Showing posts with label Foods in the Pot. Show all posts

Guna 4 Tepung Ni Jadikan Peria Goreng Anda Spicy dan Rangup!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi semua. 

Menu biasa je masak untuk makan sempena cuti Maulud Rasul hari ni. Alang-alang dah ada peria katak suami belikan, kita goreng celup tepung je la kan senang! Sejujurnya peria ni kalau masak lain selain goreng tepung ni, agak sukar nak telan asbab kepahitannya itu. Ya tahu pahit itu ubat, namun apakan daya, masih tak boleh bertolak ansur dengan level kepahitan dia tu. Hehe.




Kali ni kita adjust sedikit bahan-bahan nak goreng dia. Apa yang penting korang guna 4 tepung ni je je untuk jadikan peria goreng tepung tu sedap, pedas dan rangup enak dimakan begitu saja. Haa gitu!

Siapa yang nak mudah dan cepat, tak tahu nak masak apa sayur peria ni, boleh la cuba cara masak peria di bawah.

RESEPI PERIA GORENG RANGUP SPICY ALA MAMAK


Bahan-Bahan

Peria 
Garam
Tepung Bistari (Pedas)
Rempah Ayam Goreng Mamak
Tepung Beras
Tepung Jagung


Cara-Cara

1. Hiris atau sagat peria dan buang biji-biji. Nak mudah belah dua peria tu, dan guna sudu untuk buang biji.
2. Rendam hirisan peria tadi dalam air bercampur garam selama 20-30 minit.
3. Selepas direndam. boleh toskan peria kita
4. Campurkan tepung Bistari spicy, Rempah ayam goreng mamak, tepung beras dan tepung jagung
5. Masukkan peria yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran tepung berkenaan. Gaul dengan rata dan peria siap untuk digoreng!
6. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum start goreng. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan!




Berapa sukatan tepung yang nak campur tu?

Sebab kita gunakan beberapa biji peria je ye la 2 orang makan  je kan, so kita guna sukatan di bawah

Tepung Bistari 1 cawan
Rempah Ayam Goreng Mamak setengah cawan
Tepung Beras setengah cawan
Tepung Jagung setengah cawan



Boleh agak-agak nak campur tepung-tepung tu semua. Janji tak lari rasa. Hehe. Btw, rempah ayam mamak tu kita beli kat shopee je.



Dah macam ghuper Super ring dah dia. Hehe. Siapa suka ratah gitu je peria goreng ni? OK kita geng!

Selamat mecuba resepi mudah ini. Bye!

Resepi Mee Kuah Kelantan Versi Ummi

Assalamualaikum kengkawan. Hai dari belog Ummi Awesome. Lama kan menyepi. Hehe. Pembuka tirai posting 2019 hari ni ummi nak share resepi mee kuah kelantan yang simple tapi sedap. Mengidam betul nak makan Mee Kuah versi Kelantan ni. So petang semalam kita masak mee kuah kelate buat makan petang. Resepi mee kuah kelantan ni paling simple dan senang yakmat nak buat. Yang penting SEDAP! Lol!




Resepi Mee Kuah Kelantan Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan

1 peket mee kuning 
Bawang Putih 
Lada Hitam 
Bawang Besar Holland
Hirisan Ayam (Boleh ganti daging, udang etc.)
Sayur (Ummi guna sawi dan kangkung)
Cili Merah Besar
Kiub ayam (optional)
Garam
Gula
Air
Telor



Tambahan

Limau nipis
Cili api
Bawang Goreng





Cara-Cara

Mee Kuning
▪ Dicelur


Bahan Tumis

▪  Masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam. Masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sampai naik minyak.

▪ Masukkan hirisan ayam. Masa ni ummi dah buh garam nak bagi ayam tu terperap elok ada rasa.

▪ Tunggu ayam tu masak elok, kemudian masukkan air anggaran 3-5 gelas (lebihkan kalau nak kuah banyak). Perasakan dengan garam, gula atau kiub ayam.

▪ Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan telor ayam dan jangan kacau. Bagi telor tu masak elok. Kemudian masukkan batang sawi dan kangkung serta hirisan cabai besar. Tutup api, kemudian boleh la masukkan dedaun sayuran tu.

Siap!


Cedok masuk mangkuk beserta dengan mee yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap, perah la asam limau dan tabur cili padi dan bawang goreng sikit. Setengah orang suka tambah kicap dan sos. Ni Muhammad Fayyadh pun sama. Tak leh tinggal kicap dia 😂. Terpulang la rasa masing-masing.

Helok tak mee kuah ni? 😆




Senang sangat nak buat mee kuah kelate ni. Sebab teringin nak makan, tu yang balik kerja petang kita masak jap. Hilang mengidam. So selamat mencuba untuk korang!

