bulan bergelora eh ombak bergelora dan musim tengkujuh.ape² je laaahh! terutama sebelah pantai timur. kalo ikutkan dulu dah stat cuti skolah dah ni..time² cuti macam ni la amek kesempatan mandi ujan larik² kau kejar aku, aku kejar ko sambil² berjoget dibawah bumbung rumah tgu air ujan tu trun byk²..air terjun tu wooii! lepas tu main 'bot² kecil' dari pelepah pisang or 'dahan pisang'? watteva.. *mukan banana bot yg korang dok naik kt pantai tu* tak pun lepaskan kapal² kertas dari helaian buku² latihan yg terlebih tak diguna pakai... paling best ikut skali pergi pasang 'net' kat sawah tangkap ikan puyu.. dulu xpe..tak alah lagi dgn pacat lintah segala. sekarang? ;)


feberet dia amoi cantik *saje*

musim dah tak boleh pergi pantai kan, jadinya berkelah dalam rumah je la. sambil² tgok tv sambil² cicah biskut cap ping-pong dgn air teh ke kopi hot² panas dia.perasaan dia enak bagai nak dikata laah.haha.sekarang ni bila time ujan je 'service currently not available'.ooohh lagi panaasssss!

mandi? gile kau nak mandi 3 hari sekali erk 3 kali sehari musim sejuk cam dok alaska dah ni...kt kampong kan org pkai air perigi yg letaknya kat luar rumah disalurkan ke paip² dlm rumah.mksudnya air tu air hujan tu.sejukk tak hengat. mandi sekali sehari dah lebih dari cukup ye.haha.tak mandi pun lagi bagus rasenya boleh jimatkan baju pakaian yg nk kena basuh.susah nak kering time² camni.hahaha!

seronoknya. oh kenangan. rasa nak stay je jadi budak². happy tade masalah macam jadik org dewasa.

eh yg tajuk tetiba dia lari tu ape sebenarnya?

ye la aku nak ckp tiba² kenangan zaman kecik² lari masuk lam ingatan aku. tu sbb aku leh update belog ni. kakaka.lagi satu mood pun dah lari ke kampong. tak sempat nak kejar.alamatnya nak buat kerja tak semangat le. sabar².

arap² air tak naik menghalang kami dari balik kampong. oh peliss.nak balik berhibernasi sempena cuti nih.nesvita pun dah beli.tp elok pergi beli dutch lady full krim tu kan utk tambah lemak. lagi 2 bulan nak abis 2010. naik 44 setengah pom jadik laaa!


cesces terbeli baju tu la plak.kakaka.bajet wat raye kunun nanti tak ujan time raya.

sebelum abes tulis, birthday wishes utk org² tersayang dulu


hepi beday cayangg..dah sombong semenjak bole jln nieh..tamo² dukung² dah ye..huh! oke wiken ni g carik pezen tuk aisya ngn adik yer. dak tecik aisya damia dah dpt adik dah. baby girl jugak.selang sehari slpas beday aisya.pandai kak anis bajet.hahaha.balik kampong nanti leh snap gambar dorg 2 org.



besday wishes to my lovely fren nun di sabah, azah. take care dear.jaga baby baik².smoga kalian sefamily dalam rahmatNYA.cepat2 balik semenanjung.lama tak jumpa.gambar ni yg last kite snap mase kau kawen.

oke dah tengahari dah.cari makan jom.bai.


rindu *larikk balek kampoong*,
myaada

pssstt : tahniah tahniah tahniah TRW!!! gomo klate gomo!
pssssttt : kita bersama masih muda masih mentah?aizat amdan ckp. sg lui best la sy pula ckp.dgr mungkin stinky pom masyuk!

