Kebaikan Collagen Shaklee Powder Untuk Kulit

Kebaikan Collagen Shaklee Powder Untuk Kulit - Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi mengenai kebaikan Collagen Shaklee Powder yang sangat baik untuk kulit. Apa beza Collagen Shaklee ini berbanding pelbagai lagi jenama collagen yang ada dipasaran? Sudah tentu terdapat banyak perbezaan collagen Shaklee ni dengan collagen-collagen lain tu tau. Sebelum saya teruskan perkongsian, jika anda ingin dapatkan collagen Shaklee powder atau produk Shaklee yang lain, boleh whatsapp atau hubungi Pengedar Shaklee di talian hotline kami 013-985 2827.


Baca Juga > Kenapa Kena Makan Collagen dan ESP Shaklee ?




KEBAIKAN COLLAGEN SHAKLEE POWDER UNTUK KULIT


Ramai antara kita yang suka akan Collagen. Dikatakan dengan mengambil collagen, kulit wajah akan jadi lebih anjal. Ya memang tidak dinafikan kita akan mendapat kesan yang positif apabila mengamalkan collagen.

Berbeza dengan jenama yang ada dipasaran, Collagen Shaklee Powder adalah sejenis supplemen collagen yang unggul. Ia mengandungi pelbagai bahan-bahan yang terbaik daripada sumber yang asli.

Saya share dahulu mengenai 7 ramuan utama atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Collagen Shaklee Powder yang memang sangat bagus untuk kulit kita. Kesemua 7 ramuan ini digabungkan untuk mempertingkat keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam sehingga luar.



BAHAN-BAHAN DI DALAM COLLAGEN SHAKLEE POWDER


Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber collagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan collagen haiwan.



Ekstrak Biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat serta isoflavon, antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil. Apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica , ia membantu formasi collagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan licin.



Elastin Daripada Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang. Ia memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan elastik.



Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.



Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam  sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.


Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sisem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.



7 ramuan yang ada dalam collagen Shaklee ini bebas daripada bahan berbahaya. Harus diingatkan, anda juga mesti lah berhati-hati apabila membeli collagen yang banyak dijual secara online mahupun di kedai-kedai. Ada collagen yang dijual mengandungi bahan tambahan yang lain dan ada pengawet serta pewarna. Kesemua bahan ini tidak elok dan tidak sihat untuk badan kita.

Collagen Shaklee pula ada bezanya. Collagen Shaklee diformulasi daripada bahan-bahan 100% tulen, semulajadi dan selamat, tiada bahan perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan juga tiada pewarna. Pendek kata Collagen Shaklee tiada bahan tambahan yang berbahaya dan ianya selamat untuk diambil.



Banyak manfaat yang akan kita dapat dengan mengambil collagen dalam diet harian. Dalam ujian klinikal Shaklee atau Landmark Study yang telah dijalankan, ujian secara klinikal ini menunjukkan bahawa penampilan kulit meningkat lebih baik sebanyak 71% selepas menggunakan collagen Shaklee secara berterusan selama 8 minggu. Best kan?

Collagen Shaklee ini juga mudah sangat untuk diambil. Ia sangat mudah larut dalam air. Dan anda boleh bancuh serbuk collagen Shaklee dengan ESP juga!



MANFAAT DAN KEBAIKAN COLLAGEN SHAKLEE POWDER


Semakin usia bertambah, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen. Ini mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis-garis halus akan kelihatan disamping kulit menjadi semakin kendur. Namun begitu, faktor pertambahan usia ini BUKAN satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan kita.

Kerosakan kolagen dalam badan kita juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain. Kerosakan kolagen boleh juga menjadi cepat  dengan faktor luaran seperti sinaran cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru, dengan pengambilan Shaklee collagen powder, ia membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kehadiran garis dan kedutan di kulit wajah terutamanya.



TAMPAK LEBIH MUDA DENGAN COLLAGEN SHAKLEE


Antara lain-lain manfaat Collagen Shaklee juga adalah ia bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula sel. Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang, dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat. Kulit pula akan rasa lebih lembap dan kadar elastisiti akan bertambah baik. Luka pada kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.

Untuk penjagaan luaran pula, anda boleh dapatkan Set Penjagaan Kulit Youth Skincare yang diyakini selamat dan semulajadi.


COLLAGEN SHAKLEE BAIK UNTUK TULANG, SENDI DAN MATA


Selain diambil untuk kulit, collagen shaklee juga sangat penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Collagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang menjadi rapuh.



Ia juga baik untuk mata. Mata kita mempunyai kornea dan kornea memerlukan kolagen untuk membantu mengekalkan otot supaya tetap anjal.

Bagi anda yang ingin rasa lebih sihat dan inginkan kulit kelihatan lebih muda jom dapatkan collagen Shaklee sekarang! Anda boleh dapatkan atau beli collagen Shaklee secara online dengan menekan link di bawah.






Untuk Belian Produk Shaklee Secara Online Klik > Beli Shaklee Online



Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Klik > Borang Daftar Ahli Shaklee Online



Untuk Bantuan Mengenai Pembelian dan Pendaftaran serta Sebarang Pertanyaan Sila Whatsapp ke > 013 - 985 2827



No comments:

Powered by Blogger.