Jumpa lagi ❤





ini yang buat saya suka


tadi pergi d'tasik lagi. makan² sempena akak sepupu nye birthday. dia belanje. hihi.thanks to her.birthday dah lpas 2 nov ari tu tp sbb byk keje so postpone program pegi makan². yeah saya suka makan suasana kat situ sebab jiwa tenang leh tengok air tasik.boleh gitu? oke betol saya sukee. makanan dia sedapp!! tak caya pegi try sekarang! lol... *ke sebab perut ngah lapar boley la ckp sedap*

lagi, staff dorang memang super friendly. korang lagi 4  5 meter nak sampai kat jambatan tu dia dah sound kuat² 'selamat datang '..hahaha. yg best jugak bila dgr lagu² dendangan d'sanusa *lau tak silap la nama dia* korg request jer aper² lagu dorg nyanyi. tp aku request lagu mizz nina what r u waitin' for tu tade lam list wehh! budak² ni yg nak dgr.


tak ape la pakcik. lagu i wanna hold ur hand pun jadik lah. kami terhibur. T__T *ade satu lagu tu*

budak sorang ni kan, mamat rambut pacak. beriya pacakkan rambut tu kunun² macho la kann. macho tak dia??



sekali bila pakcik² tu dtg kat meja kitorg terus dia segan malu² alah. saja nak kena kan dia, abah dia request lagu 'superman'..aku juga bisa nangisss....terus nangisss....menyorok bawah meja...alahai afi afi...kata kuat...hadoii..mmg pakcik² tu stop terus la.tak nyanyi sampai abes pun...tukar lagu lain..


haiyooo kamuuu...tertumpah air mata der..kikiki..



yg best lagi ialah ice blended.berdiri dari kiri: mangga, jambu merah, oren,honey dew. oushhh ilang haus..yg pink tu sy punyee....tak leh blaaaahhh!


nah makan sampai kenyanggg... dasat memang licinnn.... amek gambar pon bia kenyangg...lalala..pheww!


dan ini kak da, yg belanja kitorg makan. happy birthday lagik sekali. semoga murah rejeki. semoga dpt anak lagi.haha.


and beloved family

alhamdulillah kenyangg...atas keta masa nak balik tetiba ade bau somethin'...uwek² nak muntah hakuuuuu.....dah la dlm econ.. dgn selamberr toye yerkk ade sorg budak ni ckp :

"padan mukeee..... itu lah dia kuasa afi..hahaha!!
-budak mana? budak baju biru tu-

ai ai ai aku rase nak ketokk 40x je pale si afi neh..cescesscess! tak senonoh betol p wat kuaq gas disitu.dush dush!


 kenyang lagi, 
myaada


a small potluck lunch with beautiful peeps


weekend?awesome!!!yesterday was a happy happy day.my day yesterday was great! dpt kumpul dgn member2 masa keje dulu wat small potluck gathering kat umah dayah.mkn2 lagi kan.quite a month jugak la tak dapat kumpul rmai2. dulu smpat wat bbq tdo kat chalet tg. agas. sonok.nanti kite nak organize lg yok!

ok back to the party.kinda of party heh?! ape yg ado....ade spaghetti dimasak oleh dayah.nope! her husband actually.haha.pandai laki ko masak dayah.kenyan perut aku.ade mihun goreng noha.laksa kak melly.ape lagi yer.naget n ayam goreng shida.puding sweet kak ina. fiza pun bawak spaghetti. eh zura pun dtg bawak air campo2 yg beshh. kopok2 lagi.....saya?bawak perut kosong isi makanan.yes!

makanan tolak tepi.sebab sekarang ni sesi2 bergambar lebih penting yer.pertama dimulakan dari dapur.opkos la kena tunjuk anak2 mak sukeer masok dapor.lol!


sesi buat air.amek2 gamba air ntah kemana!

nah amek tengok.bila masing2 'sukaaa' akan kamera.husband anak tunang pon tolak tepi .saya tak berkait.haha.ohws gewdiks memasing!


baby sitter bertauliah bersama baby cantek..ini baby organizer, puan hidayah n suami mr adnan.ni dia aunee, wan nur aqilah aunee.


bila tgk nama aunee ni, aku sian la dayah kat anak ko nak kaler2 hitam borang exam nanti.tak masuk nama bapak lagi tuh.sian kat aunee kan cayangg..umi nak bubuh nur abi nak letak wan.nah hamek wan nur semua ader!haha.


lagi gambar aunee with umi and aunties.comel kan dia!yer anties dia pom chomel.aunee cakap.ngehngeh.

memang tanak ngan org lain.ngan abi ko ajer yer ko nak ek aunee...aishh...

mommy to be fiza n wifey to be zura.waitin'!

for baby's sake :)

the c.o.o.l. one. shes shida.cik shida.

have no idea wat shes doing.


noha dgn encik tunang, mr hafiz.semoga bahagia kamu-kamu

us. with the most sweety one sis.kak ina.*yes puji ni puji.kene banje ;p*


bersama kak melly.this lady,u rawks ah kak melly!whoopzz!
:))

kak melly n famili bahagia.son, adam yg jambu.jgn marah kak melly..hihi.

having fun!bagooss....bila nak wat makan2 lagi?btw, thanks to puan hidayah cos sponsor tempat mkn2 n many thanks to all for the yummy dummy foods.arigato gozaimasu.vasss.




have a wonderful monday.no monday2 blues heh.salam.


yang enjoy amat,

myaada