a small potluck lunch with beautiful peeps


weekend?awesome!!!yesterday was a happy happy day.my day yesterday was great! dpt kumpul dgn member2 masa keje dulu wat small potluck gathering kat umah dayah.mkn2 lagi kan.quite a month jugak la tak dapat kumpul rmai2. dulu smpat wat bbq tdo kat chalet tg. agas. sonok.nanti kite nak organize lg yok!

ok back to the party.kinda of party heh?! ape yg ado....ade spaghetti dimasak oleh dayah.nope! her husband actually.haha.pandai laki ko masak dayah.kenyan perut aku.ade mihun goreng noha.laksa kak melly.ape lagi yer.naget n ayam goreng shida.puding sweet kak ina. fiza pun bawak spaghetti. eh zura pun dtg bawak air campo2 yg beshh. kopok2 lagi.....saya?bawak perut kosong isi makanan.yes!

makanan tolak tepi.sebab sekarang ni sesi2 bergambar lebih penting yer.pertama dimulakan dari dapur.opkos la kena tunjuk anak2 mak sukeer masok dapor.lol!


sesi buat air.amek2 gamba air ntah kemana!

nah amek tengok.bila masing2 'sukaaa' akan kamera.husband anak tunang pon tolak tepi .saya tak berkait.haha.ohws gewdiks memasing!


baby sitter bertauliah bersama baby cantek..ini baby organizer, puan hidayah n suami mr adnan.ni dia aunee, wan nur aqilah aunee.


bila tgk nama aunee ni, aku sian la dayah kat anak ko nak kaler2 hitam borang exam nanti.tak masuk nama bapak lagi tuh.sian kat aunee kan cayangg..umi nak bubuh nur abi nak letak wan.nah hamek wan nur semua ader!haha.


lagi gambar aunee with umi and aunties.comel kan dia!yer anties dia pom chomel.aunee cakap.ngehngeh.

memang tanak ngan org lain.ngan abi ko ajer yer ko nak ek aunee...aishh...

mommy to be fiza n wifey to be zura.waitin'!

for baby's sake :)

the c.o.o.l. one. shes shida.cik shida.

have no idea wat shes doing.


noha dgn encik tunang, mr hafiz.semoga bahagia kamu-kamu

us. with the most sweety one sis.kak ina.*yes puji ni puji.kene banje ;p*


bersama kak melly.this lady,u rawks ah kak melly!whoopzz!
:))

kak melly n famili bahagia.son, adam yg jambu.jgn marah kak melly..hihi.

having fun!bagooss....bila nak wat makan2 lagi?btw, thanks to puan hidayah cos sponsor tempat mkn2 n many thanks to all for the yummy dummy foods.arigato gozaimasu.vasss.




have a wonderful monday.no monday2 blues heh.salam.


yang enjoy amat,

myaada

Album Kompilasi Raya


Uppss... Belog saya sudaa lama tak berupdate.. Biase la cuti raya... Ni pun tak abes raya lagi.. Sapa lagi nak wat open house? Sile jemput saya..Nak pegi mengabehkan bisekut umah korang...ehekk!!

Sekarang ini teramat rajen utk mengeditkan gambar2 raya. Editan tak seberapa minta mahap..Nak tayang jugekk kat belog. Sila jgn komen dgn editan gambaran2 di bawah :))



Keluarga saya : Abah, Ma, Along, Chik, Abey, Adek
Tema Raya: Dark Turqouise 



Adik-beradik saya 4 orang



Dgn adik dan sepupu. Edisi tunjuk2 langit


 Edisi Senyum Sedekah Pagi Raya


Kat kampung Ma

K.A.M.I : Bergambar kat bendang depan umah
WE are very close

Bendang 

Untuk my very close kazen yg dah tunang hari raya ke3 aritu, wish her selamat bertunang.. Congratess! Ko kawen cepat2 nnti turn aku pulak..Hahaha... Gatalll! Sila jgn gatal-gatal mek! uhuhh!!

