Pengedar Shaklee Penang | Lifestyle | Parenting | Healthy | Beauty | Bussiness | Review

Dec 2, 2016

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya |  Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Berkesempatan lagi untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang bisnes Shaklee dengan awak-awak comel yang sudi singgah melawat blog ummiawesome ni . Terima kasih sudi melawat blog yang tak seberapa ni kan. Terima kasih juga sebab tak bosan membaca tulisan-tulisan ummi awesome.

Hari ni nak cerita pasal kelas-kelas cara nak buat bisnes online dari rumah ni. Saya tahu mesti ramai yang buat bisnes online kan? Tak kisah la awak buat bisnes part time or full time, tetap namanya bisnes kan.



Macam saya jugak, terjebak tersuka dengan bisnes, tambah-tambah lagi bisnes online. Ni nak kata gene bisnes ada dalam dna ke apa ke tak tau. Hehe. Sebab abah dan arwah ma mereka cikgu. Tapi mungkin nenek dan tok ayah dulu pernah berniaga, makanya gene tersuka nak berbisnes tu terwarisi la kat sini kan. Eh eh bahasa apa ni..layan kan aje. Hehe. Tapi kan, bukan mudah sebenarnya nak buat bisnes kan. Saya tabik wanita yang bergelar businesswomen kat luar sana. Korang memang superwomen 💪.


Alhamdulillah, kami dalam team SuperStarShaklee sentiasa dimotivasikan untuk terus berusaha capai target masing-masing. Syukurlah berada dalam team Master Salwa yang membuatkan saya `terpaksa jadi rajin` *nangisbucukatil*.

Neni banyak ajar anak cucu cicitnya cara-cara yang betul nak buat bisnes. Neni juga organize banyak sangat kelas untuk kami belajar, untuk kami tambah ilmu. Kami kena tahu dan upgrade diri dengan ilmu. Baru la boleh consult awak-awak dengan betul dan tepat kan.

Terima kasih Neni Salwa sebab organize banyak kelas FREE untuk kitorang. Ada kelas online dan ada juga kelas offline. Jujurnya, ada yang saya sempat attend dan ada yang belum lagi berkesempatan nak attend kelas tu. Tapi tak apa, kita aplikasikan dulu ilmu dari kelas yang pernah attend tu.

Oh ya..Master Salwa seorang yang mempunyai pengalaman dalam medical studies, seorang pakar laktasi dan penyusuan serta seorang internet marketer yang berpengaruh. Pernah mendapat sentuhan DAO dan juga Tuan Faisal Abdullah. Beliau juga merupakan coach pilihan bisnes online Malaysia. Jadinya, team SuperStarShaklee mempunyai KEKUATAN dari segi PRODUCT KNOWLEGE dan juga MARKETING serta kekuatan melahirkan leader-leader HEBAT! So, I'll be the next leader lah nanti InsyaAllah. Tolong la ameenkan beramai-ramai dihari Jumaat nan indah ini. Hehe 😀.

Tapi tapi...sebelum berangan lebih jauh, ingat dulu ilmu tu kena upgrade ya 😉. Nak tahu tak kelas apa Neni organize kat kitorang? Jom tengok kot nanti awak pun boleh join kitorang sekali kan menuntut ilmu ni..hehe .




5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya


1) Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee
Kelas ni Neni berkongsi dengan kami rahsia -rahsia dan tips macam mana seorang suri rumah biasa-biasa je boleh jadi JUTAWAN hasil dari berbisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online sahaja. Namun sayang seribu kali sayang, kelas ni Neni buat secara offline sahaja dan memandangkan Neni di KL sana, saya belum berkesempatan untuk hadir kelas ini. InsyaAllah will join later jika diizinkan.

