Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Feb 19, 2017

5 Resepi Peria Katak Berkhasiat Untuk Kencing Manis

Pernah dengar perihal Peria Katak? Peria Katak?? Apa tuu? Buah ke sayur? Hmm...Siapa pernah makan peria katak? Atau korang pun tak tau kewujudan sejenis sayur-sayuran yang bernama peria katak ni. Hehe. Peria katak ni kalau bagi saya, memang rasanya amat pahit okey. Tak tau la korang macam mana. Pernah dulu masa kat tempat kerja, saya eksaited amik banyak sangat sayur peria katak goreng makan dengan nasi. Ingat best macam dok makan pegaga ke apa. Sekali makan dah rasa kepahitannya tu di sini, makanya kuis-kuis kubiar gitu saja la dihujung pinggan tu. Huhu. Humm..Nampak dak membazirnya tu. Alahaiii..


Saya memang penggemar makan ulam-ulaman. Tambah-tambah yang jenis berdaun. Macam contoh pegaga, ulam raja, tenggek burung, pucuk gajus dan pucuk ubi. Ulam-ulaman tersebut memang sedap dimakan begitu saja. Lagi-lagi bila ada sambal belacan dengan budu, maunya makan nak bertambah kan. Haha.

Tapi kalau dengan peria katak ni, saya surrender. Tak boleh dah buat tagline Peria Katak Enak di Makan Begitu Saja. Memang tak makan begitu saja la awak oi. Hehe. Mungkin kalau ada pertandingan sayuran apa yang paling pahit didunia, saya rasa peria katak ni dah boleh kita nobatkan dia sebagai Johan Kategori Sayuran Paling Pahit di Dunia kot? Hehe.

Namun begitu, walau popular dengan 'kepahitannya' tu, rasa PAHIT itu juga lah yang sebenarnya menjadikan peria katak ini sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Antaranya, peria katak boleh menjadi satu alternatif untuk merawat kencing manis (diabetes) dan mengawal kadar serta paras gula pesakit kencing manis (diabetes) tersebut.

Korang nak tahu tak apa yang ada dalam peria katak ni? Jom kita tengok apa kebaikan dan khasiat peria katak kat bawah ni..


Khasiat Peria Katak 

Peria katak atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Momordica charantia adalah sejenis pokok herba yang menjalar, berbatang lembut dan memanjat dengan menggunakan sulur pautnya.

Dalam perubatan tradisional, ia banyak digunakan untuk membantu merawat penyakit seperti penyakit kencing manis. Peria katak dijadikan sebagai sumber insulin penghidap kencing manis kerana penghidap kencing manis tidak mampu menghasilkan insulin mereka sendiri. Insulin dalam badan mereka sudah tidak berupaya memberi tindak balas terhadap gula yang diambil. Sebab itulah disyorkan kepada penghidap kencing manis untuk mengambil peria katak sebagai sumber insulin tumbuhan mereka daripada luar.

Nampak tak khasiat peria katak ni. Bestkan dapat makan peria katak ni sebab ia ada nilai perubatan yang tinggi tau. Walaupun peria katak ni pahit, ia bagus untuk badan kita dan kawal penyakit. Sesetengah orang mengatakan rasa pahit peria katak tu la  'KEUNIKAN'  yang ada pada peria katak dan tiada masalah bagi mereka untuk mengambil dan jadikan peria katak tu sebagai ulam-ulaman. Err...korang boleh ke makan peria katak buat ulam cenggitu? Kalau saya memang tak boleh. Hehe.


Ohh ya..bagi korang yang belum try lagi masak peria katak ni, ada cara tau nak hilangkan kepahitan peria katak. Macam mana cara hilangkan pahit peria katak? Sebelum korang nak masak resepi peria katak yang saya listkan kat bawah ni,

Jom saya sharekan dulu macam mana Cara Hilangkan Pahit Peria Katak. Korang boleh gunakan cara yang saya share di bawah ni.


Cara Hilangkan Pahit Peria

Saya pernah baca petua dan cara nak hilangkan pahit peria katak ni. Orang cakap sebelum masak peria tu, kita boleh potong dia kecil-kecil dan kemudian rendamkan dalam air sejuk selama 30 minit. InsyaAllah rasa pahit tu akan hilang. Ada lagi satu cara nak hilangkan pahit peria ni. Korang boleh potong peria tersebut kecil-kecil dan rebus bersama sedikit garam untuk hilangkan kepahitannya. Selepas tu baru la boleh di masak peria katak tersebut mengikut resepi yang kita nak.


Jadi dekat sini saya share-kan 5 Resepi Lauk-Pauk Peria Katak yang mudah dan menjadi pilihan untuk dibuat dirumah. Korang boleh try ya!

1. Peria Katak Goreng Telur - Rasanya yang ni menjadi feveret ramai orang. Masak peria goreng bersama telur.

2. Peria Goreng Rangup - Yang ni pun resepi paling mudah dibuat kan, Cuma celup dengan tepung sahaja. Boleh juga tambah rempa kari, serbuk kayu manis dan jintan manis jintan putih sekali. Goreng bagi rangup. Boleh ratah je ni.

3. Peria Katak Masak Sambal - Masak sambal ni sedap amat. Korang boleh try peria katak masak sambal campur dengan ikan bilis rangup ataupun udang. Serius best!

