7 Cara Tingkatkan Sistem Imun

Tuesday, November 22, 2016

بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Hidup dizaman ini, kita terdedah dengan pelbagai wabak dan penyakit berjangkit seperti denggi, selsema babi dan burung, H1N1, SARS, Virus ZIKA dan banyak lagi wabak lain.

Setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sebaiknya, kita ambil langkah untuk menjaga diri dan ahli keluarga dengan meningkatkan sistem imun kita terhadap penyakit-penyakit ini. 




Antara tips dan perkongsian yang boleh diambil untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan kita adalah seperti di bawah .

7 CARA TINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
  • Amalkan Pemakanan Seimbang - Makanan merupakan perkara asas dalam keperluan hidup. Namun makanan juga menjadi punca sesuatu penyakit. Pastikan pola pemakanan kita seimbang. Banyakkan makanan berserat, sayur-sayuran serta tambahkan buah-buahan dalam diet harian kita.
  • Senaman Secara Teratur - Jadualkan untuk melakukan senaman ataupun olahraga dalam aktiviti harian. Senaman ringkas boleh dilakukan dengan cuma menaiki tangga di pejabat!
  • Dapatkan Tidur Yang Cukup - Rehat yang secukupnya amat diperlukan untuk memastikan tubuh badan dapat cas kembali tenaga kita. Pastikan masa tidur kita tidur yang berkualiti.
  • Jauhi rokok - Sering terdedah dengan asap rokok menjadikan risiko untuk penyakit menjadi lebih tinggi. Orang yang merokok bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah kepada orang sekeliling.
  • Ambil Langkah Elakkan Jangkitan - Sebagai ibu, pastikan kita dan ahli keluarga mengamalkan langkah untuk mengelak jangkitan. Umpamanya, basuh tangan selepas keluar dari tandas atau sebelum makan. Ajarkan anak-anak kita perkara ini.
  • Elak Stress - Tuntutan kerja dan aktiviti harian  yang banyak mungkin juga akan mengakibatkan tekanan.  Jangan memendam perasaan dan cuba kongsi bersama orang tersayang kerana stress mendatangkan lebih banyak keburukan jika tidak ditangani dengan baik.
  • Amalkan Supplement - Kita memerlukan makanan tambahan yang berkesan untuk mengawal nutrisi dalam badan dan meningkatkan sistem imun. NUTRIFERON  berupaya mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari sahaja! Kajian menunjukkan interferon mampu merangsang dan mempertingkat sistem imun tubuh secara menyeluruh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dalam membunuh T- cells, B-Cells dan makrofaj. Dengan pengambilan NUTRIFERON, kita dapat membantu melindungi diri dan ahli keluarga dari jangkitan berbagai-bagai jenis penyakit.




Dalam pada kita melakukan banyak cara untuk meningkatkan sistem imun kita, jangan lupa juga untuk sentiasa berdoa agar ALLAH lindungi kita dari segala jenis wabak dan penyakit berjangkit yang ada ini.


Untuk order dan konsultasi
📱WA 013 985 2827
✏Follow IG @bondasihat

++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827 
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Powered by Blogger.