2) Kelas Strategy Blog 7 Angka
Yang ni kelas bisnes online kami yang saya PALING suka 😍😍. Ye la dulu ingat nak tutup dah blog yang disemai sejak 2009 ni sebab masa tu blog just untuk diari je kan. Tak ada input and knowledge pun rasanya boleh saya sharing. Time tu just nak blog sesuka dapat duit hasil iklan Nuffnang tu kan. Hehe. Tapi Alhamdulillah dapat la cash out sikit dari Nuffnang. Tapi lepas tu dah jarang update. Time tu pun dah start kerja. Mood blogging menurun. Iklan Nuffnang kiri kanan tu pun cam tak ada orang klik je.So fikir macam malas la nak tulis blog lagi.

Tapi tapi...lepas dengar cerita Neni pasal boleh buat duit dengan blog kalau kena cara dia, terus "eh tak jadi la nak delete blog. Sayang sayang.." . Haa...tengok..kan dah rajin update blog tiap-tiap hari. Dah cakap tadi kan i terpaksa jadi rajin tau lepas dengar Neni cakap.

Neni Salwa dedahkan EKSELUSIF untuk kami rahsia-rahsia macam mana nak bina blog sehingga menjadi medium atau channel sales masuk setiap hari umpama sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan air dan umpama pokok yang sentiasa berbuah lebat selebat-lebatnya! Ecewwaah.

Sebab tu la superibu.com boleh berada di ranking atas sekali bila awak search "Pengedar Shaklee" ,  "Pengedar Shaklee Penang" or apa-apa la yang berkaitan dengan pengedar Shaklee. Tak caya sila la try cuba search pengedar Shaklee tengok...😁😁. Oh Mami Erni punya vitaminibu.com tu pun dok rank awal-awal. Macam tak boleh la tengok saja. Rasa nak jugak ummiawesome.com dok paling atas sekali nanti bila orang search pengedar Shaklee nanti. Ameeen *berangantakkenabayartau*

3)  Kelas Teknik FB 6 Angka
Haa...kelas FB ni pun best jugak tau. Kelas ni kelas online pasal macam mana kita nak jadikan FB tu sebagai channel untuk bisnes. Bukan saja-saja tau ada FB personal dan FB page tu. Media sosial yang ada ni, manfaatkan lah sebaik mungkin. Kelas teknik FB 6 angka ni, Neni dedahkan kami rahsia cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online untuk menjalankan bisnes online dengan berkesan tanpa mengeluarkan modal untuk pemasaran atau marketing.  Dan ada rahsia juga macammana nak sediakan umpan, nak cari ikan apa, ikan kita nak tu ada kat mana? Eh ni calap pasal ikan ke pasal FB? Hahaha...Kalau nak tau pasal kelas FB atau kelas ikan ni, kena la join SuperStar baru boleh tahu banyak. And if apply betul-betul apa yang Neni ajar ni,InsyaAllah boleh buat sale tau.

4) Kelas Teknik Close Sales Power
Selain dari kelas marketing, paling penting kita kena tahu juga cara close sale dengan customer. Sebab tu kelas teknik close sales POWER ni saya suka sangat! Neni ajar kami macam mana nak close sale dengan berkesan guna teknik PANGGILAN MAGIC yang diadun dengan elemen LAMPU-LAMPU AJAIB. Yang ni banyak lagi saya kena belajar dan practise. InsyaAllah will MASTER it by hook or by crook! 😀💪

5) Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing)
Untungnya ahli team SuperStarShaklee sebab kami dapat belajar dengan coach, mentor, sifu-sifu dan otai-otai yang dijemput khas oleh Neni Salwa untuk team kami. Ada kelas dengan tuan Amirul, ada dengan tuan Iftitah dan ramai lagi. Neni buat kelas ni both online dan offline tapi saya teringin dan target nak pergi yang offline juga sebab lagi best dapat belajar face to face kan 😀


Itu dia antara 5 kelas yang kami ada untuk belajar cara-cara nak buat bisnes online. Sebenarnya ada banyak lagi kelasnya contoh macam kelas  Zero Cost Marketing untuk sesiapa yang nak buat bisnes online tanpa perlu keluarkan modal untuk pengiklanan dan pemasaran. Tapi tak apa. Mana yang dah kita belajar, apply dulu yang tu. Dalam masa yang sama, sentiasa belajar ilmu lain dan teknik lain hari ke hari.


Sesiapa pun dialu-alukan untuk join team kami ni. Tak kisah la suri rumah ke,students ke, atau awak yang dah kerja just nak tambah pendapatan sampingan, kami amat mengalukan awak semua bersama kami di SuperStar.Jangan cakap saya tak tahu nak buat bisnes. Team SuperStar ada cara dan akan guide anda untuk berbisnes online. Jom kita bina empayar bisnes sama-sama.



 Hubungi talian di bawah;

📱WA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat
 ++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++ ++++++++++++++++++++++
Share:

3 comments:

  1. Jom3..best tau dpt belajar face to face..aura dia mmg ohsem sgt 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sangatt!hopefully one fine day InsyaAllah 😍

      Delete
    2. Nak sangatt!hopefully one fine day InsyaAllah 😍

      Delete

The Ummi

Salam and Hi! Welcome to Ummiawesome.com. I'm Aada, a mother to a son. For any review, sponsorship or collaboration please email me at :


Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee

Takut Nak Mulakan Bisnes Online? Ketahui 7 Sebab Kenapa Kena Pilih Bisnes Online Shaklee - Siapa sangka akhir-akhir ini ramai yang dah mampu...

Google+ Followers

Blog Archive

Labels

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) aper? B-Complex Badan Sihat Beli Produk Shaklee Online Beli Shaklee Online Beli Vivix Online Berita Berkhidmat Untuk Negara Bisnes Online Bisnes Online Shaklee Bisnes Shaklee Bisnes Shaklee Online Buat Duit Online Buat Duit Part Time Cerita Ummi Awesome COD Shaklee Nilai COD Shaklee Penang COD Shaklee Putrajaya Collagen Powder Daftar Ahli Daftar Ahli Shaklee Online Doa Temuduga ESP Foods in the Pot Google Hilangkan Parut ilusi optik Info Info Kesihatan Info Kewangan Inspired by Jalan-Jalan Cari Makan Jus Resveratrol Kelab Ulat-Ulat Buku Kempen Keselamatan Kerak Kuali Kerja Dari Rumah Kerja Sambilan Dari Rumah Kesayanganku Kesihatan Kisah Hari-Hari KIT KECEMASAN SHAKLEE koleksi doa dan selawat KRIM HERBAL BLEND lossless memori Love ISLAM Maher Zain Monolog Mutiara Myself Nuffnang dan Saya nukilan bercetak Untitled Nutriferon On the Street Ostematrix Pantun Sekerat Parut Pengedar Shaklee Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Online Pengedar Shaklee Penang Pengedar Shaklee Putrajaya Pengedar Shaklee Salak Tinggi Pengedar Vivix Shaklee Pengedar Vivix Shaklee Penang Performance Drink Perniagaan Dalam Talian Petua Photos Poem Produk Shaklee Untuk Baby Projek Blog Rujukan Peperiksaan Sampaikan Salam Sape Nak Join CONTEST Semangat Diri Senarai Harga Produk Shaklee Set Demam Denggi Set Elak Stress Set Ibu Menyusu Set Imunisasi Set Imuniti Set Kecantikan Shaklee Set Mengandung Shaklee Set Menyusu Shaklee Set Resdung Shaklee Sewa Khemah Shaklee Baby Shaklee Penang Simbol Facebook Skincare Shaklee Songs Suka Suki Tazkirah Tempat Makan Best Tempat-tempat Menarik di Malaysia Tip Tips Tips Bisnes Tips Ibu Hamil Tips Kehidupan Tips Kewangan Tips Sihat Tutorial Baru Nak Belajar Twitter Video Lagu VITALEA Vitamin C Vitamin Travel Vitamin Untuk Anak Vivix Vivix Shaklee Wanita Gagah Perkasa YOUTH Skincare

Blog Archive