Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Oct 23, 2017

Dah Jawab 7 Soalan Ini Sebelum Beri Vitamin Untuk Anak?

Dah Jawab 7 Soalan Ini Sebelum Beri Vitamin Untuk Anak? -  Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira sebelum beri vitamin untuk anak. Menjadi tanggungjawab ibu ayah dalam menitik beratkan kesihatan anak-anak. Bukan sahaja kesihatan diri sendiri yang kita perlu jaga. Sebagai ibu, kesihatan seluruh anggota keluarga adalah di bawah tanggungjawab kita juga.

Untuk mendapatkan makanan tambahan yang terbaik dan berkesan untuk anak-anak adalah penting. Namun, disebabkan lambakan vitamin yang ada dipasaran, kita perlukan sedikit sebanyak maklumat untuk memilih vitamin yang terbaik untuk anak-anak.




Zaman sekarang ni kan, anak-anak banyak terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan toksin. Sering terdedah kepada perkara -perkara tidak sihat ini boleh menyebabkan anak-anak kita mudah diserang penyakit. Anak selsema, batuk-batuk, sering demam dan membuatkan mereka kurang aktif dari segi pergaulan.

Sebab itu, bagi saya sendiri kita perlu juga sediakan dan berikan vitamin dan makanan tambahan  yang terbaik untuk anak-anak. Ianya sebagai langkah menjaga kesihatan mereka dan menguatkan lagi imunisasi anak-anak untuk melawan penyakit.




Diluar sana, terlalu banyak vitamin untuk anak dan makanan tambahan untuk anak yang ada dijual. Ada dalam bentuk pil dan tablet. Ada juga yang jenis cecair atau liquid yang diperasakan dengan perasa tambahan yang menarik.

Justeru, saya kira menjadi satu kewajipan bagi ibu ayah untuk mengetahui serba sedikit kandungan dan bahan yang ada dalam setiap vitamin dan makanan tambahan yang dibeli untuk anak-anak. Adakah ia betul-betul mendatangkan khasiat untuk anak atau sebaliknya.


Panduan Mudah Untuk Memilih Vitamin Untuk Anak


Kita pasti biasa membelek dahulu kandungan bahan yang tertera pada botol vitamin dan makanan tambahan sebelum kita decide nak beli kan. Selain kandungan produk, ada beberapa perkara lain juga yang perlu kita ambil kira.

Semoga perkongsian ini sikit sebanyak dapat membantu ibu ayah untuk memilih vitamin yang terbaik untuk anak-anak.




7 Tips Simple Untuk Memilih Vitamin Untuk Anak


1. Syarikat mana yang sebenarnya menjadi pengilang produk supplement dan vitamin yag saya berikan untuk anak ni?

Saya dulu tak pernah ambil kisah pasal pengilang produk supplement ni. Pergi farmasi terus je capai botol vitamin yang saya nak. Tak pernah nak ambil kisah syarikat apa yang buat vitamin tu.

Syarikat yang jual produk tertentu belum tentu syarikat itu juga mengeluarkan produk tersebut. Ada setengah syarikat cuma tolong edar dan tolong jual sahaja.  Sedangkan kita kena tahu yang produk-produk makanan tambahan atau vitamin yang terbaik di pasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama. Dia yang buat dan dia juga yang jual atau edar.

Ini penting bagi memastikan lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan vitamin dan supplements yang kita ambil tu.


2. Vitamin ni ada ujian kualiti tak? Kalau ada, berapa banyak ujian kualiti vitamin ni?

Vitamin yang terbaik adalah vitamin yang berkualiti tinggi. Kita tahu yang setiap produk makanan tambahan  perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk memastikan kemujaraban dan kualitinya. Dan produk supplement yang terbaik sekurang-kurangnya mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk supplemen mereka.


3. Vitamin saya beri kat anak ni okey ke? Daripada bahan semulajadi atau sintetik ye?

Yang ni semua ibu ayah perlu tahu dan alert. Bukan semua vitamin yang kita bagi kat anak tu 100% semulajadi ya. Contoh macam vitamin B. Ada vitamin B yang didakwa 100% semulajadi. Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.


4. Adakah vitamin ni mempunyai tarikh luput pada botol?

Sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku dalam produk supplemen dan vitamin yang berkualiti tinggi akan dicap tarikh luput pada botolnya.


5. Syarikat pengeluar vitamin ni ada lembaga penasihat Saintifik yang sah ke?

Syarikat nutrisi yang berkaliber akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang ternama didunia.  Lembaga penasihat ini sudah tentu mempunyai pengiktirafan dalam bidang biokmia atau pemakanan yang berbeza daripada syarikat yang mempunyai orang-orang yang tiada pengiktirafan dalam bidang tersebut.


6. Syarikat vitamin ni ada research tak?

Syarikat pengeluar vitamin dan produk supplemen yang berkualiti tinggi akan memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi menjalankan research atau penyelidikan bagi membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.


7. Ada ujian klinikal ke vitamin yang saya bagi kat anak ni?

Penting ke ada ujian klinikal ni? Ya sangat penting. Dengan ujian klinikal ni lah kita boleh tahu keselamatan dan keberkesanan vitamin tu. Syarikat pengeluar supplement yang baik biasanya akan melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka di institusi-institusi berprestij seperti Harvard, Yale, UCLA, Standford University dan lain-lain.

Ini kerana apabila dilakukan di institusi terkemuka, semua keputusan dan metodologi adalah lebih adil dan tidak berat sebelah.



Okey ibu ayah dah jawab 7 soalan di atas? Semua soalan di atas  boleh ditimbang tara oleh ibu ayah sebelum ambil keputusan untuk berikan vitamin untuk anak-anak. Lebih baik kita ambil masa untuk cari maklumat sikit kan daripada terus beli dan beri vitamin yang macam-macam untuk anak-anak. Semoga perkongsian ini memberikan sebanyak manfaat untuk ibu ayah dan kita semua.

Kalau nak tahu lanjut vitamin apa yang boleh diberikan untuk anak-anak kita, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Penang di talian hotline kami  013-985 2827 sekarang juga!






Share:

0 Comments:

Post a Comment

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Blog Archive

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare

Blog Archive