Showing posts with label Berkhidmat Untuk Negara. Show all posts

MyKad versi imej hantu


Yang ni MyKad aku yang ketiga. Kalau ikutkan kad pengenalan yang keempat dah ni. Ya saya ghairah betol bila dapat tukar Mykad baru. Yang lama fotostat dulu sebelum bagi kat JPN. Buat kenangan katanya.

Mykad baharu katanya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Cip pun tahan katanya lah. Mykad ambe yang first dulu pun cip yang rosak. Depa cakap tak ada kualiti. Ke sebab lama sangat meh...


Baru punya. Arkk semua sekali adalah rahsia!

Muka tak nak senyum. Tak sempat senyum. Imej hantu tu 'ghost image' kat belakang. Gambar kecil. Turisan laser katanya. Canggih ke idak ni.

Dah. Boleh simpan dalam purse jangan lupa bawak pergi mana-mana.

p/s : terima kasih jpn putrajaya.


saya yg sgt beriya,

myaada

berjalan berjalan berpenatan

olla...

selamat siang pd yg singgah. selamat bekerja pd yg bekerja. selamat berexam pd yg exam. selamat pengantin baru pd yg baru naik pelamin. dan selamat bercuti sakannn pd yg tgh cuti *yuhuuuuu* :))
oke beralih ke aktiviti pd musim cuti selain dari makan-tido-makan-tido......... mari kita ke...

MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) bertempat di MAEPS serdang shingga 5 disember ini*wahh pomot*

baru je balik setelah 'senak' kaki merentas jln bukit bukau di sana ahahaa...lbh kurg 3 jam je smpat pusing² pastu dak afi ni dah merengek² nak balik. penat jalan katanya. semalam pon dah pergi tp sbb lpas asar sekejap je usha² apa yg ada. kisahnya semalam first trial pergi satu kereta dgn kak da n famili dlm kul 11, sampai² je kat pintu 2 tu alamak haaaaaaiiiii...mengeluh panjangggg....mcm mana nk masok tgok kereta-kereta pnjang berjela-jela*betul ke berjela-jela?*. tgok gambar semalam ni



ini dr highway menghala masuk melalui pintu 2. org ramai parking kat tepi² highway tu je. sanggup jalan jauh panjat bukit semata-mata. kesian yg bawak baby kecik². yg khemah-khemah putih tu adalah tapak suarasa tv9. dah sejam q panjg surrender nk masok. balik tido lg bagus.


tp x puas ati ptg lps ujan ajak chik jah pergi lagi skali. budak² kecik ni nak ikot aku tak kasi. jaat punyeee! ehee...yg ni masuk ikut pintu upm. wallawehh line clear masuk ikut pintu utama mardi parking betol² dekat dgn tapak maha. tayah nk beratur tungu² bas tuh. tak larat mak.





 pandangn dr atas. menggunakan canon eos 550d. sila percaya :))




kitorang pusing² je la. tak masok pon hall² tu. jeling² je. pastu pegi tgok org nyanyi² kat belakang tu. jeling² zahid af2. sape lagi haah? ntah sape yg nyanyi lagi im yours tuuu... lps mgrib pergi pulak tapak suarasa. dah nak tutup dah. ade rakaman rancanagn ustazah bahiyah n suami tu dah lupa ape rancangan dia. tajuk dia relaku pujuk khas utk pasangn yg dah ader laki atau isteri kot. kot laa. kitorg blah sbb tade laki lagi utk dipujuk. bagi chance kat akak² dan ababg² yg dah kawen tu dduk dgr *haaa alasaaann* :p


dan pg td disebabkn tidak mahu menghampakan hasrat dan impian budak² kecik ni makanya terpaksa membawa mereka semua ke maha hari ini. kensel nak balik kelantan hari ni. besok mungkin.

shuttle yg mmbawa korang pusing keliling



 kat pavi n9. jempujemput masok jgn sogan sogan mogan




seterusnya kita ke bandaraya bersejarah. naek erl tau ;p

nampak tak kepala ketapi tuuu...ahaaha



macam-macam ader kat melaka .dari cencalok sehingga ke dodol

 
  wahhh ader penyambut tetamu ehehe

kemudiannya kemana lagi kalau tak ke tanah serendah sekebun bunga

selamat date ke neghi klate. maghi lah adik kakok hok jauh hok dekak pakak maghi rappak.lol
ni pavi negeri kelantan. dan barang wajib ade sudah semestinya ni