4. Peria Telur Asin Berlada - Resepi ni saya temui di di blog Kak Ita Masam Manis. Nampak sedap! Resepinya lebih kurang sama dengan resepi peria katak goreng telur tu tadi, Cuma gantikan aje telur biasa tu dengan telur masin. Boleh la cuba lepas ni kan.

5. Peria Katak Masak Lemak Udang - Resepi berkuah yang sungguh enak. Masak lemak mesti korang dah terer buat kan. Apakata lepas ni cuba tambah masukkan sekali peria katak dalam masakan masak lemak. Mesti lagi sedap dan berkhasiat. Boleh juga refer resepi kat blog Kak Azie dan Kak Ita Masam Manis.


Saya  rajin sering juga meng-google resepi-resepi masakan kat internet ni. Google je rajin. Hehe. Paling best masuk blog Kak Ita dan Kak Azie untuk tengok resepi masakan diorang. Tengok gambar masakan diorang pun dah kenyang. Hihi.


Jus Peria Katak

Selain boleh dimasak dan dibuat lauk-pauk, kita juga boleh buat peria katak sebagai jus. Jus peria katak. Ianya sangat berkhasiat tambah-tambah yang ada risiko terkena kencing manis. Untuk beri rasa yang lazat, korang boleh blender peria katak bersama dengan epal hijau sekaligus tau. Untuk mereka yang dah lama ada kencing manis ataupun yang berisiko terkena kencing manis, disyorkan pengambilan peria katak sebagai satu kaedah umtuk turunkan bacaan gula dalam darah. Seperti yang kita tahu peria katak berkhasiat sebagai sumber insulin penghidap kencing manis dan diabetes.


Risiko Kencing Manis

Korang tahu kan kalau ibu-bapa kita pernah ada sejarah kencing manis ni, risiko untuk anak-anak untuk dapat penyakit yang sama adalah tinggi. Nauzubillah. Justeru kita harus lah berwaspada dan cuba untuk jaga kesihatan dengan sebaiknya. Nak kata tak mahu makan benda manis, sukar juga untuk dielakkan kan. Ni diri saya sendiri la. Saya jenis yang suka makan benda-benda manis juga macam coklat dan kek coklat moist tu memang la feveret. Siapa tahan moist dia tu!

Syukurlah sekarang ni saya dah mengenali satu jus yang dapat menggantikan kepahitan peria katak dalam membantu rawatan kencing manis. Peria katak hanya boleh bekalkan insulin sahaja. Berbeza dengan jus ini. Ia menyembuhkan organ yang membekalkan insulin dalam badan kita iaitu pankreas. Ubat yang macam ni lah yang kita nak kan. Bukan bekalkan insulin semata-mata, tetapi turut merawat organ pankreas yang menghasilkan insulin tu sendiri.

Nak tau tak nama jus pati anggur muskat dan yang saya kenali tu?

Nama Jus Pati Tersebut Adalah Vivix

Korang mesti tertanya-tanya juga Apa Itu Vivix? Macam familiar je kan nama Vivix ni. Hehe. Kalau yang dah biasa dengar mesti dah tau apa itu Vivix. Yang first time dengar meh nak cite apa itu Vivix.

Apa Itu Vivix Shaklee

Vivix ni adalah jus campuran botani yang mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Gabungan keempat-empat berries ini menjadikan ia sejenis pati Jus Resveratrol yang membantu untuk membaiki organ badan yang rosak daripada peringkat sel lagi. 

Sebagai contoh untuk penghidap kencing manis, Resveratrol akan memulihkan organ yang rosak yang mengakibatkan penyakit kencing manis berlaku. Apabila organ tersebut pulih, badan dengan sendirinya dapat menghasilkan insulin semula. Sebab itu rata-rata mereka yang pernah mengambil Vivix ni Alhamdulillah berjaya pulih setelah mengamalkan Vivix secara konsisten sekurang-kurangnya selama 4 bulan.

Kenapa lama sangat sampai 4 bulan? Ini kerana sel-sel baharu kita akan terbentuk sekurang-kurangnya dalam masa 120 hari. Bayangkan lah, sel tu kecik kot. Jangan ingat sehari seminggu dah boleh baik dengan mudahnya ya :). 

Seperti yang disebut kat atas tadi, ye betul peria katak boleh mengawal kadar gula pesakit kencing manis. Tapi berbeza dengan Vivix, peria katak tak membantu dalam memulihkan organ dalaman yang menghasilkan insulin semulajadi dalam badan. Sedangkan Vivix akan membaik pulih organ yang meghasilkan insulin.

Akhir sekali, kalau korang rasa nak tahu lebih info pasal Vivix ni korang boleh semak link di bawah:

Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Diabetes

So mana lagi best antara Vivix dan peria katak? Bila tengok dari segi tindak balas kedua-duanya tu mana lagi elok? Kedua-dua info berkenaan peria katak dan Vivix semuanya telah saya kongsikan di atas dan terpulang kepada korang sendiri nak pilih yang mana yang korang rasa terbaik :).

Sehingga berjumpa lagi di lain entry InsyaAllah. Assalamualaikum.

Share:

0 Comments:

Post a Comment

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare