5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Lumrah dalam hidup, ibarat pusingan roda. Sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Kadang-kadang kita akan rasa down bila apa yang kita target tu tak dapat. Bila kita rasa down, apa yang perlu dibuat?

Usaha dah banyak keluar tapi tak juga membuahkan hasil. Kita terkesan dengan pelbagai peristiwa yang berlaku menyebabkan ada masa rasa nak quit je buat sesuatu benda tu kan 😟.



Namun, biar apapun, jangan mudah berputus asa. Di sini saya kongsikan antara tips bagaimana cara naikkan semangat hidup bila kita rasa down disebabkan oleh kerja ataupun bisnes.


TIPS NAIKKAN SEMANGAT HIDUP

1. Muhasabah Diri
Bila kita ditimpa musibah, ambil masa, tenangkan hati dan fikiran, relax. Tarik nafas dan istighfar.

Katakan ujian ni Allah bagi sebab Allah sayang kat aku. Allah sayang sangat kat hambaNya. Mungkin ujian ni Allah nak ingatkan kita yang selama ini lalai untuk ingat kat DIA.

Renungkan apa yang telah kita buat selama ni. Check kembali dan perbaiki mana perlu.



2. Sabar dan Solat, Baca Al Quran
Banyakkan bersabar bila dilanda ujian. Dirikanlah solat sunat Taubat umpamanya. Sujud lama-lama dan mohon pada Allah agar di beri ketenangan.

Juga bacalah ayat-ayat suci al Quran serta fahami maksudnya. Ada juga doa yang boleh diamalkan untuk mengelakkan stress.



3. Kongsi Dengan Yang Tersayang
Biasanya, kita mesti rasa nak luahkan perasaan kita sengan orang yang paling dekat dengan kita kan. Umpamanya suami, isteri mahupun ibu ayah.

Setengah orang ada kawan yang sangat rapat. Tak kisah la sesiapa  pun kita berkongsi la masalah dengan mereka.

Jangan dipendam perasaan yang tidak elok lama-lama. Kalau perlu menangis, menangislah untuk sementara.


4. Susun Balik Target dan Jadual
Bila hati dah tenang, kita rancang kembali apa yang harus dilaksanakan.

Susun target yang kita nak capai dengan teratur dan laksanakan ikut jadual.



5. Jaga kesihatan
Penting untuk menjaga kesihatan walau sesibuk mana kita dibebani dengan kerja dan tugas. Pemakanan terutamanya memainkan faktor terhadap kesihatan kita.

Untuk mengelakkan stress, makan mengikut masa dan boleh juga ambil makanan tambahan untuk legakan saraf kita.

Cuba lah dapatkan dan amalkan  Set Elak Stress ni untuk atasi rasa down tu. Bila nutrisi di dalam tubuh cukup dan seimbang, kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan sebaiknya.




Selalu kita dengar orang sebut "think positive" kan. Apa sebenarnya maksud disebalik "think positive" tu?

Positive thinking is a mental attitude in wich you expect good and favorable results. In other words, positive thinking is the process of creating thoughts that create and transform energy into reality. A positive mind waits for happiness, health and a happy ending in any situation.


Tindakan kita banyak dipengaruhi oleh minda sebenarnya. Bila kita down, cepat-cepat ingat di mana dan kenapa kita bermula. Teruskan melangkah kehadapan. Tinggal sikit lagi nak capai kejayaan tu 😀




 Jangan lupa amalkan apa yang asa di atas ni ya. Mudah-mudahan kita akan lebih rasa ketenangan. Hingga bertemu di lain post. Bye.

++++++++++++++++++++++++++
Aada ❤ 013 985 2827
#SahabatShakleeTerbaikAnda
++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Powered by Blogger.