BUDU
sedap hingga menjilat jari melelehleleh . siap packing kecik² agar senang dibawak ke obersea. haha
tapi siyes wa cakap bunga ni cantiikk tik tik..



cantikk kan? tiga ringgit setengah sekuntum. tanak pink tanak merah


nah amek ni

cantik jugak



dan ade satu benda best untuk akak² yg suka makan ikan haruan mai coba try sup ikan haruan ni. ade kolagen lagi yuuuuuu. sesuaai sangatt utk kelicinan kulit *eh pomot lagi* sedap ke ni? sape penah cuba acu try gtau camna rase sbb sy tak makan ikan haruan maupun keli..hukhuhuk

 sup haruan

yg kat bwh2²ni tak sempat masuk. banyak sgt la tmpat nak pergi. baik korang pergi tgok sendiri macam mane cantik rupa parasnya. pergi jgn tak pergi. rugiiii woooo....siyess beb!bila lagi nak pegi mengetest produk2 cenggini. jadilah rakyat malaysia berjiwa besar. belasah jerr ...



 pavi terengganu





orang² sarawak tengah berngajat tampi masa neh. betol tak tipu.hihihih...rmai sgt org yg tgok tu sebab malas nak masuk.. :))

kat peghok pun teman singgah tau. kome nye bile?? *ala-ala wahid senario*


korang nak pergi kena sedia alatan cukup lengkap ye. jgn lupa bawak payung. tgahri panas terik dowh. tisu pom bawak melelehleleh basah titik2 peluh tu eiiii..lap jgn tak lap.hahaha. stamina nak berjalan kena kuat. agak2 tanak melecet kaki tu tayah la pkai heel. kalau haus gerai air kiri kanan tu ade je senang nak singgah.hahaha tak le blaahhh....

mari tengok gambar lagi
kitorg tak masuk semua hall. masuk hall A n B je...letih berjln dowh



anda boleh bergambar dgn macam2 jenis flora fauna di dalam dewan  :)


buat tatapan

lazat bila digoreng dimasak merah berkicap



dah nak balik dah. kat bwah² tu ade byk lagi perkaraperkara menarik yg nak ditengok

sebelah kanan anda ada banyaaakk tanam tanaman bunga bungaan
sebelah kiri pula buah buahan. manakala atas sana pakai pakaian eh tak smpat snap
bukan nangka terberat
sebelum balik makan nasik ayam kuew tiau sup dan air kelapa. panaspanas masyukkk. kat ats tu ayam spicy sodapppp
kitorg nak balik dah. kalau rasa tanak beratur camni dtg la awal pagi. pagi la sgt kul 10stgh baru pegi nasib bek dekat je



apalagi tunguu? pergi jgn tak pergi. sapot industri  asas tani malaysia. ewwahh bagus sungguh kalau ade 25juta rakyat malaysia jadi promoter gini.hahaha. siyes best. rase nak pegi manyak manyak kali lagi maa. namun apekan daya.sob sob. akhir sekali sy tinggalkan anda dgn marshmallow sedapp ni jugak. meleleh cokelat dia auwww. jgn risau. halalan toyyibann..nah tengok je...haha adios! bubai


seikhlas hati,
myaada 

kan senang macam nie...


kan senang pergi terus je. eh tiba-tiba ayat pendahuluan..hii..assalamualaikum...oke sape penah guna myeg? ye ianya senang mudah bagi semua orang utk renew roadtax wat insurans check saman berbagai-bagai lagi servis la ade. sile cek skang kalo agak2 terspeed terbalik meter masa bawak keta tuh..hehe.cintanya begini.. eh bukann..citenye semalam puas la on9 bagai nak rak dok isi nak beli insurans ni nak beli insurans..kat myeg la..pestime.pengakuan:sejak pakai keta masa belajar kat nilai lagi saya tak pernah renew roadtax n wat insurans sendiri.segalanya makngah yg buat.tgu tampal kat cermin kete je.yg tu aku pro.hah skang ni dah besa pepandai la buat sendiri!makngah tuka tempat keje ke sarawak benonya..

masalah timbul bila nak bayar m2u pulak buat hal.byk kali try ni.ceh..aku surrender.tak boleh nak wat payment.tertekan ni abah dah byk kali tepon sejak mgu lepas lg tya dah wat ke belom roadtax long? padahal duit abah dah masukkan lama dah. baik abah aku.caringg.hehe. ye bah lum lagi.org tgh sibuk sket esaimen byk.nanti org wat.baekk punyee... selanjutnya dah surrender nak on9 kan, pagi tadi terus ajak adik aku, abe pegi cari kedai jual insurans.haha.jual yer.nak beli ni nak beli!