And this one is special for her,





Btw, Selamat Hari Raya ke- 8.. Mereka yang dah start puasa 6 awal2 mesti dah raya lagi skali kan? =)
Saya belum.


Salam Sayang,
cikaada

Adegan Yang Tak Sanggup Anda Lihat..!!


Suatu hari.......


Owhhh... entry ini sajer utk meng'showoff' kan plushies baru saye... eemobile Satria neo dan honda city... Cantekkan! adorable sgt! Skang ni wat pelok time tido... nnti nak letak kat dashboard keta satu...tak pon dua2 sekali...

Memperkenalkan




Thanks Atirah menyiapkan tempahan saya..... Love it MUCH !!!!




Salam Sayang,

Untuk Abah : Moga Panjang Umur

Awal pagi selasa. Jam laptop menunjukkan pukul 12:33 pagi. Dalam keheningan pagi ini juga aku menulis. Mata tak boleh lelap. Nadiah dah tidur dah. Aku sorang je tak boleh tidur. Padahal esok ada kelas pukul 10 pagi. Elok la aku menulis seketika diruang ini.....

Hari ni 3 Ogos. Tarikh hari lahir Abah aku yang ke 51 tahun. Pertamanya, selamat hari lahir Abah.. Semoga ALLAH merahmatimu. Keduanya, terima kasih untuk segalanya. Mendidik kami.Bila dikenang-kenang waktu kecil-kecil dahulu, Abah seorang yang garang.Tegas. Itu yang buat aku takut. Takut kena marah sebab aku memang nakal dulu. Degil. Panjat pokok manggis, bakar jerami kering kat bendang, main air bah, main bola 'katak', semua tu lumrah bagi kanak-kanak yang membesar di kampung seperti aku.Maghrib baru balik rumah. Mak bapak mana yang tak marah bila itik dah masuk reban baru nak balik. Tapi aku maintain... Esok-esok buat lagi.. =)

Bila dikenang lagi, aku ingat Abah pernah 'babap' aku juga. Ohh...memang nak nangis. Tapi yang pasti aku tak nangis masa tu, depan Abah. Maintain lagi... 'Macho' kena jaga. Haha! Tapi tak tertahan juga sebab aku mesti nangis dalam bilik sorang-sorang. Masa tu, boleh terfikir nak lari dari rumah aje. Sebab fikir Ma Abah tak sayang aku. Perasaan sakit hati kanak-kanak. Takda siapa nak pujuk. Sanggup tak keluar makan. Alih-alih, siapa yang kebulur? Buat muka 20 sen masuk dapur..

Tu masa kecik-kecik dulu.. Bila dah besar ni, pemikiran pun makin matang dah. Dah tak terfikir dah nak lari dari rumah.. ;p (itu zaman kanak2 shj ok!). Umur kami adik-beradik dah meningkat remaja. Abah dah tak garang lagi. Mungkin  dulu kena garang sebab nak didik kami supaya jadi insan yang berguna. Lagipun sebagai yang sulung, kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Aku ingat lagi sewaktu menuntut di Matrikulasi Pahang. Itu first time aku tinggal kat hostel. Memang aku tak boleh nak adapt dengan suasana kat sana. Aku tak nak dok sini.Nak balik rumah. Time orientasi aku dah nangis-nangis even dalam bilik mandi pun, Tengah malam pun sama, waktu nak tidur. Aku curi-curi nangis dalam selimut tak nak bagi rumet2 nampak. Malu! Tapi Abah dengan Ma call bagi semangat. Dorongan. Doa tak putus-putus. Dan part yang paling paling paling aku tak boleh lupakan ialah sewaktu dapat result ujian pertengahan semester. Seriously, aku down gilerr!Aku stress! Ditambah dengan personal problem dengan diri aku lagi, semangat aku hilang entah kemana. Aku ingat lagi hari tu hari Khamis.Siang pergi tegok result kat papan kenyataan. Malam, aku call Ma, teresak-esak kat telefon cakap aku tak dapat buat. Memang tak dapat. Ma suruh aku tenang. Cuba lagi. Dan, sungguh aku tak sangka Abah sanggup drive esok paginya dari Kelantan ke Gambang semata-mata kerana aku! Ma dgn adik-adik pun datang sekali. Even jumpa sekejap sangat, dorang banyak bagi kata-kata untuk menaikkan semangat aku...Abah cakap takpe.. dah tu yang termampu...( oohh...air mata aku dah makin laju dah nie... Sebak bila menulis peristiwa ini.. ) Aku tak ada kakak atau abang. Tapi aku ada adik-adik yang amat aku sayangi. Kad yang dorang bagi waktu tu aku still simpan. Dan Alhamdulillah, berkat doa kalian aku dapat melepasinya.

