Landmark Study Shaklee : Sebuah Kajian Unggul Pemakanan Supplement Shaklee

Landmark Study Shaklee : Sebuah Kajian Unggul Pemakanan Supplement Shaklee - Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak share mengenai Landmark Study Shaklee. Awak pernah dengar tak orang dok sebut pasal Landmark Study ni? Kalau belum jom saya kongsikan sikit pasal Shaklee Landmark Study ataupun Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee - sebuah Kajian Unggul.



Sebagai seorang Pengedar Shaklee dan Pengedar Shaklee Penang yang sah atau Shaklee Independent Distributor ( SID ), kita bukan sahaja menitik-beratkan pengambilan supplement sahaja pada zaman ini.

Namun, kita di Shaklee amat menyokong penuh amalan gaya hidup yang sihat dan juga senaman secara teratur. Ini yang paling utama. Gaya hidup sihat Shaklee untuk jangka masa panjang adalah lebih daripada sekadar supplement.

Hasil kajian Pemakanan Supplement Shaklee  atau Landmark Study ini membantu dalam membuktikan apa yang Shaklee promosikan selama ini.

Apa maksud Landmark Study Shaklee? Bagaimana ia bermula? Jom kita baca perkongsian di bawah.


Landmark Study Shaklee : Sebuah Kajian Unggul Pemakanan Supplement Shaklee


Landmark Study Shaklee atau Kajian Pemakanan Supplement Shaklee merupakan sebuah kajian unggul yang telah dijalankan bagi membuktikan kebaikan produk Shaklee. Landmark study ini dijalankan secara bebas oleh Universiti Berkeley di California terhadap beberapa item kajian.

Ia termasuklah kajian terhadap corak pengambilan, status kesihatan, status pemakanan nutrisi dan tahap kesihatan pengguna yang menggunakan pelbagai jenis supplement atau makanan tambahan untuk satu jangka masa panjang. Kajian data-silang ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi, sebuah jurnal saintifik penilaian sejawat secara atas talian pada 24 Oktober tahun 2007.

Bagaimana Landmark Study Ini Bermula?

Alkisah Pengerusi Shaklee merangkap CEO Shaklee iaitu Roger Barnett telah membeli Shaklee pada tahun 2004. Beliau seringkali mendengar para pengguna produk Shaklee mengatakan tentang supplements Shaklee yang amat baik dan bagus untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan kenyataan tersebut benar.

Oleh kerana itu, beliau mengambil keputusan untuk membiayai sebuah kajian komprehensif bagi membandingkan kesan ke atas pengguna jangka masa panjang supplement Shaklee dengan pengguna supplements yang lain.


Bagaimana Pula Landmark Study Ini Dilaksanakan?

1. Kajian ini telah dikendalikan melalui pengambilan data secara online atau data di atas talian. Bekerjasama dengan pakar epidemiologi nutrisi  yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

2. Seramai 602 data atau reponden  dari kalangan bukan-pengguna dan 176 responden golongan pengguna telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES)

3. Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) memiliki data terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para responden yang tidak mengambil supplement dengan responden yang mengamalkan supplement. Terdapat 3 kumpulan responden yang dibandingkan dalam kajian ini iaitu:

i. Pengguna Yang TIDAK Mengambil Supplement
ii. Pengguna Yang MENGAMBIL Satu Jenis Supplement Sahaja
iii. Pengguna Yang MENGAMBIL Pelbagai Supplement Shaklee Untuk Jangka Masa Panjang

4. Maklumat tentang diet dan pengambilan supplement, senaman dan juga status kesihatan telah diperolehi melalui borang kaji selidik secara atas talian dan melaliu pemeriksaan fizikal  yang dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai supplement shaklee untuk jangka masa panjang.

5. UC Berkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut dan keputusan yang diperoleh berkemungkinan tidak hanya memihak kepada Shaklee semata-mata.

6. Apabila kajian ini telah selesai, UC Berkeley telah menghubungi penerbit Shaklee yang mahukan ianya disemak oleh penilai sejawat. Piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal dimana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan.

7. Diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada tahun 2007, kajian bebas oleh Universiti California, Berkeley terhadap corak pengambilan nutrisi tahap kesihatan, status pemakanan supplement para pengguna untuk jangka masa panjang.


Hasil Kajian Landmark Study


Landmark Study Shaklee merupakan kajian pertama yang seumpamanya bagi para pengguna supplement yang menunjukkan bahawa para pengguna produk Shaklee jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau mereka yang tidak mengamalkan pengambilan supplement.

Hasil keseluruhan Landmark Study ini mendapati :

1. TAHAP NUTRIEN DARAH YANG LEBIH BAIK - Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan supplement. Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis supplements.

2. TAHAP VITAMIN D DAN ZAT BESI YANG SELAMAT - Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis supplement untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemukan tahap Vitamin D dan zat besi yang sihat dan selamat - nutrien di mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

3. PENANDA ARAS UTAMA KESIHATAN JANTUNG YANG LEBIH BAIK - Responden yang menggunakan pelbagai supplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolestrol HDL dan bacaan yang rendah bagi trigliserida dimana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang rendah.

Peningkatan dalam pengambilan supplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein C-reaktif (CRP) yang lebih rendah - penanda bagi keradangan tahap rendah.

4. RISIKO MENGHIDAP PENYAKIT YANG LEBIH RENDAH - Secara amnya, tahap dan risiko penyakit bagi pengguna pelbagai supplemen shaklee berbanding pengguna yang mengamalkan satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang supplemen. Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai supplemen  mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis.



Bukan semua jenama supplemen yang ada dipasaran mempunyai kajian klinikal mereka. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mengambil inisiatif melakukan Landmark Study ini bagi membuktikan keberkesanan produk dan kesan jangka masa panjang pengambilan vitamin Shaklee.



Jom bertukar kepada brand atau jenama yang dibuktikan oleh Sains untuk kesihatan yang lebih baik.


Untuk Belian Produk Shaklee Secara Online Klik > Beli Shaklee Online


Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Klik > Borang Daftar Ahli Shaklee Online


Untuk Bantuan Mengenai Pembelian dan Pendaftaran serta Sebarang Pertanyaan Sila Whatsapp ke > 013 - 985 2827

No comments:

Powered by Blogger.