oh nasib baik rupanya kat jalan reko tu ade agensi insurans plus cawangan myeg. boleh wat kedua dua sekaligus kan. tayah la susah nak pegi pos opis wat roadtax lg. tak ke senang.kan senang macam niee...haruslah kenyang..! nah tgok semua suda setel.

bunga raya sekadar hiasan menunjukkan ketereran melukis:peace:

tgahri tadi pegi amek tgu masa nak tampal je.kecoh la ko ni padahal date nak abes lambat lagi tu haa..!adushh! lepas tu pegi setelkan cik vee saya tu bawak masuk klinik.dah lama tak rawat.pegi tuka minyak itam wat allignment balancing tayar.*wehh ade sport rim kale biru kat kedai tu cantekk seh!iklan*semua sudah setel ati senang!lama jugak lepak kat bengkel belajar cara-cara nak wat allignment kat tayar, tuka minyak semua.kot2 masa depan cerah boleh bukak bengkel kereta.:)) tak sempat dengar Bajet 2011.semua senang hati ke? mari dengar sesi pembentangan bajet 2011 sekali lagi.baca then dengar sendiri.haha.sila download bajet 2011 dengan senang hati..yg terlebih dapat bonus tu ehem ehem...

psss...tgh donlod lagu2 indonesia yg bess!

ps::dak tecik kat sebelah.anak buah yg chomel.aisya damia.


yang setel,

  myaada

Selamat Hari Merdeka


Besok sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, haku ingin mengambil peluang utk mengucapkan selamat Hari Merdeka buat semua warganergara Malaysia. Semoga Malaysia terus menjadi negara makmur aman damai sentosa hendaknya...

“1Malaysia Menjana Transformasi”.



Selamat bercuti jugak!! Jom g suping2 baju raya!

Salam Merdeka,

cikaada

Untuk Sesiapa Yang Nak Kahwin


MASALAH KEWANGAN PUNCA UTAMA CERAI

KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.

Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.

Selain pendapatan yang agak rendah, ada juga kes pasangan tidak mempunyai gaji sekali gus tidak berupaya menyusun perbelanjaan keluarga yang meliputi kos tempat tinggal, belanja harian selain kehendak lain, katanya kepada Sentral di sini.

Che Mat berkata, kebiasaannya pihak suami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kira-kira 75 peratus isteri masih mengharapkan pasangan masing-masing membiaya sebahagian besar keperluan keluarga.

Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan muda ini menyelesaikan masalah mereka bersendirian tanpa merujuk kepada mereka yang berpengalaman, katanya,

Selain faktor kewangan, katanya, perceraian juga berlaku akibat asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Mereka hanya bergantung kepada kursus praperkahwinan selama dua hari yang diwajibkan ke atas mereka.

Kursus itu sebenarnya belum cukup untuk menyediakan mereka untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga, katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka disaran mengukuhkan lagi pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus lanjutan lain seperti kursus keibubapaan dan kursus berkaitan rumah tangga.

Beliau juga tidak menafikan pengaruh rakan dan campur tangan keluarga khususnya ibu bapa juga menjadi antara faktor keruntuhan rumah tangga pasangan muda di ibu kota.

Selain faktor itu, ada juga kes perceraian disebabkan suami atau isteri berlaku curang terhadap pasangan masing-masing, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata, penurunan bilangan pasangan bercerai sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu adalah disebabkan kesan daripada pelbagai kempen dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan JAWI pada tahun lalu sehingga kini.

Antaranya, program Dakwah Bil Hal yang dilancarkan pada 2009; kempen Rakan Muda Masjid; kempen mengimarahkan masjid; kempen pasukan sukarelawan masjid selain program bertemu komuniti kurang bernasib baik dan bermasalah yang kesemuanya mensasarkan penyertaan golongan muda.

Semua kempen ini bermatlamat menangani krisis akhlak dan moral dalam kalangan generasi muda dan saya percaya dengan meningkatkan kekerapan siri ceramah serta kempen berkaitan untuk mereka, kesedaran mengenai kepentingan menerapkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam boleh ditingkatkan.

Ia sekali gus membantu JAWI menurunkan lagi kadar perceraian sehingga 15 peratus lagi menjelang 2015, katanya.

