Nota buat diri


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)


Ujian. Musibah. Bahagia. Derita. Gembira. Senang. Sedih. Kaya. Miskin. Semua ada kan. Complete.

Setiap individu, jalan hidupnya beza. Bermacam-macam rupa, bentuk. Di sana berduka, di sini bergembira.

Setiap apa yang berlaku, adalah ketentuanNya, perencanaan Qada' Qadar Allah jua. Yakin ya. Hikmah itu ada. 

Ingatan buat diri. Penawar hati hanya ada pada Dia. Bersabar dan bertabah itu lebih baik. Tuhan, ajari aku erti sabar, redha dan ikhlas. KepadaMu jua aku aku bermohon dan bertaubat.

Ambil darinya segala 'ibrah, jadikanlah ia sebagai khibrah, buat bekalan menempuh hayah , agar selamat dunia dan akhirat. Insya Allah. :)

“Ya Allah, berikanlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut” 
Ameen

 ♥,
  myaada

yang berlalu


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Hari-hari berlalu. Yang lepas, jadikan tauladan. Kalau tak kuat, Dia ada.




Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, sahabat-sahabtku, ampunkanlah dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan


Mohon kekuatan Tuhanku.

Ya Allah, doa kami untuk Palestin.


 ♥,
  myaada