Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Jan 12, 2017

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars

Cara Mudah Menabung Duit Gaji Dan Bonus Guna Konsep 7 Jars | Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum selamat tengahari semua... Hari ni kita sembang sikit bab cara mudah nak menabung duit gaji atau duit bonus yang korang dapat tiap-tiap bulan tu khenn.. Hehe. Pernah dengar tak Sistem 7 Jars? Kalau tak biasa dengar 7 Jars, mesti biasa dengar cara urus wang konsep 6 Jars yang diasaskan oleh T. Harv Eker iaitu cara untuk menabung dan uruskan wang kita macam mana. Penting untuk kita menguruskan wang tak kira la kita ni kerja makan gaji ke atau buat bisnes online macam saya ni.


Sebenarnya, cara mudah menabung guna konsep 7 Jars ni pun adalah adaptasi daripada konsep 6 Jars tu jugak. Dalam 6 Jars diorang wujudkan enam tabung sahaja. Cuma konsep 7 Jars ni kita tambah satu lagi tabung, iaitu Tabung Ibu Bapa.

Jom kita tengok apa lagi tabung-tabung yang ada dalam 7 Jars ni nanti senang nak start menabung tengah-tengah bulan bila dapat duit bonus Shaklee atau akhir-akhir bulan bila dapat gaji ni.. Uppss..😜.


7 Jenis Tabung Kita Perlu Ada


1. NEC ( Tabung Keperluan)
Tabung ni kita gunakan untuk perbelanjaan dan keperluan kita, keperluan anak-anak, beli barang dapur, bayar bil-bil termasuk la sewa rumah, elektrik dan air serta bil telefon dan internet. Untuk bayaran taska dan pengasuh pun boleh masukkan dalam tabung ni ya.


2. EDU ( Tabung Pendidikan)
Tabung ni kita wujudkan sebagai langkah pelaburan untuk mendapatkan ilmu-ilmu sama ada melalui pembelian buku atau untuk sertai seminar, bengkel, kelas dan sebagainya. Contoh macam kita involve dalam bisnes Shaklee ni, kena la beli buku nutrisi dan kesihatan untuk upgrade ilmu juga kan. Ilmu kan aset. Jadi, tabung ni kita sediakan sebagai pelaburan untuk diri sendiri yang pastinya lebih berbaloi.



3. LTSS ( Long Term Saving for Spending)
Yang ni  kita gunakan untuk pembelian yang memerlukan duit yang banyak. Contohnya macam nak beli rumah nak bayar downpayment rumah, nak beli tv plasma pun boleh..hihi.. Untuk pendidikan anak-anak atau untuk percutian pun boleh letak sekali tau. 

Sebenarnya kita boleh wujudkan lebih dari satu untuk tabung LTSS ni. Caranya, bahagikan 10% peruntukan ke tabung-tabung LTSS tu mengikut priorities. Kalau rasa syok pergi bercuti dulu dari beli tv plasma tu, kita banyakkan lagi nilai percentage untuk tabung holiday  kita tu haa.. 😁


4. FFA ( Financial Freedom)
Tabung ni adalah Angsa Emas kita sebab masa ni la kita kena menabung untuk hari tua. Biasanya wang tabungan ni kita laburkan dalam medium pelaburan yang sesuai dan kita bina passive income sendiri. Jangan sesekali gunakan wang tabungan ni sehingga kita dah capai target financial free okey




5. PLAY  ( Tabung Hiburan)
Tabung ni saya suka! 😜 Korang mesti ada tau especially kita wanita-wanita ni haa 😍. Saya gemar panggil dia Tabung SHOPPING sebab tabung ni kita simpan dan guna untuk beli barang yang kita nak sangat sesangattt tu. Contoh macam nak beli beg COACH. Kalau rasa tak mampu dan tak dan nak beli lumpsum, tak mau guna kad kredit, apakata korang buat tabung ni je. Sikit-sikit tengok hujung tahun dah boleh beli dah.. Rasa dia macam puas bila dapat barang kita nak walau amek masa lama pun..Haha. Tapi takkan tiap-tiap tahun nak beli handbags je kan..Boleh je sebenarnya tabung ni kita wujudkan sebab nak pergi spa, massage massage bagai, dan nak buat weekend escape dekat-dekat ni pun boleh.



6. GIVE ( Tabung Sadaqah )
Setiap bulan, kita peruntukkan lah untuk diri kita melakukan kebajikan samada untuk ahli keluarga terdekat dan insan yang memerlukan. Even untuk suami dan anak-anak, sesekali boleh belanja diorang makan-makan besar kat luar kan. Kot la mood nak masak tadak hari tu, boleh la merasa makan besar kat luar ramai-ramai.. Hehe. Boleh juga cari tabung masjid dan organisasi macam Aman Palestin ke, Sahabat Telekung ke.. atau orang perseorangan, anak-anak yatim. Jadikan amalan bersedekah ni sebagai rutin kita ya korang sebab InsyaAllah orang yang rajin bersedekah tu takkan miskin. Makin bertambah ruah rezekinya ameen.



Dan lagi satu tabung

7. PARENTS ( Tabung IbuBapa)
Yang ni pun kita sebagai anak kena titikberatkan. Walaupun ada sesetengah mak ayah masih bekerja dan ada ibu bapa yang dah kaya, kita hulur la sebagai tanda kasih kat mereka. One thing, kalau mak ayah dah meninggal dunia, kita boleh gunakan tabungan ni untuk selesaikan urusan-urusan mereka yang masih belum selesai. Kalau semua dah selesai kita sedekah kan lah duit tu ke mana-mana tempat contoh macam waqaf masjid ke dan NIAT kan untuk mereka. InsyaAllah mudah-mudahan akan ada pahala yang mengalir untuk mereka.


Macamana Nak Start 7 Jars Ni?

Senang je..Okey meh nak cerita. Setiap akhir bulan korang yang dapat gaji atau bonus ( Bonus Shaklee tiap-tiap tengah bulan tau..😍) korang bahagikan duit tu mengikut percentage di bawah ni ;


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


Percentage ni korang boleh ubah ikut keselesaaan masing-masing lah. Tapi make sure kena ada disiplin tau! Baru la berhasil. Guna teknik Simpan dan Lupa yang pernah saya cerita sebelum ni dalam entry 5 cara mudah simpan duit.

Bekas tabung pun boleh create guna pakai botol yang ada. Saya juga ada create Tabung Berwarna. Yang tu saya guna kotak kasut je. Hehe. Dan cara saya kalau untuk Tabung NECC tu, saya terus masukkan dalam sampul duit raya je. Senang bawa bila ada urusan nak guna contoh macam nak bayar duit pengasuh tu saya terus masukkan dalam sampul tu dan terus bagi bila akhir bulan.


Sebenarnya setiap orang ada cara tersendiri ikut keselesaan masing-masing kan. Saya ada apply mengikut yang ni dan ada tambahan juga sikit-sikit. Yang penting, apa yang kita buat kita tahu matlamatnya ke mana. Berusaha untuk mencapai matlamat kita tu ya.


Sampai jumpa lagi. Selamat menabung!


Lagi satu, kalau rasa nak menabung ditengah-tengah bulan guna duit bonus Shaklee melalui bisnes online Shaklee ni, SAVE nombor di bawah okey 😊

📲 013 985 2827
📲 013 985 2827
📲 013 985 2827



 ✏Follow IG @bondasihat +++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++
Share:

0 Comments:

Post a Comment

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Blog Archive

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare

Blog Archive