Sumber : Berita Harian Online

 



Salam Ramadhan



Assalamualaikum dan salam utk semua yg sudi menjenguk belog saya.... Harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal tiba. Persiapan menghadapi Ramadhan kali ini bagaimana? Baik dari segi mental mahupun fizikal semuanya harus bersedia. Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 dah ada ke belum? Kalau belum, sila print cepat-cepat! Tapi  kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja lah.. Untuk jadual waktu berbuka puasa bagi semua kawasan, sila rujuk website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Jgn lupa ucapkan terima kasih kat JAKIM... Terima Kaseeeh JAKIM!!!

Nampaknya Ramadhan kali ini pun tak dapat meraikannya kat kampung.. huhuhu... Tapi Insyaallah ada kesempatan pertengahan bulan nanti igt nak balik.. if time permits lah....

Okkeh...ini ada sms menarik sempena Ramadhan utk korang semua. Aku dpt sms dari adik sepupu aku semalam..

Salam'alaik...
Nama sy Syaaban,
Saya ingin mengingatkan anda bhw jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lma lg brsama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar...
Mrk akn dtemani olh ketiga2cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan...
Mrk akn pulang slps 30 hari dgn menaikipesawat pnerbangan Eidul Airline...
Hargai mrk & anda akn mndpt pahala yg b'lipat kali ganda!!
Insya'ALLAH
Ameen..
~ salam Ramadhan ! :-)


Waahhh.... kretip betol budak2 zaman skang.. Nak lagi banyak sms menarik sempena Ramadahan, sila lawat belog BestSMS...

Ok semua, selamat menyambut Ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...Maaf dipinta dan semoga Ramadhan kali ini membawa limpah rahmat buat kita semua. Ameen...

Jumpa lagi... daaaaa!


Salam Ramadhan dan salam kasih sayang,

Entri Ogos


Pejam celik pejam celik, semalam dah masuk bulan Ogos dah. Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala kenangan yang tersisa. Ogos. Bulan Lapan. Bulan Kemerdekaan Malaysia. Negaraku dah merdeka selama 53 tahun sudah. Alhamdulillah. Moga Malaysia kekal harmoni selaras dengan tema hari Kemerdekaan  pada tahun ini  “1Malaysia Menjana Transformasi”. 



Bulan ni juga kita muslimin muslimat akan menyambut Ramadhan Mubarak. Dah tak lama dah. Minggu depan dah. Macam mana persiapan puasa? Bagi yang kena ganti puasa of course la kena cepat-cepat setelkan puasa ganti yg tertunggak :) Kalau tak sempat nak ganti, sila lah buat bayaran fidyah puasa dan ketahui macam mana nak kira bayaran fidyah puasa melalui kalkulator Fidyah. Sila buat kiraan..! =D



Selamat meyambut Ramadhan yg bakal tiba. Nanti nak pergi beli kurma plus kismis byak2. Stok sahur ngan buka puasa. Okey, have a nice day all.. Kena sambung wat assignment.. Tanak jadi cam lazy cat kat bwh nie.. Chaiyok!!


Syokk je tido kat situ..Uhuhhh!


Salam Sayang,


 :: Kenangan Terindah tetap dihati ::

Best Keyword - Doa Menghadapi Temuduga

doa temuduga rujukan peperiksaan ptd M41
Entry ni saje2 dibuat selepas aku wat analytics review kat Enchek Nuffnang baru2 ni. Review ni utk last month punya..

Korang tengok ni..


Sajer poyo pi tampal benda alah ni kat sini...hehe
Cuba tengok keyword paling tinggi -Doa menghadapi temuduga.


Walaupun tak banyak, tapi keyword yang menghala ke blog aku ni ramai yang nak cari doa menghadapi temuduga la kan?? Mungkin awak-awak sume refer entry saya yang bertajuk yang ini,  Doa nak pergi temuduga.. Tapi sorry ye coz rasanya tak banyak membantu, tapi InsyaALLAH jika ada kelapangan sy cuba updatekan lagi.

So nanti singgah2 la lagi kat sini yer!



Salam Sayang,



CAMPAIGN- IMPROVE YOUR ENGLISH

English Campaign from YOUTHSAY

Do you know how good is your English? Let over 15.000 employers know how good your English is, get certified and increase your chances of being hired! You can compare your score with your friends. Spend only few minutes and take quick and fun test.

COME!!

Let improve our English!!

CLICK HERE or pic below for the details

My Name is Khan? Your Name?