Bila disingkap balik, terlalu banyak pengorbanan Abah untuk kami adik-beradik. Memang tak terungkap. Kalau mampu dibalas dengan wang ringgit, mudah bukan? Tapi hakikatnya memang tak ternilai dek harta semata-mata. Kasih sayang ayah lebih daripada itu. Meskipun berbeda dari kasih sayang seorang ibu, kasih ayah juga dibawa ke syurga.

Untuk Abah yang dikasihi, selamat hari lahir, semoga ALLAH merahmatimu selamanya. Pintaku semoga dikau dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang amat baik jua. Terima kasih atas pengorbananmu. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas semua jasamu. Doaku "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil." Amiin..

Sekarang ni pun, Abah masih belajar. Ambil ijazah. Sebab dulu-dulu jadi cikgu guna sijil perguruan. Aku ingat Abah cakap," nak ambil degree ni, nanti boleh jadi wakil rakyat kampung niee..." Kami gelak-gelak je dengan gurauan itu..Mana tahu kan? Doa2 kan lah. :). Semoga Abah berjaya menghabiskan pengajian. Amiin.


Coretan hati seorang cengeng,

Selamat Hari Bapa, Abah!



Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat Abah ku, semoga ALLAH merahmatimu selalu... Kami anak2 mu senantiasa mendoakan kesejahteraan Abah dan Ma. Tak mampu terbalas jasa2 kalian. Hanya doa yang mampu dilayarkan.

 selamat hari bapa, Bah!!



Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Corus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

dendangan the Cyber Jammers
 

:: menitis air mata bila dengar lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman::

Ma , You Are The Best Mom In The World! Happy Mother's Day..


Mei merupakan bulan yang boleh dianggap bulan penghargaan. 1 Mei merupakan hari menghargai pekerja. Bulan Mei juga menghimpunkan Hari Guru dan Jururawat. Tak terkecuali Hari Ibu yang mana jatuh pada Hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.

Okkeh... Sempena dengan Hari Ibu esok, aku pon nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ma yang tercinta, Puan Hasiah Che' Dian. Sesungguhnya tak mampu kita nak balas jasa ibu kita sepanjang mengandungkan kita, melahirkan dan mendidik kita. Justeru, hargai lah mereka. Dan untuk  Ma, terimalah dedikasi dari anakmu ini.


Ibu
Engkaulah Ratu,
Engkaulah Permata Hatiku,
Bertarung nyawa melahirkanku,
Mengajarku erti hidup,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Terima kasih ibu..
Aku berdoa,
Moga ALLAH merahmatimu selalu,
Karna dikau adalah ibuku,
Yang kucintai dan sayangi selalu...
Love you Ma!


Owhhh...pandai gak haku karang2 puisi neh...hahaha...belasah jer la hek! Untuk semua ibu-ibu kat Malaysia dan seluruh dunia, selamat hari ibu jugak. Wat korang semua, jom cepat2 wish selamat hari ibu wat mak2 kita, at least diorang tau kita amat menyayangi mereka. Love and peace!

Jom dengar lagu HUJAN ni...sangat besstt...