Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone| بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Pagi tadi sambil buat kerja, dengar la Ikim FM. Warna pagi Ikim FM membawakan perkongsian tentang topik "Ada Apa Dengan Jenama?" bersama dengan Puan Emi Idura Che Hashim, Perunding Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Dapat la juga ilmu sikit berkenaan dengan imej diri, warna semua tu. Kena review balik nampaknya selepas ni.

Bila sebut pasal jenama, termasuk la gadjet-gadjet ni jugak. Bila nak beli handphone pun sama. Mesti nak yang branded kan. Ke korang pilih based on apa? Ngaku cepat 😛😛.



Zaman saya dulu, lepas habis SPM baru dapat merasa pegang telefon sendiri. Tu pun sebab kena masuk matrik, jauh dari rumah. Wajib la ada phone ni senang nak contact ma abah family, kita kat Gambang masa tu. First handphone pun Nokia 3310 tau...jangan memain 😜. Nostalgia kan sebab parents yang tolong belikan.

Okey berbalik kepada pemilihan handphone, sekarang ni terlalu banyak sangat dah smartphone pelbagai jenama yang dikeluarkan. Tinggal nak sua duit pi beli aje.

Macam Puan Emi cakap kat radio tadi, beli handphone bukan setakat nak yang ada kamera untuk selfie je. Betul la tu. Dalam zaman rata-rata muda-mudi sekarang ni dok ada gadjet ni, ambillah fungsi yang ada dalam handphone tu sebagai jalan untuk kita buat duit dengan handphone.

Sekarang ni, dengan Samsung A7 ni saja saya berbisnes online. Laptop kesayangan baru je rosak. Dikerjakan sang hero dirumah 😁. So, menaip dekat dekat blog ni pakai handphone cinonet ni je la. Alhamdulillah syukur.

Sebelum nak beli phone, kena ikut keperluan. Kira dah ada dalam kepala nak phone yang macam mana sebab niat guna smartphone pun sebab nak buat bisnes kan.

Kriteria kat bawah ni saya guna untuk beli handphone dan langgan data plan bagi tujuan Bisnes Online ni.



Macam Mana Nak Pilih Handphone Untuk Bisnes Online

Storage dan Memori
Kena besar. Sebab nak simpan file, photos etc. dan nak download banyak applications.  FB, IG, Pages Manager wajib ada. Yang lain-lain macam apps untuk edit photos semua tu makan ruang jugak. Telefon sebelum ni pun banyak kali hang sebab full storage.

Bateri
At least biar tahan sampai malam nak tidur tu baru cas 😅.

Network Support
Kebanyakan telco dah provide 4G. Jadi pilih la handset yang support jaringan tu nanti laju sikit nak akses internet. Handset sebelum ni support takat 3G ja jadi kita tukar lah . Tapi kalau tempat tu tak ada 3G 4G ada la GPRS dengan EDGE tu sebagai back up. Kira ok la.

Kamera
Nak ada depan belakang. Pixel cantik elok. Nanti nak ambil gambar bagi sharp dan cantik.

Data Plan
Langgan plan data yang berbaloi. Kebanyakan telco berlumba-lumba dok offer macam-macam plan. Pilih la yang sesuai ikut bajet dan keselesaan.


Banyak jasa handphone ni kalau pandai guna kan. Lagi-lagi zaman teknologi ni, zaman dunia dihujung jari. Semua serba pantas. Rugi tak ambil peluang buat bisnes dengan handphone ni.

Tapi secanggih-canggih smartphone, Nokia C3-00 tetap la bertakhta dihati. Serius tak boleh nak move on since 2010. 😅




Mahap laa 😂😂

Yang ni pun banyak jasa. Samsung tu pun ada dual sim tapi tetap guna nokia ni jugak untuk simkad lagi satu. Senang nak call. Bateri dia pun 2  3 hari baru habis.  Even sekarang ni tengah berangan nak iPhone, nak lappy or Macbook segala...😀😀. Syukur la mana yang ada ni.

Teringin tak nak buat bisnes online guna handset ni? Jom contact nombor di bawah

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827

 ✏Follow IG @bondasihat
 ++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Powered by Blogger.