MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya | بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Semua orang bebas memilih apa yang terbaik dalam hidupnya. Semua orang bebas memilih dia nak jadi apa, dia nak buat bisnes apa, itu pilihan masing-masing kan 😊




Dalam entry terawal 2016 setelah 2 tahun tak update blog 😅, ada saya kongsikan tentang impian dan harapan dalam bisnes online ni dan kenapa nak kena join Shaklee? Bacalah kat sini sebab-sebab saya pilih bisnes Shaklee online   ni. One of it of course sebab Shaklee ni sendiri dah lama ditubuhkan dan ada landmark study dia sendiri. Apa tuh landmark study? 😮..Awak boleh baca pasal landmark study Shaklee kat sini ya😊.



Walaupun dah ada kerja hakiki, tak salah rasanya nak berbisnes kan? Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan masa ni, dok fikir mana nak cari side income? Kenapa kena buat bisnes untuk jana pendapatan tambahan? Paling utama mesti la nak rasa financial freedom seawal mungkin kan. Selesaikan PTPTN bagi lumpsum terus. Biaq hilang dari potongan slip gaji tu haa 😁.

Savings untuk diri sendiri dan anak-anak pun kena ada. Keperluan dan perbelanjaan pendidikan anak-anak nanti for sure makin meningkat. Better ada savings sebagai persediaan awal. Hasil dari bonus Shaklee nanti, bukan setakat buat rolling je, InsyaAllah boleh masuk ke dalam Tabung Haji atau tambah gram emas alias goldbar dekat akaun GAP ummi  tu haa 😀.




Kalau nak tahu, Shaklee ada juga bagi rewards melalui program 3C Shaklee iaitu Cash, Car and Convention. Ia merupakan bonus yang akan dirasai oleh SID yang achieve target. Bukan setakat bonus dalam bentuk duit je yang dapat. Yang best tu yang dapat pergi bercuti. Teringin nak merasai percutian percuma ni, lagi-lagi nak bawa family pergi Umrah sama-sama nanti InsyaAllah Ameen.

Dalam berbisnes pun, paling penting nak jaga kesihatan sendiri dan ahli keluarga. Nikmat sihat tu la nikmat yang berharga Allah bagi. Buat bisnes disamping tambah ilmu dengan ilmu nutrisi dan kesihatan, boleh share dengan orang yang perlukan InsyaAllah.

Doakan saya diberi kemudahan untuk menjalankan bisnes Shaklee ni ya kawan-kawan. Doakan juga impian dan harapan ini tercapai Ameen. 😊

Oh ya, ada yang nak order produk Shaklee tak? Hubungi talian di bawah ya awak 😉


Untuk order dan konsultasi

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827

 ✏ Follow IG @bondasihat
📧  myaadalia@gmail.com
++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

3 comments:

Powered by Blogger.