Adam ♥ Hawa


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم



Nadiya Nissa memang buat mataku berair..T_T. Emo.


Malam ni tak ada kat tv. Macam lambat je minggu depan. Haha. Semata-mata Adam dan Hawa. Memang tak sabar kan nak tunggu setiap episod. Setengah jam macam tak cukup je. Walau dah tahu ending macam mana, still tunggu nak tengok drama ni jugak. Sebab best. Setelah drama Bicara Hati kukira tak menusuk kalbu sangat. Personal opinion.

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati - muara hati


Dimana bumi kau jejak,
Tetap singgahmu pada dia,
Meski diuji,
Cinta Ilahi terpatri,
Moga Syurga ketemu nanti.



Happy weekend dan selamat hari Malaysia, Malaysians!



♥, 

myaada

Good Luck!


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم

Hari ni dah start UPSR kan. Excited plus berdebar-debar nak jawab exam, sudah tentu. Semua pernah melalui situasi yang sama. Tapi more kepada excited sebab lepas exam boleh main! Haha!

Hmm sudah lebih 15 tahun rupanya meninggalkan zaman sekolah rendah. Kenangan bersekolah yang sudah pasti tak dapat dilupakan. Amat pasti. Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik. Allah saja mampu membalasnya. Kawan-kawan juga. Masih lekat diingatan.

Buat adik-adik yang ambil exam hari ni, all the best! Usaha diiringi doa. InsyaAllah kejayaan milik kalian.


Budak 2 orang ni dah besar!


Good luck Aina, Aifa and Kak Ngah!


♥, 

 myaada

من العائدين والفائزين

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat di penghujung Ramadhan. Semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan Allah. Sejenak ia berlalu pergi. Pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang Tuhan. Ameen.

Dikesempatan masa, ruang dan ketika, mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat yang menyinggah. Maafin salah silapnya.





من العائدين والفائزين
ﺗﻘﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻨﺎ ﻭﻣﻨﻜﻢ ﺗﻘﺒﻞ ﻳﺎ ﻛﺮﻳﻢ
     

Minal 'Aidin wal Faizin. Taqobalallahu minna wa minkum, taqabal yaa kareem.


♥,

myaada

Berdoalah


بسم الله الرحمن الرحيم


♥, 
myaada

Harapanku, harap Kasih-Nya



harap kasihNYA - Amar

Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta berbicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya
Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista
Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka
Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina
Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya
Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya


10 Ramadhan. Harapannya biarlah Rahmat.

♥,
  myaada

Ahlan Ya Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Hari pertama Ramadahan. Alhamdulillah Allah beri nikmat untuk berpuasa Ramadhan tahun ini. Apa yang diharapkan semoga kita sama-sama dapat meningkatkan diri dan amal-ibadat harian. Tahun ini mesti lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Perlukan perubahan dan peningkatan. Mengejari kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan. Diberi kemudahan. Bi iznillah. Insya'Allah.


Salam Ramadhan kalian yang menyinggah. Maaf dari hati. Doanya moga kita mendapat keampunan dan rahmat yang berkekalan. Bi rahmatika ya arhamar raahemeen.






Salam Ramadhan,

       myaada

Bukan saja-saja....









♥,

  myaada