Bisnes Online - Kenapa Kena Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat

Bisnes Online - Kenapa Kena Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat | Ramai yang dah memulakan bisnes online kan? Tak kira lah memang buat sepenuh masa ataupun part time sambil bekerja atau belajar.


Dalam bisnes online ni, satu perkara penting yang kita wajib buat ialah simpan database customer dengan cara yang betul. So macam mana cara nak simpan database customer dengam cara yang betul tu?

Sebenarnya masing-masing ada pilihan sendiri untuk menyimpan database pelanggan mereka. Kita pilih yang menjadi kesukaan dan kemudahan buat kita.

Ada yang suka simpan database customer secara manual dan ada yang suka simpan database dengan menggunakan perisian percuma.

Dan take note ya untuk korang yang suka save nombor customer dalam handset tu.

Yang tu bagi saya bukan cara yang praktikal untuk kita kata simpan database.

Anytime boleh berlaku kehilangan maklumat.

Kalau save nombor customer dalam handset tu kita kata save contact saja. Bukan cara yang tepat untuk kita anggap simpan database customer. Dan kehilangan nombor dan details customer boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Update: Boleh save dalam phone cuma pilih save to email untuk mengelakkan kehilangan contact. Tq Puan Hanani berkongsi maklumat 😊.

Jadi penting untuk kita adalah simpan database dengan cara yang betul dan selamat. Sebab dengan database customer yang kita ada ni kita boleh buat macam-macam tau.




Contoh 3 Perkara Kita Boleh Buat Bila Kita Simpan Database Customer Dengan Betul Dan Selamat


1. Customer Grouping
2. Targetting
3. Customer Servicing


Simpan database customer ni adalah kita simpan maklumat berkaitan customer. Yang paling asas kita perlu simpan adalah nama, nombor telefon dan emel.

Macam saya sendiri selain 3 maklumat asas di atas, ada maklumat lain lagi yang perlu saya simpan untuk rujukan :)

Kalau kita ada database yang lengkap, daripada database tu jugak lah kita boleh tukarkan prospek kepada customer tau.

Janji kena simpan database tu dengan cara yang betul.


Setakat ni saya suka guna google Sheets  je lah untuk simpan database pelanggan dan bakal pelanggan. Sebab senang nak connect dan access mana-mana.

Yes manual pun simpan juga. Korang pulak simpan cam ne?

Share la nak tau juga :).


2 comments:

  1. Kalau simpan contact dalam phone, pastikan simpan dalam Gmail (save to email, bukan phone). Jadi boleh juga diaccess melalui phone-contact dan laptop-Google Contact. Boleh buat grouping jugak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan atas perkongsian. Ya betul boleh save contact dalam phone to email kan.So tak hilang la kan contact kita 👍😊

      Delete

Powered by Blogger.